baby

Marani masuk spital

jurnal, zufar Add comments

14 Februari 2008
-Zufar genap sebulan. Alhamdulillah. Malam sebelum aku balik ke Melaka, Marani cakap Zufar kurang tido malam. Asyik nak merengek je. Aku kata sabo jer la. Oleh kerana malam sebelum tu Marani cam tak cukup tido jaga Zufar, aku lak ambik turn jaga dia. Biasanya memang la dia banyak kali jaga. Tapi that night dia cam tak mo tido. Dah dodoi2 pun, dia diam sambil mata terkebil-kebil. Tensen punya pasal, aku off terus lampu tido sampai gelap gelita dan terus dodoikan dia. A few minutes later…aku bukak lampu balik, dia dah tido. Hehe..tektik menjadi…Aku baringkan dia..baru nak terlelap, Zufar merengek lagi..aduh…Aku tenang2kan dia…dia diam. Aku baring semula sambil jeling2. Aduh…budak ni tamo tido gak…terkebil2 gak.. Bagi susu sampai abih pun tak tido gak. What a rough night. Esoknya marani gelakkan aku.

Oleh kerana dah abih “hari” and masuk “bulan”, kitorang plan nak bawak Zufar balik Muar la plak. Tapi on 15hb Feb ada appointment doktor untuk suntikan Heptatis B 2nd dose. Lepas kena inject, kitorang menonong jer pegi jumpa lagi sorang doktor pasal marani nak check satu infection kat badan dia. Sekali baru terperasan tak bayar lagi..hehe…Aku pun pi balik klinik doktor kanak-kanak tu untuk buat payment.
Sekali Doktor yg check Marani kata dia kena bedah kul 3 petang. Minor Surgery. Nak keluarkan nanah. Pehtu kena tahan sampai hari isnin. Genap sebulan kena operate lahirkan Zufar, kena bedah lagi. Tapi this time insuran cover (hehe)
Nasib baik jugak mak mertua aku ikut. Bley la pegang Zufar time aku balik rumah ambik barang2 pasal nak stay up kat spital tu.
marani spital

Cik Marani tahan sengih masa get ready nak kena masuk OT..sedey pisah ngan Zufar n Zufar lak kena tahan susu Ibu sementara Cik Marani on medication

HARI-HARI di SPITAL This time around, aku cam lega sket la, pasal berbanding dengan time bersalin ari tu, marani tade masalah nak gerak-gerak. Cuma tak best pasal kena duduk sebilik (2 bedded room) ngan minah yang sangatlah becoknya. Masa kitorang masuk bilik tu, member2 dia dah ramai. Pehtu remote control TV dia dah konker awal2. Tak kisah la tu. Tapi konsider la sket. Korang tu kat spital..bukan kat rumah sewa korang nak gurau2 gelak2 kuat2 tak hingat dunia. Tu takperlah..orang datang melawat. Once kengkawan dia balik, cam aman la sket. Aku dah ler tak cukup tido jaga Zufar..hehe..

Bila kengkawan dia balik..aman sket. Tapi dia lak call2 kawan dia. Tak kesah lagi..ini siap nak pasang speaker phone…aduhhh..apa la masalah dia ni. Aku pun tak sure berapa lama dah minah tu dok dalam bilik tu. Pasal semua nurse, pekerja , cleaner cam tegur dia cam dah lama kenal. Tapi yang buat aku rasa nak complaint sangat ni, ada ke minah2 nurse yg buat intern (aku rasa intern la kot..pakai uniform putih ngan stripe merah kat bahu. Nurse kat situ pakai baju color biru) Diorang bley datang situ ramai2 dekat 8 orang lepak kat katil minah tu..layan hindustan TV2. Pastu borak2…Geram tul…tade common sense langsung la diorang ni. Aku saje la lalu2 depan diorang nak gi toilet sambil tunjuk muka annoyed..tapi biasalah manusia jenis ni tak bley take a hint. Pehtu salah seorang dari ramai2 tu..datang kat katil marani pasal nak kena ambik tekanan darah, sambil cakap “sorry yer ..ganggu nak ambik tekanan darah”…Yang dia bising2 kat katil sebelah tu tak mengganggu ke? Aku ingat cam nak report jer kat nurse kat situ tapi kang jadik masam muka lak. Tapi aku tekad memang nak hantar complaint rasmi kat spital tu. Nama jer specialist. Sedara mara minah tu aku tak bley cakap apa la.. Tapi bebudak nurse yg buat bilik tu jadik port lepak..
Masa hari Ahad, budak2 intern tu cuti gamaknya…baru ler aman sket…

hensap

Zufar tido jer time datang lawat ibu.

