baby

saje update..

jurnal 8 Comments »

Honeymoon? Soalan lazim bagi “kertas peperiksaan selepas kahwin”. Actually…kami banyak berjalan tetapi mostly atas urusan keluarga, kawan-kawan dan jugak urusan mencari rejeki. Memula kami ke Bentong. Shooting wedding aida disertakan dengan aktiviti outdoor shooting oleh Jojet di air terjun chamang.

PGL

Hang Tuah terlupa pakai songkok jumpa puteri kemboja

Lepas wedding aida di bentong, shooting plak di Klang. Pastu hari Khamis 14 Disember, patutnya aku ikut keluarga marani hantar Alin (adik bongsu kami..hehe..aku ada adik?) ke UNISEL. Tapi abang aku suh follow dia ke Suruhanjaya Syarikat di The Mall. Nak register company. Kitorang belajar register sendiri tanpa bantuan orang tengah. Senang jer rupanya.. Pastu abang aku ajak gi makan di medan Hang Tuah.

medan hang tuah

Abang aku heran kerana aku tatau tempat tu. Orang Muar patut tau tempat tu katanya. Dia selalu ke situ sejak zaman dia bercinta. Pasal dekorasi dan makanan yang disediakan di situ banyak dari Muar dan Melaka. Abang aku apa lagi, order Mee Bandung Muar, tapi aku order nasik goreng ayam jer pasal tak suka makan mee bandung di tengahari, makan malam2 la baru best. So, pasni…kalau ada member2 yang nak rasa makanan Muar..tau la aku nak bawak ke mana. Yang aku rasa cam best pasal kedai2 tu dibuat cam bangunan2 lama di muar. Dah ler tu..tempat tu dah berkurun..so lumut, lumut dan kesan kotoran tu semulajadi la..hehe…so cam natural lak. Even ada ofis dan klinik dengan rekabentuk camtu. Kalau la company aku bukak kat situ best jugak. Tapi jauh sangat la plak.

Kemudian, weekendnya, aku balik Muar pasal tertinggal lighting video kat rumah. Lighting diperlukan untuk shooting di kilang Utusan. Bawak isteri jalan-jalan di Muar. (ala…org yg dengki ngan Muar je..kata Muar tak best!) Tetiba terjumpa surat tipah tertipu nih.. Ditampal di sebuah pondok telefon..hehe..

tipah tertipu

Ada kawan-kawan yang dok carik aku. Mintak mahap la bebanyak..busy berjalan. So jarang ada depan pc. PC aku lak tengah meragam manja sekarang. Ari tu..lepas balik wedding Aida..dia tamau hidup.. aku dah putus asa.. tinggal kat pc tu seminggu..tetiba aku tekan power on..bley idup plak…aduihh..
Rumah pun tak berkemas lagi..masih di taraf rumah bujang.

kaler rumah

Sajer membebel di blog ni..ala..blog sendirik..bukan orang lain.. Sorry la kalo ada yang membaca dan terasa masanya terbuang..hehe.. insya-allah..akan datang akan try menulis sesuatu yang lebih berguna..banyak gak movie yang telah ditonton dan terasa mau di-review..tapi tade mood..keje dah datang plak…yearghh…i’m back in business!
..hmmm…
sign off..

ALHAMDULILLAH

jurnal 5 Comments »

dah kawen!

Alhamdulillah.. Petang Jumaat 24hb Nov.. kami telah selamat diijabkabulkan. Terima kasih kepada yang sudi datang dan juga kepada yang menghantar ucapan samaada sms, call atau pun melalui web. Yang siap hantar hadiah pakai pos laju pun terima kasih diucapkan. Terharu rasanya. hehe. Yang tak dapat datang pun tape. Kami faham urusan masing-masing. Tapi yang pasti ucapan terima kasey kepada keluarga kedua belah pihak. Dan juga kepada sahabat-sahabat yang turut memastikan kelancaran majlis. For the moment..catatan ringkas dulu

