baby

AKU BUDAK MINANG (the series)

review 5 Comments »

Cerita tentang kewujudan drama AKU BUDAK MINANG (ABM) telah lama singgah kat telinga aku ni. Malah, masa jumpa Brader Ujang kat PWTC April lalu pun, sempat gak aku menonton selingannya. Setelah beberapa kali bertukar tarikh tayangan, berita yang dikonpomkan oleh Facebook Ujang menyatakan ABM akan ke kaca TV pada 6 Oktober. Semua dah ready dah depan tibi. Tup2, ABM ditayangkan lebih awal iaitu pada 29 Sept. Walaupun aku ada kat rumah time tu, tapi aku tak bukak tv pasal sibuk melayan Zufar. Bila zufar masuk tido, aku masuk facebook dan baru dapat tahu tayangannya dah terlepas.
Jadi, semalam aku dapat menonton episod 2. Lama betul kita menunggu adaptasi karya Ujang mahupun karya dari Gila-Gila. Tak silap aku (sila tegur kalau salah) karya Gila-Gila yang pernah diadaptasi ialah Tiga Dara Pingitan (dlm bentuk vcd).


Secara ringkasnya, pemilihan pelakon yang hampir menepati watak-watak dalam ABM itu sendiri. Watak yang paling ketara dan mencuri perhatian aku ialah ANOR. Gaya rambut dan Spek besarnya sangat best! Watak Mak Ujang juga sangat menonjol dan berjaya membawa wataknya dengan berkesan. Senang cerita, bebelannya memang sama yang aku bayangkan time membaca ABM. Hah!

Secara keseluruhan, dapat dilihat usaha keras, pengarah dan krew cuba menepati isi ABM. Mungkin Zulkifli M. Osman takut menerima ugutan bunuh oleh fanatik Ujang seperti mana Michael Bay kena dengan peminat Transformers. heh. Aku suka dengan cara lakonan para pelakon yang cuba beraksi mengikut aksi-aksi dalam panel lukisan komik ABM. Namun, aku rasa seperti terlalu laju scene-scene tersebut berlalu. Lebih-lebih lagi pada aku, cerita ketika Ujang belajar si asrama patut di-build-up dengan lebih mendalam kerana di situlah kegemilangan zaman sekolahnya. Satu fakta yang tidak patut (diulangi TIDAK PATUT) ditinggalkan ialah peristiwa Ujang membotakkan kepala kerana lulus SRP. Adakah pelakon tidak sanggup membotakkan kepala? atau kerana desakan waktu shooting yang padat? Scene Ujang berkepala botak juga penting bila Anor dok gelak jer bila jumpa Ujang!

Ni ada beberapa scene yang aku sebagai pembaca ABM tidak bersetuju..hehe…benda ni tak mencacatkan jalan cerita, tapi aku jer ngada2..haha

1- Adegan Ujang memberitahu Anor dia nak ke KL sepatutnya berlaku pada waktu malam! Masa itulah Anor 1st time jadik syahdu dengan Ujang. Suasana malam dengan alunan muzik pasti menambahkan mood pada scene tersebut..ewah.

2- Kak Chik sepatutnya perempuan yang seksi dan kurus..hahah, itu kalau ikut lukisan Ujanglah..

3-Selepas Ujang keluar dari rumah pada malam kenduri di rumah Anor, patut tunjuk adegan perchentaan lebih Ujang kat rumah Anor tu, time tu kan Anor keluar bawak keluar teh sambil diorang hias pelamin.

4- Satu lagi adegan terbalik. Ujang kena tahan polis waktu malam. Sepatutnya dia dibebaskan waktu pagi. Tapi adegan tunjuk dia dibebaskan waktu malam jugak.

Kalaulah dapat di-detailkan lagi cerita ABM ini, pasti drama ABM ni jadik 4-5 season..hehe..

Apapun, ABM tetap menghiburkan. Tak sabar nak tengok minggu depan!

