Tahun lepas aku ada cerita yang aku tolong member dengan mengambil job last minute untuk satu video clip artist Malaysia.
(CG ENVIRONMENT FOR LOCAL ARTIST)
Lepas aku hantar job tu…aku tak follow up sangat. Mostly pasal busy ngan projek lain dan juga busy nak kawin time tu. But then, lepas dah berbulan-bulan, aku curious gak apa dah jadik ngan job tu. Lagi pulak, masa Anugerah Bintang Popular, aku cam ternampak sedutan video clip tu masa pencalonan yg dibacakan. Aku pun contact la brader director yang direct video clip tu. Dia kata dia pun tak dibayar lagi. Dia pun tak sangka pasal tiba-tiba video clip tu dah digunakan untuk wat vcd karaoke. Hmm…entahlah..malas nak komen. Yang jadi main priority aku just nak tengok final product benda tu..pasal aku hanya wat background 3D. Pehtu hantar kat diorang, diorang yang composite, edit dan sebagainya. So aku pun carik2 kat internet…tak jumpa2. Last-last, based on maklumat kat internet, aku gi belik karaoke yg ada memuatkan video clip tersebut. Ni yang tensen ni.. dah la tak bayar, at least bagi la karaoke tu percuma ke..sejuk sikit ati..ni kena beli sendiri…hehe..
Tensen punya pasal, aku upload keje percuma aku, percuma untuk hiburan korang..wakaka… Vcd karaoke..aku dah hadiah kat jojet.. (penyanyi jemputan masa aku kawin ari tu..biar dia berlatih, mana tau jadik wedding singer yang berjaya..wakaka)
p/s jemput2 ler ke channel youtube aku.
April 24th, 2007 at 9:21 am
ekekekekekekekeee… tu jelah sekali aku melalak masa kenduri kawin.. (time jemputan dah balik laaa.. ). skg blom sempat nak karaoke vcd tu.. mikopon ghosak.. wayar cam nak putus.. mungkin tompok terlalu bengang ngan lalakan aku dan kakda sampai la dia decide mensabotaj mic tu..
i blame u tompok!
April 25th, 2007 at 2:50 pm
best! best! teringat lak masa dok kat umah ko dulu..ko tgh buat mende ni..hhihih…
April 25th, 2007 at 5:09 pm
rahman…jangan lah ko ungkit kenangan indah kita bersama…ahahaha… uwekkk..