Fathul – best man walaupun tak pegang kipas. hehe.. runner utk pelbagai urusan. penyokong emosi dan financially (tq dude!) merangkap pemegang bunga manggar utama!
Rahmanraof- pengapit specially utk mengelap peluh yang berjurai2..hehe. juga runner yang cekap.
Zonan – Videographer yang selamba. Nasib baik ada dia.. Kalo tak..aku ambik gambo video sendiri la jawabnya
Badd – tak sangka jalan jejauh dari perak dan stay sepanjang majlis. tq “brader”..wakaka..merangkap pemegang bunga manggar..hehe..
Kakda – Penjaga adat dan juga penggubah hantaran. Mostly kawan-kawan ni la yang jaga adat, tu yg kengkadang rasa cam main kawin2 jer..hehe
Jojet– cameragirl yg merakam setiap detik perjalanan majlis walaupun sering dihurung oleh anak2 sedara aku yg tak makan saman. sabo jer la jet.
Idd – cameragirl yg juga menghadapi pelbagai halangan dan dugaan daripada mulut2 laser dan juga org2 yg main langgar jer..
Eida – pengikat tudung yang menyelamatkan marani daripada fesyen indon..hehe
Hawa – sengih aje dia. IT support. kasik pinjam laptop utk simpan gambo dari digital camera.
Farhan – antara yg sampai awal ke majlis muar- merangkap pemegang bunga manggar. hehe
Cheah – sampai awal ngan farhan tapi tunggu sampai pengantin sampai. Pemegang bunga manggar.. semua org heran budak cina angkat bunga manggar..hehe..selamba jer Che Ah..hehe

tak lupa jugak
Albad– cameraman yg pantas ngan idea. Nasib baik ko bagi idea shoot awal pagi untuk outdoor tu..
Manggis – Aku tak tengok lagi hasil keje diorang tapi aku pasti sure best. Family aku seronok tengok cara keje diorang yg profesional. Suka betul diorang sebut “manggis..manggis”, “oh..inilah manggis”

Gambar-gambar masih lagi dalam proses tapisan. So belum dapat diupload lagi. Tapi for sneek preview, bley check JOJET’S atau di ALBAD’s

SUKA-SUKA DUKA

Ayat di atas adalah salah satu nasihat mak aku yang sentiasa aku ingat. Ramai yg ngusik kata aku lama tak online kerana sibuk “honeymoon”..hehe.. Actually kadang-kadang kita diuji setelah diberi nikmat olehNYA. Ceritanya camni. Selepas berlangsungnya majlis walimah di Muar. PC aku yg aku sayangi, yang aku bergantung hidup kepadanya..buat hal plak. Tetiba jer tanak hidup. Kak Atie (kakak ipar) aku kata..dia merajuk..pasal tuan dia kahwin..hehe.. tapi setelah dianalisis 2 HDD aku kong..satu 150 gig..satu lagi 250 gig… habih la segala data dan juga beberapa data projek yang aku tengah wat sekarang ni. Memula memang la meraung..tapi fikir2 balik tak guna. So..right now..aku tengah buat damage control.. dan try to move on.. Tengah nak install balik PC…monitor plak wat hal… lalu terpaksa la aku yang baru nak memulakan idup rumahtangga ni…keluar beli monitor baru.. Kerana rasa cam tak best jer nak tukar monitor kerana rasa belum sampai masanya… aku angkat monitor widescreen..kasik rasa seronok sket tukar monitor..Pn Marani bersabo jer la..hehe.. Sambil2 tu.. kami tengah busy nak mengupgrade rumah…dari status rumah bujang..ke rumah orang dah kahwin..cewah…
Tapi minggu ni..kena gi bentong lak…Eida kahwin.. tulun dia plak..setelah dia tulun kitorang ari tu… So..kepada yang nak tengok album..sabo la..lambat sket la siap album kahwin kitorang.

monitorbaru

SELAMAT HARI JADI “OSMAN”

man??

hehe..di kesempatan ini juga..kami mengucapkan selamat panjang umur, murah rezeki dan cepat2 la kahwin..jgn bermain2 di tangga kepada encik abdul rahman raof. Seorang pereka negara yang amat disegani. Seorang pereka berbakat yang rajin dan tak banyak songeh yang sepatutnya dapat memberi manfaat besar kepada industri tetapi beliau memilih untuk mencurahkan bakti kepada kerajaan di bawah jabatan yang ada “rimau melompat” di pintu pagar.

