baby

Mimpi Abah

jurnal No Comments »

Orang kata kalau mimpi jumpa Arwah tetapi arwah bercakap itu mainan syaitan.. Namun…tetap terdetik rasa gembira.

Mulanya mimpi tu dengan perasaan ‘nak balik’.
Aku sampai ke sebuah rumah yang macam banglo setingkat dengan perasaan inilah rumahnya walaupun aku tak pernah tengok rumah tu. Aku masuk dan dapati rumah tu macam sedang renovation. Aku nampak Abah baring dalam bilik yang tak tertutup pintunya. Abah macam perasan dan panggil ke bilik. Aku masuk ke bilik dan Abah seperti baru bangun tidur dan tersilap memanggil nama aku ‘Zurin’.

Rambutnya hitam lebat tersisir rapi serta misai hitam. Rupa dan badannya kurus seperti wajahnya semasa muda.

Tapi terdetik hati aku yang Abah kurus kerana sakit. Abah tanya apa khabar?
Aku tak terjawab kerana tiba-tiba sebak dan cuba memalingkan muka. Aku cuba bercerita masalah hidup. Abah mendepakan sebelah tangan seperti mengisyaratkan supaya memeluknya. Perkara yang jarang dia lakukan. Aku segera mahu memeluknya tetapi dia kembali berbaring dan dapat aku rasakan badannya basah. Ketika aku aku tersedar yang arwah dah tiada dan aku terjaga.

Dah lama aku tak mimpi beliau. Gembiranya lain macam…
Al-fatihah..

Detik

jurnal No Comments »

Detik itu terus berdetak.
Hari ini aku tersentak.
Dengan bekas-bekas yang masih berkerak.
Membuat aku berfikir sejenak.
Mahu terus bergerak?
Atau terus berpasak?
Atau membikin jarak?

Silap siapa?
Sendiri di jalan sepi.
Masih bersinarkah jalan ini?

#hari ini akan diingati. Aku kesorangan di jalan ini. Cuba menegakkan layar yang patah. Mengeringkan luka yang basah.
Aku berhutang lantaran orang tidak membayar hutang.

We can’t never win.

jurnal, terfikir No Comments »

Ada orang berpendapat kau tidak boleh lembut dengan client.
Jangan ‘belanja’ kata orang.

Masa aku muda-muda. Ketika bergelar designer, aku sendiri sering marah dengan ketidaktegasan boss aku melayan kerenah client.

Makin lama, aku sedar sebenarnya kita perlu layan jer client. Tapi bukan dengan mengugut ‘bajet kecik’, ‘bajet kecik’.

Sepatutnya kita memikirkan jalan terbaik. Jalan termudah. Yang mudah bagi kita tapi masih membuatkan mereka ‘happy’.

‘Tricky’, tapi itulah cabarannya..

Perancangan.

jurnal No Comments »

Orang kata iman kita turun naik.
Begitu juga dengan motivasi.
Lebih-lebih lagi bila apa yang dirancang tak menjadi.
Lebih pedih bila kita menaruh harapan pada orang tetapi harapan tak dibalas.
Namun hakikatnya, dah lama aku berhenti berharap..

Kita tak boleh menafikan hakikat nombor-nombor yang tertera.
Yang mengalir keluar lebih tinggi dari yang masuk ke dalam.
Yang berhutang..

Haha..migrain sehingga nak menulis pun ntah apa-apa…

Terbukak dan tertutup

jurnal No Comments »

Kadang-kadang ko nampak pintu terbuka..berderet-deret.
Ko sengih.

Tapi kadang-kadang…itu ujian. Pintu tertutup satu persatu.

Astagfirullah..

Salam 2017

jurnal No Comments »

Wow..
Its 3 years later. I keep renewing my domain because I know I should be writing as I learn somewhere that writing keep you from being senile.. haha.. talking about middle life crisis..

I knew I love my father’s writing and since he was gone, all his writing is what I treasure the most. So I hope one day my children will remember me through my writing too.

Till then.

SALAM 2014 – I’ll be back

jurnal 1 Comment »

Wo..sudah lama tersadai blog ini.
Kenapa memblog kembali?
Terasa mahu menulis kembali.
Kali ini mungkin perkara-perkara yang lebih serious.
Tentang Industri..kehidupan..inshaallah.

