baby

UJANG NO 1

jurnal, terkonang Add comments

ujang no 1

UJANG NO 1. Tajuk posting ni dah lekat dalam kepala otak aku sebaik sahaja aku mendapat satu “copy” majalah Ujang no 1 daripada enche Ibnukaduk petang tadi. Bukan apa, tajuk ni jugak membawa maksud Kartunis Ujang tetap no. satu! Hehe. Majalah ini antara khazanah yang pernah aku miliki tapi telah di-kelepet oleh kawan aku masa kat Muar dulu. Budak tu putih-putih, badan gempal-gempal sikit. Lupa plak nama dia. Tapi dia duduk kat taman bunga raya. Sedara dia yang lembut-lembut tu aku ingat namanya, Ijal. Mamat tu lupa plak nama dia. Tapi kerana dialah koleksi majalah Ujang aku start dari no 2. Walaupun murah harganya, cuma RM 2.20 tapi boleh dikatakan majalah yang pernah menempa sejarah ini boleh dikatakan edisi terhad. Nampaknya majalah Ujang dan “pengklepetan” tak boleh dipisahkan. Haha.

Ini kali kedua aku jumpa Ibnukaduk. Eh! Ketiga sebenarnya jika dicampur ngan pertemuan di Pesta Buku. Best rasanya dapat berkenalan ngan orang yang pernah terlibat secara langsung dengan 2 perkara menjadi titik tolak industri kartun dan animasi. Usop Sontorian dan Majalah Ujang (kedua-duanya berasal di bawah Karisma Group of Companies) Banyak jugak sejarah dan cerita-cerita konflik penubuhan majalah Ujang dan animasi pertama Malaysia; Usop Sontorian yang diceritakannya secara personal dan tak bley disiarkan di mana-mana. Seronok la aku. Maklum ler, aku ikut majalah ni sejak no 1 sehinggalah Ujang keluar dan terbitkan Varia Lawak, Lanun dsb.

Ibnukaduk jugak bagi aku vcd Keluang Man. Haha..gelak guling-guling bila tengok balik cerita tu. Terutama sekali bila dengar suara si Tiong Man. Masa kat MMU, ada beli satu vcd Keluang Man. Roomate aku time tu, Lan ripkan lagu tema Keluang Man jadik mp3 dah sebarkan kat server-server MMU. Wife aku time tu minat gak ngan Keluang Man. Mungkin kerana time tu aku dalam proses nak ngorat dia, aku buat karakter Keluang Man dalam 3D untuk assignment masa belajar 3d MAX. Tadelah lawa sangat pasal baru belajar tapi kerana nilai “local content” yang tinggi, karakter tu dipamerkan kat e-gallery MMU. (tatau la ada lagi ke idak). Malah masa belajar Softimage, aku cuba memodenkan design Keluang Man (seperti mana filem Batman Forever revamp design baju Batman) dalam assignment 3d karakter. Wife aku lak wat karakter tiong man 3d (actually aku jugak yg wat..hehe)

Tapi hari ni, kerana banyak kerja, aku tak dapat lepak lama ngan Ibnukaduk. Kalau tak mesti banyak lagi cerita-cerita best. Tapi ada satu lagi benda best yang aku jumpa bila masuk blog dia. Aku jumpa link ke blog kartunis TEMBAKAU! Kartunis Tembakau adalah antara anak didik Ujang yang aku minat. Malah aku letakkan dia nombor dua lepas Ujang sendiri. Karya-karya mereka inilah yang inspired aku untuk berkarya dengan cara aku lak. Sebenarnya menjadi impian aku suatu hari nanti untuk bekerjasama ngan diorang. Ujang dan Tembakau. Insya-allah.

Sebagai permulaan, aku bekerjasama ngan Ibnukaduk dulu. hehe

10 Responses to “UJANG NO 1”

  1. dzqwr Says:

    rasanya ada byk gak majalah ujang kat umah kat sik kedah. skali ngn komik2 hongkong

  2. mozzorro Says:

    majalah Gila-gila, majalah Ujang, Majalah Gelagat, Majalah Lanun dan Komik Dewata Raya tersimpan dalam kotak-kotak kat rumah aku sekarang. Kotak2 tu…dari Muar..aku bawak gi MMU, bawak gi rumah south city, bwk gi rumah 2 tingkat putra permai dan kini di rumah di blok c.

    Persoalannya…adakah hang ada Ujang no 1? hehe

  3. nix_nik Says:

    Aku pun hilang jugak first issue daaa..mak aku jual kat india surat khabar lama..huhu. Abih semua dah takdak dah..dulu jiran aku ada gila-gila first issue, sekarang dah kena jual jugak apa?

  4. ibnukaduk Says:

    ujang no 1, tembakau no 2, aku no 4 komen kat sini.
    sebenarnya, aku tengah kerjasama ngan ujang dan tembakau dan kau jugak. 3 3 sekali aku sebat.

  5. mozzorro Says:

    nik – ko kena beritahu mak ko tentang makna “collector items”

    ibnukaduk-sebat kerjasama taper..jangan klepet..jauhilah amalan klepet. tak baik untuk kesihatan..hehe

  6. Zainal Buang Hussien Says:

    cerita puny acerita ..dei mana da tembakau punya blog?

  7. mozzorro Says:

    Waaa…Kartunis Lagenda Gila-Gila. Welkam to my blog.
    Blog tembakau ada kat link list saya. Senang cerita..
    ini linknya http://olehtembakau.blogspot.com

  8. eddie_pirates Says:

    assalamualaikum bro..sy nie salah satu dr berjuta peminat ujang…antara byk2 hasil nukilan die aku budak minang yg plg menyerap dlm sanubari sy sbb jln ceritanye 70% terjadi pd sy..boleh bagitau sy maner nk dapat koleksi aku budak minang tu ekk…tolong lahhhhhh

  9. mozzorro Says:

    pi kat MPH..dekat bahagian komik..confirm ada.

  10. Kiviouttina Says:

    http://bingomainia24.ru

Leave a Reply

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in