baby

Rosli Khamis (loloq) – Al-Fatihah

jurnal Add comments

alfatihah

Sebaik sahaja aku membuka radio era semasa memandu dalam pukul 5 petang tadi, aku dikejutkan dengan berita pemergian seorang insan berbakat besar, Rosli Khamis atau nama penanya Loloq (dan juga Nurbisa)

AL-FATIHAH untuk penulis lirik Loloq atau Rosli Khamis 50,yang telah kembali Ke Rahmatullah pada 30/1/2008. pada jam 1.37 tengahari tadi.

Secara peribadi, aku memang tidak mengenali Allahyarham, tapi aku memang respek dan kagum dengan bakat kurniaan Allah kepada beliau. Dan selayaknya Loloq digelar Pujangga. Namun yang membuat aku tersentuh adalah kerana ada satu kata-kata beliau yang sentiasa aku ingat dan menjadi perangsang tatkala “down”. Kata-kata itu diucapkan oleh beliau dalam satu temuramah tentang resepi kejayaan beliau. Katanya,

“Kita mesti ada staying power

Nasihat yang bagus untuk direnungkan bukan sahaja orang yang terlibat dalam bidang seni tapi kepada semua agar tidak mudah berputus asa.

Semoga beliau ditempatkan bersama-sama orang yang soleh..amin.

One Response to “Rosli Khamis (loloq) – Al-Fatihah”

  1. z**** Says:

    al-fatihah, loloq ni ada berlakon beberapa shot dlm antoo fighter. rip

Leave a Reply

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in