baby

CNY: PLAN

jurnal No Comments »

Hishh banyak tul cuti kat Malaysia ni. Heheh…statement ni bukan pasal aku rajin keje..tapi bila cuti-cuti ni manusia jadik gila. Jadi gila shopping atau window shopping dan jadi gila kat jalanraya.

Hari ni birthday ABAH. Semoga Allah panjang usia Abahku dan juga Mamaku. Aminn…
Esok nak gi Hutan Melintang. Member masa Pre-U dulu kawin. Bad nama dia. Hmm..ramai yang tak kenal sgt dengan Bad ni pasal dia tak lama ngan MMU. Tapi dia antara member baik masa kat melaka dulu. Satu benda kelakar yang aku selalu ingat pasal dia ni…dia selalu lepak bilik aku kat Hostel MMU Melaka. Hostel kitorang ni belakang hostel budak pompuan. Dah ler tu…tade pagar yang memisahkan. So, nak dijadikan cerita, ada sekali tu, Bad ni mamai…relax2 jer dia masuk hostel pompuan tu. Bila dia sampai bilik yang ‘sama angle’ dengan bilik aku, dia terheran kejap pasal nampak pompuan dalam bilik tu. haha…Kat belakang dia mak guard tengah dok kalut kejar…

Plannya, lepas wedding ni…nak balik Muar..pehtu balik Melaka. Aku dah siapkan bekalan untuk cuti-cuti ni. Hehe.. Aku dah siap2 convert video MASKED RIDER BLACK (satria baja hitam) dan masukkan dalam psp. Dah lama giler aku tak layan dvd or tv series. Bz memanjang..agak2nya dapat ke layan video ni kat kampung? We’ll see.

baja hitam

Tendangan Padu MAutttt….
Tapi ini versi Original suara jepun. dia sebut ‘rider kick’.
Apapun…LAGU dia sangat memorable n nostalgic…aaa…teringat ponteng skolah agama pasal nak layan cite ni..hehe

What caught my attention..

review No Comments »

Nampaknya industri seni Malaysia makin rancak. Bila dah rancak ni, persaingan akan wujud bukan sahaja dari segi kuantiti malah dari segi kualiti. Bagus ler cam tu..

saja nak share beberapa berita yang pada aku best la…

1. AKU BUDAK MINANG DIADAPTASI DRAMA TV.

Sebenonya pada aku, memindahkan AKU BUDAK MINANG (ABM) ke drama TV adalah satu cabaran yang berat. Sebabnya, ABM bukan macam kartun drama panel. Kekuatan ABM adalah pada gaya bahasa Ujang dalam penulisannya. Maybe perlu diselitkan suara latar berdasarkan gaya penceritaan itu. Tak tahulah…hehe…
Ini sekadar pendapat awal aku. Aku belum tengok lagi hasilnya. Apapun, ini antara drama yang aku tertunggu-tunggu. Apatah lagi brader Ujang sendiri memantau perjalanan drama tu sebagai art director. Directornya pulak, encik Zulkifli M. Osman. Aku suka juga beberapa hasil arahan Zulkifli walaupun kadang-kadang tak sekuat abangnya, Aziz M. Osman. Apapun..aku yakin peminat2 Ujang pasti tertunggu-tunggu. yehh

2. Yusof Haslam n Aziz M. Osman nak buat semula AZURA
Trend remake dah menular ke Malaysia sekarang ni. Nothing’s wrong with it. Dengarnya, produksi ni macam nak buat rancangan realiti aje dengan tajuk “mencari azura”. Abang Aziz nak carik pelakon baru. Aku setuju bab tu. Tapi carilah yang betul-betul boleh berlakon dan dapat memberi impact. (macam masa deana yusof sebagai newcomer dalam SELUBUNG). Dan tolonglah bersihkan filem Azura baru ni dari pelakon-pelakon biasa dalam produksi ACE MOTION mahupun SKOP PRODUKSI. Jamal Abdillah dan Ogy lak, of course la mesti buat cameo. Hehe.. Tapi takkan nak cari Azura jer? siapa dapat tandingi jamal abdillah? I mean dari segi suara..bukan lakonan. Hehe.

