baby

KHAT: INDAH SITI INSYIRAH

artwork, khat 11 Comments »

indah
klik gambar untuk resolusi lebih besar
design o1
indah
klik gambar untuk resolusi lebih besar
design o2

Indah Siti Insyirah..

Untuk melihat tuan empunya nama…meh masuk..
http://sity29.blogspot.com/

err…
Lamo tak wat khat da…sempena ramadhan ni…

KARTUN MERDEKA

artwork 6 Comments »

Sebenarnya, aku cam serba salah letak kartun ni. Takut dah dicopyright oleh BERNAMA. Tapi taperlah..belasah jer la..hehe..

Aku hantar 2 kartun, yang sangkut yang tajuk Kibarkan Jalur Gemilang. Sebenarnya ni idea no 2.

rumah
klik gambar untuk resolusi lebih besar

rumah
klik gambar untuk resolusi lebih besar

Dalam kedua-dua artwork ni aku menggunakan tema angkasawan dalam menggambarkan kegemilangan Malaysia. Bukanlah kerana aku menganggap kerjaya angkasawan sebagai kerjaya paling cool tapi pada aku program angkasa ini menggambarkan sesuatu yang lebih bermakna, iaitu PELUANG. Peluang adalah sesuatu yang aku rasa hadir bersama kemerdekaan. Peluang yang terbuka dan terpulang kepada kita untuk mencapainya. This is what MERDEKA really means to me. Peluanglah yang membezakan antara kemajuan aku, adik beradik dan juga ibu bapa dan atuk nenek kami.
(CAUTION: Pembebelan yang panjang di bawah)
Sebenarnya ini semua inspirasi cerita-cerita abah aku. Menurut abah, zaman sebelum merdeka dan awal-awal merdeka adalah zaman yang sukar kerana kekurangan peluang. Di zaman British, jawatan-jawatan penting dalam kerajaan diberikan kepada pegawai-pegawai British. Sedikit peluang pula diberikan kepada pembesar-pembesar dan juga anak-anak Raja. Kita lihat siapa yang jadi pemimpin. Tunku Abdul Rahman, seorang putera Raja. Dato Onn, anak Menteri Besar Johor yang diberi peluang belajar bersama-sama putera-putera Sultan Johor hingga ke England. Bukan aku menafikan kewibawaan mereka. Mereka memang hebat dan cemerlang malah berani. Cuma mereka lebih berpeluang kerana kedudukan mereka.

Peluang perniagaan pula tertutup untuk bangsa melayu kerana Dasar Pecah dan Perintah. British meletakkan bangsa cina duduk di bandar, Melayu di kampung-kampung dan india pula di ladang-ladang. Atas sebab inilah terdapat jurang ekonomi yang ketara. Dasar pecah perintah berlangsung hampir 100 tahun. Kiranya bangsa yang dapat peluang berniaga telah maju 100 tahun ke hadapan sebelum peluang dibahagikan sama rata.

Awal merdeka pula, peluang terbuka luas. Namun, tentulah mereka yang berpendidikan diberikan peluang ini. Bagaimana rakyat biasa yang miskin hendak dapat peluang kalau sebelum ini, belajar pun mereka tak mampu?

Kini, setelah 50 tahun merdeka. Macam-macam peluang muncul dan pelbagai kerjaya muncul. Diri aku sendiri tidak pernah terfikir untuk bergelar animator kerana masa kecil tak tahu akan muncul peluang ini. Syukur kerana anak-anak kita nanti akan berpeluang bergelar angkasawan sekiranya mereka berusaha. Peluang dah ada, cuma kita perlu berusaha. Jangan asyik salahkan orang atau keadaan dan mahu kaya cepat sahaja. Mintak naik gaji tapi malas tak boleh nak kata lagi. Pilihlah nak jadi perkerja kilang yang berdedikasi atau mat rempit yang merbahayakan diri.

