baby

Lihat apa yang dicakap atau Siapa yang bercakap

terfikir Add comments

24 august 2006.
Sambil membuat editing pagi ini, saya menonton sebuah rancangan PIDATO DIRAJA di TV1. Banyak perkara yang menarik berlaku dan pujian secara peribadi harus saya berikan kepada penerbit dan cameraman rancangan ini yang bijak dalam capturing the moment. Di samping itu terdapat beberapa perkara yang membuatkan saya terfikir.

Pidato Spontan
Pidato spontan adalah satu kategori baru di mana peserta dikehendaki mengambil undi tajuk on the spot dan terus berpidato selama 4 minit. Kategori ini bagi peserta Sekolah Menengah mungkin mencabar dan saya kagum dengan kebolehan mereka berfikir dan menyusun ayat secara spontan. Namun yang lebih mengagumkan ialah peserta-peserta dari kategori Sekolah Rendah. Seorang peserta Tahun 6 secara spontan memberi isi tentang usaha Dato’ Seri Hishammudin memartabatkan budaya ilmu dan terus berkata “Tahniah Dato’ Seri!” dan ini disambut dengan senyuman oleh Hishammudin.

Seorang lagi peserta sekolah rendah, malangnya gagal mengawal kegugupan menyebabkan dia tidak dapat menghabiskan pidato spontannya. Semasa persembahan selingan, cameraman berjaya merakamkan wajah adik ini yang berlinangan air mata sambil dipujuk oleh gurunya yang turut menangis! Namun sewaktu menerima cenderamata daripada Yang Dipertuan Agong, Tuanku Syed Sirajudin, baginda terus mencium adik ini sebagai pemberi semangat. Respek saya kepada Tuanku yang bijak mengambil hati rakyat cilik itu.

Isi Kandungan Pidato : Isu Amani
2 dari peserta kategori sekolah menengah dengan bersemangatnya menyentuh isu Sharifah Amani.
Sekali lagi saya terasa ironinya kerana selain Yang Dipertuan Agong dan Hishammudin Tun Husien, salah seorang tetamu kehormat pada majlis itu ialah Dato Seri Rais Yatim. Ironinya ialah kerana Rais Yatim telah menyatakan isu itu telah selesai. Saya percaya 2 orang peserta itu cuba menunjukkan yang mereka amat peka kepada isu semasa dan berharap markah yang lebih. Inilah taktik biasa dalam acara pidato, apatah lagi ayat pidato mereka mengenai isu itu betul-betul sebelum ayat penutup mereka. (menunjukkan isi tambahan yang dimasukkan di saat-saat akhir). Seorang peserta (yang muncul juara) dengan lantang mengkritik AF, Mawi, kegilaan SMS dan Anugerah Era. Hebat bunyinya. Hakikatnya dia sendiri menggunakan elemen-elemen itu untuk menjadi peserta favourite. Dengan rambut pendeknya dan status sebagai anak Terengganu dia memulakan bicara pidato dengan berkata “saya bukanlah Mawi ataupun Faizal”, sambil mengusap kepala dan memberi senyuman ala-ala Faizal.

Komentar
Apa yang saya cuba sampaikan di sini adalah kadang-kadang kita perlu melihat siapa yang bercakap. Saya pasti peserta-peserta ini bukan berkata-kata atas dasar pandangan hati mereka tetapi lebih kepada niat menambat hati juri. Lalu pandanglah sekeliling kita. Pelbagai manusia dengan pelbagai isu mereka. Mereka membawa isu-isu yang hakikatnya sekadar menunjukkan mereka hebat atau mereka sahaja yang betul atau menunjukkan orang lain salah. Lebih menyedihkan dan menakutkan saya ialah apabila mereka yang tidak ikhlas ini membawa isu-isu Islam. Mereka membakar kita, meniupkan sentimen-sentimen kita sedangkan hakikatnya mereka mahu mendapatkan sokongan kita atau menunjukkan mereka pemimpin yang berwibawa. Tidak dinafikan ramai yang benar-benar ikhlas dan rela dikritik, disembur, dipukul atau dipenjara sekalipun. Namun kita sebagai juri awam ini perlulah bijak menilai. Jangan sokong bawa rebah, jangan percaya membawa bencana!

Bandingkan kedua-dua ayat ini.
1) Lihat apa yg dikata bukan siapa berkata
2)Lihat siapa yang berkata bukan apa yang dikata

Sebenarnya kedua-dua ayat ini betul. Ayat 1 mencadangkan kita tak menilai taraf atau darjat seseorang itu. Kalau yang berkata itu seorang budak sekalipun, jika apa yang dikatanya benar, kita perlu menerimanya. Yang kedua mencadangkan kita berhati-hati dengan niat seseorang apabila mereka berkata. Lalu apa niat saya? Hmmm…honestly, saya kurang pasti.

Teringat saya seorang Ustaz bekas penyanyi Rock mengkritik penyanyi-penyanyai sekarang tetapi kemudiannya Ustaz ini pula mahu membuat album. Bila ditanya, dia berkata di pentas ceramah dia seorang Ustaz, di pentas nyanyian dia seorang penyanyi. Bukankah itu menunjukkan dia berkata demi kedudukannya? (atau alasan lain dia mempunyai split personalities)

wallahualam.

One Response to “Lihat apa yang dicakap atau Siapa yang bercakap”

  1. ahmadzombie Says:

    Perkataan yang sampai ke muka kita kadang2 perkataan bermakna. Mungkin bukan kadang2, tapi selalunya atau sememangnya. Sekiranya perkataan itu tidak bermakna maka perkataan itu harus singgah ke muka jiran atau makcik kedai dan seumpamanya.

    Sejauh mana perkataan ini menjadi bermakna kepada kita adalah sejauh mana kita memahami nilai pada contentnya. Tersurat atau tersirat. Sia-sia atau tidak.

    Kerana adakah/wujudkah perkataan yang singgah ke muka kita sia-sia?

    Namun begitu kadangkala ada juga perkataan yang kita singgahkan kemuka rakan kita sebenarnya kadang kala adalah untuk diri kita sendiri. Ini yang ramai manusia lupa kerana asasnya dia melihat suara yang dipunyainya adalah untuk telinga manusia lain, walhal sebenarnya terkeluar kata-kata itu adalah untuk dirinya sendiri.

    Lihat apa yang dicakap, atau siapa yang bercakap…. dan mungkin tuan siddiq bisa tambah satu lagi, “kenapa saya terdengar percakapan ini?”

    why? why? why my dear why?

Leave a Reply

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in