Sekarang ni jam 1.42 pagi…
Hari ni agak memenatkan..tapi penat jenis lain..Bukan penat dok depan pc macam biasa. Tapi penat bercakap..terasa sengal plak rahang mulut aku ni..haha.. Cik Marani ada di Melaka, tapi aku balik KL sengsorang pasal ada beberapa urusan yang perlu disetelkan. Semalam, ada amendment satu job. Tapi sebaik sampai KL dan berjumpa ngan member pasal amendment job tu, dia ajak lunch dan kemudian terjadilah diskusi tentang filem, art direction dan beberapa isu perancangan masa depan. Sangat menarik sampai lama gak melepak di Kedai Makan Jalwa. Nasib baik mengenangkan ada keje nak buat, kalo tak mau berlanjutan sampai ke dinner.
Malamnya, aku gi ke JJ. Beli gadjet terbaru untuk tahun ni..hehe.. Yang kelakarnya pharmacist kat Watson JJ Equine tu sgt peramah, comel dan kelakar. Siap buat demo berserta sound efx dari mulut beliau sendiri…Sapa2 singgah di JJ equine pegilah berkenalan ngan pharmacist tu..hehe
Tapi yg aku tensen…bila balik umah…Thermometer ni tak mo off… Bengong tul. Last2 aku cabut bateri dia..dan plan nak gi jumpa balik pharmacist tu esok (hari ni).
Pagi Jumaat tadi lak…berjumpa ngan team baru..best2..hope for the best. Kira satu hari la..aku dok bercakappp jer…topik around animation la..cam aku cakap tadi…lenguh mulut.. Terbayang sorang kawan pompuan aku yang dok bercakapp jer..tak letih ke dia? Hehe
Petangnya, aku ke Bandar Bukit Raja rumah Aida…ambik barang. Masa nak masuk simpang rumah dia, aku terlepas. Plan nak buat U-turn. Tapi kan depan ada simpang ke Bandar Bukit Raja gak. Aku masuk la simpang tu. Rupanya itu jalan belah belakang taman tu yang tade sambungan ke bahagian depan. Tensi tul! Berpusing2 dekat 20 minit. Last2 jumpa gak rumahnya.
On the way balik ke rumah, ingat nak singgah JJ, tanya pasal thermometer ni. Aku dari Shah Alam guna lebuhraya ke KLIA. Keluar kat Putrajaya. Sekali nampak lebuhraya baru PUTRAJAYA-KL. Aku terperasan cam ada simpang lebuhraya ni depan JJ equine. Ingatkan ada tembus situ. Aku pun masuk lebuhraya tu…sekali memang tade exit ke Equine..mampus aku terlajak sampai ke Bukit Jalil. Tu la konon-konon nak explore jalan baru. Tak pasal-pasal kena tempuh jammed untuk balik ke Equine.
Bila sampai Equine semula, aku singgah la Watson tu..
aku: Cik, thermometer ni tak bley off la.. Semalam, saya beli kul 8 mlm, saya bawak balik rumah, dah kul 11 malam dia tak off lagi..
pharmacist: Ye ke? jap ek..patutnya dia off automatic kalo biar lama2.. Jap ek..
Dia biarkan thermometer tu kejap, and pegi layan customer…pehtu dia datang balik
Pharmacist : yeh yeh…dia dah off dah…saya sukaaaa…(sambil tepuk2 tangan)
Aku : Ye ke?
Pharmacist : Kita test lagi sekali.
Lepas biarkan beberapa minit..
Pharmacist : Yeh yeh yeh……dah off….
Aku: Oook…tq (angkut thermometer tu dan sambil tersengih jalan keluar)
Pastu lak, aku bergerak ke PJ, jumpa Ibnukaduk ngan Along lak..Pas bincang projek sket2, membawa ke sessi borak lagi…Sampai dekat kul 11.30 malam baru aku balik rumah. Cik marani pesan esok subuh2 kena balik Melaka. Kitorang borak kat Old town coffee…aku belasah minum white coffee..Ini yang tak bley nak tido ni…Update blog la kejap..
Hmmm..ni satu lagi gadjet baru untuk tahun ni…Khas untuk anakanda yang bakal lahir..hehe…untuk bapak dia sebenarnya..haha..Reward diri sendiri pas tensi tensi..
Aku bukan gamers sgt pun..tapi memang hobi aku suka main game bola dari kecik daripada Micro Genius, membawak ke PC, membawa ke PS2, dan kini..hehe.
Tapi tak terer pun..tak yah la nak ajak celen..
Dulu member aku suh beli PS2. Jangan letak game dalam PC. PC jadik tempat wat kerja sahaja. Aku ikut nasihat tu. Tapi aku jadik malas nak pasang PS2. Lagipun TV dok wat layan Astro jer. PSP ni bley la layan main sambil tunggu PC render..
Contengan ni was done a few weeks ago. Time tengah tensi.
I thought I could finish all my job before new year and then focus on my personal matter.
However as people said, kita merancang tuhan menentukan.
Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari (tapi kalau datang, takkan nak lari)
Not that i’m complaining or not being grateful..
But i really feel my battery getting weak…teeetttttttttt……………..
