baby

UJANG!

terkonang Add comments

Ujang

gambar dicilok dari tokeikedai.net

Ujang. Anda kenal Ujang? Bukan majalah Ujang, bukan filem Ujang lakonan malek noor, bukan Ujang Exist dan definitely tade kena mengena ngan penyanyi lagu ‘apo kono jang’. Ujang yg aku nak ceritakan ialah ialah kartunis Ujang atau nama sebenarnya Ibrahim Anon. Kartunis tersohor Malaysia yang bermula pada tahun 1980-an dan mencapai puncak kegemilangan dengan majalah Ujang dan banyak mencipta hype di dalam industri seperti rekod penjualan majalah paling dasat dan Ujanglah pada aku yang merancakkan industri animasi tempatan dengan Usop Sontorian.

Nape tetiba aku bercerita tentang Ujang ni? Selama ni aku sering tertanya-tanya kemanakah menghilangnya kartunis berbakat ini. Malam ini ketika melayari sifoo.. aku tersesat ke blog sifu pts. Dalam membaca-baca komen2 di blog tersebut, aku terpandang satu komen dari THE DERHAKA STUDENT, satu nama yg selalu digunakan Ujang. dari satu laman ke satu laman, akhirnya aku berjaya berjumpa dengan beberapa laman yang daripadanya dapat aku ikuti perkembangan terbaru Ujang. yeh!

Sebagai “anak-anak 80’an”, nama Ujang memang tak bley dipisahkan dalam hidup aku. Aku berani mengaku betapa besarnya pengaruh karya-karyanya cam AKU BUDAK MINANG, ACA, ATUK, novel JIBAM, novel FIONA (yang tidak bersambung) dan juga novel CINTA TERAKHIR. Duit sekolah yang sepatutnya digunakan untuk menabung demi masa depan, aku habiskan untuk membeli Majalah Gila-Gila. Apabila Ujang keluar dari Gila-Gila dan menubuhkan majalah Ujang, aku beralih pula ke majalah Ujang. Bila Ujang tiada di dalam Ujang, terasa benar kehambarannya. Bila Ujang membuka Varia Lawak, majalah itu pula yg aku ikuti. Seterusnya Varia Lawak bertukar kepada Lanun dan tetiba pada satu ketika, tiba-tiba majalah itu hilang di pasaran. Maka hilanglah satu sumber hiburan aku.

Ujang buat aku percaya yg seni boleh bagi ko hidup. Namun aku tak terfikir nak jadik kartunis kerana walaupun ada sedikit bakat melukis dalam diri ini, mak aku marah melukis time belajar. Jadi, time belajar aku belajar. Rasanya kalo aku asah bakat melukis kartun atau komik, mungkin..entahlah. Tapi dalam masa yg sama aku ditakutkan oleh Ujang dengan propaganda “ingat buat kartun ini macam buat lempeng ke?”.

Ujang pernah menceritakan yang memang menjadi cita-cita dia untuk menghasilkan animasi. Apabila diusulkan kepada Gila-Gila, pengurusan mengatakan yang kita belum bersedia. Jadi apabila saudara Kam Ismail menawarkan peluang menghasilkan Usop Sontorian, Ujang tidak berfikir panjang. Aku pernah menjalani praktikal training di LENSA FILM. Dato Sean, pemilik Lensa menceritakan bahawa LENSA-lah yang telah melabur melatih animator-animator tempatan ke Jepun. Mula-mula Lensa menghantar mereka ke Jepun tetapi cara yang lebih menjimatkan ialah dengan membawa tenaga pengajar Jepun itu pula ke Malaysia. Animator-animator dari Lensa ini kemudiannya berkhidmat dengan pelbagai company lain dan merancakkan animasi tempatan. Opss.. melalut pula ke kisah animasi Malaysia.

Aku tak tau kisah sebenar pergolakan kartunis-kartunis di Malaysia kerana aku hanyalah peminat biasa. Namun aku bertuah berpeluang bertemu dengan beberapa orang sahabat yang sudi bercerita. Ada yang memuji-muji Ujang. Ada yang membawa kisah sedih Ujang dan ada juga yang membawa kisah buruk Ujang. Sebagai peminat sejak kecil, aku semacam tak boleh menerima kisah-kisah buruk itu. Hanya mendengar sambil tersenyum tawar.

to be continue

25 Responses to “UJANG!”

  1. oneanuar Says:

    auk suka kartun atuk! dagu dia panjang, dgn lebai.. naik harley hehe

  2. The_Derhaka_Student Says:

    Macam tu lah kehidupan sebagai manusia-ada yg suka,ada yg benci,ada yang separuh-separuh-tapi aiman tak kisah-yang penting walau pun kita tak boleh nak buat baik..toksahlah buat jahat kerana tak buat jahat tu pun dah kira satu kebaikkan.hihihihihihi.

