Hari ini 9 july 2006. Banyak perkara terjadi kebelakangan ini. Pelbagai berita, pelbagai cerita, pelbagai misteri. Semalam aku baru balik dari Muar. Sebaik sahaja sampai, terus mengadap komputer, menghabiskan saki baki kerja yang belum selesai. Sambil-sambil itu melayari internet mencari berita2 rasmi dan tak rasmi yang berlaku kebelakangan ini. Antara jam 1 ke 2 pagi, tiba-tiba kedengaran bunyi bising seperti sebuah kenderaan besar melalui kawasan rumahku. Mula-mula aku menyangkakan sebuah lori yang lalu, aku pun menjenguk keluar. Dari tingkap rumah, kelihatan jelas sebuah helicopter sedang berlegar-legar. Apa yang menghairankan ialah helicopter tersebut menyuluh-nyuluh ke bawah seolah-olah sedang mencari seseorang. Aku rasa heran sangat. Apa ka da hell ni?
Tidak semena-mena aku berasa geram. Apa yang berlaku ini? Sifat curiousity seperti menyakitkan. Camna aku nak tau hal sebenar? Kalau aku PM atau menantu PM mungkin aku bley bertanya kepada bodyguard dan mereka akan menyiasat atau sekurang-kurangnya menelefon ketua polis negara untuk mengetahui keadaan sebenar. Tapi aku sekadar rakyat biasa yang tiada kuasa apa-apa.(malah cukai pun aku tak berbayar lagi) Even kalau aku ni mantan perdana menteri sekali pun, belum tentu aku dapat jawapan direct.
Aku mengeluh. Banyak sangat misteri yang berlaku sejak kebelakangan ini. Kenapa Mawi putus tunang? Bila Siti nak kahwin? Kenapa Erra dan Yusry bercerai? Benda-benda remeh ini pulak mengaburi hal-hal yang lebih serius. Kenapa jambatan bengkok tak jadi? Kenapa Mas rugi? Kenapa kepentingan syarikat milik kerajaan dijual kepada Singapura? Kenapa Pak Lah kata dia banyak keje…tapi tup-tup pergi bercuti? Pening-pening.
Sebenarnya dari kecil aku geram kerana banyak lagi misteri dalam dunia ni yang tidak sudah-sudah. Di mana segitiga bermuda? Betulkah makhluk asing tu wujud? Betulkah segala yang diramal oleh Notradamus tu? Di mana Area 51? Wujudkah Big foot?
Selalu aku tertanya-tanya, macam mana aku nak dapat jawapan? Dalam fiksyen, kita biasa diperkenalkan dengan watak yang menghabiskan hidupnya untuk mengkaji sesuatu. Kalau iya pun aku nak habiskan hidupku untuk mengkaji. Bagaimana aku nak mula?
Akhirnya, aku mengambil keputusan, penyelesaian kreatif adalah salah satu cara yang dapat memuaskan hati aku. Namun, satu keinsafan yang pasti. Betapa kerdilnya manusia, hanya Allah yang maha mengetahui.
Penyelesaian kreatif bagi misteri heli semalam. Aku andaikan ada penjenayah yang sedang melarikan diri. Lantas aku pastikan pintu dan tingkap rumahku berkunci rapat.
Recent Comments