baby

Majlis Risikan Antarabangsa (MRA)

jurnal 10 Comments »

MAJLIS RISIK , 12hb August 2006

Aug 12, 2006 – 43 Photos

sila klik gambar di atas untuk melihat album

Tak abih lagi -FFM19

terfikir No Comments »

Salah satu ibadah paling mudah adalah diam. Ini lantaran semakin banyak kita bercakap, semakin banyak pula dosa kita dan semakin banyak kesilapan kita. Kadang-kadang kita sendiri tak sedar yang kita cakap itu bercanggah dengan apa yang kita cakap dahulu. Sebentar tadi saya melayari sebuah blog yang terkenal sebagai pengutuk Gubra paling hebat. (dimaklumkan, saya bukanlah penyokong Gubra kerana saya sendiri belum menontonnya.) Dalam blog tersebut, saya tertarik tentang satu artikel yang langsung tiada kena mengena dengan filem tersebut, tetapi tentang Imam Syafie. Secara ringkasnya, Imam Syafie yang kita ikuti ajarannya sebagai ahli sunnah waljamaah pernah dituduh sebagai Syiah. Lalu Imam Syafie telah menulis sebuah syair yang berbunyi

Jika mencintai keluarga Nabi
itu adalah Rafidhi
maka hai dua golongan makhluk
(jin dan manusia)
saksikanlah, sesungguhnya aku
ini Rafidhi.

Rafidhi=Syiah

Perkara ini samalah seperti ayat dramatik yang saya katakan dalam entry saya yang lalu (baca balik)

Adakah dengan syair ini Imam Syafie mengakui dia adalah Syiah?
Adakah dengan ucapannya Syarifah Amani mengakui dirinya pencemar budaya?

Hairan pakar bahasa dan pakar filem tak pandai mentafsir apa yang dikatakan gadis berusia 20-an.

Teringat pula kisah seorang pakar filem yang dengan beraninya mencabar kredibiliti P. Ramlee dengan mengatakan banyak lagi tokoh filem melayu yang lebih hebat seperti M. Amin dan Husin Hanif. Selama satu jam rancangan itu, pakar ini bersungguh-sungguh mengeluarkan fakta-fakta ilmiah tentang perfileman sedangkan 2 org lagi ahli panel sekadar bercakap dari segi emosi dan minat terhadap P. Ramlee. Namun, bila Allah nak tunjuk, hanya panggilan dari seorang ‘pakcik tua’ sudah cukup. Pakcik ini dengan mudah mengingatkan, pakar itu membandingkan P. Ramlee hanya dari segi skop yang sempit iaitu skop filem. Sedangkan P. Ramlee terkenal dengan multi-talentnya. Jelas sekali dek syoknya mengeluarkan pengetahuan filem dia terlupa tajuk besar forum tersebut.

Sampai di sini sahajalah. Bimbang pula banyak cakap, saya sendiri tersilap. Wasalam.

Lihat apa yang dicakap atau Siapa yang bercakap

terfikir 1 Comment »

24 august 2006.
Sambil membuat editing pagi ini, saya menonton sebuah rancangan PIDATO DIRAJA di TV1. Banyak perkara yang menarik berlaku dan pujian secara peribadi harus saya berikan kepada penerbit dan cameraman rancangan ini yang bijak dalam capturing the moment. Di samping itu terdapat beberapa perkara yang membuatkan saya terfikir.

Pidato Spontan
Pidato spontan adalah satu kategori baru di mana peserta dikehendaki mengambil undi tajuk on the spot dan terus berpidato selama 4 minit. Kategori ini bagi peserta Sekolah Menengah mungkin mencabar dan saya kagum dengan kebolehan mereka berfikir dan menyusun ayat secara spontan. Namun yang lebih mengagumkan ialah peserta-peserta dari kategori Sekolah Rendah. Seorang peserta Tahun 6 secara spontan memberi isi tentang usaha Dato’ Seri Hishammudin memartabatkan budaya ilmu dan terus berkata “Tahniah Dato’ Seri!” dan ini disambut dengan senyuman oleh Hishammudin.

