baby

SATU!

jurnal 6 Comments »

satu

23 November 2007
Di sebuah kedai makan. Ketika kami suami isteri sedang makan bersama seorang sahabat.
Tiba-tiba pda berbunyik.
Kami sama memandang.
Reminder. Genap setahun.
Serentak kami tersenyum.
Dalam perjalanan pulang, saling mengucapkan selamat.
Sekali…eh..silap haribulan la…esok baru betul.

Esoknya
24 November 2007
Alhamdulillah. Segala Puji Bagi Allah, tuhan sekalian alam.

Diam tak diam.
Dok tak dok.

Genaplah setahun kami menjalani kehidupan berumah-tangga… 🙂
Terima kasih kepada yang mendoakan.
Sama-sama berdebar menunggu hari yang membawa kepada fasa yang baru.

Apa pun…setelah setahun
-video kahwin masih tak edit
-album kahwin masih tak bersusun

apa nak jadik…
ala..bukan itu penentu kebahagian..hehe

Masa

jurnal 2 Comments »

cedera
ini bukan aksi lakonan semata-mata…huhu..masa-masa kecederaan mengejar dateline..

Time/Space Continuum

jurnal 4 Comments »

Salamz

Haii..asyik citer hal peribadi jer. Tak banyak update on artwork/khat . Nantilah, coming soon.

On 26 oktober 2007, aku fly gi kelantan untuk reunion tahun ke-10 MRSM PC 96/97. 3 days getaway to Kelantan, cam best gak pasal dah 10 tahun aku tak jejak bumi Kelantan sejak ambil result SPM. Next entry akan citer pasal Reunion tu pasal malas nak mengarang dan bercampur ngan tengah busy siapkan animasi. Cuma nak cerita sikit pasal benda yg aku cam rasa pelik.

Sebelum aku ke Kelantan, aku tetiba rasa cam nak dengar lagu raya, so aku masuk multiply.com and donlod a few lagu. Banyak lagu yang aku ambik lagu-lagu kelakar cam Apek, Jalil Hamid, Ahmad Busu n Sabri Yunus. Then, ada satu lagu ni, dari Mat Over, tajuk dia Kerabu Pucuk Paku yang aku donlod pasal aku ni memang peminat hardcore Pi Mai Pi Mai Tang Tu. (PMPMTT ni lagi kelakar dari senario mahupun lawakking. Salam pantai timur toksah sebut la.) Walaupun aku donlod, entah macam mana, aku tak dengar pun lagu tu pasal dok layan lagu Aspalela.

Pehtu, aku gi Kelantan. Masa drive kereta Abang ipar Nik (tima kasey deh..bughi kawe pinjam kete..hehe), Fatul dengan excitednya bukak radio kelantan pasal dia rindu ngan DJ kelantan yang suka adress pendengar dengan.. “adik kakok…adik kakok”
Layan gak radio kelantan ni. Orang kelantan suka merekod balik lagu-lagu popular dan dinyanyikan dengan dialek diorang. Terhibur gak dengarnya. Ada satu lagu ni, setahu aku lagu asal dia “Ayam den lopeh”..tapi dibuat lirik lain. Dipendekkan cerita, bila aku balik KL semula, aku tergerak nak dengar lagu Mat Over yang aku donlod tu. Tak disangka-sangka, lagu mat over tulah lagu yang aku dengar kat Kelantan. Lirik dia confirm sama walaupun menggunakan melodi “ayam den lopeh”.

Ini lagi satu kejadian pelik

pcb

..is ready

jurnal No Comments »

10thready

Raya di Kulai

jurnal 4 Comments »

hmmm

Sabtu lepas, aku dan isteri ke rumah Pak Ndak di Kulai kerana perkahwinan sepupu aku. Meriah majlisnya. Tapi yang lagi meriah pada aku pasal aku dah lama tak balik ke JB dan jumpa ramai sedara-sedara. Biasanya bila ada wedding atau hari raya barulah semua sekali adik beradik Mak aku berkumpul. Time tu la jumpa sepupu-sepapat. Yang besar..yang kecik..
Dulu tiap-tiap tahun beraya di JB. Tapi sejak dah ada cucu, abah n mama aku beraya di Muar je. (walaupun kengkadang cucu tak balik raya..hehe)

Jadinya last time berkumpul ramai-ramai ialah masa wedding aku tahun lepas. Tapi pasal bz ngan wedding sendiri tak sempat la beramah mesra sangat dengan sepupu-sepupu yg lain. Kiranya lepas kahwin pun, aku hanya pergi rumah Pak Teh dan jumpa atuk jer. Belum bawak isteri jumpa yang lain-lain. Jadiknya, walaupun bz ngan dateline, aku gagahkan jugak dari KL ke Kulai untuk wedding ni. Pak Ndak dan Mak Ndak dulu duduk di Larkin tapi sekarang sudah berpindah ke Kulai.

Tapi yang kantoi bila ada sepupu yang aku lupa nama.. tapi still selamba bergurau senda. Pehtu ada yang sepupu yang kecik-kecik dah jadi besar sampai aku tak perasan. Muka cam ada iras-iras sedara. Hehe..Dan jugak ada yang kecik-kecik tu tak kenal aku. Apa nak wat.. besar jugak la family belah mak aku. Adik beradik mak aku semua sekali 9 orang. Aku try tangkap gambar2 makcik2 aku supaya isteri aku bley hafal muka diorang.. heh!

