baby

warghh

jurnal, terkonang 2 Comments »

Semenjak dua menjak tiga menjak ni…tetiba aku terasa nak beli TOYS. Aaa…mungkin ada yg tatau, tapi aku agak berminat dengan action figure ni terutama karakter-karakter dari movie yang aku minat seperti STAR WARS, SHREK (!!!!) BTTF, SPIDERMAN, X-FILES. Tapi tadelah hardcore sangat. (sebab masih waras memikirkan priority dalam spending the money) Setakat ni dalam koleksi, ada la…Light saber sebijik, Helmet darth vader, kereta DeLorean (BBTF 2), DeLorean RC (comel je..my bro beli kat universal studios japan), Mulder, Scully, Donkey , Fiona dan 2 pack Shrek 2. Tapi most of it dalam kotak pasal my wife tak tahan berabuk bila on display.

But since aku dah mula terminat ngan IRON MAN (Tony Stark..my new idol..haha), aku start looking for the 12″ punya model tapi lom jumpa. So aku carik-carik kat net semalam dan berjumpa dengan a few online store. Aku yang mula-mula dok carik IRON MAN..tetiba teringat Shrek pakai Helmet and sword masa lawan dengan dragon. Carik2..sekali jumpa…huhuhu…nak beliii…lagi mahal sket dari Iron Man 12″ tu.. Sekrang tengah belah bagi..nak angkat apa dulu…

Oh ya…nak buat pengumuman sket..sekarang ni toys kat malaysia diserang ngan toy transformer..selepas Transformer the movie..datang pulak Transformer Animated. Ramai yang seusia dengan aku (heh) sangat la gila ngan Transformer ni. Sampai Optimus Prime tu, sampai berjenis-jenis. Tapi bila aku cakap aku tak minat Transformer…ramai yang heran..Well…sebabnya simple jer…

I grew up in Johor. Back in those days, around the year 1990, Johor punya sistem adalah cuti pada hari jumaat. So hari Ahad kitorang kena sekolah. I remember once aku masuk ke Pusat Sumber and switched on the TV to watch transformer which were aired on Sunday morning! But secara totalnya I never had the chance to enjoy the show which led me to not become a fan

However dont get me started on those show waktu petang. Eh..nak cerita gak..

KICKERS-anime pasal seorang budak yang main bola dengan pasukan underdog dan lawan satu pasukan hebat yang ketuanya adalah abang kepada gadis yang budak ni minat.
GABAN– aku suka lukis naga gaban masa kecik-kecik
SATRIA BAJA HITAM – menyebabkan aku berangan basikal aku adalah belalang tempur! hahaha
THUNDERCATS – subjek yang selalu aku lukis. Terutama kereta dan istana dia tu (lupa lak nama)

Tapi cakap pasal lukis-lukis ni. Masa kecik-kecik aku suka lukis Harjit Sigh dan logo RTM..terutamanya DUNIA JAM SEPULUH…(dulu mana ada astro ceria cam bebudak sekarang).

Ada sekali tu, kerana nak menonton KICKERS, aku menyorok dari Pakcik Beca yang angkat aku pi sekolah agama. Sekolah agama kul 3 sampai 6. Kickers kul 4.30. Nak tak nak terpaksa nyorok. Pakcik tu datang kring kring loceng beca dia depan rumah, aku senyap jer nyorok. Bapak aku tade time tu, mak aku lak mengajar sesi petang. Sebenarnya bukan sekali..banyak kali..haha..

Berbalik cerita TOYS tadi. Walaupun aku tak minat Transformer, tapi satu scene yang bagi aku sangat gempak ialah time “BARRICADE” sebuah robot team jahat yang buat sliding sebelum melonjak ke depan dan bertukar menjadi kereta polis. So..aku terasa nak beli Transformer yang seko ni jer..

Maka samaada IRON MAN, TRANSFORMER “barricade”, atau SHREK (shrek ni nak kena order dari oversea..sapa ada PAYPAL?).