  3. Mohd Dian Says:

    Aku suka Jibam.. tak penah jemu aku membacanya…. tapi kini udah rosak di rendam air oleh adik kecik aku.. huh..

    (rare item)

    1. Aku Budak Minang
    2. Aca
    3. Atuk..
    4. Jibam

  4. hardware Says:

    Aku adalah salah seorang animator yang terlibat dalam pembikinan animasi usop sontorian karya kartunis ujang pada tahun 1994.Macamana pula pemilik lensa mendakwa animator2 usop sontorian bekas pekerja dia kerana kami di rekrut oleh kartunis ujang sendiri seramai 100 orang melalui ujian melukis yang di adakan di setiap negeri di malaysia-kemudian kami di tawarkan ke kuala lumpur menjalani latihan melukis dari kartunis ujang sendiri dan menerima latihan komputer animasi daripada encik kamm ismail yang juga pengarah kartun animasi keluang man.Apabila syarikat kharisma pictures di bubarkan..kami berpindah ke beberapa syarikat animasi lain dan kebanyakkan dari group2 kami terlibat hampir 70% pembikinan animasi di malaysia sekarang.Saya sendiri merasa bangga kerana pernah mendapat bimbingan secara direct dari kartunis lagenda tersebut.

  5. mozzorro Says:

    The_Derhaka_Student > what an honour…. šŸ™‚
    Hardware > Saya tahu pasal cara pengambilan animator-animator yang dijalankan oleh saudara Kamn kerana di tempat saya (muar) juga pernah dijalankan interview tersebut. Bukanlah maksud saya semua animator itu berasal dari Lensa. Tapi beberapa orang ex-lensa ini menjadi antara key person di beberapa syarikat animasi tempatan terawal yang muncul. Sebab kalo korek-korek mesti ada animator yang bermula di lensa. Ini diakui oleh seorang storyboard artist yg saya kenali (dia ni tak berasal dari lensa, so tak mungkin dia bias) Mungkin saya tersilap fakta dalam mendengar cerita. Untuk kebaikan semua, biar saya susun semula ayat saya..hehe..

    Namun saya mohon maaf jika fakta saya tersilap. Cerita-cerita ini sekadar cerita-cerita yang saya dengar sebagai peminat..(dan juga generasi baru animator yg baru merangkak)

  6. Tiung Says:

    Ujang..otai kartun..

  7. ziana_hz Says:

    isk…cian dia..teringat zaman kegemilangan ujang dulu..

  8. apetsz Says:

    asalam ujang lu memang best…ari ni aku baca paper, tak sangka lansung mimpi aku utk lihat jibam the movie akhirnya hampir tertunai…ini membuatkan aku terasa teruja utk membaca kembali novel jibam buat kali ke 50,mungkin ada org lagi teror dari aku yg baca novel ni lebih dari 50..kali dan orang tu memang best mcm kau jugak.

    apa pun aku harap lu byk bersabar dengan dugaan yg menimpa…jgn lu takut org malaysia memang kenal siapa UJANG…dari gila-gila hingga majalah yg lu cipta sendiri…sorry ayat aku tunggang langgang aku teruja sangat dengan jibam the movie,aku harap ini adalah come back kau semula dlm dunia kartunis..ataupun penulisan novel..supaya org tau siapa ujang yg sebenar…
    WA CAYA LU…aku ambik sikit dialog kelahiran jibam…”SABAR NAK TAK LAMA LAGI KAU LIHATLAH DUNIA INI.JUMPA AYAH,IBU,ABANG KADIR,ABANG FAKIR…”

  9. apetsz Says:

    AKU TERUJA SAMPAI NAK TITIS AIR MATA….

  10. mozzorro Says:

    wooo…

    terima kasey apetsz… kalo tak kerana ko…aku tatau pasal JIBAM THE MOVIE. Anyway…aku heran gak apsal ramai org komen “artikel tak siap” aku ni sejak 2 menjak..rupa2nya Ujang ada projek baru..yehoo..

