Aku dah kembali ke alam nyata sekarang. Kembali duduk di dalam hal. Pagi ni aku melayari internet dan terjumpa info pasal Budak Lapok, animasi yang akan ditayangkan pada hari raya tahun ni. Aku dah tengok preview animasi ni lama juga pasal boss aku pernah diskas-diskas ngan Wafa ni. Aku terbaca satu artikel
Cereka animasi Budak Lapok kenang P Ramlee
….
Lebih membanggakan, inilah kali pertama apresiasi terhadap P Ramlee dibuat menerusi animasi dalam usaha memperkenalkan trio Bujang Lapok kepada generasi baru terutama kanak-kanak untuk lebih menghayati karya filem Melayu klasik.
….
AKMAL ABDULLAH, Berita Harian 29 Mei 2007
Bab ni aku tak setujulah. Bebudak MMU dah produce animation tribute untuk P. Ramlee tahun 2002
http://www.youtube.com/watch?v=WJhJp1Dzm_8
Hehehe…
August 24th, 2007 at 9:10 am
yg hang punya tak komersialize mcm dia. sbb tu media tak prasan yg hang buat
August 24th, 2007 at 3:00 pm
biarlah. biasa macam tu. media hanya nampak yang digembar-gemburkan oleh pihak-pihak tertentu. kalau kita ikhlas, orang akan tahu juga akhirnya.
August 25th, 2007 at 3:56 pm
hehe…leks la kengkawan..
aku saja cakap2 kosong.. sapa pun wat dulu, idea ni semua kan milik yang Esa..
Salah faham memang biasa wujud. Ramai orang ingat Walt Disney animator yang pertama. Padahal tok dalang wayang kulit kitalah animator yang pertama. Walt Disney pembuat filem animasi yang pertama. Ayat kena betul. Kalau dia tulis ini adalah filem pawagam animasi tribute kepada P. Ramlee yang pertama. Barulah betul.
Bak sedutan dalam filem 300, “Choose your word carefully”
Tapi di malaysia ni memang ramai nak jadik yang pertama. Itu yang sanggup buat ayat “filem komedi campur seram campur romantik campur aksi sket-sket campur sedih-sedih yang PERTAMA di MALAYSIA!”. Padahal cerita dia lebey kurangg jer..
Apapun marilah support filem ni. Memeriahkan animasi malaysia. Aku ada tengok sedutan-sedutan filem ni. Smooth animasinya dan lawak-lawaknya kelakar juga.
August 26th, 2007 at 7:33 pm
satu rangkuman soalan cepu emas.
*siapakah para karyawan animasi untuk filem itu? Adakah warga tempatan atau warga seberang laut? Dan siapakah pula, pengarah animasinya?
August 27th, 2007 at 2:15 pm
jawapan dia sama la kalo kita tanya sapa sebenar-benarnya yang bina KLCC.. hehe..sama jer ‘ceritera’nya…
mungkin jawapan ada dalam entry saya ini
http://mohdzahirza.com/index.php/archive/barang-buatan-malaysia/
August 29th, 2007 at 10:34 am
tapi keris taming sari tu ada sakti. Bukannya orang kita tak percaya keris buatan sendiri, tapi orang kita lebih percayakan syirik daripada percayakan keagungan allah.
” jangan selalu sebut keris ‘buatan sendiri’ takut ada orang salah faham, dia dengar bom buatan sendiri. karang tak memasal ‘pengganas’
August 29th, 2007 at 10:35 am
keluang man – lambang supehiro bermaruah.
-memang buatan gombak-
September 2nd, 2007 at 8:40 am
masa saya mengaji bab-bab copyright ni.. selepas 50 tahun…hak cipta sesuatu tu..akan jadik hak milik masyarakat… contohnya…mickey mouse tu…tak lama lagi disney tak bley saman sesapa nak pakai.. jadik…rasanya..sebelum ulang tahun merdeka ke 100..kita dah bley pakai keluang man tu..hehe..tanpa dikacau oleh wan mat saman.