What caught my attention..

review No Comments »

Nampaknya industri seni Malaysia makin rancak. Bila dah rancak ni, persaingan akan wujud bukan sahaja dari segi kuantiti malah dari segi kualiti. Bagus ler cam tu..

saja nak share beberapa berita yang pada aku best la…

1. AKU BUDAK MINANG DIADAPTASI DRAMA TV.

Sebenonya pada aku, memindahkan AKU BUDAK MINANG (ABM) ke drama TV adalah satu cabaran yang berat. Sebabnya, ABM bukan macam kartun drama panel. Kekuatan ABM adalah pada gaya bahasa Ujang dalam penulisannya. Maybe perlu diselitkan suara latar berdasarkan gaya penceritaan itu. Tak tahulah…hehe…
Ini sekadar pendapat awal aku. Aku belum tengok lagi hasilnya. Apapun, ini antara drama yang aku tertunggu-tunggu. Apatah lagi brader Ujang sendiri memantau perjalanan drama tu sebagai art director. Directornya pulak, encik Zulkifli M. Osman. Aku suka juga beberapa hasil arahan Zulkifli walaupun kadang-kadang tak sekuat abangnya, Aziz M. Osman. Apapun..aku yakin peminat2 Ujang pasti tertunggu-tunggu. yehh

2. Yusof Haslam n Aziz M. Osman nak buat semula AZURA
Trend remake dah menular ke Malaysia sekarang ni. Nothing’s wrong with it. Dengarnya, produksi ni macam nak buat rancangan realiti aje dengan tajuk “mencari azura”. Abang Aziz nak carik pelakon baru. Aku setuju bab tu. Tapi carilah yang betul-betul boleh berlakon dan dapat memberi impact. (macam masa deana yusof sebagai newcomer dalam SELUBUNG). Dan tolonglah bersihkan filem Azura baru ni dari pelakon-pelakon biasa dalam produksi ACE MOTION mahupun SKOP PRODUKSI. Jamal Abdillah dan Ogy lak, of course la mesti buat cameo. Hehe.. Tapi takkan nak cari Azura jer? siapa dapat tandingi jamal abdillah? I mean dari segi suara..bukan lakonan. Hehe.

3. KRU STUDIOS nak buat Studio ala Hollywood di cyberjaya.
haa…at last ada real industry player yang bertapak di cyberjaya. Good..good..Orang selalu tak suka sistem penswastaan yang dibuat oleh kerajaan. Pada aku pulak, kadang-kadang memang perlukan pihak swasta juga baru kerja boleh jalan. Hopefully Studio KRU ni akan menjadi pengubat kepada kegagalan e-village. Mak aku selalu suh mintak keje kat KRU…tapi aku bagi alasan jauh..Ni dah dekat ni..kena carik alasan lain lak..hehe

UJANG : JIBAM

review, terkonang 2 Comments »

Tahun lepas, aku pernah menulis tentang UJANG. (of course bila sebut Ujang, aku yakin 99% orang akan teringat Kartunis Ujang, bukannya majalah kartun yg masih tak malu menumpang glamer “aura” kartunis ini.) Baru-baru ini, entry tentang kartunis tersebut kerap mendapat komen pengunjung yang aku tak sure mana datangnya. Maklumlah siapalah yang sudi singgah ke blog merepek aku ni. Rupa-rupanya mereka tersesat pasal baru-baru ini Ujang telah melancarkan projek barunya. Dan pastinya aku adalah antara ribuan manusia yang amat excited mendengar berita JIBAM AKAN DIFILEMKAN! Pelancaran dan sidang akhbar telah diadakan sehari sebelum harijadi aku..(hehe..sibuk jer) iaitu pada 2 MAc 2007

jibamthemovie

Sebenarnya, ada banyak yang aku nak tulis tentang komen, (setelah melihat barisan tenaga produksi) harapan dan pandangan tentang projek filem ini, sayangnya aku tengah busy. Namun kerana tak sabar nak war-warkan berita best ini kepada semua kengkawan aku…aku tulis jer intro ni dulu. Insya-allah aku akan tulis panjang lebar sikit. Apa-apa pun bley klik link yang aku dah sediakan.