Tapi tetiba…dapat email new product dari online store…R2D2 Interactive Astromech Droid. Warghhh….menariknyaa

NAK BELIIII…………………

  • tapi takut Cik Marani maghahhh
  • UJANG NO 1

    jurnal, terkonang 9 Comments »

    ujang no 1

    UJANG NO 1. Tajuk posting ni dah lekat dalam kepala otak aku sebaik sahaja aku mendapat satu “copy” majalah Ujang no 1 daripada enche Ibnukaduk petang tadi. Bukan apa, tajuk ni jugak membawa maksud Kartunis Ujang tetap no. satu! Hehe. Majalah ini antara khazanah yang pernah aku miliki tapi telah di-kelepet oleh kawan aku masa kat Muar dulu. Budak tu putih-putih, badan gempal-gempal sikit. Lupa plak nama dia. Tapi dia duduk kat taman bunga raya. Sedara dia yang lembut-lembut tu aku ingat namanya, Ijal. Mamat tu lupa plak nama dia. Tapi kerana dialah koleksi majalah Ujang aku start dari no 2. Walaupun murah harganya, cuma RM 2.20 tapi boleh dikatakan majalah yang pernah menempa sejarah ini boleh dikatakan edisi terhad. Nampaknya majalah Ujang dan “pengklepetan” tak boleh dipisahkan. Haha.

    Ini kali kedua aku jumpa Ibnukaduk. Eh! Ketiga sebenarnya jika dicampur ngan pertemuan di Pesta Buku. Best rasanya dapat berkenalan ngan orang yang pernah terlibat secara langsung dengan 2 perkara menjadi titik tolak industri kartun dan animasi. Usop Sontorian dan Majalah Ujang (kedua-duanya berasal di bawah Karisma Group of Companies) Banyak jugak sejarah dan cerita-cerita konflik penubuhan majalah Ujang dan animasi pertama Malaysia; Usop Sontorian yang diceritakannya secara personal dan tak bley disiarkan di mana-mana. Seronok la aku. Maklum ler, aku ikut majalah ni sejak no 1 sehinggalah Ujang keluar dan terbitkan Varia Lawak, Lanun dsb.

    Ibnukaduk jugak bagi aku vcd Keluang Man. Haha..gelak guling-guling bila tengok balik cerita tu. Terutama sekali bila dengar suara si Tiong Man. Masa kat MMU, ada beli satu vcd Keluang Man. Roomate aku time tu, Lan ripkan lagu tema Keluang Man jadik mp3 dah sebarkan kat server-server MMU. Wife aku time tu minat gak ngan Keluang Man. Mungkin kerana time tu aku dalam proses nak ngorat dia, aku buat karakter Keluang Man dalam 3D untuk assignment masa belajar 3d MAX. Tadelah lawa sangat pasal baru belajar tapi kerana nilai “local content” yang tinggi, karakter tu dipamerkan kat e-gallery MMU. (tatau la ada lagi ke idak). Malah masa belajar Softimage, aku cuba memodenkan design Keluang Man (seperti mana filem Batman Forever revamp design baju Batman) dalam assignment 3d karakter. Wife aku lak wat karakter tiong man 3d (actually aku jugak yg wat..hehe)

    Tapi hari ni, kerana banyak kerja, aku tak dapat lepak lama ngan Ibnukaduk. Kalau tak mesti banyak lagi cerita-cerita best. Tapi ada satu lagi benda best yang aku jumpa bila masuk blog dia. Aku jumpa link ke blog kartunis TEMBAKAU! Kartunis Tembakau adalah antara anak didik Ujang yang aku minat. Malah aku letakkan dia nombor dua lepas Ujang sendiri. Karya-karya mereka inilah yang inspired aku untuk berkarya dengan cara aku lak. Sebenarnya menjadi impian aku suatu hari nanti untuk bekerjasama ngan diorang. Ujang dan Tembakau. Insya-allah.