Dan didepan mu berbaris peluang-peluang
tapi tidak mahu pun engkau rebutkan
Berderet-deret sasaran
namun tidak satu peluru pun engkau lepaskan
kerana engkau hanya asyik berjuang
Entah untuk apa dan demi siapa engkau juangkan

-ahli fiqir

HADIAH MERDEKA

jurnal 5 Comments »

Sebenarnya entry kali ini ada 2 tajuk lain yang aku tidak dapat putuskan. Tajuknya ialah

1)I’M NOT A CARTOONIST (YET)
2)SAYA MENANG MOTOR!

OK, mula-mula sebelum bercerita lebih lanjut, aku mengucapkan syukur ke hadrat Allah dan juga terima kasih kepada parents, isteri dan keluarga atas rezeki yang tidak disangka-sangka. Tujuan entry ini sekadar nak berkongsi kegembiraan dengan hadiah merdeka yang aku terima pada 24.08.2007. Terima kasey pada sokongan kengkawan dan jugak idola-idola kartunis terutamanya tok ketua kg belulang. hehe..

Beritanya kat sini BERITA
Contestnya kat sin CONTEST

Kalo ikut berita tu, belum apa-apa aku dah digelar kartunis. Sebenarnya belum lagi layak diri ini digelar kartunis. Segan pulak aku ngan member-member kartunis. Ceritanya bermula pada 8 Ogos 2007. Tetiba aku dapat e-mail tentang pertandingan malaysia kreatif. Ada kategori lukisan kartun. Tapi tarikh tutupnya 10 Ogos. 2 hari lagi. Setelah cari idea dalam 2 hari tu, pada 10 ogos, aku sketch, ink dan scan kemudian email sebelum pukul 5 petang. Kalau diikutkan, sejak dulu aku selalu fikir yang aku ni lemah dalam bab-bab melukis. Ada 8 juta orang lagi terer. Aku selalu dengki dengan stroke-stroke member-member aku di MMU. Kalau masuk forum Pergh.com selalu tercengang melihat stroke artist2 kat situ. Even keluarga aku pun cam kurang yakin bila aku nak ambik course animation dulu. Tapi aku percaya komputer akan dapat membantu membaiki kelemahan aku. Sebab tu kadang-kadang buat storyboard pun aku terus pakai 3d.

Perjumpaan dengan beberapa orang yang terlibat dalam industri animasi 2d, dan juga industri komik dan kartun terutamanya kartunis tersohor negara Brader Ujang dalam tahun ini membuka mata aku. Aku tersedar bahawa stroke dan skill tak datang dengan sendiri. Mungkin ada beberapa kartunis yang sejak azalinya stroke mereka sudah hebat. Tapi kebanyakan mereka melatih stroke mereka bertahun. Lihat karya Dato Lat semasa awal-awal dan bandingkan dengan sekarang. Lihat juga stroke asal Tembakau dan juga Aie. Dengan berterusan mengatakan diri tidak boleh melukis kartun dan tidak berlatih tidak akan membawa apa-apa perubahan. Atas keazaman inilah aku mula menconteng. Kalau tahun-tahun sudah, apabila ada kerja storyboard aku akan terus pass kat ex-housemate aku, encik rahman, tapi kerana komitmen keje baru beliau, tahun ini banyak juga storyboard yang aku buat sendiri. Lebih-lebih lagi, ada satu job awal tahun ini yang storyboard asyik berubah-berubah. Ini adalah antara faktor yang membuat aku banyak buat sketch tahun ini.

Entahlah, umur 27 tahun mungkin terlambat agaknya kalau mula merangkak nak jadik kartunis. Tapi apa salahnya mencuba.

Tanpa disangka-sangka cubaan pertama aku bernilai sebijik motor. Hehe

Kelakar juga jika difikirkan.