KARTINI KEMBALI

review 19 Comments »

kartini kembali
Latar belakang
KARTINI adalah sebuah karya kartunis Tembakau yang pernah tersiar di majalah Lanun sekitar tahun 1996/1997. Karya ini telah memberi impak tersendiri kepada industri kartun di Malaysia. Maaf sekiranya saya tersilap, tetapi sepanjang pemerhatian saya, inilah kartun Malaysia pertama yang mengetengahkan watak seorang perempuan bertudung sehingga menjadi ikutan beberapa kartunis lain. Ceritanya mudah tetapi penuh jujur dan humor sehingga dekat di hati remaja pada ketika itu seperti dekatnya karya-karya Ujang seperti AKU BUDAK MINANG, ACA dll. Kredit harus juga diberikan kepada Ujang sebagai mentor yang membentuk kartunis bergelar Tembakau ini. Selain impak menjadi pelopor kepada lukisan gadis bertudung di aliran mainstream (watak gadis bertudung sebenarnya telah lama bertapak di komik2 dakwah), watak Kartini juga sering menjadi lukisan untuk diterapkan pada “T-shirt sekolah” keluaran Central Market sebagaimana watak Sahak (Blues Utk Aku: AIE) menjadi pilihan bagi pelajar lelaki. Kartini adalah antara karya terbaik Tembakau dan siri ini pernah diadaptasi menjadi animasi. Sayangnya penulis tidak tahu kesudahan projek tersebut walaupun pernah menonton sedutan animasi tersebut semasa kuliah (kualiti yang agak mengecewakan). Setelah berakhirnya siri Kartini, Tembakau pernah beberapa kali cuba menyambung siri tersebut di dalam beberapa majalah namun sering terkandas. Kini, dengan usaha sebuah syarikat penerbitan PTS, siri ini dihidupkan semua dalam bentuk “stand alone” dengan tajuk KARTINI KEMBALI.

PENDEKATAN BERBEZA
Bagi peminat KARTINI, kehadiran KARTINI KEMBALI setelah 10 tahun!!, dijangka dapat mengubat kerinduan dan mengembalikan nostalgia. Namun pada pengamatan penulis, KARTINI KEMBALI agak berbeza. Karya ini bagaikan satu peralihan atau satu frasa oleh Tembakau untuk membawa pembaca ke satu perbincangan yang lebih serius. Kartini pada awalnya hanyalah sebuah cerita monyet yang dilalui di zaman remaja dalam ketika remaja itu sendiri tercari-cari arah mereka. Bak sepotong ayat di dalamnya berbunyi,

“Dalam keadaan aku masih tercari apa makna masa depan, apa makna cita-cita, masih teraba-raba..aku boleh rindukan orang pulak!”

Hakikatnya isu sebenar dalam siri Kartini ini adalah konflik identiti remaja. Cinta zaman sekolah hanyalah sebahagian daripada proses konflik identiti. Inilah penumpuan dalam Kartini Kembali. Tembakau mengajak pembaca lebih serius pada kehidupan selepas kisah cinta itu. Cinta Kartini hanyalah sebagai titik tolak. Jadi jika pembaca terus berharap untuk dibuai tentang kisah lucu dan manis tentang cinta zaman sekolah. Anda akan kecewa. Saya menjangkakan sambungan siri ini akan berkisar tentang cita-cita dan kehidupan. Lantaran itulah dalam KARTINI KEMBALI, kisah Kartini itu sendiri sangat sedikit disentuh.

Kita perlu sedar betapa kehidupan zaman sekolah adalah apa yang membentuk peribadi seseorang. Kita selalu membandingkan kehidupan semasa belajar dan bagaimana kehidupan setelah bekerja. Ada yang berkata, ” Aku akan berjaya suatu hari nanti!” atau “Aku akan tunjukkan pada budak pompuan tu, bila aku dah sukses!” Namun, bagaimana sekiranya kita masih gagal sebagaimana kita gagal ketika di sekolah?