Seorang lagi peserta sekolah rendah, malangnya gagal mengawal kegugupan menyebabkan dia tidak dapat menghabiskan pidato spontannya. Semasa persembahan selingan, cameraman berjaya merakamkan wajah adik ini yang berlinangan air mata sambil dipujuk oleh gurunya yang turut menangis! Namun sewaktu menerima cenderamata daripada Yang Dipertuan Agong, Tuanku Syed Sirajudin, baginda terus mencium adik ini sebagai pemberi semangat. Respek saya kepada Tuanku yang bijak mengambil hati rakyat cilik itu.

Isi Kandungan Pidato : Isu Amani
2 dari peserta kategori sekolah menengah dengan bersemangatnya menyentuh isu Sharifah Amani.
Sekali lagi saya terasa ironinya kerana selain Yang Dipertuan Agong dan Hishammudin Tun Husien, salah seorang tetamu kehormat pada majlis itu ialah Dato Seri Rais Yatim. Ironinya ialah kerana Rais Yatim telah menyatakan isu itu telah selesai. Saya percaya 2 orang peserta itu cuba menunjukkan yang mereka amat peka kepada isu semasa dan berharap markah yang lebih. Inilah taktik biasa dalam acara pidato, apatah lagi ayat pidato mereka mengenai isu itu betul-betul sebelum ayat penutup mereka. (menunjukkan isi tambahan yang dimasukkan di saat-saat akhir). Seorang peserta (yang muncul juara) dengan lantang mengkritik AF, Mawi, kegilaan SMS dan Anugerah Era. Hebat bunyinya. Hakikatnya dia sendiri menggunakan elemen-elemen itu untuk menjadi peserta favourite. Dengan rambut pendeknya dan status sebagai anak Terengganu dia memulakan bicara pidato dengan berkata “saya bukanlah Mawi ataupun Faizal”, sambil mengusap kepala dan memberi senyuman ala-ala Faizal.

Komentar
Apa yang saya cuba sampaikan di sini adalah kadang-kadang kita perlu melihat siapa yang bercakap. Saya pasti peserta-peserta ini bukan berkata-kata atas dasar pandangan hati mereka tetapi lebih kepada niat menambat hati juri. Lalu pandanglah sekeliling kita. Pelbagai manusia dengan pelbagai isu mereka. Mereka membawa isu-isu yang hakikatnya sekadar menunjukkan mereka hebat atau mereka sahaja yang betul atau menunjukkan orang lain salah. Lebih menyedihkan dan menakutkan saya ialah apabila mereka yang tidak ikhlas ini membawa isu-isu Islam. Mereka membakar kita, meniupkan sentimen-sentimen kita sedangkan hakikatnya mereka mahu mendapatkan sokongan kita atau menunjukkan mereka pemimpin yang berwibawa. Tidak dinafikan ramai yang benar-benar ikhlas dan rela dikritik, disembur, dipukul atau dipenjara sekalipun. Namun kita sebagai juri awam ini perlulah bijak menilai. Jangan sokong bawa rebah, jangan percaya membawa bencana!

Bandingkan kedua-dua ayat ini.
1) Lihat apa yg dikata bukan siapa berkata
2)Lihat siapa yang berkata bukan apa yang dikata

Sebenarnya kedua-dua ayat ini betul. Ayat 1 mencadangkan kita tak menilai taraf atau darjat seseorang itu. Kalau yang berkata itu seorang budak sekalipun, jika apa yang dikatanya benar, kita perlu menerimanya. Yang kedua mencadangkan kita berhati-hati dengan niat seseorang apabila mereka berkata. Lalu apa niat saya? Hmmm…honestly, saya kurang pasti.