“Saya menang motor!” adalah satu ungkapan dari iklan power root yang selalu aku ucapkan setiap kali membuka tin power root. Mungkin bertukar menjadi doa. Inilah rezeki Allah bagi. Rezeki anak.

bernama

Pagi Jumaat, kelam kabut fikir nak ambik hadiah kat Wisma Bernama. Maklum ler semalam baru sampai dari Bintulu. Meja bersepah.

bernama

Sampai awal, majlis lom start. Nampak sangat gelojoh..haha

bernama

Sempat posing time majlis berlangsung

bernama

Dato’ Azman bin Ujang tanya dah ada lesen ke belum. Lesen motor tade, lesen kereta adalah.

bernama

Bergambar dengan VIP dan penaja-penaja

bernama

Tengah interbiu.

bernama

Apsal ntah muka cam sedey.

bernama

Bergambo dengan abah, mama, isteri. Abang aku ambik gambar.

bernama

Jamuan. Dato-dato ni cerita time diorang training askar PTD. Kalau aku bukak cerita aku semput time lari 2 km ujian PTD mesti diorang gelakkan aku

bernama

Dah..dah..jom angkut bawak balik rumah. Aku dengan abang aku. Orang-orang kat belakang tu tengok jer. Diorang pun bz kemas khemah masing-masing. Abang aku tension angkat motor tu dan berkata “Lain kali menang kereta lerrrr! Tak yah susah-susah angkat”

bernama

Kredit kepada IS yang sudi menyewakan Arena dia ni. Thanks dude!

bernama

Setelah menempuh jammed dekat 2 jam dari Wisma Bernama time orang balik keje hari jumaat, akhirnya sampai juga motor ni ke rumah abang aku. Simpan situ kejap. oh ya. motor ni tade road tax lagi tu pasal kena angkut

Dijadikan cerita, berita ni aku dapat tahu masa aku still kat Bintulu. Orang bernama call, suh bawa lori. Pasal kena angkut terus motor tu lepas ceremony. Aku balik KL dari bintulu 23 Ogos. Sampai KL, malam pukul 10 pegi Kelana Jaya ambik Arena dari IS. Esoknya lepas habis angkut motor ni, malam tu pegi pulang Arena tu pasal sewa sehari je. Masa bawak Arena masuk Wisma Bernama tu cam kelakar jer. Terasa macam Kassim Baba bawak lori nak angkut harta dalam gua.

p/s kepada hamba allah yang mengirimkan e-mail tentang pertandingan ini, (aku sempat jumpa brader ni masa kat BERNAMA ari tu) ribuan terima kasih diucapkan kerana membuka jalan rezeki. Moga Allah membuka rezeki untuk anda pula. Alhamdulillah…

MERDEKA (azan@merdeka)

jurnal 8 Comments »

Salam Merdeka.

Marilah sama-sama saksikan kemerdekaan negara pada tahun 1957 dalam versi warna!

Satu perkara yang menarik pada aku ialah seruan azan yang dilaungkan pada ketika itu. Syahdu jer aku rasa.

Kepada rapper Namewee yang mengutuk azan dalam lagunya. Saksikan kedudukan azan dalam negara kita.

Aku biasanya tak suka keluar sambut merdeka pasal tak suka bersesak-sesak. Tapi sempena 50 tahun punya pasal, aku dan isteri pegi putrajaya dengan niat nak tengok bunga api jepun. (Pertandingan Bunga Api Antarabangsa) Bunga api yang dijadualkan kul 10 tak muncul-muncul walaupun kami dah port baik kat situ dari kul 9.30. Last-last kul 11, kitorang give up dan nak drive balik before jalan sesak. Tapi ntah camna aku tersilap jalan lalu kat bulatan besar putrajaya yg ada istana negara tu. Kat situ jammed yang amat. Tiba-tiba nak dekat pukul 12, kereta tak bergerak langsung dan ramai orang buat selamba bodoh keluar dari kereta yg kat tengah-tengah jalan untuk tengok bunga api dari atas bukit. Bukan nampak pun, nampak cebis-cebis jer kerana dihalang bangunan. Aku syak memang ramai orang yg dengan ignorantnya parking tengah-tengah jalan sampai semua kereta tak bley bergerak. Sebab sebaik sahaja lepas bunga api tu, kereta kat bulatan tu..terus bley bergerak walaupun terdapat beberapa kereta yang ditinggalkan di tengah-tengah jalan.

