baby

We can’t never win.

jurnal, terfikir No Comments »

Ada orang berpendapat kau tidak boleh lembut dengan client.
Jangan ‘belanja’ kata orang.

Masa aku muda-muda. Ketika bergelar designer, aku sendiri sering marah dengan ketidaktegasan boss aku melayan kerenah client.

Makin lama, aku sedar sebenarnya kita perlu layan jer client. Tapi bukan dengan mengugut ‘bajet kecik’, ‘bajet kecik’.

Sepatutnya kita memikirkan jalan terbaik. Jalan termudah. Yang mudah bagi kita tapi masih membuatkan mereka ‘happy’.

‘Tricky’, tapi itulah cabarannya..

deja vu ke ape?

terfikir No Comments »

Deja Vu.
Aku mula faham betul-betul konsep deja vu masa menonton THE MATRIX.
Tidak boleh tidak, aku tak dapat nafikan aku sendiri pernah mengalami beberapa kali kejadian deja vu ni. Tapi aku bukan nak cerita pasal deja vu. Aku nak cerita pasal benda yang selalu jadi kat aku. Not really important but saje je nak share.

Sejak aku kecik lagi, aku selalu mengalami satu peristiwa di mana kalau aku belajar satu benda. Soon after that, aku akan keep on jumpa benda tu. Paham ke?
Sebagai contoh (contoh yang aku ingat wat masa ni..) Dulu masa awal sekolah, aku pernah terdengar perkataan “pathetic”. Masa tu aku tak pedulikan maksud perkataan tu. But then, aku keep jumpa perkataan tu. Dalam movie, dalam buku, dalam perbualan. Soon, aku pun paham makna perkataan tu. Ada banyak lagi. Kadang-kadang aku jumpa maklumat ni kat satu tempat. Then bila berbual ngan someone, akan ada orang come out with the topic.

Satu lagi. Ada sorang kenalan ni, dia kata dia kenal someone nama “Zahir” jugak duduk dekat area rumah aku. Dia kata mamat ni gunakan nick X (bukan nick sebenar). Sebelum tu pulak aku pernah terbaca pasal X ni dalam satu forum. Dalam forum tu X ni cakap dia ada buat satu program Y (bukan program sebenar). Kemudian beberapa hari kemudian, budak ofis aku tunjuk kat aku satu sms. Sms dalam phone dia tu dari someone nama “Zahir” which he thought dari aku. Sms tu tulis “jemput datang ke pelancaran program Y”. Dengan selamba aku cakap kat budak ofis aku ni. Ni bukan aku. Ni dari mamat yang pakai nick X tu. Budak ofis aku ni pun heran. Macam mana pulak aku kenal X tu. Well, aku sengih jer.

Dan just now. Aku ternampak satu custom message kat YM tertulis “invention is the mother of necessity”. Aku terfikir. Rasa cam tak logik. Sebab..necessity yang lahirkan invention. Keperluan yang melahirkan ciptaan. Tapi aku fikir camtu jer la..malas nak tegur member yang buat custom message tu. Kemudian masa aku tengah baca2 blog sapa2 ntah, terjumpa plak ayat “necessity is the mother of invention”. Haa..kan dah kata, kadang-kadang satu-satu benda tu keep coming to me.

Mungkin anugerah. Wallahualam..

Pendapat dan Pendapatan..

jurnal, terfikir No Comments »

Bapak aku kata..
Pekerjaan paling senang dalam dunia ni ialah memberi cadangan. Dan sesungguhnya orang Melayu sangatlah terer bab ni.

Contohnya..kalau di kampung tu, ko cubalah buat sesuatu kerja di laman rumah. Maka setiap orang yang lalu akan memberi 1001 cadangan untuk dilakukan. Cam satu cerita ni, lepas SPM aku dengan semangat wajanya, konon-konon cuba la menebas semak samun di belakang rumah. Untuk membuktikan susahnya tugas tu..aku give up. Namun Abah aku sambung. Dan ketika menebas tu..adalah orang yang lalu memberi cadangan..
“Upah indon la..”
“Pakai Mesin potong rumput la”
“Asah tajam-tajam la parang tu”

Dalam kebun belakang rumah aku ni, ada beberapa perigi buta. My Abah decided to turn that perigi buta to a kolam ikan. So, dia pun besarkan perigi tu dengan cangkul. Then, tengah-tengah buat kerja tu…datanglah few cadangan from bijak pandai yang lalu lalang..
“Pakailah jengkaut”
“Keluarkanlah air tu dulu”

So, my abah always says “there are things that no need to be discussed, sebab ia hanya akan melambatkan proses”

Tidak dinafikan memberi pendapat itu baik. Memberi cadangan itu bagus. Tapi nilailah cadangan yang dikemukan itu sebelum dikeluarkan. Apakah cadangan itu betul-betul memberi manfaat atau akan lebih menyusahkan.

