Last weekend, aku dan isteri balik ke Muar. Walaupun kitorang dah kenal dekat 7 8 tahun, dan dah berkahwin dekat 8 bulan tapi aku tak pernah bawak dia pergi tengok rumah tempat aku dibesarkan. Bukan malu, tapi betul-betul tade kesempatan. Sekarang family aku dah berpindah ke Parit Setongkat. Inilah rumah favourite aku dalam dunia walaupun sekadar rumah papan. Yang best sebab di belakang rumah ada kebun yang menjadi tempat aku camping masa kecik-kecik. Tempat aku panjat pokok rambutan, pokok rambai, pokok manggis, ambik pokok buluh untuk projek pengakap, makan buah koko atau carik kelapa muda dan jugak halau ayam masuk reban.
Rumah yang beralamat 136-5 ini terletak di Lorong Isnin, atau bak kata kawan aku; Lorong Monday. Terletak di Parit Kadzi (parit yang boleh nikahkan orang) , di sinilah juga tempat asal penyanyi NASH. Rumah parents dia tak jauh dari rumah aku.
Hampir 20 tahun aku hidup kat sini. Bumbung rumah aku tu, selalu jadik tempat mainan aku. Tapi masa parents aku tade rumahlah. Aku suka lepak atas bumbung rumah ni sambil tengok Gunung Ledang dan meng-usha budak2 sekolah convent atau budak sekolah agama yang lalu depan rumah. Dari atas bumbung jugaklah aku dapat tengok kalo kereta Abah aku dah balik, so bley la cepat-cepat aku turun.

Kami hanya melihat dari luar sahaja kerana tidak membawa kunci dan tambahan pula sebahagian rumah ini telah disewakan. Di dinding rumah depan rumah ini, masih terdapat khat yang aku tulis atas arahan Abah.



Di dinding depan rumah ini juga tergantung Khat dengan ayat yang membawa maksud
Dan carilah kebahagian di negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu di dunia

klik gambar untuk resolusi lebih besar
Yang pastinya Rumah Lorong Isnin ini selalu menjadi subjek untuk aku melukis masa kecik-kecik. Aku pun tak tahu kenapa aku suka sangat lukis rumah ini. Lukisan di atas ini aku lukis masa aku form 1. Ini gambaran asal rumah tersebut masa aku kecik. Sayu jugak mengenangkan zaman bebudak di Rumah Lorong Isnin..Apatah lagi melihatkan keadaan sekeliling rumah yang jauh dah berubah. There’s no longer familiar faces. Kawan-kawan sekampung dah meninggalkan kampung, pakcik-pakcik dan makcik-makcik pula ada yang dah meninggal dunia. Lorong Isnin yang dahulunya tenang kini semakin sempit dengan rumah-rumah orang kaya yang besar sehingga memakan jalan. Rumah aku belajar mengaji telah roboh dan tapaknya kini menjadi tapak perusahaan membela burung. Kebun tempat aku bermain kini menjadi semak-samun yang tidak terurus.
Sesungguhnya tiada yang kekal kecuali-NYA. Waallahualam..

hehe
Recent Comments