Isu yang dibentangkan semasa Pengucapan Awam PAC 2006
A’kum dan salam sejahtera.
Animasi – biasa didengar, tapi saya rasa masih ramai yang belum benar- benar memahaminya dan saya percaya ramai yang tidak sedar akan kepentingannya.
Sidang hadirin sekalian,
Semalam, tanggal 1 September 2006, saya sempat menonton pembentangan Bajet 2007,
Perdana Menteri Malaysia, menyatakan bahawa;
Peruntukan sebanyak 100 juta telah disediakan untuk menubuhkan DANA PEMBANGUNAN INDUSTRI KREATIF serta mengenal pasti pihak swasta untuk melabur secara usahasama. Industri kreatif ini tentunya melibatkan filem, animasi, permainan video dan lain lain lagi.
Kenapa begitu banyak?
Kerajaan berkeyakinan tinggi – menjadikan filem dan animasi Malaysia sebagai satu industri yg mampu menyumbang ke arah pembangunan ekonomi.
Lantaran itu, saya terpanggil untuk menerangkan atau lebih kepada bercerita kepada saudara saudari tentang satu bidang yang pada saya amat menarik dan mengagumkan iaitu Animasi.
Sidang hadirin sekalian
Satu salah tanggapan yang biasa berlaku ialah – animasi hanyalah kartun. Animasi hanyalah Mickey Mouse, Donald Duck ataupun Doreamon
Hakikatnya – lebih daripada itu.
Mari kita lihat – erti animasi.
Animasi ialah satu proses penghasilan ilusi pergerakan yang menjadikan sesuatu kelihatan hidup.
Oleh itu, ilusi pergerakan tak semestinya lukisan.
Boleh jadi – tanah liat, kertas yang dipotong2 atapun hasil daripada computer grafik.
Sidang hadirin sekalian.
Tahukah siapakah antara animator terawal di dunia? Bukan WALT DISNEY saudara.
Tetapi jawapannya ialah tuk dalang- tuk dalang kita yang mempersembahkan wayang kulit.
Wayang kulit hakikatnya adalah satu bentuk animasi yang menggunakan teknik potong dan tampal. Ini telah diperakui sendiri oleh beberapa pakar animasi.
Lantaran itu, tidak salah jika saya katakan bahawa kita adalah antara pelopor bidang animasi ini. Tetapi kenapa senario sekarang ini, mutu dan penghasilan animasi Malaysia jauh ketinggalan?
Sekitar tahun 1980-an melalui filem Negara, kita telah menghasilkan animasi Sang Kancil dan Buaya,
Sang Kancil dan Monyet, (membuat beberapa quote dialog dari filem tersebut; “jangan monyet, jangan”)
Setelah 20 tahun kemudian, kita hanya mempunyai 2 filem animasi iaitu Silat Lagenda dan Putih.
Studio-studio besar Hollywood seperti Dreamworks dan Disney telah menyatakan mereka tidak lagi mahu menghasilkan filem animasi 2d kerana minat masyarakat sekarang telah beralih kepada animasi 3 dimensi (3d). Tetapi kita masih terkial-kial mahu menghasilkan animasi 2d.
Pada pendapat saya, ini terjadi kerana kekurangan kepakaran dan program untuk melahirkan animator-animator di Malaysia. Kekurangan pengetahuan dan penghayatan masyarakat yang tidak menggalakkan anak-anak mereka menceburi bidang ini juga menjadikan Malaysia masih kekurangan animator berwibawa.
Kesedaran bahawa animasi adalah satu bidang baru yang mampu menyumbang kepada industri Negara perlu ditanam di peringkat akar umbi.
Sumbangan penyelidikan juga diperlukan daripada pakar-pakar teknologi untuk menghasilkan ciptaan-ciptaan yang mampu memudahkan kerja-kerja animator. Bayangkan filem King Kong arahan Peter Jackson tanpa bantuan pakar-pakar perisian. Pasti hasilnya sama sahaja dengan filem King Kong yang asal.
