baby

REVIEW: SUPERMAN RETURN

review Add comments

Bertahun-tahun kita dihidangkan dengan filem tentang bencana alam. Kehancuran dunia seperti The Days After Tomorrow, War of the World, Poseidon, Armageddon, Deep Impact dan lain-lain. Dalam filem-filem ini, kita hanya berharap hero, heroin dan kawan-kawan mereka terselamat. Hanya usaha menyelamatkan diri tanpa dapat berbuat apa-apa.

Bayangkan anda menonton kembali semua filem-filem ini. Tapi kali ini, penyelesaiannya berlainan. Seorang manusia luar biasa yang gagah dan mampu terbang dengan pantas.
Superman hadir dengan membawa penyelesaian kepada bencana-bencana ini. Tanah retak, banjir, bangunan runtuh, gas meletup semua dapat diselamatkan oleh Orang Besi (man of steel) ini. Jangan persoalkan realiti cerita ini. Superman sekadar lambang keinginan fantasi manusia untuk mempunyai seorang penyelamat.

SUPERMAN! Superman adalah perkataan pertama yang saya masukkan dalam search engine ketika baru-baru mengenali internet. Ketika itu terdapat ura-ura filem baru superman akan dibuat dan dilakonkan oleh Nicholas Cage. Nicholas Cage?? Langsung tiada ciri-ciri superman yang kita kenali. Tambahan pula dengan rambutnya yang tak berapa nak lebat, pemilihan beliau merupakan satu keraguan yang sangat besar. Tapi terdapat ura-ura filem superman baru adalah tentang Blue Superman aka electric superman.
Kalau benar, mungkin beliau layak kerana mencari seseorang untuk menggantikan watak Christhoper Reeve sebagai Superman yang kita kenali adalah satu perkara yang amat-amat sukar.

blue superman

Maafkan saya sekiranya review ini terlalu personal. Hakikatnya menonton filem adalah satu pengalaman dan perjalanan peribadi. Hubungan antara si pencerita (pengarah filem) dan yang mendengar cerita (penonton). Di pihak penonton, ia bergantung tentang expectation atau harapan, tentang apa yang dicari dalam filem itu dan hubungannya dengan apa yang diketahui luar filem. Inilah hype atau cara menonton filem masa kini. Pengetahuan tentang subjek menambahkan lagi keseronokan menonton dan memudahkan kefahaman.

Personally, saya mempunyai expectation tersendiri atau lebih jelas saya katakan, keraguan tersendiri tentang filem ini. Pertamanya, mengikis imej Christopher Reeve sebagai Superman. Keduanya mengharapkan cerita yang lebih matang untuk dihidangkan atau satu pegangan yang selalu saya harapkan ialah “a worth telling story”. Seperti pandangan sesetengah pihak Superman hanyalah kisah pertarungan Superman vs Luthor dan cinta Superman dan Lois Lane. Kerana itulah saya amat menggemari SMALLVILLE kerana siri itu mengambil sudut yang berlainan dalam menceritakan kisah SUPERMAN.

Apabila Brian Singer dinamakan sebagai pengarah baru Superman, saya rasa ini satu langkah yang bijak. Namun apabila melihat baju superman yang baru buat pertama kalinya, saya berasa janggal dan timbullah perasaan “gay-nyer!”. Perasaan hairan timbul kerana saya mengharapkan costum yang lebih menarik kerana saya percaya Brian Singer adalah pengarah yang berani kerana beliau pernah dengan selambanya menukar costum-costum X-Men yang pada mulanya terasa janggal namun akhirnya diterima baik oleh semua.

emosi

Sesetengah reviewer yang saya hormati pandangannya, mengatakan filem ini kurang emosi. Pandangan yang pada mulanya menggugat semangat saya untuk pergi menonton. Namun saya rasa saya terjumpa emosinya. Emosinya terletak di tangan seorang perempuan yang ditinggalkan kekasih tanpa ucapan selamat tinggal dan pada masa yang sama mengandung anak kekasihnya. Sebagai lambang perempuan zaman moden yang tabah hatinya, Lois menulis satu artikel yang sangat mendalam maknanya, “Why the World Doesn’t need Superman”. Bagi mereka yang mengetahui, memujuk patahnya hati seorang perempuan yang cekal atau boleh juga dikatakan ego seperti ini, bukahlah satu tugas yang mudah. Apatah lagi perempuan ini sudah “move on” dengan tunang yang amat memahami dirinya dan disayangi anaknya.

Detik pertemuan semula dua kekasih lama ini dapat dilihat apabila buat pertama kalinya muncul menyelamatkan kapal terbang yang nahas. Satu adegan yang dirancang dengan teliti dan kelihatan realistik apabila Superman bersusah payah mengawalnya. Saya percaya semakin kompleksnya pembuatan sesebuah filem sekarang ini (terutama dari segi effect), seiring dengan kompleksnya cerita yang cuba disampaikan. Kompleksnya hubungan Superman dan Lois diteruskan apabila mereka diletakkan dalam keadaan di mana hubungan terputus di pertengahan jalan.