    Sebagai permulaan, aku bekerjasama ngan Ibnukaduk dulu. hehe

    RUMAH LORONG ISNIN

    jurnal, terkonang 11 Comments »

    Last weekend, aku dan isteri balik ke Muar. Walaupun kitorang dah kenal dekat 7 8 tahun, dan dah berkahwin dekat 8 bulan tapi aku tak pernah bawak dia pergi tengok rumah tempat aku dibesarkan. Bukan malu, tapi betul-betul tade kesempatan. Sekarang family aku dah berpindah ke Parit Setongkat. Inilah rumah favourite aku dalam dunia walaupun sekadar rumah papan. Yang best sebab di belakang rumah ada kebun yang menjadi tempat aku camping masa kecik-kecik. Tempat aku panjat pokok rambutan, pokok rambai, pokok manggis, ambik pokok buluh untuk projek pengakap, makan buah koko atau carik kelapa muda dan jugak halau ayam masuk reban.

    Rumah yang beralamat 136-5 ini terletak di Lorong Isnin, atau bak kata kawan aku; Lorong Monday. Terletak di Parit Kadzi (parit yang boleh nikahkan orang) , di sinilah juga tempat asal penyanyi NASH. Rumah parents dia tak jauh dari rumah aku.

    Hampir 20 tahun aku hidup kat sini. Bumbung rumah aku tu, selalu jadik tempat mainan aku. Tapi masa parents aku tade rumahlah. Aku suka lepak atas bumbung rumah ni sambil tengok Gunung Ledang dan meng-usha budak2 sekolah convent atau budak sekolah agama yang lalu depan rumah. Dari atas bumbung jugaklah aku dapat tengok kalo kereta Abah aku dah balik, so bley la cepat-cepat aku turun.

    rumah

    Kami hanya melihat dari luar sahaja kerana tidak membawa kunci dan tambahan pula sebahagian rumah ini telah disewakan. Di dinding rumah depan rumah ini, masih terdapat khat yang aku tulis atas arahan Abah.

    rumah

    rumah

    rumah

    Di dinding depan rumah ini juga tergantung Khat dengan ayat yang membawa maksud

    Dan carilah kebahagian di negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu di dunia

    rumah
    klik gambar untuk resolusi lebih besar

    Yang pastinya Rumah Lorong Isnin ini selalu menjadi subjek untuk aku melukis masa kecik-kecik. Aku pun tak tahu kenapa aku suka sangat lukis rumah ini. Lukisan di atas ini aku lukis masa aku form 1. Ini gambaran asal rumah tersebut masa aku kecik. Sayu jugak mengenangkan zaman bebudak di Rumah Lorong Isnin..Apatah lagi melihatkan keadaan sekeliling rumah yang jauh dah berubah. There’s no longer familiar faces. Kawan-kawan sekampung dah meninggalkan kampung, pakcik-pakcik dan makcik-makcik pula ada yang dah meninggal dunia. Lorong Isnin yang dahulunya tenang kini semakin sempit dengan rumah-rumah orang kaya yang besar sehingga memakan jalan. Rumah aku belajar mengaji telah roboh dan tapaknya kini menjadi tapak perusahaan membela burung. Kebun tempat aku bermain kini menjadi semak-samun yang tidak terurus.

    Sesungguhnya tiada yang kekal kecuali-NYA. Waallahualam..

    hehe
    hehe

    WIP: F1 BMW Sauber Petronas

    artwork, terkonang No Comments »

    f1

    Masa mula-mula belajar 3D menggunakan software maya, kitorang kena wat satu tutorial membuat kapal angkasa menggunakan polygon. Time wat kapal angkasa tu, aku terperasan yang kapal angkasa tu bentuk dia nak dekat cam bentuk kete F1. Kerana itulah, masa mula2 dapat assignment buat short animation, aku decide nak buat kete F1. Pasal bapak aku ajar, kalo nak wat sesuatu dalam exam, buatlah benda yang kita tahu. Contohnya, kalo nak wat karangan time exam, karanglah sesuatu yang kita benar-benar tahu. Jangan jadikan exam sebagai tempat eksperimen. So..aku apply apa yg aku belajar time tutorial tu, iaitu modeling dan mapping bila aku wat assigment short animation tu. Ramai member2 ingat aku ni peminat F1 padahal aku cuma apply benda yang aku tahu jer. Dan atas dasar patriotisme, hehe..aku pilih F1 sauber petronas. Kalau orang yang minat F1 maybe diorang akan wat Ferrari atau BMW.