Tapi personally, saya rasa hakikatnya Tembakau dalam pencarian dirinya lebih beruntung kerana dikurniakan bakat yang tiada pada orang lain. Walaupun tidak berijazah atau “berjaya” dari segi konteks berjaya masyarakat sekarang (bergaji besar, kereta mewah) tapi dengan bakatnya beliau masih mampu mencipta nama!

KUALITI
Walaupun stroke lukisan agak kasar dibandingkan dengan gaya awal Tembakau, saya tertarik dengan eksperasi wajah setiap karakter dalam komik ini. Eksperasi yang pelbagai dan didzahirkan dengan berjayanya oleh Tembakau sangat memberi kesan dalam perjalanan cerita KARTINI KEMBALI. Komik ini juga kelihatan matang dengan banyak meninggalkan adegan untuk imaginasi pembaca sendiri. Contohnya adegan Yon dan kawan-kawannya melihat sesuatu kejadian di langit dan adegan apakah sebenarnya persembahan yang dibuat oleh Yon pada malam persembahan.

KESIMPULAN
Rumusannya, KARTINI KEMBALI hanyalah satu frasa yang belum benar-benar mengupas apa yang cuba disampaikan oleh Tembakau. Sebagaimana Matrix Reloaded hadir sekadar pelengkap kepada siri MATRIX, begitulah KARTINI KEMBALI. Namun saya menjangkakan sesuatu yang lebih mantap akan dipersembahkan dalam sambungan siri ini. Sebagai peminat Tembakau, karya ini mesti dimiliki, sebagai tanda minat dan juga untuk menyaksikan kematangan Tembakau dalam karyanya! Wasalam.

p/s apa jadah serius sangat penulisan aku ni? hehe..berlatih nak jadik reviewer bertauliah. Kalo bahasa paso, cerita ni tergantung aa ..demit! Tapi best jugak la…lawak2 dalam ni terutama kalo fokus kat tiap2 ekpresi muka Yon dan kengkawan dia..haha.

REVIEW: SUPERMAN RETURN

review No Comments »

Bertahun-tahun kita dihidangkan dengan filem tentang bencana alam. Kehancuran dunia seperti The Days After Tomorrow, War of the World, Poseidon, Armageddon, Deep Impact dan lain-lain. Dalam filem-filem ini, kita hanya berharap hero, heroin dan kawan-kawan mereka terselamat. Hanya usaha menyelamatkan diri tanpa dapat berbuat apa-apa.

Bayangkan anda menonton kembali semua filem-filem ini. Tapi kali ini, penyelesaiannya berlainan. Seorang manusia luar biasa yang gagah dan mampu terbang dengan pantas.
Superman hadir dengan membawa penyelesaian kepada bencana-bencana ini. Tanah retak, banjir, bangunan runtuh, gas meletup semua dapat diselamatkan oleh Orang Besi (man of steel) ini. Jangan persoalkan realiti cerita ini. Superman sekadar lambang keinginan fantasi manusia untuk mempunyai seorang penyelamat.

SUPERMAN! Superman adalah perkataan pertama yang saya masukkan dalam search engine ketika baru-baru mengenali internet. Ketika itu terdapat ura-ura filem baru superman akan dibuat dan dilakonkan oleh Nicholas Cage. Nicholas Cage?? Langsung tiada ciri-ciri superman yang kita kenali. Tambahan pula dengan rambutnya yang tak berapa nak lebat, pemilihan beliau merupakan satu keraguan yang sangat besar. Tapi terdapat ura-ura filem superman baru adalah tentang Blue Superman aka electric superman.
Kalau benar, mungkin beliau layak kerana mencari seseorang untuk menggantikan watak Christhoper Reeve sebagai Superman yang kita kenali adalah satu perkara yang amat-amat sukar.

blue superman

Maafkan saya sekiranya review ini terlalu personal. Hakikatnya menonton filem adalah satu pengalaman dan perjalanan peribadi. Hubungan antara si pencerita (pengarah filem) dan yang mendengar cerita (penonton). Di pihak penonton, ia bergantung tentang expectation atau harapan, tentang apa yang dicari dalam filem itu dan hubungannya dengan apa yang diketahui luar filem. Inilah hype atau cara menonton filem masa kini. Pengetahuan tentang subjek menambahkan lagi keseronokan menonton dan memudahkan kefahaman.