Dalam bicarakan pengalaman peribadi plak, benda-benda macam ni banyak kali aku tempuh lebih-lebih lagi bila buat job video dengan orang kerajaan. Normally..or should i say it a must for them to have a committee to handle certain job. So bila kita buat video untuk committee ni, semua orang nak bagi pendapat. I guess to give an opinion make them look active, intelligent or simply put “buat keja”. So, bila macam-macam pendapat dikeluarkan maka jadi cacamarbalah sesuatu job tu apabila kita sebagai designer yang pada asalnya dah plan elok-elok work kita tu terpaksa membuat perbagai perubahan yang kadang-kadang merepek untuk memuaskan nafsu-nafsu pemberi cadangan.

Namun begitu, tuan-tuan dan puan-puan sekelian. Yang paling herannya, sebanyak mana pun cadangan mereka, se-extreme mana pun idea mereka, mereka ni akan pastikan yang idea mereka ni semua mesti selari dengan idea ketua mereka terutamanya menteri-menteri. So..kalo menteri cakap A..maka semua pun bernada A. Kalau mereka tak setuju..mereka diammm jer. Takut dikata tidak paham arahan pulak.

Tapi ada satu lagi gejala dalam mencadang-cadang ni.
Kadang-kadang…
Kita cakap la pasal satu cadangan ni..
“camni…mula-mula hitam lepas tu biru..lepas tu hijau..”
Semua pun diam.
Berfikir.
Pastu adalah sorang ni…tiba-tiba bangun.
Dengan semangat seolah-olah dialah pemberi penyelesaian. Dia pun berkata,
“Ala…senang macam ni la…Apa la korang ni, itu pun tak bley nak fikir.” Seolah-olah memperkecilkan fikiran orang lain.
“Macam ni jer penyelesaian dia.Mula-mula hitam, lepas tu biru, lepas tu hijau…haaa..senang jer..”

La..sama jer la..aduhhh

Isu Blogger…

terfikir 3 Comments »

Apakah definisi berita?
Apakah definisi sejarah?

Ada sesetengah pihak menganggap bahawa sejarah bukanlah rakaman peristiwa yang berlaku, tetapi lebih kepada pandangan seseorang tentang sesuatu peristiwa. Maknanya peristiwa itu lebih menjurus kepada point of view seseorang dan bergantunglah kepada siapa penulis yang mencatatkan sejarah tersebut. Lantaran itu, kita tak sepatutnya bergantung kepada sesuatu bahan bacaan sahaja dan di era siber ini, blog adalah antara perakam peristiwa yang memberi kita peluang untuk melihat sesuatu peristiwa dari sudut pandangan pelbagai pihak. Seorang wartawan mungkin memberi pandangan A,seorang pembikin filem memberi pandangan B, orang kerajaan memberi pandangan C, seorang pembangkang memberi pandangan D dan begitulah seterusnya. Maka terpulanglah kepada kita untuk menilainya.

Menteri penerangan kita pernah melabelkan blogger sebagai penyanyi karaoke yang syok sendiri. Aku bukanlah blogger yang prolifik, pasal blog aku ni lebih banyak menjurus kepada hal2 peribadi dan juga sekadar berkongsi artwork. Namun aku kurang bersetuju dengan kenyataan beliau. Seolah-olah hanya jika kau menerima gaji sebagai wartawan, baru kau ada hak untuk bersuara. Kau ada jawatan baru suara kau patut didengar.

Apapun, sebagai bekas wartawan beliau tentu malu dengan perkembangan yang aku discover baru-baru ini. Perkembangan yang aku maksudkan itu ialah tindakan segelintir wartawan yang mengcopy+paste artikel “blogger2 karaoke” ini.

