baby

RUMAH LORONG ISNIN

jurnal, terkonang 11 Comments »

Last weekend, aku dan isteri balik ke Muar. Walaupun kitorang dah kenal dekat 7 8 tahun, dan dah berkahwin dekat 8 bulan tapi aku tak pernah bawak dia pergi tengok rumah tempat aku dibesarkan. Bukan malu, tapi betul-betul tade kesempatan. Sekarang family aku dah berpindah ke Parit Setongkat. Inilah rumah favourite aku dalam dunia walaupun sekadar rumah papan. Yang best sebab di belakang rumah ada kebun yang menjadi tempat aku camping masa kecik-kecik. Tempat aku panjat pokok rambutan, pokok rambai, pokok manggis, ambik pokok buluh untuk projek pengakap, makan buah koko atau carik kelapa muda dan jugak halau ayam masuk reban.

Rumah yang beralamat 136-5 ini terletak di Lorong Isnin, atau bak kata kawan aku; Lorong Monday. Terletak di Parit Kadzi (parit yang boleh nikahkan orang) , di sinilah juga tempat asal penyanyi NASH. Rumah parents dia tak jauh dari rumah aku.

Hampir 20 tahun aku hidup kat sini. Bumbung rumah aku tu, selalu jadik tempat mainan aku. Tapi masa parents aku tade rumahlah. Aku suka lepak atas bumbung rumah ni sambil tengok Gunung Ledang dan meng-usha budak2 sekolah convent atau budak sekolah agama yang lalu depan rumah. Dari atas bumbung jugaklah aku dapat tengok kalo kereta Abah aku dah balik, so bley la cepat-cepat aku turun.

rumah

Kami hanya melihat dari luar sahaja kerana tidak membawa kunci dan tambahan pula sebahagian rumah ini telah disewakan. Di dinding rumah depan rumah ini, masih terdapat khat yang aku tulis atas arahan Abah.

rumah

rumah

rumah

Di dinding depan rumah ini juga tergantung Khat dengan ayat yang membawa maksud

Dan carilah kebahagian di negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu di dunia

rumah
klik gambar untuk resolusi lebih besar

Yang pastinya Rumah Lorong Isnin ini selalu menjadi subjek untuk aku melukis masa kecik-kecik. Aku pun tak tahu kenapa aku suka sangat lukis rumah ini. Lukisan di atas ini aku lukis masa aku form 1. Ini gambaran asal rumah tersebut masa aku kecik. Sayu jugak mengenangkan zaman bebudak di Rumah Lorong Isnin..Apatah lagi melihatkan keadaan sekeliling rumah yang jauh dah berubah. There’s no longer familiar faces. Kawan-kawan sekampung dah meninggalkan kampung, pakcik-pakcik dan makcik-makcik pula ada yang dah meninggal dunia. Lorong Isnin yang dahulunya tenang kini semakin sempit dengan rumah-rumah orang kaya yang besar sehingga memakan jalan. Rumah aku belajar mengaji telah roboh dan tapaknya kini menjadi tapak perusahaan membela burung. Kebun tempat aku bermain kini menjadi semak-samun yang tidak terurus.

Sesungguhnya tiada yang kekal kecuali-NYA. Waallahualam..

hehe
hehe

Apabila..

jurnal No Comments »

blaa
Lakaran yang bertajuk “Kepala meletup memuntahkan otak yang bertaburan namun tangan masih menekan mouse”

Bila kucing bosan mengiau
Bila kambing bosan mengembek
Bila lembu bosan meragut
Bila kerbau bosan menguak
Bila ikan bosan berenang
Bila katak bosan melompat
Bila burung bosan terbang
Bila gajah malas menggunakan belalai
Bila itik bosan menyudu
Bila si jalak bosan berkokok
Bila ayam bosan mengais
Bila ular bosan menyusur
Bila rimau bosan mengaum

STREBENTUEN SETAHUN

jurnal 2 Comments »

somak

Beberapa minggu yang lalu, banyak jugak aktiviti yang seronot, memeningkan, menyomakkan dan menentionkan berlaku. Antaranya, pegi wedding farid sambil buat lawatan ke utara dan jugak menyiapkan beberapa projek yang kecik, besar, serabut, kelakar dan memacam. Tu pasal agak lama tak update blog dan banyak benda yang bermain dalam kepala ho! aku ni. By the time aku agak kelapangan untuk menulis, tetiba hosting aku dah expired. Haha..lupa nak bayar.
4 ke 5 hari jugak la blogku ini tak dapat diaccess. Huhu. Jadi beberapa perkara tensen yang nak kuluahkan dalam blog ni, tak kesampaian pasal beberapa perkara ini telah kulupakan. Pehtu plak, dah masuk time busy balik.. Nanti2 la kita cerita yerk!
BTW…terlupa nak wish beberapa kengkawan aku punya birthday..

1 – KAK DA
2 – Nix (jiran ngan uruk-hai)
3 – Aykie
4 – Syimma

Semoga panjang umur wat semua..