Personally, saya mempunyai expectation tersendiri atau lebih jelas saya katakan, keraguan tersendiri tentang filem ini. Pertamanya, mengikis imej Christopher Reeve sebagai Superman. Keduanya mengharapkan cerita yang lebih matang untuk dihidangkan atau satu pegangan yang selalu saya harapkan ialah “a worth telling story”. Seperti pandangan sesetengah pihak Superman hanyalah kisah pertarungan Superman vs Luthor dan cinta Superman dan Lois Lane. Kerana itulah saya amat menggemari SMALLVILLE kerana siri itu mengambil sudut yang berlainan dalam menceritakan kisah SUPERMAN.

Apabila Brian Singer dinamakan sebagai pengarah baru Superman, saya rasa ini satu langkah yang bijak. Namun apabila melihat baju superman yang baru buat pertama kalinya, saya berasa janggal dan timbullah perasaan “gay-nyer!”. Perasaan hairan timbul kerana saya mengharapkan costum yang lebih menarik kerana saya percaya Brian Singer adalah pengarah yang berani kerana beliau pernah dengan selambanya menukar costum-costum X-Men yang pada mulanya terasa janggal namun akhirnya diterima baik oleh semua.

emosi

Sesetengah reviewer yang saya hormati pandangannya, mengatakan filem ini kurang emosi. Pandangan yang pada mulanya menggugat semangat saya untuk pergi menonton. Namun saya rasa saya terjumpa emosinya. Emosinya terletak di tangan seorang perempuan yang ditinggalkan kekasih tanpa ucapan selamat tinggal dan pada masa yang sama mengandung anak kekasihnya. Sebagai lambang perempuan zaman moden yang tabah hatinya, Lois menulis satu artikel yang sangat mendalam maknanya, “Why the World Doesn’t need Superman”. Bagi mereka yang mengetahui, memujuk patahnya hati seorang perempuan yang cekal atau boleh juga dikatakan ego seperti ini, bukahlah satu tugas yang mudah. Apatah lagi perempuan ini sudah “move on” dengan tunang yang amat memahami dirinya dan disayangi anaknya.

Detik pertemuan semula dua kekasih lama ini dapat dilihat apabila buat pertama kalinya muncul menyelamatkan kapal terbang yang nahas. Satu adegan yang dirancang dengan teliti dan kelihatan realistik apabila Superman bersusah payah mengawalnya. Saya percaya semakin kompleksnya pembuatan sesebuah filem sekarang ini (terutama dari segi effect), seiring dengan kompleksnya cerita yang cuba disampaikan. Kompleksnya hubungan Superman dan Lois diteruskan apabila mereka diletakkan dalam keadaan di mana hubungan terputus di pertengahan jalan.

Sebagai kekasih yang menghilang, pastinya Clark Kent menyedari bahawa kesalahan terletak pada dirinya sendiri yang pergi tanpa sebarang ucapan. Superman memang kecewa. Kekecewaan yang diluahkan dengan caranya tersendiri. Sesuai dengan gelarannya Man Of Steel, bagaikan besi, begitulah juga kedinginan sikapnya. Setelah pasti bahawa tiada harapan tentang hubungan mereka, Superman mengubat kekecewaan dengan caranya tersendiri. Sebenarnya cara sama yang dilakukakan oleh kebanyakan kita yang kecewa iaitu membusykan dirinya. Adegan ini dapat dilihat setelah melihat perilaku “stalker” superman. Setelah meninggalkan rumah Lois, beliau terbang ke angkasa untuk mendengar rintihan orang ramai (satu scene yang amat dramatik pada saya) dan seterusnya mem”busy”kan diri dengan menyelamatkan orang-orang dalam kesusahan.

