Aku dah dengar tentang Nilai 3 ni agak lama. Dua tiga kali gak la family aku membuat plan ke sana tapi aku selalu tidak berkesempatan. Katanya inilah syurga kain terbesar selain daripada tangkak. Kalau Nilai 3 ni macam tangkak…pastinya ia bukan tempat kegemaran aku…hehe…Terbayang pengalaman mengikut org shopping di tangkak. Dengan kain yg bermacam jenis dan kesesakan serta kepanasan ..memang la ianya sebuah syurga kain..tapi bukan syurga bagi manusia normal yang tidak berapa minat tentang kain main ni seperti aku (walaupun bakal aku..anak tokey kain)
Lalu, apabila Cik Marani dan Eida membuat plan ke Nilai 3 dan aku dilantik secara paksa rela sebagai menteri pengiring, aku terpaksa bersiap secara mentally dan physically. Actually tade apa pun…cuba menanam perasaan sabar, memakai baju yg selesa dan membawa sedikit bahan bacaan untuk dibaca dalam penantian nanti.
Perjalanan ke Nilai 3 agak mudah, kerana jalannya hampir sama ke tempat aku pernah pergi untuk shooting projek PLKN satu ketika dulu. Sampai di Nilai 3.. aku agak impressed dengan keluasan Nilai 3 ni… to put a simple word…bayangkan satu kawasan perumahan kos rendah..bezanya instead of rumah-rumah org..semua rumah-rumah di situ adalah kedai-kedai baju, kain, perabot, cenderamata, barang2 pengantin.. Luckily kitorang pergi time weekday, so keadaan tak la sesak sgt…So, kerana parking yg kosong dan melambak2…kitorang bergerak dari kedai ke kedai dengan menaiki kereta. Kuranglah sket sakit kaki berjalan.
Aku yg mula2 rasa lemau jer nak jalan, tetiba rasa teruja plak bila masuk kedai2 hantaran, kedai bunga dan kedai perhiasan. Terkagum gak dengan kekretifan penggubah hantaran ni.. Aku rasa kalau aku ni rajin menggubah2 ni..mestilah rasa cam dalam heaven la kat situ. Tapi problemnya bila jadik designer ni…ada satu perasaan. “ala..aku pun bley buat ni” atau “camna kalau aku nak sendiri”.. Yang lagi best, ada satu kedai nusantara tu, banyak barang2 pelik made of kayu dll. Ada jual pedang samurai lagi. Murah lak tu. Nasib baiklah aku lupa nak keluarkan duit dan mesin ATM area situ tak berfungsi..kalo tak memang dah jadik samurai aku sekarang. Aida yg kononnya tak dapat keluar duit pun shopping agak sakan. tu tak keluar duit tu..kalao keluar..tatau la..
p/s Oleh kerana org kedai tu tak kasik ambik gambo, tapi kitorang nak jugak ambik gambo…maka ambik gambo pakai camera dengan curik2..konon2 tengah berbual dan tunjuk2 hantaran sambil memegang hp…tahniah kepada cik marani selaku paparazzi yg cekap pada hari tu..
Recent Comments