Sebagai kekasih yang menghilang, pastinya Clark Kent menyedari bahawa kesalahan terletak pada dirinya sendiri yang pergi tanpa sebarang ucapan. Superman memang kecewa. Kekecewaan yang diluahkan dengan caranya tersendiri. Sesuai dengan gelarannya Man Of Steel, bagaikan besi, begitulah juga kedinginan sikapnya. Setelah pasti bahawa tiada harapan tentang hubungan mereka, Superman mengubat kekecewaan dengan caranya tersendiri. Sebenarnya cara sama yang dilakukakan oleh kebanyakan kita yang kecewa iaitu membusykan dirinya. Adegan ini dapat dilihat setelah melihat perilaku “stalker” superman. Setelah meninggalkan rumah Lois, beliau terbang ke angkasa untuk mendengar rintihan orang ramai (satu scene yang amat dramatik pada saya) dan seterusnya mem”busy”kan diri dengan menyelamatkan orang-orang dalam kesusahan.

Mungkin Brian cuba memberitahu bahawa sifat Superman adalah sama seperti manusia biasa yang akan cuba mengintip orang yang diminatinya.
Bezanya Superman adalah watak lelaki super tapi tetapi berhemah. Satu isu yang selalu ditonjolkan dalam smallville.. dalam smallville bapa biologinya Jor-El menyuruhnya menawan bumi..tapi kerana dia kerap diingatkan bahawa dia adalah anak Kent yang telah dididik sebagai manusia. Perkara ini dapat dilihat apabila Richard White mengatakan kalau dia ada kuasa pandangan lutsinar mesti dia “seronok”. Tetapi beberapa saat kemudian, kita dihidangkan dengan adegan Clark melihat Lois dengan pandangan lutsinar. Sebagai lelaki berhemah, beliau hanya menatap gerak geri Lois dengan melutsinarkan keadaan di sekeliling, tanpa “membogelkan” Lois. Satu contoh sikap lelaki yang menghormati wanita!

Kesinambungan filem kedua
Satu isu penting dalam menonton filem Superman Return ini ialah kenyataan Brian Singer bahawa dia cuba membuat sambungan dari Superman II. Tidak dapat dinafikan filem ke-3 dan ke-4 Superman agak melucukan. Sebab itulah Brian mengatakan kalau boleh, dia mahu memadam filem-filem tersebut dari episod Superman. Adegan Luthor yang telah biasa dengan fotress of solitude dan dapat mencari tempat itu dengan segera adalah kerana dalam filem ke-2, Luthor pernah datang ke situ. Tetapi Brian tidak directly menyatakan itu dengan membiarkan soalan kepada Luthor tidak berjawab.

fotress of solitude

Dalam episod ke-2 juga, Luthor sudah diketahui keinginan untuk mempunyai benuanya sendiri. Beliau meminta “australia” sebagai balasan pertolongan kepada 3 orang penjenayah dari Kripton.

australia

Benua ciptaannya itu bukanlah membahayakan superman. Tetapi dia menjadikan superman manusia biasa. Superman, apabila beliau kembali ke planet asalnya Kripton, beliau akan kehilangan kuasanya. Hal ini dijelaskan dalam filem kedua superman II(1980). Makhluk Kripton ini mendapat kuasa daripada matahari dan atmosfera. Lantas, apabila superman naik ke angkasa, mendedahkan diri kepada matahari, mengembalikan kuasanya dan kemudian dengan pantas terbang ke bawah, menggunakan kuasanya yang baru dicaj untuk memecahkan dasar benua baru itu dan kemudian menerbangkan benua itu ke angkasa dengan sisa-sisa kekuatan yang ada dan akhirnya Superman jatuh terhempas semula ke bumi kerana kuasa yang berkurangan, pada pandangan saya adalah penyelesaian yang wajar. (seperti juga ultraman yang menjadi power pada saat-sata akhir pabila lampu di dadanya sudah menunjukkan dia lemah, namun sempat jugak memfire raksasa!)
Superman seterusnya berada dalam keadaan koma. Satu saat di mana manusia biasanya berperang dalam diri, tidak pasti mahu meneruskan hidup atau tidak. Dalam adegan-adegan cemas di hospital, saya terhibur dengan perbualan doktor-doktor yang mahu menyelamatkannya. (nak kasik berapa power nak heartbeatkan dia ni? kasik lebih laa..diakan superman).

Apabila dunia tidak memerlukan Superman, apalagi alasan untuk Superman terus hidup? Satu sahaja; seorang zuriat.

When a son become a father…

Bila masanya mereka “bersatu?” Mungkin ini juga sambungan daripada Episode II, di mana Superman menjadi manusia biasa dan berkahwin dengan Lois. Namun sekali lagi Brian malu-malu mengatakan ini dengan menimbulkan adegan bahawa Lois pernah menulis artikel “A Night With Superman”.

malam pertama

Pelakon baru superman sebagai Clark Kent sangat menjadi. Alter ego bermaksud sifatnya sangat berlainan ketika menjadi Superman dan ketika menjadi Clark Kent. Satu peranan yang gagal ditonjolkan oleh Dean Cain mahupun Tom Welling. Kerinduan kepada cara lakonan Cristpher Reeve pasti terubat. Lucu sebagai Clark Kent dan hebat sebagai Superman. Tahniah er..err…gua tak tau nama lu..tapi lu gua terima sebagai superman generasi baru ini..hehe.

Kesimpulannya, secara peribadi segala keraguan saya hilang dan segala expectation saya terhasil. Tidak sia-sia Brian meninggalkan X-Men 3 (yg pada saya agak gagal) Tapi mungkin kerana saya mula bosan dengan SMALLVILLE yang sudah kehabisan isu.

Leave a Reply

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in