Mungkin Brian cuba memberitahu bahawa sifat Superman adalah sama seperti manusia biasa yang akan cuba mengintip orang yang diminatinya.
Bezanya Superman adalah watak lelaki super tapi tetapi berhemah. Satu isu yang selalu ditonjolkan dalam smallville.. dalam smallville bapa biologinya Jor-El menyuruhnya menawan bumi..tapi kerana dia kerap diingatkan bahawa dia adalah anak Kent yang telah dididik sebagai manusia. Perkara ini dapat dilihat apabila Richard White mengatakan kalau dia ada kuasa pandangan lutsinar mesti dia “seronok”. Tetapi beberapa saat kemudian, kita dihidangkan dengan adegan Clark melihat Lois dengan pandangan lutsinar. Sebagai lelaki berhemah, beliau hanya menatap gerak geri Lois dengan melutsinarkan keadaan di sekeliling, tanpa “membogelkan” Lois. Satu contoh sikap lelaki yang menghormati wanita!

Kesinambungan filem kedua
Satu isu penting dalam menonton filem Superman Return ini ialah kenyataan Brian Singer bahawa dia cuba membuat sambungan dari Superman II. Tidak dapat dinafikan filem ke-3 dan ke-4 Superman agak melucukan. Sebab itulah Brian mengatakan kalau boleh, dia mahu memadam filem-filem tersebut dari episod Superman. Adegan Luthor yang telah biasa dengan fotress of solitude dan dapat mencari tempat itu dengan segera adalah kerana dalam filem ke-2, Luthor pernah datang ke situ. Tetapi Brian tidak directly menyatakan itu dengan membiarkan soalan kepada Luthor tidak berjawab.

fotress of solitude

Dalam episod ke-2 juga, Luthor sudah diketahui keinginan untuk mempunyai benuanya sendiri. Beliau meminta “australia” sebagai balasan pertolongan kepada 3 orang penjenayah dari Kripton.

australia

Benua ciptaannya itu bukanlah membahayakan superman. Tetapi dia menjadikan superman manusia biasa. Superman, apabila beliau kembali ke planet asalnya Kripton, beliau akan kehilangan kuasanya. Hal ini dijelaskan dalam filem kedua superman II(1980). Makhluk Kripton ini mendapat kuasa daripada matahari dan atmosfera. Lantas, apabila superman naik ke angkasa, mendedahkan diri kepada matahari, mengembalikan kuasanya dan kemudian dengan pantas terbang ke bawah, menggunakan kuasanya yang baru dicaj untuk memecahkan dasar benua baru itu dan kemudian menerbangkan benua itu ke angkasa dengan sisa-sisa kekuatan yang ada dan akhirnya Superman jatuh terhempas semula ke bumi kerana kuasa yang berkurangan, pada pandangan saya adalah penyelesaian yang wajar. (seperti juga ultraman yang menjadi power pada saat-sata akhir pabila lampu di dadanya sudah menunjukkan dia lemah, namun sempat jugak memfire raksasa!)
Superman seterusnya berada dalam keadaan koma. Satu saat di mana manusia biasanya berperang dalam diri, tidak pasti mahu meneruskan hidup atau tidak. Dalam adegan-adegan cemas di hospital, saya terhibur dengan perbualan doktor-doktor yang mahu menyelamatkannya. (nak kasik berapa power nak heartbeatkan dia ni? kasik lebih laa..diakan superman).

Apabila dunia tidak memerlukan Superman, apalagi alasan untuk Superman terus hidup? Satu sahaja; seorang zuriat.

When a son become a father…

Bila masanya mereka “bersatu?” Mungkin ini juga sambungan daripada Episode II, di mana Superman menjadi manusia biasa dan berkahwin dengan Lois. Namun sekali lagi Brian malu-malu mengatakan ini dengan menimbulkan adegan bahawa Lois pernah menulis artikel “A Night With Superman”.

malam pertama

Pelakon baru superman sebagai Clark Kent sangat menjadi. Alter ego bermaksud sifatnya sangat berlainan ketika menjadi Superman dan ketika menjadi Clark Kent. Satu peranan yang gagal ditonjolkan oleh Dean Cain mahupun Tom Welling. Kerinduan kepada cara lakonan Cristpher Reeve pasti terubat. Lucu sebagai Clark Kent dan hebat sebagai Superman. Tahniah er..err…gua tak tau nama lu..tapi lu gua terima sebagai superman generasi baru ini..hehe.