Kes satu, artikel di laman web saifulislam.com diforward kepada seorang wartawan masalah kekeluargaan untuk mendapat pandangan. Tanpa diselidik asal usul artikel tersebut, artikel tersebut di siar bulat-bulat dengan alasan kiriman dari pembaca ruangannya.
bacaan lanjut

Kes dua, seorang kenalan blog , encik Jonos (bley lihat link) menulis artikel bertajuk “Animasi Pertama dan Penciptanya”. Walaupun ada beberapa kesilapan fakta, artikel tersebut dicopy bulat2 ke dalam majalah sisipan estidotmy. Perkara ini ada dibincangkan di laman web pergh.com
http://www.pergh.com/forum/index.php/topic,11424.0

Jadiknya, adakah ini kes penyanyi piring itam tiru lagu penyanyi karaoke?

Cabaran Menjadikan Animasi Malaysia Suatu Industri

jurnal, terfikir 13 Comments »

Isu yang dibentangkan semasa Pengucapan Awam PAC 2006

A’kum dan salam sejahtera.

Animasi – biasa didengar, tapi saya rasa masih ramai yang belum benar- benar memahaminya dan saya percaya ramai yang tidak sedar akan kepentingannya.

Sidang hadirin sekalian,

Semalam, tanggal 1 September 2006, saya sempat menonton pembentangan Bajet 2007,
Perdana Menteri Malaysia, menyatakan bahawa;

Peruntukan sebanyak 100 juta telah disediakan untuk menubuhkan DANA PEMBANGUNAN INDUSTRI KREATIF serta mengenal pasti pihak swasta untuk melabur secara usahasama. Industri kreatif ini tentunya melibatkan filem, animasi, permainan video dan lain lain lagi.

Kenapa begitu banyak?

Kerajaan berkeyakinan tinggi – menjadikan filem dan animasi Malaysia sebagai satu industri yg mampu menyumbang ke arah pembangunan ekonomi.

Lantaran itu, saya terpanggil untuk menerangkan atau lebih kepada bercerita kepada saudara saudari tentang satu bidang yang pada saya amat menarik dan mengagumkan iaitu Animasi.

Sidang hadirin sekalian

Satu salah tanggapan yang biasa berlaku ialah – animasi hanyalah kartun. Animasi hanyalah Mickey Mouse, Donald Duck ataupun Doreamon
Hakikatnya – lebih daripada itu.

Mari kita lihat – erti animasi.
Animasi ialah satu proses penghasilan ilusi pergerakan yang menjadikan sesuatu kelihatan hidup.

Oleh itu, ilusi pergerakan tak semestinya lukisan.
Boleh jadi – tanah liat, kertas yang dipotong2 atapun hasil daripada computer grafik.

Sidang hadirin sekalian.
Tahukah siapakah antara animator terawal di dunia? Bukan WALT DISNEY saudara.
Tetapi jawapannya ialah tuk dalang- tuk dalang kita yang mempersembahkan wayang kulit.

Wayang kulit hakikatnya adalah satu bentuk animasi yang menggunakan teknik potong dan tampal. Ini telah diperakui sendiri oleh beberapa pakar animasi.

Lantaran itu, tidak salah jika saya katakan bahawa kita adalah antara pelopor bidang animasi ini. Tetapi kenapa senario sekarang ini, mutu dan penghasilan animasi Malaysia jauh ketinggalan?

Sekitar tahun 1980-an melalui filem Negara, kita telah menghasilkan animasi Sang Kancil dan Buaya,
Sang Kancil dan Monyet, (membuat beberapa quote dialog dari filem tersebut; “jangan monyet, jangan”)

Setelah 20 tahun kemudian, kita hanya mempunyai 2 filem animasi iaitu Silat Lagenda dan Putih.

Studio-studio besar Hollywood seperti Dreamworks dan Disney telah menyatakan mereka tidak lagi mahu menghasilkan filem animasi 2d kerana minat masyarakat sekarang telah beralih kepada animasi 3 dimensi (3d). Tetapi kita masih terkial-kial mahu menghasilkan animasi 2d.