Nampaknya walaupun kita dah 50 tahun merdeka, sikap ignorant orang kita masih tak berubah.

Dan selepas 50 tahun, kita masih belum merdeka dari jammed!

merdeka jammed

Kembali ke alam nyata

jurnal 8 Comments »

Aku dah kembali ke alam nyata sekarang. Kembali duduk di dalam hal. Pagi ni aku melayari internet dan terjumpa info pasal Budak Lapok, animasi yang akan ditayangkan pada hari raya tahun ni. Aku dah tengok preview animasi ni lama juga pasal boss aku pernah diskas-diskas ngan Wafa ni. Aku terbaca satu artikel

Cereka animasi Budak Lapok kenang P Ramlee
….
Lebih membanggakan, inilah kali pertama apresiasi terhadap P Ramlee dibuat menerusi animasi dalam usaha memperkenalkan trio Bujang Lapok kepada generasi baru terutama kanak-kanak untuk lebih menghayati karya filem Melayu klasik.
….
AKMAL ABDULLAH, Berita Harian 29 Mei 2007

Bab ni aku tak setujulah. Bebudak MMU dah produce animation tribute untuk P. Ramlee tahun 2002

http://www.youtube.com/watch?v=WJhJp1Dzm_8

Hehehe…

5 pagi

jurnal 2 Comments »

5pagi

5 pagi.

Still ada keje yg belum settle b4 gi bintulu tengahari nanti. huhu

anyway, kepada kengkawan, client, musuh atau sesapa. kalo tak mo kena charge memahal jgn ler telefon aku untuk seminggu. sms jerk..hehe..

kepada member2 yg nak tolak projek, sorry la pasal terpaksa tolak. hehe…

Kasik urut skettt

jurnal 10 Comments »

thaimassage

Pegi mengurut ni dah menjadi salah satu aktiviti aku sejak jadik fulltime freelancer ni. Biasanya lepas habis projek yang memenatkan (stay up late, mengadap komputer 24/7) aku akan pegi servis badan ni. Tapi mencari tempat urut yg best pun agak sukar. Sebenarnya aku prefer urut melayu pasal masa kat Lorong Isnin dulu ada sorang makcik ni wat servis urut dan pakcik aku yg keje KL selalu akan pulang ke muar dan berurut dengan dia. Tapi sekarang ni makcik ni tentu dah uzur dan tak wat urut-urut lagi ni. So, terpaksa la sekarang ni aku terpaksa la pegi tempat urut yg merata-rata di KL ni. Tapi biasanya ada aja yang aku tak puas hati dengan cara urutan diorang ni. Aku pernah diskas ngan member aku yg bitau pasal urut thai, tapi dia kata banyak stretching. Bunyik cam tak best pada mulanya. Tapi aku try urut ni dalam dua bulan lepas and to my surprise, i really enjoyed it! Memang terasa hilang lenguh-lenguh. Fuhh.. yang lagi best dan eloknya, kita tak perlu pakai seluar pendek jer time urut thai. Tapi diorang bagi seluar panjang dan baju yang loose. Pasal kalo urut biasa dengan berlenggeng (meaning- tak pakai baju) dalam suhu bilik aircond, akan menyebabkan selsema that leads tak enjoy the massage.

Urut thai ni kadang-kadang rasa cam gusti. Diorang akan lipat-lipatkan tangan, kaki dan badan korang. Pastu dipusing-pusing sampai berbunyi tulang semua.

