baby

MERDEKA (azan@merdeka)

jurnal Add comments

Salam Merdeka.

Marilah sama-sama saksikan kemerdekaan negara pada tahun 1957 dalam versi warna!

Satu perkara yang menarik pada aku ialah seruan azan yang dilaungkan pada ketika itu. Syahdu jer aku rasa.

Kepada rapper Namewee yang mengutuk azan dalam lagunya. Saksikan kedudukan azan dalam negara kita.

Aku biasanya tak suka keluar sambut merdeka pasal tak suka bersesak-sesak. Tapi sempena 50 tahun punya pasal, aku dan isteri pegi putrajaya dengan niat nak tengok bunga api jepun. (Pertandingan Bunga Api Antarabangsa) Bunga api yang dijadualkan kul 10 tak muncul-muncul walaupun kami dah port baik kat situ dari kul 9.30. Last-last kul 11, kitorang give up dan nak drive balik before jalan sesak. Tapi ntah camna aku tersilap jalan lalu kat bulatan besar putrajaya yg ada istana negara tu. Kat situ jammed yang amat. Tiba-tiba nak dekat pukul 12, kereta tak bergerak langsung dan ramai orang buat selamba bodoh keluar dari kereta yg kat tengah-tengah jalan untuk tengok bunga api dari atas bukit. Bukan nampak pun, nampak cebis-cebis jer kerana dihalang bangunan. Aku syak memang ramai orang yg dengan ignorantnya parking tengah-tengah jalan sampai semua kereta tak bley bergerak. Sebab sebaik sahaja lepas bunga api tu, kereta kat bulatan tu..terus bley bergerak walaupun terdapat beberapa kereta yang ditinggalkan di tengah-tengah jalan.

Nampaknya walaupun kita dah 50 tahun merdeka, sikap ignorant orang kita masih tak berubah.

Dan selepas 50 tahun, kita masih belum merdeka dari jammed!

merdeka jammed

8 Responses to “MERDEKA (azan@merdeka)”

  1. dzqwr Says:

    aooo ingatkan nak p smlm, tapi takut jem la
    aritu dah p dah yg france punya
    slepas tgk bunga api tu, bunga api yg di lain2 tempat smua berasa tak best
    masa mlm merdeka tgk kat the curve
    haram tak best pon
    amatur

  2. mozzorro Says:

    semalam…aku terlupa bulatan besar tu akan jammed..tapi termasuk jugak…tensen gila…sekali aku nampak jalan masuk gi taman warisan..celah2..lalu situ…lalu jalan belakang…sampai dekat gak ngan PICC
    kesimpulan yang aku dapat buat..ramai org yg datang tu..tatau short cut pi PICC…semua ikut satu jalan..ikut signboard…time balik pun camtu..dari PICC…semua orang masuk 1st simpang yg tulis KL..sesak2..tapi aku lalu jalan yang nampak Lim Kok Wing tu…clear jer…hehe.. apa pun..next time..elakkan bulatan besar!

    aku dapat tengok gak..tengok kat youtube..hehe

  3. dzqwr Says:

    hang embedded youtube, takleh tgk la sini, TM blok
    wakakakau
    ari aku tgk bunga api tu, aku p mkn kat Malee, on the way balek brenti tepi jln saja
    ingat nak singgah umah hang, tapi segan la plak
    wakakakau

  4. brader Says:

    apsal sikit benar bunyi azan tu ek.. macam bunyi ujung2 je..

  5. jonjenin Says:

    emm..best betul dapat tengok merdeka versi warna…lepas ni mungkin kita semua dapat tengok citer2 p. ramle dulu tu versi warna plak ek…bestnyerrrrr..hihihiii cayalah!!!

  6. mozzorro Says:

    dzqwr=uii…hang ni dah kena jampi ngan malee ni…jauh2 pi makan sana

    brader= pendek pasal sudah edit la..(bukan saya edit)

    jonjenin =video kaler ni dah lama wujud..heran kenapa tak ditayangkan kepada umum..

  7. haza Says:

    tahniah. bulat air kerana pembetung, bulat saudara kerana makanan. hahahaha

  8. mozzorro Says:

    cetttt

Leave a Reply

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in