Pada pendapat saya, ini terjadi kerana kekurangan kepakaran dan program untuk melahirkan animator-animator di Malaysia. Kekurangan pengetahuan dan penghayatan masyarakat yang tidak menggalakkan anak-anak mereka menceburi bidang ini juga menjadikan Malaysia masih kekurangan animator berwibawa.
Kesedaran bahawa animasi adalah satu bidang baru yang mampu menyumbang kepada industri Negara perlu ditanam di peringkat akar umbi.

Sumbangan penyelidikan juga diperlukan daripada pakar-pakar teknologi untuk menghasilkan ciptaan-ciptaan yang mampu memudahkan kerja-kerja animator. Bayangkan filem King Kong arahan Peter Jackson tanpa bantuan pakar-pakar perisian. Pasti hasilnya sama sahaja dengan filem King Kong yang asal.

Animasi sebenarnya boleh dijadikan penanda aras kemajuan sesuatu bangsa. Lihat sahaja Jepun. Kalau surirumah di Malaysia menjadikan upah memasang kotak atau bunga dari kilang-kilang, berlainan dengan suri-rumah di jepun. Mereka menjadikan upah mewarnakan lukisan-lukisan anime (animasi jepun) sebagai pendapatan sampingan mereka.

Saya berpengalaman menghasilkan animasi 3d untuk beberapa agensi kerajaan sebelum ini. Sayang sekali, saya masih menerima tanggapan bahawa animasi hanyalah sekadar kartun.
Oleh itu marilah kita ubah persepsi kita terhadap bidang animasi. Semoga penghayatan yang sebenar akan menaikkan kualiti animasi kita dan seterusnya berupaya menjadi satu industri yang memartabatkan Malaysia.

Sekian.

Tak abih lagi -FFM19

terfikir No Comments »

Salah satu ibadah paling mudah adalah diam. Ini lantaran semakin banyak kita bercakap, semakin banyak pula dosa kita dan semakin banyak kesilapan kita. Kadang-kadang kita sendiri tak sedar yang kita cakap itu bercanggah dengan apa yang kita cakap dahulu. Sebentar tadi saya melayari sebuah blog yang terkenal sebagai pengutuk Gubra paling hebat. (dimaklumkan, saya bukanlah penyokong Gubra kerana saya sendiri belum menontonnya.) Dalam blog tersebut, saya tertarik tentang satu artikel yang langsung tiada kena mengena dengan filem tersebut, tetapi tentang Imam Syafie. Secara ringkasnya, Imam Syafie yang kita ikuti ajarannya sebagai ahli sunnah waljamaah pernah dituduh sebagai Syiah. Lalu Imam Syafie telah menulis sebuah syair yang berbunyi

Jika mencintai keluarga Nabi
itu adalah Rafidhi
maka hai dua golongan makhluk
(jin dan manusia)
saksikanlah, sesungguhnya aku
ini Rafidhi.

Rafidhi=Syiah

Perkara ini samalah seperti ayat dramatik yang saya katakan dalam entry saya yang lalu (baca balik)

Adakah dengan syair ini Imam Syafie mengakui dia adalah Syiah?
Adakah dengan ucapannya Syarifah Amani mengakui dirinya pencemar budaya?

Hairan pakar bahasa dan pakar filem tak pandai mentafsir apa yang dikatakan gadis berusia 20-an.

Teringat pula kisah seorang pakar filem yang dengan beraninya mencabar kredibiliti P. Ramlee dengan mengatakan banyak lagi tokoh filem melayu yang lebih hebat seperti M. Amin dan Husin Hanif. Selama satu jam rancangan itu, pakar ini bersungguh-sungguh mengeluarkan fakta-fakta ilmiah tentang perfileman sedangkan 2 org lagi ahli panel sekadar bercakap dari segi emosi dan minat terhadap P. Ramlee. Namun, bila Allah nak tunjuk, hanya panggilan dari seorang ‘pakcik tua’ sudah cukup. Pakcik ini dengan mudah mengingatkan, pakar itu membandingkan P. Ramlee hanya dari segi skop yang sempit iaitu skop filem. Sedangkan P. Ramlee terkenal dengan multi-talentnya. Jelas sekali dek syoknya mengeluarkan pengetahuan filem dia terlupa tajuk besar forum tersebut.

Sampai di sini sahajalah. Bimbang pula banyak cakap, saya sendiri tersilap. Wasalam.

