
Mai dan suaminya (gambar asal dicilok dari fotopages mereka)
aaa.. selamat panjang umur..ramai la plak org lahir bulan ogos ni.. Mai adalah sorang kawan yg agak best la jugak (tokley cakap lelebih nanti dia riak) Satu kesalahan besar aku kat ko ialah tak datang wedding ko..sorry sesangat…memang bz tahap idup dan mati time tu.. Dah setahun dah yer.. Masih tade peluang nak berkenalan ngan husband ko.. Insya-allah la nanti.. kim salam jer la..

Bulan August adalah bulan yg best sebab selain bulan kemerdekaan, bulan ini jugak adalah bulan kelahiran 2 orang abang aku. Selang sehari jer birthday diorang. Pandai tul abah n mama aku setting…hehe..(aku pulak birthday sama ngan akak sulong aku)
Selamat panjang umur, murah rezeki dan bahagia di samping keluarga masing-masing. Terima kasih kerana menjadi abang-abang yang best dan banyak ajo aku tentang macam-macam.
p/s hah? apadia? haa..memang…aku jauh lagi hensem dari diorang..hehe

birthday eida 27/7/2006
kookk kook..kokkk kooookk koookkkkk ketokkkkkk koookkkkkk
(translation- happy birthday)
p/s sorry la eida…tak siap lagi khat rama-rama ko..susah nak carik idea… tapi kalo nak bentuk ayam…dengan pantasss aku buat..hehe.. pakai ni jer la..nanti aku wat nama hafiz bentuk ayam jantan lak..hehe

Happy birthday Cik Hasmah…hehe..
Cik Hasmah kita ni seorang yang sangat periang…kadang2 rasa nak ketuk kepala dia..suh nangis plak…asyik sukee jer.. tapi bagus la camtu.. keep up.. keep up… Moga-moga hobby giler jeans pelik dia jadik satu branding.. hehe..
tapi yang masih misteri bagi aku..camna hasmah bley jadik hohet lak?
p/s sempena birthday jojet…aku suh dato k ngan siti buat pengumuman diorang..
trivia 17/7/06
-kereta eida tukar bateri..

Hari ini 9 july 2006. Banyak perkara terjadi kebelakangan ini. Pelbagai berita, pelbagai cerita, pelbagai misteri. Semalam aku baru balik dari Muar. Sebaik sahaja sampai, terus mengadap komputer, menghabiskan saki baki kerja yang belum selesai. Sambil-sambil itu melayari internet mencari berita2 rasmi dan tak rasmi yang berlaku kebelakangan ini. Antara jam 1 ke 2 pagi, tiba-tiba kedengaran bunyi bising seperti sebuah kenderaan besar melalui kawasan rumahku. Mula-mula aku menyangkakan sebuah lori yang lalu, aku pun menjenguk keluar. Dari tingkap rumah, kelihatan jelas sebuah helicopter sedang berlegar-legar. Apa yang menghairankan ialah helicopter tersebut menyuluh-nyuluh ke bawah seolah-olah sedang mencari seseorang. Aku rasa heran sangat. Apa ka da hell ni?
Tidak semena-mena aku berasa geram. Apa yang berlaku ini? Sifat curiousity seperti menyakitkan. Camna aku nak tau hal sebenar? Kalau aku PM atau menantu PM mungkin aku bley bertanya kepada bodyguard dan mereka akan menyiasat atau sekurang-kurangnya menelefon ketua polis negara untuk mengetahui keadaan sebenar. Tapi aku sekadar rakyat biasa yang tiada kuasa apa-apa.(malah cukai pun aku tak berbayar lagi) Even kalau aku ni mantan perdana menteri sekali pun, belum tentu aku dapat jawapan direct.
Aku mengeluh. Banyak sangat misteri yang berlaku sejak kebelakangan ini. Kenapa Mawi putus tunang? Bila Siti nak kahwin? Kenapa Erra dan Yusry bercerai? Benda-benda remeh ini pulak mengaburi hal-hal yang lebih serius. Kenapa jambatan bengkok tak jadi? Kenapa Mas rugi? Kenapa kepentingan syarikat milik kerajaan dijual kepada Singapura? Kenapa Pak Lah kata dia banyak keje…tapi tup-tup pergi bercuti? Pening-pening.
Sebenarnya dari kecil aku geram kerana banyak lagi misteri dalam dunia ni yang tidak sudah-sudah. Di mana segitiga bermuda? Betulkah makhluk asing tu wujud? Betulkah segala yang diramal oleh Notradamus tu? Di mana Area 51? Wujudkah Big foot?
Selalu aku tertanya-tanya, macam mana aku nak dapat jawapan? Dalam fiksyen, kita biasa diperkenalkan dengan watak yang menghabiskan hidupnya untuk mengkaji sesuatu. Kalau iya pun aku nak habiskan hidupku untuk mengkaji. Bagaimana aku nak mula?
Akhirnya, aku mengambil keputusan, penyelesaian kreatif adalah salah satu cara yang dapat memuaskan hati aku. Namun, satu keinsafan yang pasti. Betapa kerdilnya manusia, hanya Allah yang maha mengetahui.
Penyelesaian kreatif bagi misteri heli semalam. Aku andaikan ada penjenayah yang sedang melarikan diri. Lantas aku pastikan pintu dan tingkap rumahku berkunci rapat.

