Salah satu ibadah paling mudah adalah diam. Ini lantaran semakin banyak kita bercakap, semakin banyak pula dosa kita dan semakin banyak kesilapan kita. Kadang-kadang kita sendiri tak sedar yang kita cakap itu bercanggah dengan apa yang kita cakap dahulu. Sebentar tadi saya melayari sebuah blog yang terkenal sebagai pengutuk Gubra paling hebat. (dimaklumkan, saya bukanlah penyokong Gubra kerana saya sendiri belum menontonnya.) Dalam blog tersebut, saya tertarik tentang satu artikel yang langsung tiada kena mengena dengan filem tersebut, tetapi tentang Imam Syafie. Secara ringkasnya, Imam Syafie yang kita ikuti ajarannya sebagai ahli sunnah waljamaah pernah dituduh sebagai Syiah. Lalu Imam Syafie telah menulis sebuah syair yang berbunyi
Jika mencintai keluarga Nabi
itu adalah Rafidhi
maka hai dua golongan makhluk
(jin dan manusia)
saksikanlah, sesungguhnya aku
ini Rafidhi.Rafidhi=Syiah
Perkara ini samalah seperti ayat dramatik yang saya katakan dalam entry saya yang lalu (baca balik)
Adakah dengan syair ini Imam Syafie mengakui dia adalah Syiah?
Adakah dengan ucapannya Syarifah Amani mengakui dirinya pencemar budaya?
Hairan pakar bahasa dan pakar filem tak pandai mentafsir apa yang dikatakan gadis berusia 20-an.
Teringat pula kisah seorang pakar filem yang dengan beraninya mencabar kredibiliti P. Ramlee dengan mengatakan banyak lagi tokoh filem melayu yang lebih hebat seperti M. Amin dan Husin Hanif. Selama satu jam rancangan itu, pakar ini bersungguh-sungguh mengeluarkan fakta-fakta ilmiah tentang perfileman sedangkan 2 org lagi ahli panel sekadar bercakap dari segi emosi dan minat terhadap P. Ramlee. Namun, bila Allah nak tunjuk, hanya panggilan dari seorang ‘pakcik tua’ sudah cukup. Pakcik ini dengan mudah mengingatkan, pakar itu membandingkan P. Ramlee hanya dari segi skop yang sempit iaitu skop filem. Sedangkan P. Ramlee terkenal dengan multi-talentnya. Jelas sekali dek syoknya mengeluarkan pengetahuan filem dia terlupa tajuk besar forum tersebut.
Sampai di sini sahajalah. Bimbang pula banyak cakap, saya sendiri tersilap. Wasalam.
Recent Comments