……
Salam 2008.
Selamat tukar kalendar…
Aaa…boring lak kalo balik2 nak cakap tengah bz…tade cerita lain ke?
Dah lama tak update pasal work…khat pun tade yg baru..walau ramai yg dah request… (mintak hampunn…)
Ada beberapa isu serious nak dilontarkan dalam ni, tapi idea2 tu sekadar menjadi luahan suara yang terpaksa didengar oleh isteri ketika memandu atau makan nasik tapi tidak di-transformer-kan menjadi tulisan lantaran bila mana saya mengadap pc ni, mouse harus diklik-kan kepada short-cut bertulis MAYA atau After Effect atau Photoshop. YM diclick tapi diletakkan dalam mode halimunan agar tidak dikatakan tidak mesra alam apabila tidak mereply sapaan kengkawan.
Contengan di atas adalah contengan ketika bermalam di rumah mertua. sambil menonton tv tu…memikirkan planning2 2008. Ijinkan saya menamakan “budget 2008” saya sebagai “dunia baru, peluang kedua, melaksanakan rencana” hehe…takkan budget PM jer ada nama…budget saya suka pun teringin juga. Dari segi peribadi, insya-allah akan melangkah ke dunia baru keibu-bapaan plak.. Bersedia? Hmm..hehe (gelak nervous)
Peluang kedua plak…Hmm..belum boleh cerita lebih lanjut lagi. Tapi ini merupakan satu peluang yg di-offer oleh seorang sahabat yang saya amat ber-terima kaseyyy atas kepercayaan beliau.. 3 tahun dulu, saya pernah cuba sesuatu. Tapi benda tu gagal di atas beberapa pemfaktoran. 3 tahun saya memilih jalan sendiri sambil berfikir, menimbang dan mencari iktibar atas kesilapan itu. Dendam membuat semangat saya kuat. Saya cuba membuktikan sikap la merupakan faktor utama. Dalam tahun-tahun itu juga saya menyaksikan semakin rancak dunia yg ingin saya ceburi itu, digembar-gemburkan oleh golongan yang setengahnya serious namun masih terumbang ambing dan setengahnya pula sekadar mencari untung. Bak kata kawan saya, mereka bukan serious player. Insya-allah peluang kedua ini akan digunakan sebaik-baiknya. Sebenarnya ada 2 offer. Terima kasih kepada offer yang satu lagi. Terus terang berat nak memilih. Tapi yang ini lebih memberikan ruang untuk saya melakukan benda-benda berkepentingan lain terutamanya urusan bisnes keluarga. Family business bak kata omputih. Family bisnes ni tak pernah lagi diceritakan di sini. Insya-allah kalo menjadi serious…akan dihebahkan..
Kalo tengok kat contengan kat atas tu. ada gambar ayam ngan gambar bomba. Bukan apa. Itu sekadar work yang saya sedang buat sekarang ni. Signifikannya pada saya ialah kerana Bomba itu dibuat menggunakan satu software yang pernah saya gunakan dengan aktif suatu ketika dulu. Moho namanya. Sekarang dah tukar nama software tersebut. Seronok gak kembali menggunakan software tersebut. Ada tarikan tersendiri. Ayam tu plak lukis manual dan dikaler dengan photoshop, Sebabnya sekarang ini sedang menyiapkan animasi untuk rancangan kanak-kanak. Kalo menggunakan 3d maka letihlah saya memodel banyak item. Jadi saya mengambil keputusan melukis sahaja. Kalo dulu encik rahman akan sedia menolong. Tapi sekarang ni beliau bz menjadi artis. kejap berlakon..kejap menyanyi. Sukar mendapatkan khidmat beliau. Heheh..
Cuak juga melukis tangan ni. Maklum ler…client aku ni plak otai2 dalam 2d animasi. haha…Diorang lukis satu character 2 minit jer…aku lukis campur kaler..mau masuk dekat 1 hari..aduiii la.. Tapi tatper…kalo berjaya..ini 1st time drawing tangan aku masuk tv..hahha..
2007 bley dikatakan zaman yg mencabar kerana banyak client yang banyak kerenah…
Namun satu pendekatan yang telah dilakukan tahun lepas ialah…rancang masa dengan betul…kalo nak pegi mana-mana..Pegi jer..alhamdulillah banyak gak aku merayau tahun lepas…Kedah -Sarawak – Kelantan. JB-Muar-Melaka.. tu jangan cerita la..Oversea belum lagi..insya-allah tahun depan.
Dengan itu semoga 2008 menjanjikan masa depan yang lebih bermakna kepada kita semua..insya-allahh..
Allahuakbar…Allahuakbar..
