baby

FFM19 – Siapa yang tak tau bahasa?

terfikir Add comments

Saya hanya terkejut sedikit apabila Syarifah Amani berbahasa inggeris ketika ucapannya dalam Festival Filem ke-19 baru-baru ini. Namun saya faham keadaan dirinya (latar belakang keluarga) dan saya tersenyum kerana saya pasti Rais Yatim akan tidak senang dengan tindakan pelakon muda itu. Apatah lagi teringatkan baru-baru ini saya telah menyiapkan sebuah video DBP tentang masalah penggunaan Bahasa Melayu dewasa ini. Di dalam video tersebut, ternyata Rais Yatim begitu serius dalam usaha kementeriannya memperkasakan Bahasa Melayu. Lantas apabila Rais Yatim memperkatakan perasaan terkilannya dan kemudian Sharifah Amani memohon maaf, saya rasa itu adalah perkara yang sepatutnya berlaku. Dan saya rasa perkara itu seharusnya berakhir di situ.

Namun beberapa komen akhbar menjadikan saya rasa betapa bodohnya sesetengah wartawan dalam mentafsirkan bahasa. Sama bodohnya orang yang menterjemahkan ayat-ayat bahasa inggeris di dalam wayang gambar hollywood kepada bahasa melayu di panggung wayang kita.

Saya bukanlah pakar bahasa. Namun ilmu yang tidak seberapa ini, mengajar saya betapa pemilihan perkataan boleh memberi tafsiran berbeza. Abah saya selalu berkata. Kalau mahu bercakap sesuatu bahasa. Kita mestilah paham cara pemikiran bangsa itu sendiri. Kita perlu memahami culture mereka kerana itulah yang mempengaruhi gaya lenggok bahasa mereka. Misalnya bahasa inggeris. Jika tidak akan berlakulah “direct translation” yang merendahkan mutu bahasa. Sebagai contoh, dalam culture barat, apabila kita memuji seseorang, kita akan berkata ” you’re the man“. Kalau direct translation ke bahasa melayu “awaklah org lelaki“. Sedangkan dalam budaya kita, cara kita bercakap dalam situasi yang sama ialah dengan berkata “cayalah!” atau kita terus diam kerana orang kita jarang memuji orang.

Saya akui saya agak kritikal dalam mendengar bahasa yang orang lain gunakan. Saya pernah tidak berpuas hati apabila seseorang kawan yang menyampaikan pesan seseorang, meminta saya membuat sesuatu berkata, ” Si polan suruh ko buat ni”. Lalu saya berkata “Oo…kalo si polan suruh, aku mesti buat la?”. Sepatutnya dia berkata “Si polan mintak tulung ko buat ni”. Pemilihan perkataan suruh seolah-seolah satu arahan. Bukanlah kerana saya ego tetapi dengan harapan dia tidak menggunakan perkataan itu kepada orang lain terutamanya orang tua.

Berbalik kepada isu Amani ini. Saya rasa wartawan kita yang salah mentafsirkan ayat tersebut. “I sound stupid” bukanlah “Saya rasa bodoh…” (seperti yang ditulis oleh wartawan). Ayat yang diterjemahkan wartawan ini seolah-olah Amani rasa menjadi bodoh kalau berbahasa melayu. Hakikat yang hendak disampaikan oleh Amani ialah, dia tidak pandai berbahasa melayu dengan baik dan akan kelihatan macam orang bodoh kerana tercari-cari ayat atau menyusun ayat dalam bahasa melayu. “I sound stupid” samalah maksudnya dengan “I sound funny“. Bayangkan Amani menggunakan berkataan funny. Mungkinkah wartawan-wartawan ini akan berkata Amani rasa nak ketawa bila berbahasa melayu atau cuba membuat lawak?

Yang pasti, Rais Yatim faham apa yang cuba dikatakan Amani lantas tidak membesar-besarkan perkara itu.

