baby

Raya di Kulai

jurnal Add comments

hmmm

Sabtu lepas, aku dan isteri ke rumah Pak Ndak di Kulai kerana perkahwinan sepupu aku. Meriah majlisnya. Tapi yang lagi meriah pada aku pasal aku dah lama tak balik ke JB dan jumpa ramai sedara-sedara. Biasanya bila ada wedding atau hari raya barulah semua sekali adik beradik Mak aku berkumpul. Time tu la jumpa sepupu-sepapat. Yang besar..yang kecik..
Dulu tiap-tiap tahun beraya di JB. Tapi sejak dah ada cucu, abah n mama aku beraya di Muar je. (walaupun kengkadang cucu tak balik raya..hehe)

Jadinya last time berkumpul ramai-ramai ialah masa wedding aku tahun lepas. Tapi pasal bz ngan wedding sendiri tak sempat la beramah mesra sangat dengan sepupu-sepupu yg lain. Kiranya lepas kahwin pun, aku hanya pergi rumah Pak Teh dan jumpa atuk jer. Belum bawak isteri jumpa yang lain-lain. Jadiknya, walaupun bz ngan dateline, aku gagahkan jugak dari KL ke Kulai untuk wedding ni. Pak Ndak dan Mak Ndak dulu duduk di Larkin tapi sekarang sudah berpindah ke Kulai.

Tapi yang kantoi bila ada sepupu yang aku lupa nama.. tapi still selamba bergurau senda. Pehtu ada yang sepupu yang kecik-kecik dah jadi besar sampai aku tak perasan. Muka cam ada iras-iras sedara. Hehe..Dan jugak ada yang kecik-kecik tu tak kenal aku. Apa nak wat.. besar jugak la family belah mak aku. Adik beradik mak aku semua sekali 9 orang. Aku try tangkap gambar2 makcik2 aku supaya isteri aku bley hafal muka diorang.. heh!

Dulu-dulu kalau ada wedding camni, aku selalu port jaga air jer. Hehe..Cuci cawan. Kalau dah panas-panas tu senang nak minum air pasal kita yang jaga air. Tapi sekarang ni semua budaya catering. Senang cerita. Pak-pak sedara melepak jer borak-borak.

hmmm

Satu budaya yang best kat Johor ni ialah penjaga-penjaga tol sebelum naik pelamin tu. Ini antara muka-muka kegirangan sepupu aku yg bukak booth tol sendiri. So kepada sesapa yang nak kawin orang Johor tu (noted: Fatul) siaplah-siaplah duit tol tu..hehe..

Apappun.. tahniah kepada “Che Nor” dan suaminya, Suhaimi. Minggu depan di Branang tak dapat hantar pasal aku nak gi KELANTAN. Reunion MRSM PC batch 9697.

4 Responses to “Raya di Kulai”

  1. mai Says:

    besnye part tol tuh..aku suka tpi slalu kene sindir sblh in laws aku sbb diorg ckp negeri lain xder pun tol-tol.igt kawin org johor murah ke.dah mas kawin murah lgi mau kecoh mak nenek pulakk..piii rah

  2. mozzorro Says:

    apa laa…
    tol ni suka2 jer…tade la boring jer jalan naik pelamin. baru ada adventure sket..

    lagi satu yg best..lupa nak cerita..pengantin baling gula2 n duit syiling tu…seronok jer..orang tua pun layan..

    ada makcik aku ni..time aku kawin..aku baru baling separuh..dia rampas mangkuk tu..dia lak baling (nak baling dekat cucu dia la kot) Sampai sekarang wife aku tak pueh hati ngan dia..hehe

  3. tok janggut Says:

    orang johor biasanya tak kisah ngan ‘TOL’. Atok cadangkan pilihanraya ni, Mr Samy Vello bertanding kat Johor. Gerenti dia menang besar.
    p/s: apa kata tok samy myanmar?

  4. mozzorro Says:

    hmm…nampaknya tok janggut minat benar dengan Mr Samy.
    Semalam dalam buletin utama ada berita akhir tahun nanti ada buku biography Mr Samy akan diterbitkan..jgn lupa beli yer!

Leave a Reply

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in