    Masa tu, berangan la nak jual model 3d F1 tu ke petronas untuk wat iklan ke..apa ek..hehe.. Sebabnya time tu tade lagi iklan GP F1 petronas guna 3D. Sekarang ni melambak la. Seronok juga melakukan research untuk wat f1 ni. Aku banyak carik kat internet, beli magazine dan juga gi melepak depan petrosains, pasal ada sebijik f1 kat situ. Tatau la sekarang ada lagi ke idak.

    rnd

    Sekarang, after 7 tahun, aku dapat satu job daripada salah satu anak syarikat Petronas. Mula-mula ingat nak pakai jer model F1 lama aku tu. Tukar mapping je ke…tapi aku perhatikan kereta F1 sekarang dah lain sikit bentuk dia. More to organic form lebih-lebih lagi part belakang. Aku ingat maybe kali ni keje aku senang sket untuk carik model toys F1 ni. (Nak jadikkan toys tu panduan untuk modelling) Maklum ler..petronas sauber dah combine ngan BMW. Dulu2, company2 toys ni malas nak wat model toys F1 Sauber Petronas pasal tak ramai peminat kot. Namun, pas aku carik2 kat kedai toys, hampa gak. Kalau ada pun..harga dekat 200 hinggit..kecik dan tak detail plak tu. takpe la..lain kali jer.hehe..
    Namun yang bestnya ada beberapa software yang tunjuk agak detail bentuk F1 BMW Sauber ni. Sedap gak la aku nak wat panduan. Aku juga jumpa satu game free kat internet yang tunjuk detail kereta F1 BMW Sauber ni.
    So, iniler hasil modeling terbaru F1 aku. Mapping dia aku tukar sket. Instead of pakai nama-nama sponsors, aku tukar kepada prinsip-prinsip yang ada kaitan dengan video presentation yang aku tengah wat ni. Tak siap lagi ni…

    UJANG : JIBAM

    review, terkonang 2 Comments »

    Tahun lepas, aku pernah menulis tentang UJANG. (of course bila sebut Ujang, aku yakin 99% orang akan teringat Kartunis Ujang, bukannya majalah kartun yg masih tak malu menumpang glamer “aura” kartunis ini.) Baru-baru ini, entry tentang kartunis tersebut kerap mendapat komen pengunjung yang aku tak sure mana datangnya. Maklumlah siapalah yang sudi singgah ke blog merepek aku ni. Rupa-rupanya mereka tersesat pasal baru-baru ini Ujang telah melancarkan projek barunya. Dan pastinya aku adalah antara ribuan manusia yang amat excited mendengar berita JIBAM AKAN DIFILEMKAN! Pelancaran dan sidang akhbar telah diadakan sehari sebelum harijadi aku..(hehe..sibuk jer) iaitu pada 2 MAc 2007

    jibamthemovie

    Sebenarnya, ada banyak yang aku nak tulis tentang komen, (setelah melihat barisan tenaga produksi) harapan dan pandangan tentang projek filem ini, sayangnya aku tengah busy. Namun kerana tak sabar nak war-warkan berita best ini kepada semua kengkawan aku…aku tulis jer intro ni dulu. Insya-allah aku akan tulis panjang lebar sikit. Apa-apa pun bley klik link yang aku dah sediakan.

    2007 – my new baby

    jurnal, terkonang 3 Comments »

    PC BARU

    MY NEW BABY…

    hehe..jgn terkejut…bukan pasal baby yang tu..tapi baby ni.. PC baru..yeh yeh..

    Sebelum apa-apa, nak wish selamat tahun baru. Personally tahun 2006 adalah tahun yang paling mencabar tapi bermakna dalam hidup aku. Alhamdulillah banyak gak pencapaian peribadi. Sedar-sedar tak sedar dah setahun lebih aku jadik self-employed. Project personal dan project Selampitz jugak makin bertambah. Kira makin bertambah la portfolio. Itu yang penting. Namun kepuasan peribadi dalam kerja-kerja yang dijalankan belum mencapai tahap maksima. Maklum la keje sorang2 dan dateline yang sangat tight. Selampitz telah masuk 3 tahun walaupun belum ber-ofis. Awal tahun lalu, kalau orang tanya apa target Selampitz, aku kata, target utama syarikat ialah…

    “mengahwinkan director-director Selampitz”. .