Ops..jgn salah faham..ini bukan 3d modeling aku wat…ini 3d ultrasound.hehe
Anda pernah dengar 3d ultrasound? Mungkin ibu-ibu yang prihatin dah tau. Tapi aku tau ada ramai gak yang belum tau.. (especially member2 lelaki la.hehe) The day i know about 3d ultrasound ni pun masa aku tengah google carik 3d model of a baby untuk buat animation. Masa tu Marani belum mengandung lagi. So, memang dah menjadi cita-cita aku la nak wat 3d ultrasound ni. Tapi after 7-8 months kitorang masih tak wat kerana 2 sebab. Satunya well..alasan biasa…bz..Yang kedua ada sepupu aku cakap dengan 3d ultrasound ni bley kesan problem pada baby yang mungkin mengganggu emosi ibu mengandung. So macam cuak2 gak la.. Tapi at last kitorang decided nak wat gak walaupun tahu dah 8 bulan ni susah nak nampak as the baby is too big already. Kira macam ambik gambar dengan camera dalam tempat sempit dan dekat sgt dengan muka. (paham ke perumpamaan aku ni?)
Setelah kecewa dengan beberapa hospital yg kata 3d scan appointment dah full sampai hujung tahun, kitorang decided to go to a hospital yang dekat jer ngan umah kitorang. Appointment kul 11 pagi. Tapi bila sampai…tetiba doktor ada emergency kat labour room. Then kitorang gi kat KJ. Ada satu kolej yang melatih sonographer and at the same time offer 3d ultrasound services. The sonographer was really polite dan dedicated to get the best angle! heh. Lama jugak la mencuba kerana satu pasal masalah dah besar dan keduanya, baby tengah pusing belakang.
Sebelum pegi tu..kitorang keep “telling” our baby..”nak pegi ambik gambar nii..tunjuk muka..jangan tutup muka dengan tangan…sikat rambut…” Aku rasa “budak ni” pandai bergurau la…aku suh jangan tutup muka ngan tangan…dia tutup muka ngan kaki plak! tu yg sebelah mata kanan dia tu…kaki dia la tu…
Waa…diam tak diam…tak lama dah sampai masanya… This pregnancy journey has been quite a wonderful journey. Cik marani sentiasa nampak glowing in her face..
Alhamdulillah..
23 November 2007
Di sebuah kedai makan. Ketika kami suami isteri sedang makan bersama seorang sahabat.
Tiba-tiba pda berbunyik.
Kami sama memandang.
Reminder. Genap setahun.
Serentak kami tersenyum.
Dalam perjalanan pulang, saling mengucapkan selamat.
Sekali…eh..silap haribulan la…esok baru betul.
Esoknya
24 November 2007
Alhamdulillah. Segala Puji Bagi Allah, tuhan sekalian alam.
Diam tak diam.
Dok tak dok.
Genaplah setahun kami menjalani kehidupan berumah-tangga… 🙂
Terima kasih kepada yang mendoakan.
Sama-sama berdebar menunggu hari yang membawa kepada fasa yang baru.
Apa pun…setelah setahun
-video kahwin masih tak edit
-album kahwin masih tak bersusun
apa nak jadik…
ala..bukan itu penentu kebahagian..hehe
ini bukan aksi lakonan semata-mata…huhu..masa-masa kecederaan mengejar dateline..
Salamz
Haii..asyik citer hal peribadi jer. Tak banyak update on artwork/khat . Nantilah, coming soon.
On 26 oktober 2007, aku fly gi kelantan untuk reunion tahun ke-10 MRSM PC 96/97. 3 days getaway to Kelantan, cam best gak pasal dah 10 tahun aku tak jejak bumi Kelantan sejak ambil result SPM. Next entry akan citer pasal Reunion tu pasal malas nak mengarang dan bercampur ngan tengah busy siapkan animasi. Cuma nak cerita sikit pasal benda yg aku cam rasa pelik.
Sebelum aku ke Kelantan, aku tetiba rasa cam nak dengar lagu raya, so aku masuk multiply.com and donlod a few lagu. Banyak lagu yang aku ambik lagu-lagu kelakar cam Apek, Jalil Hamid, Ahmad Busu n Sabri Yunus. Then, ada satu lagu ni, dari Mat Over, tajuk dia Kerabu Pucuk Paku yang aku donlod pasal aku ni memang peminat hardcore Pi Mai Pi Mai Tang Tu. (PMPMTT ni lagi kelakar dari senario mahupun lawakking. Salam pantai timur toksah sebut la.) Walaupun aku donlod, entah macam mana, aku tak dengar pun lagu tu pasal dok layan lagu Aspalela.
Pehtu, aku gi Kelantan. Masa drive kereta Abang ipar Nik (tima kasey deh..bughi kawe pinjam kete..hehe), Fatul dengan excitednya bukak radio kelantan pasal dia rindu ngan DJ kelantan yang suka adress pendengar dengan.. “adik kakok…adik kakok”
Layan gak radio kelantan ni. Orang kelantan suka merekod balik lagu-lagu popular dan dinyanyikan dengan dialek diorang. Terhibur gak dengarnya. Ada satu lagu ni, setahu aku lagu asal dia “Ayam den lopeh”..tapi dibuat lirik lain. Dipendekkan cerita, bila aku balik KL semula, aku tergerak nak dengar lagu Mat Over yang aku donlod tu. Tak disangka-sangka, lagu mat over tulah lagu yang aku dengar kat Kelantan. Lirik dia confirm sama walaupun menggunakan melodi “ayam den lopeh”.
Ini lagi satu kejadian pelik
Recent Comments