3. KRU STUDIOS nak buat Studio ala Hollywood di cyberjaya.
haa…at last ada real industry player yang bertapak di cyberjaya. Good..good..Orang selalu tak suka sistem penswastaan yang dibuat oleh kerajaan. Pada aku pulak, kadang-kadang memang perlukan pihak swasta juga baru kerja boleh jalan. Hopefully Studio KRU ni akan menjadi pengubat kepada kegagalan e-village. Mak aku selalu suh mintak keje kat KRU…tapi aku bagi alasan jauh..Ni dah dekat ni..kena carik alasan lain lak..hehe

Arkk…Pencurik gambar!

jurnal No Comments »

Pagi semalam. Cam biasa, bangun pagi mesti mau check email dulu. Someone send me a graffiti at facebook. Aku bukannya aktif sangat facebook ni. Tapi sampai 6 someone ni hantar..Suh aku check la. Bukak-bukak jer facebook..mata aku tertumpu ke part ADVERTISING belah kanan facebook ni. JADAH tul…suka-sukati badak jer gambar outdoor aku suami isteri dibuat iklan. Dah ler tu..Iklan dengan tagline yg tak senonoh lak tu. Tak tergamak aku nak reveal kat sini.Menyirap tul pagi-pagi ni. At least kes Jojet tadelah berkaitan benda-benda merepek ni. Aku terus email orang yg wat iklan tu.

fb

Ini bukan kali pertama gambar dari blogku ini dirembat orang. Aku pun memang malas nak wat watermark. Tak kisah pasal dah banyak kali khatku diambil orang. Tapi gambar aku n isteri dijadikan model iklan ntahhapahapa ni tak bley tolerate la…arkkk..

2008

jurnal No Comments »

2008. Hadir dengan cabaran tersendiri. 14 Januari 2008, lahirnya putera sulung kami. Lagi seminggu genaplah setahun kami bergelar keluarga. Alhamdulillah. Banyak benda kena adjust dalam membahagikan masa antara kerja dan keluarga. But it’s fun. (sian cik marani dah jarang dapat tengok wayang..hehe) Blog ni abah wat untuk mencatatkan serba sedikit kisah zufar. gambar banyak tapi tak terupload. Ibu ajerlah yang banyak update..heh. nanti abah join yerk.

BLOG ZUFAR HADIF
blog zufar

Blog pakteh pulak didedikasikan untuk perniagaan Serbuk Dadih Segera keluarga aku. Perpindahan akak aku dari Kedah ke putrajaya merancakkan lagi bisnes kami ni. Lot of things gak aku belajar dari bisnes ni dari segi printing, sticker, kotak, barcode, mardi dan etc. Sapa-sapa nak try…roger la yerk..

blog Pak Teh Food
blog pakteh

2008 ni gak, aku memulakan tugas best as director animation. Freelancer jerk. Well, ini second try aku untuk wat animasi TV since 2004. Sebenarnya aku tak pernah stop wat animasi pun. Sepanjang jadik freelancer aku tetap wat karakter animasi. Belasah sorang-sorang pun ok..

But this time, my team is much, much, much, much, much, muchhh better dari team dulu. Not perfect, but better. Aku pun happy jerk ngan diorang.

  • (kadang-kadang jer sakit kepala.hehe)
  • blog kancil

    Nak tambah best lagi, our pilot episode was nominated for Best Animation masa KL International Film Festival. Antara nominees lain ialah ‘Upin dan Ipin Setahun Kemudian’ dan ‘World War’. World War ni best dan pernah menang Festival Filem Malaysia ke-21 (mengalahkan Upin dan Ipin) Selain tu ada animasi dari USA dan TAIWAN. However the award goes to animation from Taiwan. 🙂

    Hmm..itu jer la antara main event dalam 2008. Satu lagi, tahun ni aku dapat gi company trip! Haha…kelakar. Yerlah…2 3 tahun jadik freelancer mana ada company trip. Tima kasey la kasik aku follow..kui kui kui..(bukan takat follow, kena handle lagi..)