Persahabatan kami bermula sejak Encik rahman menjalani praktikal di Red Duck. Seorang yg sangat suka belajar benda baru sampai terlupa benda lama..wakaka.. Dalam menempuh alam “kesusahan”, encik rahman lah yang banyak membantu dalam banyak projek selampitz kerana itu beliau dilantik sebagai Art Director tak bergaji di Selampitz Studios..hehe.. Kami mengucapkan selamat maju jaya di Jabatan Rimau Melompat. Sorry banyak nyusahkan ko. Anyway..selamat hari tua..(bila nak insaf? hehe)

Kepada yang ingin berkenalan dengan beliau…sila layari blog beliau. Beliau memang tak mengira kawan. Lelaki, pompuan malah “nyah” sekalipun dia berminat! (setiap kali nampak golongan tersebut..beliau akan sengih secara tiba2)

E-card Walimah

jurnal 11 Comments »

Men-design sesuatu utk diri sendiri rupanya adalah satu tugas yang amat sukar. Sebab yang pertama ialah kita mau sesuatu yang terbaik jadik kita mengambil masa yang agak lama untuk mencari idea. Yang kedua..apabila untuk diri sendiri…kita mesti mengutamakan orang lain. Jadik keje utk diri sendiri itu selalu ditangguhkan. Tapi bila ditangguh2…kita sampai satu tahap tak sempat nak disiapkan..dan akhirnya kita terpaksa buat ala-kadar. Itu la problem yang selalu aku hadapi.

Jadik dengan rendah hatinya..saya mempersembahkan e-card walimah kami.

kad

MAJLIS WALIMAH MOHD ZAHIR & MARANI

kepada sahabat-sahabat, kenalan-kenalan dan sesapa sahaja yang nak kad sebenar..diminta memberi full address.. e-mail kepada saya zahir@selampitz.com atau msg kat yahoo..

HAPPY BIRTHDAY CIK AWAK

jurnal 11 Comments »

marani
awak…
selamat panjang umur dan dimurahkan rezeki untuk kita sama-sama mengharungi hidup :).
Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi ketika susssaahh dan senang.
Dari zaman naik bas turun bas…pinjam kete org..pulang kete orang…sampai ke zaman naik kancil ke hulu hilir.
Dari zaman belajar..ke zaman keje bergaji…ke zaman keje tak bergaji..ke zaman keje sendiri.
Terima kasih kerana sentiasa tenang. Walaupun saya selalu hilang keyakinan…awak sentiasa relax dengan muka selamba dan penuh keyakinan. (walaupun most of the time tension tengok awak muka tenang jer…grrr).
Terima kasey kerana percaya pada saya…dan percayalah saya sentiasa percaya kepada awak.
Cakap arab sket – La tak fa, wala tahzan , innaallah ha ma ana! (Jangan kamu takut, jangan kamu bersedih, sesungguhnya tuhan bersama kita. Insya-allah)

Walaupun lagu ni baru beberapa hari je saya dengar…tapi saya rasa lagu ini amat tepat menceritakan perasaan saya…cewah.

You know I can’t smile without you
I can’t smile without you
I can’t laugh and I can’t sing
I’m finding it hard to do anything
You see I feel sad when you’re sad
I feel glad when you’re glad
If you only knew what I’m going through
I just can’t smile without you

You came along just like a song
And brightened my day
Who would have believed that you were part of a dream
Now it all seems light years away

And now you know I can’t smile without you
I can’t smile without you
I can’t laugh and I can’t sing
I’m finding it hard to do anything
You see I feel sad when you’re sad
I feel glad when you’re glad
If you only knew what I’m going through
I just can’t smile

Now some people say happiness takes so very long to find
Well, I’m finding it hard leaving your love behind me

And you see I can’t smile without you
I can’t smile without you
I can’t laugh and I can’t sing
I’m finding it hard to do anything
You see I feel glad when you’re glad
I feel sad when you’re sad
If you only knew what I’m going through
I just can’t smile without you

p/s 18.10 jugak adalah birthday idola aku. mr ujang! yehh

Bukak pose

jurnal No Comments »

makanmakan

Dalam bulan2 posa ni… keje keje yg aku wat banyak plak melibatkan makanan..hehe. Lepas karipap..nasik lemak, laksa, roti canai, hotdog. Masa model roti canai teringat plak lama dah tak makan roti canai.

Semalam 15hb, gi berbuka kat rumah jojet. atas spirit potluck..kitorang ingat nak beli ayam golek. tapi ramai sgt lak org kat situ..so tak jadik beli. Tapi bila sampai kat rumah jojet..tengok2 makanan amat la banyak… Nasib baik tak beli ayam golek..kalo tak mau tergolek2 abihkan makanan. Time kasey la pada tuan rumah n pasukan memasaknya..hehe..