    Hehe..So..kiranya target awal Selampitz untuk 2006 telah tercapai!!! Tepuk tepuk tepuk…

    Awal 2007 datang dengan cabaran tersendiri. Seperti yang aku ceritakan, pc lama aku buat hal. Sebelum kahwin, aku telah siapkan 3 episodes (22 minutes per-episode) untuk Kelembai Studios. Walaupun dah siap, tapi masih perlu menunggu amendment. Maka, apabila HDD aku kong,one whole episode telah burn bersama-sama HDD tu. Mujurlah file raw (file maya) terselamat. Lepas wedding ari tu dan setelah habis shooting wedding aida (arramak..tak edit lagi! ceh..video wedding sendiri pun tak bersentuh..) Selampitz lak tetiba dapat projek UPM. Urgent projek.. first preview adalah pada 3 Jan 2007. Raya haji 31hb Disember. PC aku plak sah m/board rosak.
    So..petang raya haji, balik KL. Esoknya…1 Januari 2007..pegi low yat beli PC baru…yeh yeh. So dengan pc baru yang disetup. Aku ambik masa 2 hari utk siapkan video 15 minutes. Lepas tu plak..tetiba amendment animasi lak datang. Aku kena render balik one whole episode dan edit semula. It tooks me around 3-4 days. Segala puji bagi Allah sekali lagi…kerana dengan pc baru ni..keje-keje render makin laju (core 2 duo nih…jgn jelesss). Kiranya dengan kerja rush awal January ni, ke-power-an PC baru ku ini telah teruji. Hehe.

    pc lama

    Apapun, aku takkan melupakan jasa pc lama aku ni. Aku bukan jenis orang yg suka bagi nama pada pc, kereta..so pc aku tak bernama..hehe. Mungkin dah sampai masanya dia berehat wat seketika. Seketika jer! pasal kalau ada duit nanti nak ganti m/board..kasik idup balik.. Kalo tak silap aku beli pc ni dalam tahun 2003. Awal tahun jugak. Pasal aku ingat sangat..time tu..1 Jan. KL lengang. Maybe org masih tidur pasal berembun sambut tahun baru.

    Catatan ringkas KEJE-KEJE GILE 2006

    -perkara paling utama – Aku dah sah bernikah dengan Puan Marani. (eh..ni bukan keje gile..ini peristiwa penting)

    -interview ASTRO utk montage AF4. Diorang dah panggil suh start april. Tapi kerana aku ada job dan tanak terikat (kena buat keje kat Astro), aku bagi alasan macam2 kat astro time diorang tepon.

    -terkunci diri sendiri kat luar rumah. ada job nak siapkan.. Man balik kampung…cik marani pun balik melaka. Terpaksa panggil tukang kunci. Bayo mamat tu rm50. Taperla pujuk diri sendiri. Kalau tak siap job tu, lagi la rugi.

    -ada sekali tu..kejar skuad avanza ERA. ntah apa giler.. saje take part..kena buat aksi big m-omma h-ouse 2.. dapat tiket free..tapi tak pegi pasal banyak keje.

    -Pegi ambik PAC selepas lulus exam dengan sekali test sahaja, parents paksa. Time lari semput gila, dalam hati dok cakap..apsal la family aku dera aku camni..wakaka..Tapi penangan bergaul ngan orang kerajaan utk 3 hari tu..aku rasa lain macam…terasa nak pakai smart…pastu suka menegur orang..dan beramah mesra.. Tapi kejap jer la..pehtu jadik perangai lama balik.