Begitu juga dengan ayat “If the film (Gubra) mencemar budaya, lets do it more oftenâ€?
Ini adalah contoh ayat dramatik atau ayat ironi. Kegagalan memahami bahasa inggeris dan read between the lines menyebabkan ramai menyalak. Terus-terang saya sedih dengan keintelektualan masyarakat walaupun Hasan Mutalib pernah berkata “jangan merendahkan IQ rakyat Malaysia”. Perkara ini samalah seperti apabila Nik Aziz berkata ” Tuhan mencarut”. Sekali dengar memanglah nampak salah. Namun setelah difahami apa yang cuba disampaikan oleh Nik Aziz barulah kita bersikap rasional walaupun sebenarnya perkataan yang patut digunakan ialah “melaknat”. Namun dalam budaya kelantan “mencarut” adalah perkataan yang boleh diterima.
Saya bawakan satu contoh situasi berlainan. Seorang anak yang didenda oleh bapanya menganggap bapanya kejam. Lantas berlakulah dialog seperti ini

Anak : Bapak ni kejamlah.
Bapak : Kalau denda ini dianggap kejam. Marilah bapak denda ko lagi.

Hakikatnya bapaknya menganggap denda itu adalah mendidik. Kalau mendidik dianggap kejam, marilah bapak didik ko lagi. Lalu apa yang cuba disampaikan Amani ialah, kalau buat filem bermutu dianggap mencemarkan budaya, dia tidak kisah. Malah menyeru orang ramai terus membuat filem bermutu tanpa mempedulikan kata-kata orang.

Kalau bahasa direct text sukar difahami, apatah lagi dalam mentafsirkan filem yang penuh subtext. Kemenangan Gubra dan Amani sesungguhnya mencerminkan tahap keintelektualan kita. COME ONLAHHH…

8 Responses to “FFM19 – Siapa yang tak tau bahasa?”

  1. marani Says:

    Quote “Kalau mahu bercakap sesuatu bahasa. Kita mestilah paham cara pemikiran bangsa itu sendiri. Kita perlu memahami culture mereka kerana itulah yang mempengaruhi gaya lenggok bahasa mereka. ”

    maknanyer armani sebagai bangsa melayu, buat cerita berkisar hidup melayu… tatau cara pemikiran bangsa sendiri dan culture sendiri ker? 😀

  2. mozzorro Says:

    Dalam konteks ayat di atas, bila dia cakap bahasa inggeris..dia menggunakan ayat yang org inggeris paham. Malangnya org kita take time untuk paham atau ada yang tak paham-paham.
    Contoh paling mudah..Lihat cara lawak sesuatu bangsa. Benda yang lawak pada bangsa A, mungkin tidak kelakar pada bangsa B. Orang yang tak biasa dengan culture barat mungkin tidak rasa betapa kelakarnya “Who’s Line Is It Anyway.”

    Yang buat cerita tu bukan dia..yasmin ahmad yang buat.
    Kerana dia tau sangat perangai bangsa dia la…yang dia terus mintak mahap.

  3. dzqwr Says:

    wahhhh, ur thought is very deep!

  4. man of a few word » Blog Archive » Tak abih lagi Says:

    […] iah Perkara ini samalah seperti ayat dramatik yang saya katakan dalam entry saya yang lalu(baca balik) This entry was pos […]

  5. ahmadzombie Says:

    disebuah sekolah asrama di suatu pekan, ada 2 orang senior tgh berborak sebelum light off.

    “Gua bengang betul la dgn mamat Faiz ni…. ada ke pakai kasut riadah gua tak sound gua… dahlah baru form one… nak kena sound nih”

    “Sound’s good. Gua pun lama tak sental nih… apa kata kita cergas sekarang! Ayuh!”

    Tiba-tiba muncul mencelah seorang lagi senior, “weh… korang nak sound dia dengan apa ni? Kaki ke tangan? ”

    ***

  6. nina Says:

    bagus2….. just as what i interpreted… wartawan kat mesia ni kena byk belajar lagi , patut kena masuk universiti wartawan,so that they wont write crappy articles.. 😛

  7. nina@yahoo.com Says:

    belajar bahasa inglish

  8. get more info Says:

    Exactly how will you as if to bypass the higher list prices at
    the household furniture retail stores by utilizing hardwood furniture plannings and create some on your
    own? It is possible as well as a considerable amount of folks are
    currently doing it. As opposed of what many people believe, it is actually certainly not necessary
    to be a professional to create timber furnishings.

Leave a Reply

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in