Tapi semalam punya makan lagi kenyang yg amat kalo banding masa gi berbuka kat Kelana Jaya Seafood ngan budak2 MRSM PC (8 oktober 2006) . Tapi bukan pasal makanan tak cukup..tapi busy beramah mesra. Tak sangka Lutfi nak kawin lagi awal dari aku..dem! Gambo2 bley tengok kat forum kitorang Tapi bley plak jumpa RahmanRaof kat situ gak..hehe..Siap jumpa AL pulak..AL tengah muka cuak pasal datang berbuka ngan parents awek dia..kira MEET THE PARENTS aa ni..heh..

aaa..stress…oktober n november ni full gila jadual. Buat entry ni kasik release tension jap..ok sambung wat keje

KARIPAP

jurnal, w.i.p No Comments »

karipap

Adik-adik sepupu aku selalu menganggap keje buat 3d ni cam “cool”. Padahal kadang-kadang kita perlu wat benda-benda yg cam kelakar. Contohnya, semalam..aku kena wat model 3d Karipap. Bley la..

Ini antara keje yg sedang aku usahakan sekarang ni. Dah lama gak tak wat character animation. Seronok plak. Tapi bila kenang-kenangkan dateline, hilang plak seronok.

RAMADHAN 1427

jurnal, khat 2 Comments »

khat ramadhan

sedar tak sedar dah seminggu berpuasa. Ramadhan tahun ni macam tahun lepas..datang tanpa aku sedar.. Sedar2..eh..minggu depan puasa? Namun tahun ni..try puasa dan berbuka ala-kadar..insya-allah.. Walaupun pasar ramadhan hanya sepelaung jer dari rumah yang hadir dengan pelbagai godaan.

Khat di atas sebenarnya ada member mintak..alang2 tu aku ambik peluang ucap salam ramadhan semua.

Pada 6 Ramadhan yang lalu, salah seorang pakcik aku telah kembali ke rahmattullah. Arwah seorang yang pendiam. Setahun yang lepas ketika aku jumpa beliau, aku rasa cam terkejut bila melihat keuzurannya. Time tu, aku terfikir betapa kita seronok2 dengan kemajuan kita seperti dapat keje, naik pangkat, berkahwin, dapat anak, membesarkan anak dll. tanpa kita sedari ibu bapa, datuk nenek, pakcik makcik kita semakin uzur. Namun itulah lumrah hidup.

Arwah pakcik aku ni ngan isterinya adalah antara orang yang selalu membantu family aku time dulu2. Terlalu banyak. Aku just berharap aku diberi peluang untuk balas jasa diorang one day. Moga-moga arwah ditempatkan di kalangan orang yang soleh. Pemergiannya pada bulan ramadhan yang mulia ini mungkin satu petanda. Al-fatihah.

Back on track.

jurnal No Comments »

Bayangkan seorang ahli sukan yang telah bersara untuk beberapa lama dan berhasrat kembali semula. Masalah utama yang akan dihadapinya pastinya mencari kembali rentaknya. That’s how i feel right now. Over exaggerate really. Heh!

It has been a year that I lived by my own routine. Certain time to wake up. Certain time to stay up. Do this, do that. Design this, design that. Render this, render that. Sleepless nights. Chasing multiple datelines. Have a good time when times allowed. Whatever it is, I’ve survived! Alhamdulillah. Thank to Allah ,most gracious, most merciful.

2006

However, hampir sebulan lepas, aku spend time membuat, menjalani dan mengurus perkara-perkara yang menjauhkan diri aku dari routine aku ni. Sekarang aku rasa cam slow sket. Cam susah nak mendapat balik rentak. Designer pun ada time down dia. Aku tau tu. Tapi jangan sampai nyusahkan orang dah ler.

Aku asyik rasa nak tidoo jer. Huarghh… Tak tido pun..fikiran melayang..surf net..baca benda2 yg menambahkan penin kepala (masalah negara).

Since two days ago..struggling to get back on track. Rasanya dah boleh kot..ada hasil gak. Yah yah.

alif-nun-ya-mim-alif-ta-wau-ra

jurnal 9 Comments »

LOKASI: PEJABAT AGAMA MUAR
MASA : 9 pagi
TARIKH : 12 September 2006

Z : Cik, saya nak hantar borang. (sambil hulur borang)
P: Hmm… ( ternampak ejaan jawi alif-nun-ya-mim-alif-ta-wau-ra) Eh..Awak lukis kartun ke?
Z: Eh..tak la…saya buat 3d.(camner nak explain ni?)
P: Camna tu? Awak bukan keje ngan Ida Rahayu? Apa nama kartun dia tu? Anak-anak saya suka tu.
Z: Saya tak lukis..Saya pakai komputer.
P: Oo…ingatkan keje ngan Ida Rahayu. Dia bukak company kat Muar ni kan?
Z: Dah tutup dahh…dia bukak stesen TV plak kot..
P: Hmm..ni surat sumpah tokley pakai ni…gi jumpa Penghulu..sebelum tu gi interview.