Animasi sebenarnya boleh dijadikan penanda aras kemajuan sesuatu bangsa. Lihat sahaja Jepun. Kalau surirumah di Malaysia menjadikan upah memasang kotak atau bunga dari kilang-kilang, berlainan dengan suri-rumah di jepun. Mereka menjadikan upah mewarnakan lukisan-lukisan anime (animasi jepun) sebagai pendapatan sampingan mereka.
Saya berpengalaman menghasilkan animasi 3d untuk beberapa agensi kerajaan sebelum ini. Sayang sekali, saya masih menerima tanggapan bahawa animasi hanyalah sekadar kartun.
Oleh itu marilah kita ubah persepsi kita terhadap bidang animasi. Semoga penghayatan yang sebenar akan menaikkan kualiti animasi kita dan seterusnya berupaya menjadi satu industri yang memartabatkan Malaysia.
Sekian.
August 21st, 2007 at 5:46 pm
Salam..
Saya mmg berminat dalam kerja2 animasi yang melibatkan tanah liat dan berhasrat mengkomersilkannya satu hari nanti.
Sepanjang pengetahuan saudara ada tak mana2 pihak di Malaysia yang telah menerbitkan animasi tanah liat ini? Saya sedang membuat research berkenaan animasi yang berasaskan tanah liat di Mlaysia…
Amat berbesar hati jika saudara boleh membantu
Tq..
Iza Osman
UTHM
August 22nd, 2007 at 2:52 pm
salam
terima kasey kerana mengunjungi blog saya ini.
sekarang ini terdapat suatu siri tv terbitan LENSA FILM SDN. BHD. menggunakan tanah liat bertajuk RANGGI. Di TV2 setiap hari Isnin pukul 4.30 ptg. Saya rasa ini antara animasi tanah liat pertama di stesen tv malaysia. (Lensa Film juga syarikat yang menerbitkan animasi KACANG)
Selain itu, satu animasi pendek menggunakan tanah liat telah dihasilkan oleh Linus Chung bertajuk Demolition Frog. (This guy pernah berlakon dalam Sepet). Demolition Frog ini ada significant dalam industri kita kerana sudah banyak juga memenangi anugerah. Saudari boleh berhubung dengan beliau melalui blog beliau
http://thefrogcroaks.blogspot.com
Saudari ambil kursus apa di UTHM? Kajian untuk apa ye?
September 6th, 2007 at 3:25 pm
assalamualaikum…
saya ingin mendapatkan lebih lanjut mengenai animasi sang kancil di bawah arahan Hassan Mutalib, dan bagaimana saya boleh dapatkan siri animasi sang kancil..sebab saya sedang jalankan kajian mengenai animasi dalam pendidikan..
saya amat berterima kasih jika saudara dapat membantu…
Julianah Suparman
UNIMAS
September 8th, 2007 at 11:45 am
saudari bley berhubung terus dengan encik hassan mutalib.
email beliau ialah hasanimasi[at]yahoo.com
September 11th, 2008 at 10:58 am
quote
“Studio-studio besar Hollywood seperti Dreamworks dan Disney telah menyatakan mereka tidak lagi mahu menghasilkan filem animasi 2d kerana minat masyarakat sekarang telah beralih kepada animasi 3 dimensi (3d)”
saya lihat perkara ini agak subjektif kerana kedua jenis animasi ini ada kelompok peminat yang tersendiri. Malah untuk memenuhi kehendak kelompok tersebut ada filem animasi yang dibuat mengunakan perisian 3D tetapi di render dalam bentuk 2D.