Petang semalam, masa nak ambil cik marani balik mengajar, aku rasa sangatlah letih belakang badan. Penat wat keje, stay up memalam dan jugak drive ke sana sini dalam bulan lepas bercampur semua. Tak tahan punya pasal, aku terus ajak wife aku ke Mines jap. Nak urut thai. This is my third time. Tapi kali ni punya tukang urut cam kelakar sikit. Biasanya, diorang akan tinggalkan kita sekejap dalam bilik urut tu untuk tukar baju. Oh ya! Urut thai ni, tade katil urut, tapi ada tilam atas lantai. Kali ni seluar yg diorang bagi tu cam pelik sket. Kena ikat-ikat.Time aku tengah belek-belek seluar tu, tetiba tukang urut tu masuk! Aku dengan gelabah-gelabah cepat2 nak pakai seluar tu (pasal aku tgh tak berseluar time tu!) Tapi dia kata No! No! No! Rupanya salah pakai.

Time urut tu, dengan badan aku yg dah tight sangat ni, aku rasa tukang urut tu memang cam sangat bersusah-payah. Dia tergelak-gelak sambil kata “very hard”. Biasanya dia hanya akan selak jer baju kita untuk urut belakang. Tapi pasal tension ngan tahap ketensionan otot-ototku ini, dia terus bukak baju aku..auuww..

Lepas urut tu, tukang urut tu bagi aku minum. Lepas minum, aku nak tunggu dia keluar bilik ler baru nak tukar baju. Tapi tukang urut tu melepak keletihan.haha.. aku cam rasa..bila dia nak keluar ni?? Pastu dia kata lagi,

“very hardlah”..

Malammm..

jurnal 2 Comments »

malam

Berjaga malam.
Kadang-kadang seronok.
Kadang-kadang tidak.
Kadang-kadang ayam berkokok.
Kadang-kadang anjing menyalak.
Kadang-kadang dengar laki mengamuk.
Kadang-kadang dengar bini bertekak.
Kadang-kadang tersengguk-sengguk.
Kadang-kadang rasa nak melalak.
Kadang-kadang banyak nyamuk.
Kadang-kadang sejuk la pulak.

Berjaga malam? ala..ko kan dah biasa..

mungkin..

tapi aku rasa aku dah tua.
sakit sendi sakit semua.
macam ali baba bujang lapuk.
bunyi reput tulang berkeriuk keriuk.
Kalaulah ada kusi OSIM, mesti terasa masyuk

16hb Ogos.
Nak terbang ke bintulu.
Plan sejak bulan satu.
Nak duduk sana seminggu. Dah ku cuba sort keje supaya waktu cutiku tak terganggu.
Tapi kita ni, merancang aja yang mampu.
Nampak gaya keje kena bawak bersamaku.
Balik sini karang, banyak juga yang menunggu.
Eh, apa lak mengeluh, kan ke rejeki tu?
Berserah aja pada tuan punya waktu.

wakakkaa…

mari gelak.

p/s ini bukan pantun, sajak, seloka, gurindam atau apa-apa.

UJANG NO 1

jurnal, terkonang 9 Comments »

ujang no 1

UJANG NO 1. Tajuk posting ni dah lekat dalam kepala otak aku sebaik sahaja aku mendapat satu “copy” majalah Ujang no 1 daripada enche Ibnukaduk petang tadi. Bukan apa, tajuk ni jugak membawa maksud Kartunis Ujang tetap no. satu! Hehe. Majalah ini antara khazanah yang pernah aku miliki tapi telah di-kelepet oleh kawan aku masa kat Muar dulu. Budak tu putih-putih, badan gempal-gempal sikit. Lupa plak nama dia. Tapi dia duduk kat taman bunga raya. Sedara dia yang lembut-lembut tu aku ingat namanya, Ijal. Mamat tu lupa plak nama dia. Tapi kerana dialah koleksi majalah Ujang aku start dari no 2. Walaupun murah harganya, cuma RM 2.20 tapi boleh dikatakan majalah yang pernah menempa sejarah ini boleh dikatakan edisi terhad. Nampaknya majalah Ujang dan “pengklepetan” tak boleh dipisahkan. Haha.