Lihat apa yang dicakap atau Siapa yang bercakap

terfikir 1 Comment »

24 august 2006.
Sambil membuat editing pagi ini, saya menonton sebuah rancangan PIDATO DIRAJA di TV1. Banyak perkara yang menarik berlaku dan pujian secara peribadi harus saya berikan kepada penerbit dan cameraman rancangan ini yang bijak dalam capturing the moment. Di samping itu terdapat beberapa perkara yang membuatkan saya terfikir.

Pidato Spontan
Pidato spontan adalah satu kategori baru di mana peserta dikehendaki mengambil undi tajuk on the spot dan terus berpidato selama 4 minit. Kategori ini bagi peserta Sekolah Menengah mungkin mencabar dan saya kagum dengan kebolehan mereka berfikir dan menyusun ayat secara spontan. Namun yang lebih mengagumkan ialah peserta-peserta dari kategori Sekolah Rendah. Seorang peserta Tahun 6 secara spontan memberi isi tentang usaha Dato’ Seri Hishammudin memartabatkan budaya ilmu dan terus berkata “Tahniah Dato’ Seri!” dan ini disambut dengan senyuman oleh Hishammudin.

Seorang lagi peserta sekolah rendah, malangnya gagal mengawal kegugupan menyebabkan dia tidak dapat menghabiskan pidato spontannya. Semasa persembahan selingan, cameraman berjaya merakamkan wajah adik ini yang berlinangan air mata sambil dipujuk oleh gurunya yang turut menangis! Namun sewaktu menerima cenderamata daripada Yang Dipertuan Agong, Tuanku Syed Sirajudin, baginda terus mencium adik ini sebagai pemberi semangat. Respek saya kepada Tuanku yang bijak mengambil hati rakyat cilik itu.

Isi Kandungan Pidato : Isu Amani
2 dari peserta kategori sekolah menengah dengan bersemangatnya menyentuh isu Sharifah Amani.
Sekali lagi saya terasa ironinya kerana selain Yang Dipertuan Agong dan Hishammudin Tun Husien, salah seorang tetamu kehormat pada majlis itu ialah Dato Seri Rais Yatim. Ironinya ialah kerana Rais Yatim telah menyatakan isu itu telah selesai. Saya percaya 2 orang peserta itu cuba menunjukkan yang mereka amat peka kepada isu semasa dan berharap markah yang lebih. Inilah taktik biasa dalam acara pidato, apatah lagi ayat pidato mereka mengenai isu itu betul-betul sebelum ayat penutup mereka. (menunjukkan isi tambahan yang dimasukkan di saat-saat akhir). Seorang peserta (yang muncul juara) dengan lantang mengkritik AF, Mawi, kegilaan SMS dan Anugerah Era. Hebat bunyinya. Hakikatnya dia sendiri menggunakan elemen-elemen itu untuk menjadi peserta favourite. Dengan rambut pendeknya dan status sebagai anak Terengganu dia memulakan bicara pidato dengan berkata “saya bukanlah Mawi ataupun Faizal”, sambil mengusap kepala dan memberi senyuman ala-ala Faizal.

Komentar
Apa yang saya cuba sampaikan di sini adalah kadang-kadang kita perlu melihat siapa yang bercakap. Saya pasti peserta-peserta ini bukan berkata-kata atas dasar pandangan hati mereka tetapi lebih kepada niat menambat hati juri. Lalu pandanglah sekeliling kita. Pelbagai manusia dengan pelbagai isu mereka. Mereka membawa isu-isu yang hakikatnya sekadar menunjukkan mereka hebat atau mereka sahaja yang betul atau menunjukkan orang lain salah. Lebih menyedihkan dan menakutkan saya ialah apabila mereka yang tidak ikhlas ini membawa isu-isu Islam. Mereka membakar kita, meniupkan sentimen-sentimen kita sedangkan hakikatnya mereka mahu mendapatkan sokongan kita atau menunjukkan mereka pemimpin yang berwibawa. Tidak dinafikan ramai yang benar-benar ikhlas dan rela dikritik, disembur, dipukul atau dipenjara sekalipun. Namun kita sebagai juri awam ini perlulah bijak menilai. Jangan sokong bawa rebah, jangan percaya membawa bencana!

