baby

Marani masuk spital

jurnal, zufar 7 Comments »

14 Februari 2008
-Zufar genap sebulan. Alhamdulillah. Malam sebelum aku balik ke Melaka, Marani cakap Zufar kurang tido malam. Asyik nak merengek je. Aku kata sabo jer la. Oleh kerana malam sebelum tu Marani cam tak cukup tido jaga Zufar, aku lak ambik turn jaga dia. Biasanya memang la dia banyak kali jaga. Tapi that night dia cam tak mo tido. Dah dodoi2 pun, dia diam sambil mata terkebil-kebil. Tensen punya pasal, aku off terus lampu tido sampai gelap gelita dan terus dodoikan dia. A few minutes later…aku bukak lampu balik, dia dah tido. Hehe..tektik menjadi…Aku baringkan dia..baru nak terlelap, Zufar merengek lagi..aduh…Aku tenang2kan dia…dia diam. Aku baring semula sambil jeling2. Aduh…budak ni tamo tido gak…terkebil2 gak.. Bagi susu sampai abih pun tak tido gak. What a rough night. Esoknya marani gelakkan aku.

Oleh kerana dah abih “hari” and masuk “bulan”, kitorang plan nak bawak Zufar balik Muar la plak. Tapi on 15hb Feb ada appointment doktor untuk suntikan Heptatis B 2nd dose. Lepas kena inject, kitorang menonong jer pegi jumpa lagi sorang doktor pasal marani nak check satu infection kat badan dia. Sekali baru terperasan tak bayar lagi..hehe…Aku pun pi balik klinik doktor kanak-kanak tu untuk buat payment.
Sekali Doktor yg check Marani kata dia kena bedah kul 3 petang. Minor Surgery. Nak keluarkan nanah. Pehtu kena tahan sampai hari isnin. Genap sebulan kena operate lahirkan Zufar, kena bedah lagi. Tapi this time insuran cover (hehe)
Nasib baik jugak mak mertua aku ikut. Bley la pegang Zufar time aku balik rumah ambik barang2 pasal nak stay up kat spital tu.
marani spital

Cik Marani tahan sengih masa get ready nak kena masuk OT..sedey pisah ngan Zufar n Zufar lak kena tahan susu Ibu sementara Cik Marani on medication

HARI-HARI di SPITAL This time around, aku cam lega sket la, pasal berbanding dengan time bersalin ari tu, marani tade masalah nak gerak-gerak. Cuma tak best pasal kena duduk sebilik (2 bedded room) ngan minah yang sangatlah becoknya. Masa kitorang masuk bilik tu, member2 dia dah ramai. Pehtu remote control TV dia dah konker awal2. Tak kisah la tu. Tapi konsider la sket. Korang tu kat spital..bukan kat rumah sewa korang nak gurau2 gelak2 kuat2 tak hingat dunia. Tu takperlah..orang datang melawat. Once kengkawan dia balik, cam aman la sket. Aku dah ler tak cukup tido jaga Zufar..hehe..

Bila kengkawan dia balik..aman sket. Tapi dia lak call2 kawan dia. Tak kesah lagi..ini siap nak pasang speaker phone…aduhhh..apa la masalah dia ni. Aku pun tak sure berapa lama dah minah tu dok dalam bilik tu. Pasal semua nurse, pekerja , cleaner cam tegur dia cam dah lama kenal. Tapi yang buat aku rasa nak complaint sangat ni, ada ke minah2 nurse yg buat intern (aku rasa intern la kot..pakai uniform putih ngan stripe merah kat bahu. Nurse kat situ pakai baju color biru) Diorang bley datang situ ramai2 dekat 8 orang lepak kat katil minah tu..layan hindustan TV2. Pastu borak2…Geram tul…tade common sense langsung la diorang ni. Aku saje la lalu2 depan diorang nak gi toilet sambil tunjuk muka annoyed..tapi biasalah manusia jenis ni tak bley take a hint. Pehtu salah seorang dari ramai2 tu..datang kat katil marani pasal nak kena ambik tekanan darah, sambil cakap “sorry yer ..ganggu nak ambik tekanan darah”…Yang dia bising2 kat katil sebelah tu tak mengganggu ke? Aku ingat cam nak report jer kat nurse kat situ tapi kang jadik masam muka lak. Tapi aku tekad memang nak hantar complaint rasmi kat spital tu. Nama jer specialist. Sedara mara minah tu aku tak bley cakap apa la.. Tapi bebudak nurse yg buat bilik tu jadik port lepak..
Masa hari Ahad, budak2 intern tu cuti gamaknya…baru ler aman sket…

hensap

Zufar tido jer time datang lawat ibu.

Zufar kena tido ngan Atuk n Nenek dia sementara Ibu dok spital. Agaknya dia dapat rasa kot, tu yang dia buat hal tak mo tido 2 3 malam sebelum tu…

Petang Ahad, aku gerak balik ke KL. Doa-doakan keselamatan Cik Marani yerk!

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in