    -try approach satu group nasyid. Propose wat video klip. Diorang dah minat tapi suh buat sample dulu. Selamba janji siap dalam masa sebulan tapi tak buat pasal bz keje lain

    UJANG!

    terkonang 24 Comments »

    Ujang

    gambar dicilok dari tokeikedai.net

    Ujang. Anda kenal Ujang? Bukan majalah Ujang, bukan filem Ujang lakonan malek noor, bukan Ujang Exist dan definitely tade kena mengena ngan penyanyi lagu ‘apo kono jang’. Ujang yg aku nak ceritakan ialah ialah kartunis Ujang atau nama sebenarnya Ibrahim Anon. Kartunis tersohor Malaysia yang bermula pada tahun 1980-an dan mencapai puncak kegemilangan dengan majalah Ujang dan banyak mencipta hype di dalam industri seperti rekod penjualan majalah paling dasat dan Ujanglah pada aku yang merancakkan industri animasi tempatan dengan Usop Sontorian.

    Nape tetiba aku bercerita tentang Ujang ni? Selama ni aku sering tertanya-tanya kemanakah menghilangnya kartunis berbakat ini. Malam ini ketika melayari sifoo.. aku tersesat ke blog sifu pts. Dalam membaca-baca komen2 di blog tersebut, aku terpandang satu komen dari THE DERHAKA STUDENT, satu nama yg selalu digunakan Ujang. dari satu laman ke satu laman, akhirnya aku berjaya berjumpa dengan beberapa laman yang daripadanya dapat aku ikuti perkembangan terbaru Ujang. yeh!

    Sebagai “anak-anak 80’an”, nama Ujang memang tak bley dipisahkan dalam hidup aku. Aku berani mengaku betapa besarnya pengaruh karya-karyanya cam AKU BUDAK MINANG, ACA, ATUK, novel JIBAM, novel FIONA (yang tidak bersambung) dan juga novel CINTA TERAKHIR. Duit sekolah yang sepatutnya digunakan untuk menabung demi masa depan, aku habiskan untuk membeli Majalah Gila-Gila. Apabila Ujang keluar dari Gila-Gila dan menubuhkan majalah Ujang, aku beralih pula ke majalah Ujang. Bila Ujang tiada di dalam Ujang, terasa benar kehambarannya. Bila Ujang membuka Varia Lawak, majalah itu pula yg aku ikuti. Seterusnya Varia Lawak bertukar kepada Lanun dan tetiba pada satu ketika, tiba-tiba majalah itu hilang di pasaran. Maka hilanglah satu sumber hiburan aku.

    Ujang buat aku percaya yg seni boleh bagi ko hidup. Namun aku tak terfikir nak jadik kartunis kerana walaupun ada sedikit bakat melukis dalam diri ini, mak aku marah melukis time belajar. Jadi, time belajar aku belajar. Rasanya kalo aku asah bakat melukis kartun atau komik, mungkin..entahlah. Tapi dalam masa yg sama aku ditakutkan oleh Ujang dengan propaganda “ingat buat kartun ini macam buat lempeng ke?”.

    Ujang pernah menceritakan yang memang menjadi cita-cita dia untuk menghasilkan animasi. Apabila diusulkan kepada Gila-Gila, pengurusan mengatakan yang kita belum bersedia. Jadi apabila saudara Kam Ismail menawarkan peluang menghasilkan Usop Sontorian, Ujang tidak berfikir panjang. Aku pernah menjalani praktikal training di LENSA FILM. Dato Sean, pemilik Lensa menceritakan bahawa LENSA-lah yang telah melabur melatih animator-animator tempatan ke Jepun. Mula-mula Lensa menghantar mereka ke Jepun tetapi cara yang lebih menjimatkan ialah dengan membawa tenaga pengajar Jepun itu pula ke Malaysia. Animator-animator dari Lensa ini kemudiannya berkhidmat dengan pelbagai company lain dan merancakkan animasi tempatan. Opss.. melalut pula ke kisah animasi Malaysia.

    Aku tak tau kisah sebenar pergolakan kartunis-kartunis di Malaysia kerana aku hanyalah peminat biasa. Namun aku bertuah berpeluang bertemu dengan beberapa orang sahabat yang sudi bercerita. Ada yang memuji-muji Ujang. Ada yang membawa kisah sedih Ujang dan ada juga yang membawa kisah buruk Ujang. Sebagai peminat sejak kecil, aku semacam tak boleh menerima kisah-kisah buruk itu. Hanya mendengar sambil tersenyum tawar.

    to be continue

    WP Theme & Icons by N.Design Studio
    Entries RSS Comments RSS Log in