Bandingkan kedua-dua ayat ini.
1) Lihat apa yg dikata bukan siapa berkata
2)Lihat siapa yang berkata bukan apa yang dikata

Sebenarnya kedua-dua ayat ini betul. Ayat 1 mencadangkan kita tak menilai taraf atau darjat seseorang itu. Kalau yang berkata itu seorang budak sekalipun, jika apa yang dikatanya benar, kita perlu menerimanya. Yang kedua mencadangkan kita berhati-hati dengan niat seseorang apabila mereka berkata. Lalu apa niat saya? Hmmm…honestly, saya kurang pasti.

Teringat saya seorang Ustaz bekas penyanyi Rock mengkritik penyanyi-penyanyai sekarang tetapi kemudiannya Ustaz ini pula mahu membuat album. Bila ditanya, dia berkata di pentas ceramah dia seorang Ustaz, di pentas nyanyian dia seorang penyanyi. Bukankah itu menunjukkan dia berkata demi kedudukannya? (atau alasan lain dia mempunyai split personalities)

wallahualam.

FFM19 – Siapa yang tak tau bahasa?

terfikir 7 Comments »

Saya hanya terkejut sedikit apabila Syarifah Amani berbahasa inggeris ketika ucapannya dalam Festival Filem ke-19 baru-baru ini. Namun saya faham keadaan dirinya (latar belakang keluarga) dan saya tersenyum kerana saya pasti Rais Yatim akan tidak senang dengan tindakan pelakon muda itu. Apatah lagi teringatkan baru-baru ini saya telah menyiapkan sebuah video DBP tentang masalah penggunaan Bahasa Melayu dewasa ini. Di dalam video tersebut, ternyata Rais Yatim begitu serius dalam usaha kementeriannya memperkasakan Bahasa Melayu. Lantas apabila Rais Yatim memperkatakan perasaan terkilannya dan kemudian Sharifah Amani memohon maaf, saya rasa itu adalah perkara yang sepatutnya berlaku. Dan saya rasa perkara itu seharusnya berakhir di situ.

Namun beberapa komen akhbar menjadikan saya rasa betapa bodohnya sesetengah wartawan dalam mentafsirkan bahasa. Sama bodohnya orang yang menterjemahkan ayat-ayat bahasa inggeris di dalam wayang gambar hollywood kepada bahasa melayu di panggung wayang kita.

Saya bukanlah pakar bahasa. Namun ilmu yang tidak seberapa ini, mengajar saya betapa pemilihan perkataan boleh memberi tafsiran berbeza. Abah saya selalu berkata. Kalau mahu bercakap sesuatu bahasa. Kita mestilah paham cara pemikiran bangsa itu sendiri. Kita perlu memahami culture mereka kerana itulah yang mempengaruhi gaya lenggok bahasa mereka. Misalnya bahasa inggeris. Jika tidak akan berlakulah “direct translation” yang merendahkan mutu bahasa. Sebagai contoh, dalam culture barat, apabila kita memuji seseorang, kita akan berkata ” you’re the man“. Kalau direct translation ke bahasa melayu “awaklah org lelaki“. Sedangkan dalam budaya kita, cara kita bercakap dalam situasi yang sama ialah dengan berkata “cayalah!” atau kita terus diam kerana orang kita jarang memuji orang.

Saya akui saya agak kritikal dalam mendengar bahasa yang orang lain gunakan. Saya pernah tidak berpuas hati apabila seseorang kawan yang menyampaikan pesan seseorang, meminta saya membuat sesuatu berkata, ” Si polan suruh ko buat ni”. Lalu saya berkata “Oo…kalo si polan suruh, aku mesti buat la?”. Sepatutnya dia berkata “Si polan mintak tulung ko buat ni”. Pemilihan perkataan suruh seolah-seolah satu arahan. Bukanlah kerana saya ego tetapi dengan harapan dia tidak menggunakan perkataan itu kepada orang lain terutamanya orang tua.

Berbalik kepada isu Amani ini. Saya rasa wartawan kita yang salah mentafsirkan ayat tersebut. “I sound stupid” bukanlah “Saya rasa bodoh…” (seperti yang ditulis oleh wartawan). Ayat yang diterjemahkan wartawan ini seolah-olah Amani rasa menjadi bodoh kalau berbahasa melayu. Hakikat yang hendak disampaikan oleh Amani ialah, dia tidak pandai berbahasa melayu dengan baik dan akan kelihatan macam orang bodoh kerana tercari-cari ayat atau menyusun ayat dalam bahasa melayu. “I sound stupid” samalah maksudnya dengan “I sound funny“. Bayangkan Amani menggunakan berkataan funny. Mungkinkah wartawan-wartawan ini akan berkata Amani rasa nak ketawa bila berbahasa melayu atau cuba membuat lawak?