Selain daripada Kak Da..duorang lagi kawan aku yg nyambut birthday pada bulan Jun ini ialah Cik Aykie (3 jun).. dan Cik Syimma (25 jun) …tepuk2..
Dua-dua budak PC… Aykie adalah kawan senegeri, sedaerah, sebandar atau the way she put it ” saudara sekampung”. Walaupun sekarang ni dia cuba jadik ayu2 dengan melepaskan rambut…(hehe) aku still teringat minah yang ala-ala tomboy masa kat pc dulu. Semoga ko terus tabah menghadapi hidup… (semoga bapa ko cepat sembuh)
Syimma plak adalah kawan baik yg dah lama dan tak mudah ambik hati walau camna buruk pun layanan buruk aku berikan… (ada sekali jer dia crack… time aku wat lawak masa ko suruh ajar math mod) .. Lebih-lebih lagi time aku busy..dia cool jer.. Thanx syimma.. Cepat2lah kawin..kalo aku dah lama bercinta…ko lagilah lamaaa….hahaha..
Apapun..happy belated birthday…

Aku dah dengar tentang Nilai 3 ni agak lama. Dua tiga kali gak la family aku membuat plan ke sana tapi aku selalu tidak berkesempatan. Katanya inilah syurga kain terbesar selain daripada tangkak. Kalau Nilai 3 ni macam tangkak…pastinya ia bukan tempat kegemaran aku…hehe…Terbayang pengalaman mengikut org shopping di tangkak. Dengan kain yg bermacam jenis dan kesesakan serta kepanasan ..memang la ianya sebuah syurga kain..tapi bukan syurga bagi manusia normal yang tidak berapa minat tentang kain main ni seperti aku (walaupun bakal aku..anak tokey kain)
Lalu, apabila Cik Marani dan Eida membuat plan ke Nilai 3 dan aku dilantik secara paksa rela sebagai menteri pengiring, aku terpaksa bersiap secara mentally dan physically. Actually tade apa pun…cuba menanam perasaan sabar, memakai baju yg selesa dan membawa sedikit bahan bacaan untuk dibaca dalam penantian nanti.
Perjalanan ke Nilai 3 agak mudah, kerana jalannya hampir sama ke tempat aku pernah pergi untuk shooting projek PLKN satu ketika dulu. Sampai di Nilai 3.. aku agak impressed dengan keluasan Nilai 3 ni… to put a simple word…bayangkan satu kawasan perumahan kos rendah..bezanya instead of rumah-rumah org..semua rumah-rumah di situ adalah kedai-kedai baju, kain, perabot, cenderamata, barang2 pengantin.. Luckily kitorang pergi time weekday, so keadaan tak la sesak sgt…So, kerana parking yg kosong dan melambak2…kitorang bergerak dari kedai ke kedai dengan menaiki kereta. Kuranglah sket sakit kaki berjalan.
Aku yg mula2 rasa lemau jer nak jalan, tetiba rasa teruja plak bila masuk kedai2 hantaran, kedai bunga dan kedai perhiasan. Terkagum gak dengan kekretifan penggubah hantaran ni.. Aku rasa kalau aku ni rajin menggubah2 ni..mestilah rasa cam dalam heaven la kat situ. Tapi problemnya bila jadik designer ni…ada satu perasaan. “ala..aku pun bley buat ni” atau “camna kalau aku nak sendiri”.. Yang lagi best, ada satu kedai nusantara tu, banyak barang2 pelik made of kayu dll. Ada jual pedang samurai lagi. Murah lak tu. Nasib baiklah aku lupa nak keluarkan duit dan mesin ATM area situ tak berfungsi..kalo tak memang dah jadik samurai aku sekarang. Aida yg kononnya tak dapat keluar duit pun shopping agak sakan. tu tak keluar duit tu..kalao keluar..tatau la..
p/s Oleh kerana org kedai tu tak kasik ambik gambo, tapi kitorang nak jugak ambik gambo…maka ambik gambo pakai camera dengan curik2..konon2 tengah berbual dan tunjuk2 hantaran sambil memegang hp…tahniah kepada cik marani selaku paparazzi yg cekap pada hari tu..

pic : gambar asal ialah di wedding umah Lan.. bukannya b’day party kak da
One of the “justifikasi” blog ku ini …adalah untuk meraikan kehidupan…bak message dalam animasi CARS…life is a journey..not a destination… lalu… orang yang bertuah kerana menjadi orang pertama menyambut birthday semenjak aku wat blog ini ialah…jeng jeng…
Kak Da…
saya dan cik marani mengucapkan selamat menyambut hari tua… dengan ucapan… insaflah2… kurang2kanlah aktiviti tak bermoral.. hehe.. Janganlah jadik orang tua tak bermoral..
apa-apa pun..ucapan selamat buat kak da yang mempunyai family yang sporting..selalu bawak makanan yang dasat2.. (habih diet aku)



Recent Comments