  11. MAN OF A FEW WORD » Blog Archive » UJANG : JIBAM Says:

    […] ee…. UJANG : JIBAM Tahun lepas, aku pernah menulis tentang UJANG. (of course bila sebut Ujang, aku yakin 99% orang akan teringat Kartunis Ujan […]

  12. ibnukaduk Says:

    Aku pun tahu jugak macamana cara Kamn dan Ujang melatih pelukis kartun dan animator di Kharisma Pictures tu. Memang diakui terdapat seorang animator dan seorang pelukis latar belakang yang pernah bekerja di Lensa dan kemudian menyertai penerbitan Usop Sontorian. Tetapi fakta yang sebenar adalah.. mereka bukanlah animator pertama dan terawal dilatih oleh Kamn. Mereka datang kemudian, dan perlu pula dilatih penggunaan komputer. Animator terawal adalah seramai 6 orang. Nama-namanya adalah Michael, Simon, Jamal, Razali, Dan, Don, Lal dan juga King..

  13. mozzorro Says:

    a’kum ibnukaduk.
    Thank you for your input. Aku sempat melayari blog ko. What an information! Mungkin kita bley kerjasama untuk what blog khas bagi merakamkan sejarah animasi malaysia ni yang pastinya telah dirancakkan melalui usop sontorian.

  14. ibnukaduk Says:

    Terimakasih. nanti kita set, maybe we can meet somewhere.

  15. ayenn Says:

    aper cite majalah ni karang?ayenn minat majalah ni tahun 80an….tapi karang dah tak aktif…ujang nak tanye cam maner nak memahirkan bakat melukis..ayenn boleh melukis tapi dlm pergerakan masih tak hidup..???ayenn nak tanye studio korang kat maner ?????

  16. mozzorro Says:

    ayen…ni bukan blog kartunis ujang…mau tanya Brader Ujang sendiri…silalah ke blog Ujang di
    http://jibam.cesb.net.my

  17. hokkito Says:

    Ujang…aku x sabo lagi nk tgk latest artwork ko.
    Masuk la sketch2 power dlm blog.

  18. mozzorro Says:

    yeahh…all of us pun tak sabo to see ujang’s latest artwork.

    Btw. Ujang ada blog baru.
    http://www.ujangonline.com/

  19. miji Says:

    eh aku pon minat giler ngan ujang…samo la cam ko brader…sampai ke majalah malim pelita kau follow walaupon majalah tu dah tersasar jauh ngan majalah ujang..tp minat punya pasal aku follow gak…ari tu ingtkan ujang budak minang nk diteruskan…tp stakat bil 1 je..hmmm…satu benda yang bermain di fikiran aku yg smpai skang aku xtau dan aku betul2 teringin nak tau…bole sape2 explain nape brader ujang blah dr majalah ujang dlu???dan cmne kharisma bleh jadi MOY???aku rs tu mmg satu krisis yg agak panjang…tp aku xpasti…dlu ada jumpa kartunis sukun..tp lupa nk ty…

  20. beghaim Says:

    den dah minat kartun ujang maso perasmian SMBK kartun gambut solai kek tshirt.kisah cikgu izhab lagi den tak lupo.

  21. neep Says:

    lepas je ternampak bro ujang kat pwtc arituh..barula aku teringat balik psl cite aku budak minang tu..nnti akan ditayangkan diRTM2 sebyk 26 episod (maybe bulan 5 or bulan 6). Ujang sendiri x pasti waktu tayangan drama tu bila aku ajukan soalan tu.

  22. hidayu Says:

    ass/kum… saya peminat setia majalah ujang.majalah ujang banyak membarikan saya keinsafan dan teladan dalam hidup.saya doakan semoga majalah ujang tetap mendapat sokongan dari semua pehak….

  23. Kerasma Says:

    Mmg kartunis Ujang adalah icon mereka yang membesar sekitar tahun 80an/90an. Dan kerana meminati watak Ujang itu, gelaran “Ujang” melekat dalam kehidupan aku sbg anak kelahiran N9.

    Apa-apa pun, satu berita baik bila mendengar kartunis Ujang nak comeback setelah lama menyepi.

    Semoga akan kembali sinar mentari…

  24. tak sedar diri Says:

    ujang tu ada x kait-mengait dgn bujang senang???

  25. eliotest Says:

    My name is Eliot Estes. And I am a professional Content writer with many years of experience in writing.

    My primary goal is to solve problems related to writing. And I have been doing it for many years. I have been with several associations as a volunteer and have assisted people in many ways.
    My love for writing has no end. It is like the air we breathe, something I cherish with all my being. I am a passionate writer who started at an early age.
    Iā€™m happy that I`ve already sold several copies of my books in different countries like USA, Russia and others too numerous to mention.
    I also work in an organization that provides assistance to many clients from different parts of the world. Clients always come to me because I work no matter how difficult their projects are. I help them to save money, because I feel fulfilled when people come to me for writing help.

    Professional academic Writer ā€“ Eliot Estes – Hesperialovesbooks Corp

Leave a Reply

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in