Suatu hari Jumaat

jurnal 1 Comment »

Suatu hari jumaat…

Isteri n Zufar di Melaka.

Aku di ofis. Bersiap nak gi Jumaat. Silentkan handphone. (Tiada sepenting panggilan ilahi -TM)

Balik jumaat. Tgk mc call dari isteri (hish…apa call time jumaat ni?)

Ada sms lak : ‘Ops..Lupa plak ari jumaat.’ (tau pun…)

Aku call

“Wasap?” Tanyaku

nanti saya call balik” kata dia.

“Nak gi RTM ni..ada meeting”

Taper..nanti lepas meeting call

Hmm…apasal ni?

Gi meeting…bla bla…

Hujan plak..parking kat luar angkasapuri. Camno nak redah? Lepak kat cafe RTM. Penuh ngan kakitangan RTM (diorang tak keje ke?)

Hujan stop. drive balik..Jammed la plakk…

Sampai ofis kul 8. Balik umah…kul 9. Bukak pc. Bukak YM. Offline msg dari isteri.

YM isteri balik..(Sambil surf2..)

Tiada balasan…

Buzz..tiada balasan.

Tiba-tiba….

kuar lagu .

Semalam…I call you…you tak answer…

Eh…lagu apa ni? macam kena je ngan situasi..Haha..

Ntah camna terbukak youtube lagu si Zee Avi ni. (I came across this name a lot at facebook..million time..never interested)

But..pehh..sedapnya sora dia…

VO Recording

jurnal 2 Comments »

Kartunis Taugeh

Semalam, buat ke berapa kali ntah, aku gi buat recording voice over untuk animasi Kancil yang kitorang tengah bikin. This time, sampai 3 episod sekaligus. Dah ler tu, banyak pulak character yang terlibat. Poning jugak nak mengkordinasikan watak-watak dan talent-talent yang ada. Start 9 malam sampai dekat 1 pagi.

Ha…yang gambar ni, masa sessi Kartunis Taugeh (majalah Ujang) buat VO. Aku dok belakang check skrip.(dialog tu ada budak kat ofis yang buat..cet) Kartunis Taugeh ni jugak yang buat rekaan asal watak-watak dan storyboard untuk animasi ni. Kelakar la brader ni. Terer tul. Dia sorang jer bley wat banyak suara. Hehehe. Dengar suara dia, teringat aku kartun Usop Sontorian.

CNY: PLAN

jurnal No Comments »

Hishh banyak tul cuti kat Malaysia ni. Heheh…statement ni bukan pasal aku rajin keje..tapi bila cuti-cuti ni manusia jadik gila. Jadi gila shopping atau window shopping dan jadi gila kat jalanraya.

Hari ni birthday ABAH. Semoga Allah panjang usia Abahku dan juga Mamaku. Aminn…
Esok nak gi Hutan Melintang. Member masa Pre-U dulu kawin. Bad nama dia. Hmm..ramai yang tak kenal sgt dengan Bad ni pasal dia tak lama ngan MMU. Tapi dia antara member baik masa kat melaka dulu. Satu benda kelakar yang aku selalu ingat pasal dia ni…dia selalu lepak bilik aku kat Hostel MMU Melaka. Hostel kitorang ni belakang hostel budak pompuan. Dah ler tu…tade pagar yang memisahkan. So, nak dijadikan cerita, ada sekali tu, Bad ni mamai…relax2 jer dia masuk hostel pompuan tu. Bila dia sampai bilik yang ‘sama angle’ dengan bilik aku, dia terheran kejap pasal nampak pompuan dalam bilik tu. haha…Kat belakang dia mak guard tengah dok kalut kejar…

Plannya, lepas wedding ni…nak balik Muar..pehtu balik Melaka. Aku dah siapkan bekalan untuk cuti-cuti ni. Hehe.. Aku dah siap2 convert video MASKED RIDER BLACK (satria baja hitam) dan masukkan dalam psp. Dah lama giler aku tak layan dvd or tv series. Bz memanjang..agak2nya dapat ke layan video ni kat kampung? We’ll see.

baja hitam

Tendangan Padu MAutttt….
Tapi ini versi Original suara jepun. dia sebut ‘rider kick’.
Apapun…LAGU dia sangat memorable n nostalgic…aaa…teringat ponteng skolah agama pasal nak layan cite ni..hehe

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in