Dulu-dulu kalau ada wedding camni, aku selalu port jaga air jer. Hehe..Cuci cawan. Kalau dah panas-panas tu senang nak minum air pasal kita yang jaga air. Tapi sekarang ni semua budaya catering. Senang cerita. Pak-pak sedara melepak jer borak-borak.

hmmm

Satu budaya yang best kat Johor ni ialah penjaga-penjaga tol sebelum naik pelamin tu. Ini antara muka-muka kegirangan sepupu aku yg bukak booth tol sendiri. So kepada sesapa yang nak kawin orang Johor tu (noted: Fatul) siaplah-siaplah duit tol tu..hehe..

Apappun.. tahniah kepada “Che Nor” dan suaminya, Suhaimi. Minggu depan di Branang tak dapat hantar pasal aku nak gi KELANTAN. Reunion MRSM PC batch 9697.

Selamat Ulang Tahun

jurnal No Comments »

abahmama

my parents anniversary

marani27th

my wife birthday…

juga kepada Tok Ketua Kg Belulang…happy birthday..semoga terus berkarya!

Salam Lebaran

jurnal 3 Comments »

salam lebaran

Selamat Hari Raya kepada semua…Kami suami isteri mohon ampun dan maaf kalau ada tersilap, terkasar bahasa.

Sedeynya ramadhan akan berlalu. Semoga kita berjumpa lagi insya-allah..

Rasa cam tak raya jer…adik beradik tak balik, keje tak settle lagi… Tapi bagi aku, raya ni cam best..pasal dapat beraya dengan isteri ( sebelum2 ni, aku ajer yang kena wat air bila tetamu datang sampai orang panggil “anak dara”. Tahun ni ada la orang yang ganti..kui kui kui…

Stay Hungry, Stay Foolish

jurnal No Comments »

Steve Jobs motivational speech. Really inspiring.

I love what I do.

Ramadhan Babies and update

jurnal 5 Comments »

Pagi ni patutnya aku kena start wat job yang dah lama bertangguh. Tapi terasa nak update blog. Mampuihlah tak siap job aku karang. Patutnya wat keje tu malam tadi. Tapi baru warm up nak wat keje lepas berbuka, dapat call dari client. Job yg dah setel minggu lepas, nak kena ubah sikit. Pastu nak kena hantar malam tadi jugak ke Taman Tun. Lepas ubah n render sepantas mungkin…aku pun gerak ke Taman Tun. Try ajak fatul lepak tapi dia letih plak..(asyik letihh jer…merbahaya ni..ehehe) . Last-last ajak ex-roomate aku encik zonan n encik lan melepak. Lawak gak la budak berdua ni. haha.
Kat taman tun tu, aku pegi studio sebuah company milik pengarah muda yg tengah meletup sekarang ni. Sempoi gak studionya. (bersepah tak hingat..haha) Tapi biasalah..orang keje production ni. Baru beberapa minggu lepas aku tengok studio tu dalam Trek Selebriti. Tapi pengarah tu tadelah..editor jer ada. Dan aku baru perasan, taman tun tu selain menjadi tempat golongan melayu yang berada , banyak jugak studio-studio filem melayu kat situ. Kenapa yek?

Hmm..sebenarnya, 2 minggu lepas, wife aku demam. Betul la kata sorang sahabat, ujian yang paling susah ialah bila yang tersayang diuji. Aku pun tatau camna nak wat. Doalah jugak biarlah diri ini yang menanggungnya..haha..last2 betul2 aku lak yang demam. Bila sendiri demam, baru padan muka. Puasa tade masalah, tapi bila berbuka dan bersahur, tatau nak makan apa. Semua benda masuk tekak rasa lain macam. Aduhh..

Satu lagi update..nak ucapkan tahniah dan laungan takbir (Allahuakbar!) kepada bayi-bayi yang lahir dekat2 ramadhan ini. Mula-mula Eida. Baby baru 8 bulan tapi kerana problem terpaksa dibedah. Semoga semua selamat. Habih dia potong tang corner..baby yang tengah menunggu giliran melihat dunia. Antaranya anak Anuat. Wan Akhil Hayy bin Wan Anuar. Kena bayar zakat bertiga la tahun ni..hehhe
Last but not least..puteri kedua Nina, Elyssa Ayu binti Yuhasnor Affandy. Semoga mereka semua membesar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah..insya-allah.

Minggu lepas balik Muar jap. Mak aku suruh buang sarang kerengga belakang rumah. Satu pokok dekat 4 5 bijik sarang dia. Berperang jap..hiyarhhh…

kerengga

Time-time camni, aku teringat satu lagu kanak-kanak daripada buku siap kaset masa aku kecik-kecik dulu.

sekecil-kecil sang semut, dapat kalahkah sang gajah,
sekecil-kecil sang semut, bersatu menjadi gagahhhh..

KHAT: DANISH superbike

artwork, khat 6 Comments »

indah
klik gambar untuk resolusi lebih besar

Err…lama janji ..baru siap..wakaka..
Eh..ada satu lagi..nanti la yerk..

2 entry khat kali ini khusus untuk kanak-kanak riang..

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in