    Tapi..tahun ni aku banyak beli action figure! (ni gara-gara kenal ebay dan bercampur ngan budak-budak ofis [termasuk boss dia skali] yang giler action figure..hah]

    p/s aku baru perasan, semua blog yang aku wat ni…apsal semua kaler hijau?

    Khat: Wan Muhammad Firdaus

    artwork, khat 4 Comments »

    wan muhammad firdaus

    Salam Tahun Baru..
    Banyak benda berlaku.
    Tapi masih ke-bz-an.
    Soon..

    Khat : Iskandar + Massita

    artwork, khat 2 Comments »

    iskandar massita

    tempahan dibuka..email me mohdzahirza[a]gmail.com
    copek copek..sementara tengah tak busy nih..(t&c applied)

    Khat: Amran n NurHafizah

    artwork, khat 2 Comments »

    amran hafizah

    🙂

    Salam Hari Raya

    jurnal 5 Comments »

    raya
    antara fav picture Zufar time raya. Maghah kena pakai songkok Abah

    Selamat Hari Raya.

    2nd time raya as a husband
    1st time raya as a father
    1st time raya kat rumah mertua

    Sejak 4, 5 tahun ni, hari raya aku tak pernah lengkap. Kadang-kadang Akak aku tak balik, kadang-kadang abang aku tak balik. Biasalah semua dah berkeluarga. Abang Ngah aku lak jarang balik pasal dia duduk di Sarawak. Pernah jugak sekali tu, aku sorang jer ada kat rumah time raya with parents aku. Bila orang datang, aku yang buat air sampai digelar ‘anak dara” lak.

    Tahun ni pelik sikit. Semua adik-beradik aku beraya di Muar. Tambah best lagi, Atuk aku pun raya kat rumah kitorang tahun ni. Tapi…aku lak yang tade pasal giliran beraya umah isteri lak. Arrhh…taper..kira aku balas dendam la pasal selama ni aku jer terpacak kat rumah Muar tu..hehe…uhhuuu.

    Khat: Fuchi (kufi)

    artwork, khat 4 Comments »

    fuchi

    Haa…dah seronot dah plak…Request by Mr Fuchi..maksud fuchi ialah..err…ntah..nanti aku tanya

    khat : Walimah (kufi)

    artwork, khat No Comments »

    walimah
    Eh? Kenapa tetiba walimah ni? Aku nak kahwin lagi ke?

    Pagi tadi semasa aku tengah sibuk nak e-mail stuff kat client, tetiba sorang classmate aku dulu (nama dirahsiakan) MMS aku. Mula-mula aku tak bukak MMS tu pasal bz, tetiba dia call. Member ni suh aku check, dia tanya betul ke idak benda yang dia buat. Aku bukak la MMS tu; sejenis khat kufi. Aku try baca, tak dapek..So aku sms kat dia kata tak dapat baca. Rupa-rupanya kawan kita ni tengah nak design kad kawin dia, dan telah menghasilkan khat kufi dengan ayat WALIMAH URUS. Lepas dia cakap tu, baru aku dapat baca. Cuma aku rasa susunan dia tak berapa betul sebab kepala atau huruf pertama dia terletak kat tengah-tengah n a few more yang menyebabkan kesukaran nak baca khat tu.

    Frankly aku bukanlah pakar sangat dalam khat terutama khat kufi. Tapi tiba-tiba aku teruja nak try khat ni. So dengan menggunakan table dalam microsoft word, aku try la wat. Konsep aku start dari kanan..pusing clockwise sehingga ke centre. Member-member tegur..”wa…WORD pun bley buat khat.” hhaha..

    Lepas dapat design-nya, aku transfer lak ke dalam 3d. So inilah hasilnya. Kalo sapa-sapa berkenan dengan design ni, sila inform yer..tak baik ambik design orang tanpa izin. Kalo tak caya..cuba baca apa kata sifoo pts..

    WP Theme & Icons by N.Design Studio
    Entries RSS Comments RSS Log in