baby

STOLEN!!

jurnal Add comments

sandal

Well..it’s no biggie actually. But i couldn’t help rasa sakit hati yang amat sangat. Aku mengaku yang aku ni mat selipar atau mat sandal. Lagi selesa ber-sandal jer gi mana-mana kecuali jumpa client. Pernah member aku tegur..tapi aku peduli apa. Yang penting aku selesa. Lagipun masa aku kecik-kecik aku suka main game baling selipar sehingga cuba dijadikan animation lak.

Biasanya sandal biasa-biasa jer yang jadi pilihan. Tapi apa ntah angin beberapa minggu lalu terasa nak beli sandal mahal sket. Tak tahu kenapa..aku masuk jer satu kedai ni, terus nampak satu sandal yg aku berkenan. Agak sporty sket. Terus beli..

Tapi yang boring pakai sandal mahal sket ni (mahal sket jer..bukan mahal banyak) kita cam selalu bimbang kena curik, lebih-lebih lagi kalo pegi solat kat surau public. So, bila time jumaat jer..aku tukar pakai selipar bodo jer. But, ada satu jumaat tu, aku terlupa nak bawak selipar. Dah sampai masjid baru terperasan aku pakai sandal baru aku ni. Risau la pulak kena rembat. Maka, aku pun mempraktikkan satu ilmu bapak aku ajar. Caranya..letak sebelah sandal kat satu tempat dan sebelah lagi kat tempat yang berjauhan..hehe..Alhamdulillah..lepas solat masih selamat sandal aku tak kena curik.

Tapi kalau tuhan kata bukan rezeki kita nak wat camna. dah dekat 3 tahun aku duduk kat apartment aku ni, selamba jer aku letak sandal/selipar kat luar rumah, tak pernah kena curik. Tapi hari tu, bila wife aku bukak jer pintu, dia heran tengok sandal sporty aku dah bertukar menjadik sandal buruk.
Cilakak punya pencurik selipar!!

p/s sejak dua menjak ni, aku asyik perati jer selipar/sandal orang-orang yang tinggal kat building aku ni. Kalo ditakdirkan jumpa…seriously aku nak tegur!
p/s ada idea tak nak buat apa dengan selipar buruk durjana kepunyaan pencurik tak guna ni? Bakar? Gunting? Simbah asid? hantar makmal DNA?

3 Responses to “STOLEN!!”

  1. dzqwr Says:

    Horatio dgn Grissom mungkin buleh tolong

  2. mozzorro Says:

    tapi jenayah ni berlaku kat equine..bukan kat Vegas atau Miami..

  3. anuat Says:

    mlm jumaat, hang perasap kemenyan selipar tu, perah buah limau purut, then ikat dgn kain kunin. pi letak kat hujung pagar seblah kiri apartment hang pada malam ke 13 bulan ramadhan.. haa.. iAllah, dtg balik la selipar sukan hang tu nanti 😀

Leave a Reply

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in