baby

AL-FATIHAH (Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh )

jurnal 1 Comment »

vramley

pic: v.ramley…inspired by the late Tan Sri P. Ramlee.

29 Mei 2006
Tarikh pemergian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Walau apa pun penilaian dan pendapat orang ramai dan bijak pandai zaman ini, sumbangan beliau tidak dapat dinafikan. Kalau benar-benar menghargai, janganlah sekadar berkata, marilah sedekahkan fatihah buat beliau.

Secara peribadinya, terima kasih atas khazanah seni, pengikat minat 2 generasi dan inspirasi seni buat diri ini. Al-fatihah.

p/s teringat abah marah-marah menonton forum mempertikai sumbangan p. ramlee.

BOLA ITU BULAT, dan melantun-lantun

jurnal 1 Comment »

fussball

25 Mei 2006

First time main foosball…
Last night i had an apppointment kat OU. Memikirkan betapa boringnya drive sorang-sorang dan jejauh just for a quick appointment, aku ajak cik marani n mr. man ikut sekali ngan umpan main bowling. After main bowling, ternampak plak meja foosball yg menggoda untuk kitorang try. Dah lama mengidam nak main foosball ni..cuma tak de peluang

So..after a few try and error…aku rasa memang interesting la benda ni….cuma agak merbahaya jugak la..pasal bola dia melantun-lantun sampai terkeluar dari meja..sikit lagi jer nak termasuk lane bowling dan membuat strike.. hehe… Dan kerana sifat natijahnya yg suka melantun-lantun itu, most of the time the goal atas dasar nasib dan memang selalu la tergoal sendiri…Kerana itulah kekalahan mengejut skuad malaysia kepada cambodia…hehe..goal yang paling tidak adil ialah apabila bola melantun ke tiang konkrit sebelah meja foosball tu..pastu melantun balik masuk dalam field dan camna ntah terkena apa..dan termasuk gawang Malaysia..patutnya dah outside dah!

Keputusan perlawanan

Cambodia vs Malaysia Selection – 7-3
Muar FC vs Kempas FC – 6-4

Yang pastinya, aku dah ada benda baru untuk di buat di OU sebab selalunya kalo di OU, favourite spot aku hanya MPH yg besar dan best itu serta kedai ULTIMATE TOYS-tengok2 barang2 star wars…Fathul, Najib…jom la..ada berani?? Asyik tengok barang NIKE jer..hehe

Dalam Komuter

jurnal No Comments »

Satu perbualan di dalam komuter

Lelaki : Tau tak makna surah Al-Maidah?

Perempuan : Tatau

Lelaki : Maknanya table spread

Perempuan : Kenapa ek?

Lelaki : Surah tu menceritakan kisah pengikut Nabi Isa yang meminta ditunjukkan mukjizat dengan meminta diturunkan satu hidangan dari langit. Itu yang da Vinci lukis “the last supper” tu. Kan ada arak atas meja tu, sebabnya di syurga pun nanti ada sungai arak. Tapi arak syurga tak la memabukkan. Masa Nabi Muhammad melawat syurga semasa Isra’ dan Mikraj, baginda ditawarkan untuk minum dari air sungai arak atau air sungai susu. Tapi mulianya Nabi, dia tetap memilih susu.

Perempuan: Kalau orang, orang pilih arak.

Lelaki : Apsal? Nak try arak?

Perempuan: Bukan..Pasal orang memang tak minum susu…hehe

Perbualan bersambung

Lelaki: Kisah turunnya Adam kerana makan buah larangan tu menunjukkan sifat tamak manusia. Padahal syurga tu dah penuh dengan memacam benda best dah…satuuu jer yang dilarang. Tapi yang satu tu jugakkk yg Hawa nak.

Perempuan : Macam cerita Over The Hedge la..hehe (Ada dua adegan karakter2 binatang ini telah mencuri sampai licin bekalan makanan. Tapi hanya kerana satu kerepek kentang yang tinggal, mereka tetap nak ambil jugak, and because of it they end up in trouble)

Lelaki: he he..betul jugak

Perempuan: Macammana kalau dah masuk syurga nanti, tetiba ada org makan jugak buah khuldi tu…adakah kita akan kena hukum balik ke dunia?

Lelaki: dah dah..merepek!

MASALAH PROBLEM

jurnal No Comments »

Tetiba hari ni blog ni jadik terbalik…dia tunjuk entry yang paling awal sekali…aku pun tatau apsal…
so just klik Catergory JURNAL..kat sebelah ni..sementara aku fikir apa masalah problem blog aku ni..tetiba jer…

test

jurnal No Comments »

test

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in