Tahniah kat farid wajdi kerana sudah menamatkan zaman terunanya..haha..
Weekend ni plak, Nasz plak kawin..Hope to see some familiar faces there..

SATU LAGI YANG MENARIK…RUPANYA BLOGku yang tak seberapa ini sudah mengjangkau usia setahun. This blog started on 22 May 2006. Banyak jasa blog ini kepada tuan punya diri.
setahun
Melalui blog ini, aku dapat kawan baru, kenalan baru, client baru dan jugak pendapat2 baru. This blog also serves as therapy aku dalam melalui zaman-zaman sukar. hehe. Thank you everyone.

MIMPI

jurnal No Comments »

rekaan

Amir : So what? Einstein pun mimpikan formulanya
XX RAY 2

Last week kalo tak silap aku, aku tido lepas asar kerana mengantuk yang amat sangat. Dalam peniduran aku itu, aku telah termimpi satu rekaan permainan untuk bebudak, remaja yg konon-konon extreme la gitu. Natang yang aku lukis tu, sebenarnya material dia terdiri daripada getah campur plastik yang boleh melantun-lantun macam bola. Jadi, sesiapa yang berminat untuk mencuba boleh masuk dan duduk dalam bola tersebut, kemudian akan dilepaskan oleh satu pelancar ke udara. Kemudian bola tersebut akan jatuh ke bawah dan melantun-lantun. So, apa pendapat korang? Rasa-rasanya logik tak rekaan yang aku mimpi ni?

Tapi dalam mimpi tu, eksiden telah berlaku…2 orang budak cedera..hehe

KHAT: Mohd Ali & NurAzmi

artwork, khat 10 Comments »

kakda parents
Nama Pasangan : Mohd Ali & NurAzmi
Konsep : Bahtera

Khat ini dibuat untuk Kak Da’s parents. Dah lama sebenarnya khat ni, masa aku kat MMU lagi. Tengah godeh-godeh pc, tetiba terjumpa file lama. So..touch up sket, then masukkan kat sini.

UJANG & JIBAM

artwork, jurnal 7 Comments »

27 April 2007, hari Jumaat, Pembukaan Pesta Buku Antarabangsa 2007 di pwtc. Satu sejarah peribadi tercatat dalam idupku. ewaahhh.. cam tulis diari la plak.
Akceli, memang sejarah pun. Sebab, for the 1st time selepas dah idup 27 tahun…aku jumpa dengan idola yg aku kagum, respek,saspek,kerepek, minat sangat dari kecik iaitu the one and only Kartunis Ujang. Dia memang peramah dan kelakar. Rasanya pengalaman sukar hidup dia tak sedikit pun mengurangkan senses of humour dalam diri dia. Kartun beliau Aku Budak Minang adalah antara pendorong utama aku nak belajar membaca masa aku kecik. Mana tidaknya, aku suh abang aku bacakan, kena urut dia la, kena ‘keruk’ (scratching his back) la, kena pijak dia la…Tu pasal la aku nak belajar membaca sendiri. Sapa kata majalah kartun hanya melalaikan?

Dalam pembualan ringkas kami, apabila aku cakap aku make 3d for a living, dia terus cakap, wat la 3d jibam untuk dia. Aku dengan gembira dan pantasnya bersetuju. Satu offer yg memang aku nanti-nantikan. Tapi aku kata lepas 18 Mei la..pasal aku tengah busy ngan job and he is okay with that. Tapi bila balik jer rumah., tak sabo2 plak aku nak wat..hehe..so inilah hasilnya..

next entry, aku akan cite detail pertemuan aku dengan Ujang dan geng2 blog jibam yg best2 belaka..

Kitaran Kerja

jurnal 3 Comments »

Aku pun tatau apasal cam slow sgt wat keje sekarang ni. Maybe kerana wat kerja dalam ketidaktentuan ko..aduh..somak kepala..

PAGI
“hmm..wat keje lepas lunch la”

LEPAS LUNCH
“hmm..wat keje petang sket la..”

PETANG
“hmm..wat keje malam la..lepas maghrib”

LEPAS MAGHRIB
“hmm..wat keje kul 12 karang..straight sampai pagi..yeahhh”

KUL 12 MALAM
“hmm..tido la..esok pagi la keje..start fresh..”

PAGI
“hmm..wat keje lepas lunch la..”

***

p/s perangai ini hanya bley dilakukan apabila anda keje sendiri..kalo keje ngan orang..tak bley..unless anda memang jenis suka nyusahkan orang!