Ini kali kedua aku jumpa Ibnukaduk. Eh! Ketiga sebenarnya jika dicampur ngan pertemuan di Pesta Buku. Best rasanya dapat berkenalan ngan orang yang pernah terlibat secara langsung dengan 2 perkara menjadi titik tolak industri kartun dan animasi. Usop Sontorian dan Majalah Ujang (kedua-duanya berasal di bawah Karisma Group of Companies) Banyak jugak sejarah dan cerita-cerita konflik penubuhan majalah Ujang dan animasi pertama Malaysia; Usop Sontorian yang diceritakannya secara personal dan tak bley disiarkan di mana-mana. Seronok la aku. Maklum ler, aku ikut majalah ni sejak no 1 sehinggalah Ujang keluar dan terbitkan Varia Lawak, Lanun dsb.

Ibnukaduk jugak bagi aku vcd Keluang Man. Haha..gelak guling-guling bila tengok balik cerita tu. Terutama sekali bila dengar suara si Tiong Man. Masa kat MMU, ada beli satu vcd Keluang Man. Roomate aku time tu, Lan ripkan lagu tema Keluang Man jadik mp3 dah sebarkan kat server-server MMU. Wife aku time tu minat gak ngan Keluang Man. Mungkin kerana time tu aku dalam proses nak ngorat dia, aku buat karakter Keluang Man dalam 3D untuk assignment masa belajar 3d MAX. Tadelah lawa sangat pasal baru belajar tapi kerana nilai “local content” yang tinggi, karakter tu dipamerkan kat e-gallery MMU. (tatau la ada lagi ke idak). Malah masa belajar Softimage, aku cuba memodenkan design Keluang Man (seperti mana filem Batman Forever revamp design baju Batman) dalam assignment 3d karakter. Wife aku lak wat karakter tiong man 3d (actually aku jugak yg wat..hehe)

Tapi hari ni, kerana banyak kerja, aku tak dapat lepak lama ngan Ibnukaduk. Kalau tak mesti banyak lagi cerita-cerita best. Tapi ada satu lagi benda best yang aku jumpa bila masuk blog dia. Aku jumpa link ke blog kartunis TEMBAKAU! Kartunis Tembakau adalah antara anak didik Ujang yang aku minat. Malah aku letakkan dia nombor dua lepas Ujang sendiri. Karya-karya mereka inilah yang inspired aku untuk berkarya dengan cara aku lak. Sebenarnya menjadi impian aku suatu hari nanti untuk bekerjasama ngan diorang. Ujang dan Tembakau. Insya-allah.

Sebagai permulaan, aku bekerjasama ngan Ibnukaduk dulu. hehe

Harry Potter

jurnal 11 Comments »

Aku amat kagum dengan fenomena buku Harry Potter ni (walaupun tak pernah habis baca..hehe) Tapi ada jugak la tempiasnya dengan minat isteri dan adik ipar aku. Buku terakhir Harry Potter (Harry Potter and Deathly Hallows) siap dikawal rapi sejak dari time percetakan lagi, sebelum di-release-kan kepada pembaca. Isteri aku dah lama book buku ni, tapi the day we suppose to pick up the book, kitorang gi Cameron Highland plak. Take a break kejap. So, on the way balik dari cameron tu, sebelum sampai umah, singgah kat Popular IOI untuk ambik buku tersebut. Setelah 2 hari kemudian, terjadiklah dialog di bawah.

Z: Awak.
M: Apaa…? (sambil khusyuk baca harry potter)
Z: Harry Potter ada buku lagi baru..
M: Yer la tuu..
Z: Betul…tajuk dia “Harry Potter and the Abandoned Husband.”

*****

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in