Masuk bilik temuduga (Ustaz Salimon)
Z: A’kum Ustaz..(buat muka baik sambil menghulurkan tangan)
S: W’slm…(tgk borang) Eh..animator ni apa ni?
Z: Keje wat animasi. Cam wat kartun gak la..
S: Ooo…tinggi jugak yer gajinya..
Z: Hehe..Alhamdulillah (dalam hati: tinggi ke?)
S: Ok…mengucap.
Z: -mengucap-
S: Paham yer maksudnya?
Z: Pahamm..
S: Baca fatihah
Z:-baca fatihah-
S: Belajar di mana? (sambil terus tanda right pada bacaan qunut)
Z:Universiti Multimedia (uii…tak yah baca qunut ke? hehe)
S: Berapa tahun belajar tu?
Z: 4 tahun..
S: Apa tanggungjawab suami?
Z: Bla..bla..
S: Ok..tahniah yer..(sambil hulur borang lulus temuduga)
Z: Tima kaseyy (legaaa)

JUMPA PENGHULU
LOKASI: PEJABAT PENGHULU MUAR
MASA : 9 pagi
TARIKH : 13 September 2006

Dulu-dulu – kita gi jer umah penghulu, bagi salam…panggil tok penghuluuu…ooo tok penghuluuu….confirm penghulu ada..hehe..ini berdasarkan pemerhatian aku dalam filem-filem melayu laa..
Tapi kes aku ni…pegi hari pertama, penghulu cuti. Hari kedua…sampai kul 9 pagi..penghulu tade…kuar minum..kata balik kul 10..(aik..lamanya minum) Kul 10 .30 baru muncul.

Z: Nak mintak surat akuan bujang
P: Eh..awak ni tak salam kawan dulu…salam dulu..(salamm..)
Z: Yer..hehe
P: Camna kawan nak tau awak bujang….awak tak bawak saksi.
Z: Saya dah buat surat sumpah…
P: ooo..sini tak pakai tuuu…(keluarkan borang) Awak keje apa?
Z: Animator..err..
P: Apa tu?
Z: Buat animasi.
P: Ooo…cam sorang budak ayer hitam tu..dia wat animasi jugek..cerita 4 sekawan …cerita apa tu..bukan Usop Sontorian.. Awak keje ngan Ida Rahayu ke?
Z: Tak la..keje ngan kawan.
P: Apasal tak wat sendiri?
Z: Err…insya-allah..comin soon..hehe
P: Awak balik oversea ke?
Z: Takk..saya belajar kat U. Multimedia
P: ooo..komputer la ni
Z: Aaa..saya wat animasi 3d la..
P: err..saya tatau la..saya zaman “tiang telefon”
P: Awak duk mana ni?
Z: Lorong Isnin.
P: ooo..dekat ngan umah Nash tu? Pokok Sentul tau? Satu-satunya pokok sentul dalam Muar ni. Tu atuk saya punya tu
Z: Tau..tau..hehe. (pokok sentul tu on the way aku gi sekolah..pokok wakaf rasanya…camna claim atuk dia punya lak?)
P: Sekolah agama kat ne? Darjah berapa?
Z: Sekolah Agama Pt. Kadzi. Darjah Khas
P: Aa…ni ada surah yasin tebal..Orang tolak Rm7 kat saya..saya tolak Rm7 kat awak.. Baca surah ni. Amalkan. 20 tahun lagi awak jumpa saya. Tengok hidup awak berubah ke tidak.
Z: Yer, yer..insya-allah.
P: Malam pertama jangan gopoh!
Z: Yer..hehehe.

Cabaran Menjadikan Animasi Malaysia Suatu Industri

jurnal, terfikir 13 Comments »

Isu yang dibentangkan semasa Pengucapan Awam PAC 2006

A’kum dan salam sejahtera.

Animasi – biasa didengar, tapi saya rasa masih ramai yang belum benar- benar memahaminya dan saya percaya ramai yang tidak sedar akan kepentingannya.

