Sebenarnya, aku cam serba salah letak kartun ni. Takut dah dicopyright oleh BERNAMA. Tapi taperlah..belasah jer la..hehe..
Aku hantar 2 kartun, yang sangkut yang tajuk Kibarkan Jalur Gemilang. Sebenarnya ni idea no 2.
klik gambar untuk resolusi lebih besar
klik gambar untuk resolusi lebih besar
Dalam kedua-dua artwork ni aku menggunakan tema angkasawan dalam menggambarkan kegemilangan Malaysia. Bukanlah kerana aku menganggap kerjaya angkasawan sebagai kerjaya paling cool tapi pada aku program angkasa ini menggambarkan sesuatu yang lebih bermakna, iaitu PELUANG. Peluang adalah sesuatu yang aku rasa hadir bersama kemerdekaan. Peluang yang terbuka dan terpulang kepada kita untuk mencapainya. This is what MERDEKA really means to me. Peluanglah yang membezakan antara kemajuan aku, adik beradik dan juga ibu bapa dan atuk nenek kami.
(CAUTION: Pembebelan yang panjang di bawah)
Sebenarnya ini semua inspirasi cerita-cerita abah aku. Menurut abah, zaman sebelum merdeka dan awal-awal merdeka adalah zaman yang sukar kerana kekurangan peluang. Di zaman British, jawatan-jawatan penting dalam kerajaan diberikan kepada pegawai-pegawai British. Sedikit peluang pula diberikan kepada pembesar-pembesar dan juga anak-anak Raja. Kita lihat siapa yang jadi pemimpin. Tunku Abdul Rahman, seorang putera Raja. Dato Onn, anak Menteri Besar Johor yang diberi peluang belajar bersama-sama putera-putera Sultan Johor hingga ke England. Bukan aku menafikan kewibawaan mereka. Mereka memang hebat dan cemerlang malah berani. Cuma mereka lebih berpeluang kerana kedudukan mereka.
Peluang perniagaan pula tertutup untuk bangsa melayu kerana Dasar Pecah dan Perintah. British meletakkan bangsa cina duduk di bandar, Melayu di kampung-kampung dan india pula di ladang-ladang. Atas sebab inilah terdapat jurang ekonomi yang ketara. Dasar pecah perintah berlangsung hampir 100 tahun. Kiranya bangsa yang dapat peluang berniaga telah maju 100 tahun ke hadapan sebelum peluang dibahagikan sama rata.
Awal merdeka pula, peluang terbuka luas. Namun, tentulah mereka yang berpendidikan diberikan peluang ini. Bagaimana rakyat biasa yang miskin hendak dapat peluang kalau sebelum ini, belajar pun mereka tak mampu?
Kini, setelah 50 tahun merdeka. Macam-macam peluang muncul dan pelbagai kerjaya muncul. Diri aku sendiri tidak pernah terfikir untuk bergelar animator kerana masa kecil tak tahu akan muncul peluang ini. Syukur kerana anak-anak kita nanti akan berpeluang bergelar angkasawan sekiranya mereka berusaha. Peluang dah ada, cuma kita perlu berusaha. Jangan asyik salahkan orang atau keadaan dan mahu kaya cepat sahaja. Mintak naik gaji tapi malas tak boleh nak kata lagi. Pilihlah nak jadi perkerja kilang yang berdedikasi atau mat rempit yang merbahayakan diri.
Dan didepan mu berbaris peluang-peluang
tapi tidak mahu pun engkau rebutkan
Berderet-deret sasaran
namun tidak satu peluru pun engkau lepaskan
kerana engkau hanya asyik berjuang
Entah untuk apa dan demi siapa engkau juangkan-ahli fiqir
September 11th, 2007 at 7:49 pm
hang mmg patriotik
selamat mengundi
September 14th, 2007 at 10:57 am
Salam.
Wah…manyak bagut lo lu punya impomecen – I.N.F.O.R.M.A.T.I.O.N. Wa punya apak pun ala kasitau ini celita…tapi wa sulah lupa lo! Wa bukan cina. Wa mix.
Okay la ho! Wa nyalan lulu!
September 16th, 2007 at 3:13 pm
dzqwr: hang sudah mendaftar lom?
ah kim: ini celita patut semua orang tau dan sedar..hehe..
nyalan-nyalan..nanti datang la lagi… 🙂
September 16th, 2007 at 9:57 pm
Assalamualaikum.
Pertama sekali, aku ucapkan tahniah 8 juta kali atas kemenangan motor itu.
Satu idea kartun dan dialog yang sungguh bermakna, kawan.
Teruskan berkarya.
September 23rd, 2007 at 11:14 pm
angkasawan dengan sampin tuh yg tak bleh tahan tuh hehe
mmg unik & beh la katun ko. cayalah 🙂
October 3rd, 2007 at 11:03 am
terima kaseyy..
insya-allah…ari tu tok ketua kg belulang ada sms…makin bersemangat ni..hehe