Yang pasti, Rais Yatim faham apa yang cuba dikatakan Amani lantas tidak membesar-besarkan perkara itu.

Begitu juga dengan ayat “If the film (Gubra) mencemar budaya, lets do it more oftenâ€?
Ini adalah contoh ayat dramatik atau ayat ironi. Kegagalan memahami bahasa inggeris dan read between the lines menyebabkan ramai menyalak. Terus-terang saya sedih dengan keintelektualan masyarakat walaupun Hasan Mutalib pernah berkata “jangan merendahkan IQ rakyat Malaysia”. Perkara ini samalah seperti apabila Nik Aziz berkata ” Tuhan mencarut”. Sekali dengar memanglah nampak salah. Namun setelah difahami apa yang cuba disampaikan oleh Nik Aziz barulah kita bersikap rasional walaupun sebenarnya perkataan yang patut digunakan ialah “melaknat”. Namun dalam budaya kelantan “mencarut” adalah perkataan yang boleh diterima.
Saya bawakan satu contoh situasi berlainan. Seorang anak yang didenda oleh bapanya menganggap bapanya kejam. Lantas berlakulah dialog seperti ini

Anak : Bapak ni kejamlah.
Bapak : Kalau denda ini dianggap kejam. Marilah bapak denda ko lagi.

Hakikatnya bapaknya menganggap denda itu adalah mendidik. Kalau mendidik dianggap kejam, marilah bapak didik ko lagi. Lalu apa yang cuba disampaikan Amani ialah, kalau buat filem bermutu dianggap mencemarkan budaya, dia tidak kisah. Malah menyeru orang ramai terus membuat filem bermutu tanpa mempedulikan kata-kata orang.

Kalau bahasa direct text sukar difahami, apatah lagi dalam mentafsirkan filem yang penuh subtext. Kemenangan Gubra dan Amani sesungguhnya mencerminkan tahap keintelektualan kita. COME ONLAHHH…

Buat apa susah-susah?

terfikir No Comments »

Saya sering ditanya dan diberi usul.

Buat apa susah-susah?
Ko keje sampai mati pun, belum tentu ko kaya.

Buat apa susah-susah?
Ko yang penat-penat, boss ko yg kaya (masa ada boss)

Buat apa susah-susah?
Ko keje kerajaan, goyang kaki, gaji masuk, elaun berabuk..

Buat apa susah-susah?
Ko tolong kawan, kawan ko bukan balas pun.

Buat apa susah-susah?
Animate cam nak gile, org bayar murah gak.

Buat apa susah-susah?
Ko masuk skim itu ini, duit keje untuk ko..

Buat apa susah-susah?

Memang kadang-kadang termenung juga memikirkan jawapannya.

Alhamdulillah. Islam bagi jawapan yang paling simple. Kerja itu ibadah.
Malas keje…mean malas ….

Memetik kata-kata Tembakau yang dipetik dari kata-kata Saidina Umar Al-Khatab

“tidak akan kamu berasa gundah, jika kamu tahu apa yang kamu cari”

wallahualam.

RTM oh RTM

terfikir No Comments »

RTM beku masa siaran baru TV
Oleh HATA WAHARI

IPOH 9 Julai – Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) akan membekukan semua permohonan baru masa siaran rancangan televisyen bagi membolehkan pembahagian semua slot lebih telus dan adil.

Menteri Penerangan Datuk Zainuddin Maidin berkata, RTM juga membentuk sebuah jawatankuasa bagi merangka satu peraturan baru dalam menilai program-program televisyen dan pengagihannya kepada syarikat penerbitan.

bacaan lanjut

Moga-moga Datuk Zam benar-benar telus. Jangan plak kerana nak bagi set-set dia plak. Harap-harap Datuk Zam boleh melihat sekali polisi pengambilan animasi di TV. Bosan benar dengar cerita syarikat animasi di”sembelih” konsortium.

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in