baby

Justifikasi

terfikir Add comments

Some of my friends mesti dah boring dengar teori justifikasi aku…Actually bukan teori aku sendiri..tetapi sesuatu yang aku baca a few years back dalam usaha memahami perangai manusia..
Teori justifikasi ni menyatakan setiap orang akan menjustify setiap tindakan diorang.. (kamus dewan= justifikasi sesuatu alasan (yg kuat) yg menjadikan sesuatu wajar dilakukan)
Secara lumrahnya..kalau seseorang buat jahat pun…dia akan justify setiap tindakan dia..contohnya..AL-CAPONE..ketua mafia yang terkenal , setelah ditangkap..dia kata..actually dia menolong polis..iaitu dengan manghapuskan mafia-mafia yang lain.. Teori ini aku dapat setelah lama dok fikir…apsal la mamat ni buat camni…apsal dia perangai camni..satu soalan yang aku dok terfikir sejak aku masuk sekolah asrama…bila tengok perangai macam2….Tapi kengkadang amalan justifikasi ni akan merosakkkan diri sendiri..kerana kita akan rasa diri sentiasa betul..contoh barang..kalo kita malas buat kerja ofis..kita akan salahkan boss kita…kita salahkan environment kita….

Kalau difikir-fikirkan semula..sebenarnya naluri kita memang nak buat baik..tapi bila nak buat jahat..maka akan bersoal jawab la dalam hati untuk menjustifikasikan tindakan kita..Kenapa malas semayang? kenapa tak tutup aurat? Justify la sendiri….Ayat yang aku selalu guna ” Haa…nanti bagi la alasan tu “kat sana” yerk..”

OK..so apa sebenarnya tujuan aku bercerita tentang justifikasi ni? Hehe..Just nak justify tindakan aku buat blog ni..
Justifikasinya mudah.. nak bercerita dan berkongsi tentang dunia seni terutamanya dunia animasi tempatan yang aku rasa sangat sikit sumbernya. Juga sebagai salam perkenalan kepada animator, komik artist, kartunis,pelukis, designer, penerbit, pelabur, peminat dan sesiapa sahaja yg terlibat dalam dunia seni yang seni ini..

Leave a Reply

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in