Sidang hadirin sekalian,

Semalam, tanggal 1 September 2006, saya sempat menonton pembentangan Bajet 2007,
Perdana Menteri Malaysia, menyatakan bahawa;

Peruntukan sebanyak 100 juta telah disediakan untuk menubuhkan DANA PEMBANGUNAN INDUSTRI KREATIF serta mengenal pasti pihak swasta untuk melabur secara usahasama. Industri kreatif ini tentunya melibatkan filem, animasi, permainan video dan lain lain lagi.

Kenapa begitu banyak?

Kerajaan berkeyakinan tinggi – menjadikan filem dan animasi Malaysia sebagai satu industri yg mampu menyumbang ke arah pembangunan ekonomi.

Lantaran itu, saya terpanggil untuk menerangkan atau lebih kepada bercerita kepada saudara saudari tentang satu bidang yang pada saya amat menarik dan mengagumkan iaitu Animasi.

Sidang hadirin sekalian

Satu salah tanggapan yang biasa berlaku ialah – animasi hanyalah kartun. Animasi hanyalah Mickey Mouse, Donald Duck ataupun Doreamon
Hakikatnya – lebih daripada itu.

Mari kita lihat – erti animasi.
Animasi ialah satu proses penghasilan ilusi pergerakan yang menjadikan sesuatu kelihatan hidup.

Oleh itu, ilusi pergerakan tak semestinya lukisan.
Boleh jadi – tanah liat, kertas yang dipotong2 atapun hasil daripada computer grafik.

Sidang hadirin sekalian.
Tahukah siapakah antara animator terawal di dunia? Bukan WALT DISNEY saudara.
Tetapi jawapannya ialah tuk dalang- tuk dalang kita yang mempersembahkan wayang kulit.

Wayang kulit hakikatnya adalah satu bentuk animasi yang menggunakan teknik potong dan tampal. Ini telah diperakui sendiri oleh beberapa pakar animasi.

Lantaran itu, tidak salah jika saya katakan bahawa kita adalah antara pelopor bidang animasi ini. Tetapi kenapa senario sekarang ini, mutu dan penghasilan animasi Malaysia jauh ketinggalan?

Sekitar tahun 1980-an melalui filem Negara, kita telah menghasilkan animasi Sang Kancil dan Buaya,
Sang Kancil dan Monyet, (membuat beberapa quote dialog dari filem tersebut; “jangan monyet, jangan”)

Setelah 20 tahun kemudian, kita hanya mempunyai 2 filem animasi iaitu Silat Lagenda dan Putih.

Studio-studio besar Hollywood seperti Dreamworks dan Disney telah menyatakan mereka tidak lagi mahu menghasilkan filem animasi 2d kerana minat masyarakat sekarang telah beralih kepada animasi 3 dimensi (3d). Tetapi kita masih terkial-kial mahu menghasilkan animasi 2d.

Pada pendapat saya, ini terjadi kerana kekurangan kepakaran dan program untuk melahirkan animator-animator di Malaysia. Kekurangan pengetahuan dan penghayatan masyarakat yang tidak menggalakkan anak-anak mereka menceburi bidang ini juga menjadikan Malaysia masih kekurangan animator berwibawa.
Kesedaran bahawa animasi adalah satu bidang baru yang mampu menyumbang kepada industri Negara perlu ditanam di peringkat akar umbi.

Sumbangan penyelidikan juga diperlukan daripada pakar-pakar teknologi untuk menghasilkan ciptaan-ciptaan yang mampu memudahkan kerja-kerja animator. Bayangkan filem King Kong arahan Peter Jackson tanpa bantuan pakar-pakar perisian. Pasti hasilnya sama sahaja dengan filem King Kong yang asal.

Animasi sebenarnya boleh dijadikan penanda aras kemajuan sesuatu bangsa. Lihat sahaja Jepun. Kalau surirumah di Malaysia menjadikan upah memasang kotak atau bunga dari kilang-kilang, berlainan dengan suri-rumah di jepun. Mereka menjadikan upah mewarnakan lukisan-lukisan anime (animasi jepun) sebagai pendapatan sampingan mereka.

Saya berpengalaman menghasilkan animasi 3d untuk beberapa agensi kerajaan sebelum ini. Sayang sekali, saya masih menerima tanggapan bahawa animasi hanyalah sekadar kartun.
Oleh itu marilah kita ubah persepsi kita terhadap bidang animasi. Semoga penghayatan yang sebenar akan menaikkan kualiti animasi kita dan seterusnya berupaya menjadi satu industri yang memartabatkan Malaysia.

Sekian.

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in