Zufar kena tido ngan Atuk n Nenek dia sementara Ibu dok spital. Agaknya dia dapat rasa kot, tu yang dia buat hal tak mo tido 2 3 malam sebelum tu…

Petang Ahad, aku gerak balik ke KL. Doa-doakan keselamatan Cik Marani yerk!

7 Responses to “Marani masuk spital”

  1. nazs Says:

    kirim salam to marani…wish her get well soon..
    huhu..begitula pengorbanan seorang ibu…seb baik la zaher buleh diharapkan jaga zufar…
    pssst…ish, mmg tak bertimbangrasa la ‘jiran sebelah’ ko tu..

  2. muarian Says:

    based on my experienced…biasa laa… baby bila cukup bulan… dia akan buat perangai… tiap2 bulan mcm tu… org tua2 kata sbb nak beralih bulan… n setiap kali beralih bulan.. dia akan buang najis cair…

    nape ngan marani? wife aku dulu pun kena operate sbb ada susu beku… kalo tak operate… doc kata leh jd nanah… puncanya… silap teknik menyusu… anak pertama la katakan.. tak tau mcm ne nak nyusukan ngan betul… sbb kan sakit nak bagi baby nyusu… baby nie lak hisap kuat sgt… so, mama dia bg yg sebelah lg yg tak sakit… jd nye… yg sebelah dia tak bg tu… terjadi la susu beku… org kata… kena bg baby nyusu dua2 sbb sebelah makanan… sebelah lg air… n petua nya… kalo rasa sakit… letak kelopak kobis bunga… sbb kobis tu sejuk… tp masa tu aku tak tau.. so, tak buat laa…

    itu pengalaman masa dlm pantang…n baby pun tak nyusu lagi lepas abis pantang… minum susu tepung jer.. sedey mama dia…

    lepas pantang lak… since kita org bekerja.. anak anto nursery… case dia lak… selalu selesema… bulan ke tiga… kena warded… sbb phlegm dia byk sgt… kena wat nebulyzer… lak… n sedut phlegm dia… sian… nangis masa nak sedut tu… bukan sekali je… 3 kali warded… bulan ke 3, 5, 8 kalo tak silap aku la… last sekali aku tukar nursery sbb kesian kat baby… b4 tukar nursery… baby kita org anto kat kg… nenek dia jaga… sbulan dia kat kg… rindu tul kat baby masa tu… tiap2 minggu balik kg sbb nak lepas kan rindu kat baby… ada gambo dia kat SJMC kat fotopages aku… tangan dia kena cucuk jarum sbb nak masukkan ubat…so, kalo baby selesema… sedut la idung dia… ada jual kat supermarket… alat sedut tu… alhamdulillah… skrg dia dah sihat n lasak n ada tokoh jd ababg dah… n tak der athma pun…

    so, we’ll take our experienced for our 2nd child…

  3. Saiful Nang Says:

    Hope she’ll get well soon. All the best to u Zahir. Lama tak jumpa hang.

  4. mozzorro Says:

    nasz : insya-allah..tul tu… jadik kenang2lah jasa ibu..huhu

    muarian : marani infection biasa jer..tapi selama ni tak aktif…bila bersalin baru dia aktif

    Saiful Nang : Tq boss..camna nak jumpa..boss busyyy jer sekarang..hehe..tima kaseylah sudi masuk blog saya.

  5. mai Says:

    marani dah discaj ke lum?
    ohh scarynye kene bedah2 lgi..anyway..get well soon..
    btw nak kasik bby tido mmg gelap jek semua lgi senang.and org ckp kalau dlm pantang dia susah jaga, lepas pantang senang..hehe besnye la bapak zufar rajin jaga zufar eh?bapak nasya tido lenaaaa jekkk :p

  6. mozzorro Says:

    dah discaj isnin lepas..tapi tiap hari kena gi dressing luka dia.

    ala..bapak zufar muncul time weekend jer..hehe..

  7. mizi Says:

    tahniah!!!!!!!!!!!

Leave a Reply

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in