Kesimpulannya, secara peribadi segala keraguan saya hilang dan segala expectation saya terhasil. Tidak sia-sia Brian meninggalkan X-Men 3 (yg pada saya agak gagal) Tapi mungkin kerana saya mula bosan dengan SMALLVILLE yang sudah kehabisan isu.

REVIEW : MAN LAKSA

review 3 Comments »

kredit kepada tayangan unggul

Tentang Pengarah Man Laksa

MAMAT KHALID…

Hasil kerja mamat khalid yang mula-mula saya kenali ialah Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komanwel..ditayangkan awal-awal kemunculan NTV7..
Kemudian..beberapa lagi telefilem seperti Durian ‘sumthing’ (cerita wedding antara orang perak dengan orang Penang), Ahmad Khusyairi (Along Kamaludin sebagai penyanyi band orang kawin yg menhadapi macam-macam problem) dan Filemnya yang pertama Lang Buana. Kemudian beliau muncul dengan filem ROCK, filem muzikal yang menghiburkan.

masa AF

Bagi mereka yang tak tahu, Mamat Khalid adalah adik bongsu kepada Kartunis Tersohor Malaysia Dato’ Lat. Seperti juga Dato’ Lat, mamat khalid juga gemar memasukkan elemen malaysia di tahun 60’an 70’an.. Saya tak pasti berapa ramai anak muda yang gemar lawak seperti ini, tetapi saya adalah salah seorang yang suka melihat kehidupan zaman itu. Kehidupan kampung yang sebenarnya tidak dilalui oleh diri sendiri tetapi somehow terasa interesting. Namun secara terus terang, pada pandangan saya Mamat Khalid mempunyai premis cerita, idea, gagasan tersendiri malah detail dalam setiap pembentukan wataknya (seperti watak-watak unik dalam karya Lat-perempuan cina bercermin mata butterfly, Singh dengan misai lentiknya dll). Namun kadang-kadang dia gagal memberi klimaks atau mengawal watak-watak yang ada untuk memberi kesan yang mendalam. Antaranya kerana masalah pelakon extra tangkap muat. (bacaan lanjut dalam bahagian pelakon extra). Kerana itulah saya amat bersetuju apabila Tiara Jaq memberikan tanggungjawab pengarah kepada orang lain sedangkan idea dan skrip asal Puteri Gunung Ledang adalah hasil karya Mamat Khalid. Namun saya percaya Mamat Khalid akan memantapkan gaya pengarahan dan penceritaan beliau (alah…P.Ramlee pun menghasilkan filem kurang bermutu di awal kemunculannya). Dan harapan saya berhasil dalam filem MAN LAKSA.