Teringat saya seorang Ustaz bekas penyanyi Rock mengkritik penyanyi-penyanyai sekarang tetapi kemudiannya Ustaz ini pula mahu membuat album. Bila ditanya, dia berkata di pentas ceramah dia seorang Ustaz, di pentas nyanyian dia seorang penyanyi. Bukankah itu menunjukkan dia berkata demi kedudukannya? (atau alasan lain dia mempunyai split personalities)

wallahualam.

Birthday Mai lak..

jurnal 1 Comment »

birthday mai

Mai dan suaminya (gambar asal dicilok dari fotopages mereka)

aaa.. selamat panjang umur..ramai la plak org lahir bulan ogos ni.. Mai adalah sorang kawan yg agak best la jugak (tokley cakap lelebih nanti dia riak) Satu kesalahan besar aku kat ko ialah tak datang wedding ko..sorry sesangat…memang bz tahap idup dan mati time tu.. Dah setahun dah yer.. Masih tade peluang nak berkenalan ngan husband ko.. Insya-allah la nanti.. kim salam jer la..

FFM19 – Siapa yang tak tau bahasa?

terfikir 7 Comments »

Saya hanya terkejut sedikit apabila Syarifah Amani berbahasa inggeris ketika ucapannya dalam Festival Filem ke-19 baru-baru ini. Namun saya faham keadaan dirinya (latar belakang keluarga) dan saya tersenyum kerana saya pasti Rais Yatim akan tidak senang dengan tindakan pelakon muda itu. Apatah lagi teringatkan baru-baru ini saya telah menyiapkan sebuah video DBP tentang masalah penggunaan Bahasa Melayu dewasa ini. Di dalam video tersebut, ternyata Rais Yatim begitu serius dalam usaha kementeriannya memperkasakan Bahasa Melayu. Lantas apabila Rais Yatim memperkatakan perasaan terkilannya dan kemudian Sharifah Amani memohon maaf, saya rasa itu adalah perkara yang sepatutnya berlaku. Dan saya rasa perkara itu seharusnya berakhir di situ.

Namun beberapa komen akhbar menjadikan saya rasa betapa bodohnya sesetengah wartawan dalam mentafsirkan bahasa. Sama bodohnya orang yang menterjemahkan ayat-ayat bahasa inggeris di dalam wayang gambar hollywood kepada bahasa melayu di panggung wayang kita.

Saya bukanlah pakar bahasa. Namun ilmu yang tidak seberapa ini, mengajar saya betapa pemilihan perkataan boleh memberi tafsiran berbeza. Abah saya selalu berkata. Kalau mahu bercakap sesuatu bahasa. Kita mestilah paham cara pemikiran bangsa itu sendiri. Kita perlu memahami culture mereka kerana itulah yang mempengaruhi gaya lenggok bahasa mereka. Misalnya bahasa inggeris. Jika tidak akan berlakulah “direct translation” yang merendahkan mutu bahasa. Sebagai contoh, dalam culture barat, apabila kita memuji seseorang, kita akan berkata ” you’re the man“. Kalau direct translation ke bahasa melayu “awaklah org lelaki“. Sedangkan dalam budaya kita, cara kita bercakap dalam situasi yang sama ialah dengan berkata “cayalah!” atau kita terus diam kerana orang kita jarang memuji orang.

Saya akui saya agak kritikal dalam mendengar bahasa yang orang lain gunakan. Saya pernah tidak berpuas hati apabila seseorang kawan yang menyampaikan pesan seseorang, meminta saya membuat sesuatu berkata, ” Si polan suruh ko buat ni”. Lalu saya berkata “Oo…kalo si polan suruh, aku mesti buat la?”. Sepatutnya dia berkata “Si polan mintak tulung ko buat ni”. Pemilihan perkataan suruh seolah-seolah satu arahan. Bukanlah kerana saya ego tetapi dengan harapan dia tidak menggunakan perkataan itu kepada orang lain terutamanya orang tua.

