Sekarang kul 3.30 pagi. Lokasi, rumah di Seri Kembangan.
28 Jun lalu. Majlis Aqiqah Zufar dan Aliah selamat dijalankan. Alhamdulillah. Pictures will be uploaded later pasal camera kat kampung lagi. My wife n kid pun kat kampung mertua di Melaka.
Semalam, 30 July. Hari Isnin.
Lepas Subuh – aku n marani cukur botak kepala Zufar. Sian plak tengok anak aku meronta-ronta dan kesian pulak tengok kepalanya yg tak berapa nak licin pasal tak cekap mencukur.
10 pagi- bawak Zufar ke klinik pulak. Suntikan bulan kelima. Nasib baik tak ramai orang.
12 tghari- aku balik sorang ke KL. Handphone aku pulak dari semalam tak boleh nak charge. ntah apa masalahnya. aku tercakap kat marani, di Muar masih ada dijual hp Nokia *** (hp idaman) walaupun hp tu dah tak kuar production dah. Bila wife aku tengok hp aku macam nak rosak, dia tanya nak beli ke? Aku sekadar he he he.
2 ptg- Sampai KL terus ke ofis. Buat kerja dan sediakan preparation pasal malam ni nak record VO.
7 mlm- Pegi Mines sorang diri. Try nak check HP. hati aku kuat rasa HP aku ni problem dia bateri. Alhamdulillah jumpa sorang salesman Cina yang sanggup tolong nak test HP aku samaada masalahnya bateri atau pun charger. Tinggalkan hp kat kedai dia utk test charging sementara aku pi maghrib. Lastly terbukti tade problem. Hati gembira HP tak rosak. tapi cam musnah lak impian nak tukar HP…hehe
9 mlm- Balik ofis dan kemudian gerak pulak ke Ara Damansara untuk record VO.
10.30 mlm- Record VO. Talent yang dulu bawak watak Tok Ki dalam animation agama aku tak available. Terpaksa aku ganti. Menyumpah diri sendiri yang tulis skrip..haha..susahnya nak baca/sebut ayat-ayat yang aku tulis.
1.30 pagi- Hantar boss balik ke kajang.
3.00 pagi- Sampai rumah. Sedih plak tengok rumah kosong.. Selalunya kalo balik lewat pun, walau wife n kid dah tido, seronot tengok dua beranak tu berguling2 atas katil..hahaha..
July 8th, 2008 at 2:56 pm
Aku merujuk petikan komen kau dalam blog Jibam. he he.
” politik ni kait rapat ngan wang sebenarnya..
Cuba kalau animasi tu tak bley wat duit…jangan harap opportunist-opportunist ni masuk bidang animasi.
takpo..seperti biasa…â€bila datang kebenaran…kebatilan akan musnah†yehh ”
sebenarnya, jangan marah sangat kat nama-nama yang disebut mahupun yang tak disebut. Ianya semua sejarah dalam industri animasi tempatan. Cumanya tanpa mereka yang berduit dan mengambil kesempatan itu, tidaklah pula industri ini mampu bertapak dan bertahan hingga sekarang. Aku cuba mengajak kengkawan menjadi rasional berkaitan hak punya watak dan hakpunya penerbitamn animasi Usop tersebut.