KEMAS dan BERANI
Pada pandangan saya, filem Man Laksa adalah filem paling kemas oleh Mamat Khalid. Walaupun premisnya hampir sama seperi telefilem Ahmad Khusairi, iaitu masalah yang timbul sepanjang usaha hendak menjayakan satu persembahan, namun Man Laksa jauh lebih kemas. Jika dibandingkan,filem Rock amat mengecewakan saya dari segi audio dan editing. Dengan audio yang kurang jelas dan miming yang kurang tepat, ia bertambah bosan kerana penyanyi(pelakon) yang sama tetapi sekejap suaranya suara Nash Lefthanded, sekejap suara penyanyi dari kumpulan rock yang lain. Berbanding filem Man Laksa, seorang pelakon akan melakonkan watak seorang penyanyi sahaja. Walaupun miming, namun ia kelihatan menjadi. Editing yang ingin saya puji ialah continuity antara adegan di atas pentas, di bawah pentas dan di belakang pentas. (walaupun ada sedikit kecacatan). Contoh kekemasan yang terbaik ialah apabila Aqasha menceritakan semula apa yang berlaku semasa adegan tertentu.
Kemunculan Zahid sebagai Ahmad Jais sangat menjadi (of course jika tidak mengenali Ahmad jais, sukarlah menghayati adegan ini). Begitu juga persembahan dari sekumpulan pemuda india yang datang dari estet dengan berbasikal sambil menyanyi lagu tamil. Sekiranya lagu tamil ini disertakan sarikata, mungkin akan lebih dihayati. Begitu juga cara beliau mem-potray (ayat apa ni?) kemunculan Saloma! Teknik-teknik begini selalu digunakan oleh filem-filem Hollywood untuk kemunculan sesuatu nama besar tapi jarang digunakan di Malaysia.
Namun kemunculan kemuncak oleh M Daud Kilau adalah suatu penampilan berani yang amat menjadi oleh Mamat Khalid. Saya tidak mahu menceritakannya di sini kerana ia akan menjadi spoiler yang amat-amat besar. Cukup mengatakan ia cukup BERANI dan MENGHIBURKAN. Saya sendiri tidak henti tersenyum dalam perjalan keluar panggung kerana teringatkan adegan ini.
Suatu lagi watak yang sering muncul dalam karya mamat khalid ialah watak pakcik yang menjadi juru acara. Saksikan pelbagai helah dan tektik beliau dalam melambat-lambatkan majlis kerana memberi peluang Man Laksa mencari penghibur seterusnya. (watak ini juga, yang dilakonkan oleh pelakon yang sama, pernah muncul dalam Ahmad Khusairi dan juga video clip mawi- Lagu Jiwa, Lagu Cinta)
Kesimpulannya, kekuatan filem ini adalah pada persembahan-persembahan pentas yang berlangsung. Man Laksa hanya sekadar penggerak cerita ini.
PELAKON EXTRA
Berbicara tentang extra, kalau dilihat filem-filem jalan ampas dahulu, pelakon extra mereka cukup mantap (contoh..ingat watak pelakon ini “Apa tu Encik Ramlee?” “Kutu Babi” “Allah! Batal air sembahyang saya”) Sebenarnya ini adalah kerana pelakon-pelakon jalan ampas adalah bekerja makan gaji dengan studio. Berbeza dengan pelakon-pelakon extra masa kini. Apatah lagi jika memerlukan pelakon-pelakon yang berusia untuk watak tertentu. Masalah extra yang tangkap muat dapat dilihat dalam filem Lang Buana mamat khalid. Namun extra dalam Man Laksa boleh dipuji.

EFFECT
Sebagai seorang “penggiat multimedia” (apo ni?) saya amat tahu bagaimana kesan-kesan khas tertentu dihasilkan dalam filem Man Laksa. Maaf sekiranya saya mengatakan hasil kerja kesan khas dalam filem ini masih lagi amatur dan kurang teliti. Maksudnya orang yang membuat kesan khas dalam filem ini sekadar menggunakan “preset” yang sedia ada. Sepatutnya mereka mengubah setting supaya nampak customize. (preset2 ini boleh dilihat dalam siri TV MISI XXRAY) Namun kesan khas dalam filem ini dibantu oleh camera work yang cemerlang. Di samping itu penggunaannya bersesuai dengan keadaan dan secara tidak langsung menambahkan kesan pada adegan tersebut ( biasanya penggiat-multimedia tempatan memasukkan kesan khas dengan tujuan hendak menunjuk-nunjuk sedangkan effect tertentu tidak diperlukan dalam adegan tersebut)

KESIMPULAN
Saya amat menggalakkan semua ke panggung untuk menonton filem yang pada saya amat kelakar dan menghiburkan ini. Sekiranya anda berasa Bujang Senang itu amat kelakar sehingga cecah 2.5 juta sepatutnya filem ini mampu mencapai 6 juta! dan seterunya memecahkan rekod filem yusof haslam! Bagi yang tidak melayan filem melayu atau yang sekadar melayan filem afdlin shauki, anda patut menonton filem ini.

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in