Berbalik kepada isu Amani ini. Saya rasa wartawan kita yang salah mentafsirkan ayat tersebut. “I sound stupid” bukanlah “Saya rasa bodoh…” (seperti yang ditulis oleh wartawan). Ayat yang diterjemahkan wartawan ini seolah-olah Amani rasa menjadi bodoh kalau berbahasa melayu. Hakikat yang hendak disampaikan oleh Amani ialah, dia tidak pandai berbahasa melayu dengan baik dan akan kelihatan macam orang bodoh kerana tercari-cari ayat atau menyusun ayat dalam bahasa melayu. “I sound stupid” samalah maksudnya dengan “I sound funny“. Bayangkan Amani menggunakan berkataan funny. Mungkinkah wartawan-wartawan ini akan berkata Amani rasa nak ketawa bila berbahasa melayu atau cuba membuat lawak?

Yang pasti, Rais Yatim faham apa yang cuba dikatakan Amani lantas tidak membesar-besarkan perkara itu.

Begitu juga dengan ayat “If the film (Gubra) mencemar budaya, lets do it more oftenâ€?
Ini adalah contoh ayat dramatik atau ayat ironi. Kegagalan memahami bahasa inggeris dan read between the lines menyebabkan ramai menyalak. Terus-terang saya sedih dengan keintelektualan masyarakat walaupun Hasan Mutalib pernah berkata “jangan merendahkan IQ rakyat Malaysia”. Perkara ini samalah seperti apabila Nik Aziz berkata ” Tuhan mencarut”. Sekali dengar memanglah nampak salah. Namun setelah difahami apa yang cuba disampaikan oleh Nik Aziz barulah kita bersikap rasional walaupun sebenarnya perkataan yang patut digunakan ialah “melaknat”. Namun dalam budaya kelantan “mencarut” adalah perkataan yang boleh diterima.
Saya bawakan satu contoh situasi berlainan. Seorang anak yang didenda oleh bapanya menganggap bapanya kejam. Lantas berlakulah dialog seperti ini

Anak : Bapak ni kejamlah.
Bapak : Kalau denda ini dianggap kejam. Marilah bapak denda ko lagi.

Hakikatnya bapaknya menganggap denda itu adalah mendidik. Kalau mendidik dianggap kejam, marilah bapak didik ko lagi. Lalu apa yang cuba disampaikan Amani ialah, kalau buat filem bermutu dianggap mencemarkan budaya, dia tidak kisah. Malah menyeru orang ramai terus membuat filem bermutu tanpa mempedulikan kata-kata orang.

Kalau bahasa direct text sukar difahami, apatah lagi dalam mentafsirkan filem yang penuh subtext. Kemenangan Gubra dan Amani sesungguhnya mencerminkan tahap keintelektualan kita. COME ONLAHHH…

Birthday Bangku-bangku..

jurnal 5 Comments »

ngahuda

Bulan August adalah bulan yg best sebab selain bulan kemerdekaan, bulan ini jugak adalah bulan kelahiran 2 orang abang aku. Selang sehari jer birthday diorang. Pandai tul abah n mama aku setting…hehe..(aku pulak birthday sama ngan akak sulong aku)

Selamat panjang umur, murah rezeki dan bahagia di samping keluarga masing-masing. Terima kasih kerana menjadi abang-abang yang best dan banyak ajo aku tentang macam-macam.

p/s hah? apadia? haa..memang…aku jauh lagi hensem dari diorang..hehe

CG Environment for local artist

w.i.p 3 Comments »


I’m not sure to call this a finished work or just another work in progress. Out of the blue, a good friend of mine called me and gave me a short-quick but yet tedious job. Eventhough i’m busy lately but as a favor, i tried to steal some time to do the job.. The workflow kinda give me a headache. The main problem here..err…i dont think i should put all my complaints here. Enough said. The job’s done. I mean my part is done. I just hope their compositor could be a little more creative. For a time consuming project (and “serabut”) like this, a good compositor would really helped a lot.
Anyway, i’ve already submitted the project. Not sure whether they manage to finish it or not. That’s why i wont reveal the artist name for now. Just keep my fingers crossed! it nice sometimes to have your work played on tv.heh!

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in