KHAT : DANISH AISY

artwork, khat 3 Comments »

danish

Nama : Danish Aisy (yang bijak,cerdik dan mewah)
Konsep : No 1

Danish Aisy ni adalah putera kepada kawan sekelas aku, Kay. Memandangkan tuan punya nama ni seorang budak lelaki yang cergas, agak sukar aku nak carik konsep yg sesuai. Kalau budak pompuan senang sket..bunga ke..rama2 ke..pendek kata senang la sket pasal banyak benda organik yang melambangkan keindahan sesuai untuk nama perempuan. Akhirnya, inilah konsep pertama yang try. Kasik gabung sket ngan kerawang-kerawang. No 1 dipilih kerana Danish ni anak pertama dan mudahan-mudahan sentiasa berjaya dapat no 1 bila besar nanti insya-allah…

p/s kepada kak sity…coming soonnn…

bawah ni..sajer merepek..

jersey

WIP: F1 BMW Sauber Petronas

artwork, terkonang No Comments »

f1

Masa mula-mula belajar 3D menggunakan software maya, kitorang kena wat satu tutorial membuat kapal angkasa menggunakan polygon. Time wat kapal angkasa tu, aku terperasan yang kapal angkasa tu bentuk dia nak dekat cam bentuk kete F1. Kerana itulah, masa mula2 dapat assignment buat short animation, aku decide nak buat kete F1. Pasal bapak aku ajar, kalo nak wat sesuatu dalam exam, buatlah benda yang kita tahu. Contohnya, kalo nak wat karangan time exam, karanglah sesuatu yang kita benar-benar tahu. Jangan jadikan exam sebagai tempat eksperimen. So..aku apply apa yg aku belajar time tutorial tu, iaitu modeling dan mapping bila aku wat assigment short animation tu. Ramai member2 ingat aku ni peminat F1 padahal aku cuma apply benda yang aku tahu jer. Dan atas dasar patriotisme, hehe..aku pilih F1 sauber petronas. Kalau orang yang minat F1 maybe diorang akan wat Ferrari atau BMW.

Masa tu, berangan la nak jual model 3d F1 tu ke petronas untuk wat iklan ke..apa ek..hehe.. Sebabnya time tu tade lagi iklan GP F1 petronas guna 3D. Sekarang ni melambak la. Seronok juga melakukan research untuk wat f1 ni. Aku banyak carik kat internet, beli magazine dan juga gi melepak depan petrosains, pasal ada sebijik f1 kat situ. Tatau la sekarang ada lagi ke idak.

rnd

Sekarang, after 7 tahun, aku dapat satu job daripada salah satu anak syarikat Petronas. Mula-mula ingat nak pakai jer model F1 lama aku tu. Tukar mapping je ke…tapi aku perhatikan kereta F1 sekarang dah lain sikit bentuk dia. More to organic form lebih-lebih lagi part belakang. Aku ingat maybe kali ni keje aku senang sket untuk carik model toys F1 ni. (Nak jadikkan toys tu panduan untuk modelling) Maklum ler..petronas sauber dah combine ngan BMW. Dulu2, company2 toys ni malas nak wat model toys F1 Sauber Petronas pasal tak ramai peminat kot. Namun, pas aku carik2 kat kedai toys, hampa gak. Kalau ada pun..harga dekat 200 hinggit..kecik dan tak detail plak tu. takpe la..lain kali jer.hehe..
Namun yang bestnya ada beberapa software yang tunjuk agak detail bentuk F1 BMW Sauber ni. Sedap gak la aku nak wat panduan. Aku juga jumpa satu game free kat internet yang tunjuk detail kereta F1 BMW Sauber ni.
So, iniler hasil modeling terbaru F1 aku. Mapping dia aku tukar sket. Instead of pakai nama-nama sponsors, aku tukar kepada prinsip-prinsip yang ada kaitan dengan video presentation yang aku tengah wat ni. Tak siap lagi ni…

CG ENVIRONMENT FOR LOCAL ARTIST II

artwork 3 Comments »

Tahun lepas aku ada cerita yang aku tolong member dengan mengambil job last minute untuk satu video clip artist Malaysia.
(CG ENVIRONMENT FOR LOCAL ARTIST)

Lepas aku hantar job tu…aku tak follow up sangat. Mostly pasal busy ngan projek lain dan juga busy nak kawin time tu. But then, lepas dah berbulan-bulan, aku curious gak apa dah jadik ngan job tu. Lagi pulak, masa Anugerah Bintang Popular, aku cam ternampak sedutan video clip tu masa pencalonan yg dibacakan. Aku pun contact la brader director yang direct video clip tu. Dia kata dia pun tak dibayar lagi. Dia pun tak sangka pasal tiba-tiba video clip tu dah digunakan untuk wat vcd karaoke. Hmm…entahlah..malas nak komen. Yang jadi main priority aku just nak tengok final product benda tu..pasal aku hanya wat background 3D. Pehtu hantar kat diorang, diorang yang composite, edit dan sebagainya. So aku pun carik2 kat internet…tak jumpa2. Last-last, based on maklumat kat internet, aku gi belik karaoke yg ada memuatkan video clip tersebut. Ni yang tensen ni.. dah la tak bayar, at least bagi la karaoke tu percuma ke..sejuk sikit ati..ni kena beli sendiri…hehe..
Tensen punya pasal, aku upload keje percuma aku, percuma untuk hiburan korang..wakaka… Vcd karaoke..aku dah hadiah kat jojet.. (penyanyi jemputan masa aku kawin ari tu..biar dia berlatih, mana tau jadik wedding singer yang berjaya..wakaka)

p/s jemput2 ler ke channel youtube aku.

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in