baby

Ramadhan Babies and update

jurnal Add comments

Pagi ni patutnya aku kena start wat job yang dah lama bertangguh. Tapi terasa nak update blog. Mampuihlah tak siap job aku karang. Patutnya wat keje tu malam tadi. Tapi baru warm up nak wat keje lepas berbuka, dapat call dari client. Job yg dah setel minggu lepas, nak kena ubah sikit. Pastu nak kena hantar malam tadi jugak ke Taman Tun. Lepas ubah n render sepantas mungkin…aku pun gerak ke Taman Tun. Try ajak fatul lepak tapi dia letih plak..(asyik letihh jer…merbahaya ni..ehehe) . Last-last ajak ex-roomate aku encik zonan n encik lan melepak. Lawak gak la budak berdua ni. haha.
Kat taman tun tu, aku pegi studio sebuah company milik pengarah muda yg tengah meletup sekarang ni. Sempoi gak studionya. (bersepah tak hingat..haha) Tapi biasalah..orang keje production ni. Baru beberapa minggu lepas aku tengok studio tu dalam Trek Selebriti. Tapi pengarah tu tadelah..editor jer ada. Dan aku baru perasan, taman tun tu selain menjadi tempat golongan melayu yang berada , banyak jugak studio-studio filem melayu kat situ. Kenapa yek?

Hmm..sebenarnya, 2 minggu lepas, wife aku demam. Betul la kata sorang sahabat, ujian yang paling susah ialah bila yang tersayang diuji. Aku pun tatau camna nak wat. Doalah jugak biarlah diri ini yang menanggungnya..haha..last2 betul2 aku lak yang demam. Bila sendiri demam, baru padan muka. Puasa tade masalah, tapi bila berbuka dan bersahur, tatau nak makan apa. Semua benda masuk tekak rasa lain macam. Aduhh..

Satu lagi update..nak ucapkan tahniah dan laungan takbir (Allahuakbar!) kepada bayi-bayi yang lahir dekat2 ramadhan ini. Mula-mula Eida. Baby baru 8 bulan tapi kerana problem terpaksa dibedah. Semoga semua selamat. Habih dia potong tang corner..baby yang tengah menunggu giliran melihat dunia. Antaranya anak Anuat. Wan Akhil Hayy bin Wan Anuar. Kena bayar zakat bertiga la tahun ni..hehhe
Last but not least..puteri kedua Nina, Elyssa Ayu binti Yuhasnor Affandy. Semoga mereka semua membesar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah..insya-allah.

Minggu lepas balik Muar jap. Mak aku suruh buang sarang kerengga belakang rumah. Satu pokok dekat 4 5 bijik sarang dia. Berperang jap..hiyarhhh…

kerengga

Time-time camni, aku teringat satu lagu kanak-kanak daripada buku siap kaset masa aku kecik-kecik dulu.

sekecil-kecil sang semut, dapat kalahkah sang gajah,
sekecil-kecil sang semut, bersatu menjadi gagahhhh..

5 Responses to “Ramadhan Babies and update”

  1. Ayah Akhil Says:

    tq dude! 🙂 tunggu anak hang plak nanti.. satu lagi, ada masa wat la khat utk akhil ya. tq

  2. mai Says:

    studio hans isaac kahh??huhu

  3. mozzorro Says:

    ayah Akhil: camna hari2 sebagai ayah? hehe..

    mai: hans isaac meletup ke? hehe..bukan ler..director yg dulu ko cakap kat aku…dia kata “watper sokong animasi, sokong filem dulu”

    satu lagi ayat berbulu aku dengar “filem saya lagi hebat dari Initial D”

    wakakkaaaaaaHAHAHH….uhuk uhuk…hahahhahahah

  4. mai Says:

    hans isaac meletup la lepas kes erra..sapa ek.benci la terpikir2..:(

  5. mozzorro Says:

    initial D filem lumba kete…dia pun wat filem kete lumba..

Leave a Reply

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in