Dan dari segi penerimaan imej visual kanak-kanak lebih mudah dan menerima imej 2D. Sebab itu dari kajian kanak kanak lebih suka menonton animasi 2d
majulah animasi Malaysia
nawawi
September 11th, 2008 at 11:46 am
Saudara,
Apa yang saya nyatakan bukanlah pendapat peribadi saya sendiri, tetapi merupakan fakta dari studio-studio tersebut. Lagi satu, perlu ditekankan perkataan FILEM ANIMASI. Disney, kali terakhir mengeluarkan FILEM animasi untuk tayangan di panggung ialah Brother Bears (2003) dan Dreamworks pula ialah filem SINBAD. Kegagalan filem sinbad menyebabkan dreamworks memutuskan untuk tidak menghasilkan filem 2d lagi.
quote
“We are extremely disappointed,” said Ann Daly, the head of animation for DreamWorks, noting that “Sinbad” would be the studio’s last traditionally drawn film.
bacaan penuh
http://www.nytimes.com/2003/07/21/business/media/21DREA.html?ex=1374206400&en=79ac205c2014c7d7&ei=5007&partner=USERLAND
Filem berbeza dengan kartun di TV kerana masyarakat perlu membayar untuk menontonnya. Apabila melibatkan bayaran mereka berkehendakkan sesuatu yang “worth their money”
Saya amat-amat bersetuju kanak-kanak lebih menerima imej 2D. Sebab itu di saluran-saluran TV seperti cartoon networks dan nicklodean masih lagi penuh dengan animasi 2D.
Saya juga bersetuju yang setiap animasi ada kelompok peminat masing-masing. Contohnya animasi ANIME jepun masih tetap dengan khalayaknya.
Namun, apa yg saya katakan dalam quote tersebut adalah dalam konteks FILEM animasi Hollywood.
September 16th, 2008 at 7:55 am
bagaimana dgn gomoman?
http://www.gomoman.com
March 29th, 2009 at 7:56 am
sye nk tnyer cket… nak kna wat assignment ni.. apa maksud animasi 2d dan animasi 3d.. boleh tolong jelaskan dganlih mndalam lagi x?
January 18th, 2010 at 1:08 pm
assalamualaikum..
ni saya nak tanya tentang penggunaan grafik animasi 3D di eropah dan di malaysia…?
pe perbezaan antara dua tu?
pe lak kelebihan antara dua negara tu?
January 18th, 2010 at 2:59 pm
saya nk tau boleh kah kita memperluasakan penggunaan animasi dalam kempen kesihatan…sebab saya tengah membuat kajian tentang penggunaan animasi dalam kempen kesihatan
January 19th, 2010 at 5:42 pm
ana – maaf tak perasan komen saudari..
natrah – eropah, maksud saudari dari negara2 UK, italy, germany dll…atau saudari maksudkan dari negara barat?
fahmi – sudah tentu..animasi boleh disasarkan kepada pelbagai peringkat umur dengan kualiti animasi itu sendiri. Animasi yang simple, “kartun” mungkin menarik kanak-kanak untuk belajar kesihatan. Animasi yng lebih realistic seperti gambaran paru-paru yg rosak akibat merokok boleh disasarkan kepada golongan yg lebih dewasa.
March 12th, 2010 at 9:32 pm
saya memang minat sangat dengan pembikinan animasi ni.kalau boleh saya nak jadikan animasi ini sebagai kerjaya saya pada masa akan datang.Saya ni lepasan spm.tpi saya msih x tau arah tuju untuk jdikan pembikinan animasi ini sebgai kerjaya.harap saudari bleh bri sdikit panduan.perkara ini sgt saya hargai…..
March 17th, 2010 at 12:26 am
hi amin..
berminat nak belajar secara formal atau tidak formal?
Kalau formal ada beberapa institusi yang menawarkan kursus seperti MMU, Lim Kok Wing, One Academy, UniKL (malangnya kebanyakannya adalah institusi swasta)
Kalau tidak formal, atau melalui pengalaman, saya ada peluang kerja di syarikat saya. Latihan akan diberi.