Apakah definisi berita?
Apakah definisi sejarah?
Ada sesetengah pihak menganggap bahawa sejarah bukanlah rakaman peristiwa yang berlaku, tetapi lebih kepada pandangan seseorang tentang sesuatu peristiwa. Maknanya peristiwa itu lebih menjurus kepada point of view seseorang dan bergantunglah kepada siapa penulis yang mencatatkan sejarah tersebut. Lantaran itu, kita tak sepatutnya bergantung kepada sesuatu bahan bacaan sahaja dan di era siber ini, blog adalah antara perakam peristiwa yang memberi kita peluang untuk melihat sesuatu peristiwa dari sudut pandangan pelbagai pihak. Seorang wartawan mungkin memberi pandangan A,seorang pembikin filem memberi pandangan B, orang kerajaan memberi pandangan C, seorang pembangkang memberi pandangan D dan begitulah seterusnya. Maka terpulanglah kepada kita untuk menilainya.
Menteri penerangan kita pernah melabelkan blogger sebagai penyanyi karaoke yang syok sendiri. Aku bukanlah blogger yang prolifik, pasal blog aku ni lebih banyak menjurus kepada hal2 peribadi dan juga sekadar berkongsi artwork. Namun aku kurang bersetuju dengan kenyataan beliau. Seolah-olah hanya jika kau menerima gaji sebagai wartawan, baru kau ada hak untuk bersuara. Kau ada jawatan baru suara kau patut didengar.
Apapun, sebagai bekas wartawan beliau tentu malu dengan perkembangan yang aku discover baru-baru ini. Perkembangan yang aku maksudkan itu ialah tindakan segelintir wartawan yang mengcopy+paste artikel “blogger2 karaoke” ini.
Kes satu, artikel di laman web saifulislam.com diforward kepada seorang wartawan masalah kekeluargaan untuk mendapat pandangan. Tanpa diselidik asal usul artikel tersebut, artikel tersebut di siar bulat-bulat dengan alasan kiriman dari pembaca ruangannya.
bacaan lanjut
Kes dua, seorang kenalan blog , encik Jonos (bley lihat link) menulis artikel bertajuk “Animasi Pertama dan Penciptanya”. Walaupun ada beberapa kesilapan fakta, artikel tersebut dicopy bulat2 ke dalam majalah sisipan estidotmy. Perkara ini ada dibincangkan di laman web pergh.com
http://www.pergh.com/forum/index.php/topic,11424.0
Jadiknya, adakah ini kes penyanyi piring itam tiru lagu penyanyi karaoke?
February 6th, 2008 at 2:37 pm
Huhu..bagus jugak ko ulas pasal benda ni. Pada pandangan aku, ini lah salah satu drawback media elektronik=”cut & paste”. Dulu2 kita hanya ada media bercetak, plagiarism pun berlaku jugak, cuma agak leceh la nak menyalin, tapi sekarang, dengan hanya beberapa ketik (atau klik?)butang tetikus, dah siap satu artikel/thesis/rencana…
Blogging is good for your knowledge, writing skills and reading skills.Kat sini, NZ, schools and parents are encouraging their children to start blogging (Budak preschool pun dah ada blog!!-ini terbukti betul..aku dah tgk dahh…tapi blog dia simple laa…apa saya buat hari ini, kucing saya, dsb.hehe).
Tapi..pada pandangan aku, blogging ini pun ada bahayanya. Ianya bagaikan membiarkan semua orang membaca diari anda. “What you write actually reflects your soul”-sebab tu ramai penulis guna nama pena!. Mungkin ada yang tak kisah berkongsi dengan semua orang. Cuma kadangkala, ada segelintir yang akan mengambil peluang untuk memanipulasikannya.So elakkan la blogging yang berkaitan politik…
February 6th, 2008 at 10:57 pm
yer la…cam dulu teacher suh kita tulis jurnal..moden sket..wat blog la… ingat nak bikin blog anakanda aku la..nanti dah besar..suh dia isi sendiri..hehe..
sometimes it’s good to reflect your soul. Ini yang ditekankan dalam blogging for business… In a way, customer yang read your blog akan treat you as a human, not merely a company.(menurut artikel yg aku baca dulu)
April 20th, 2008 at 3:57 pm
wah.. media elektronik Malaysia pun kerja “copy and Paste” jugak ker? sadisnya…