Alhamdulillah.. Petang Jumaat 24hb Nov.. kami telah selamat diijabkabulkan. Terima kasih kepada yang sudi datang dan juga kepada yang menghantar ucapan samaada sms, call atau pun melalui web. Yang siap hantar hadiah pakai pos laju pun terima kasih diucapkan. Terharu rasanya. hehe. Yang tak dapat datang pun tape. Kami faham urusan masing-masing. Tapi yang pasti ucapan terima kasey kepada keluarga kedua belah pihak. Dan juga kepada sahabat-sahabat yang turut memastikan kelancaran majlis. For the moment..catatan ringkas dulu
Fathul – best man walaupun tak pegang kipas. hehe.. runner utk pelbagai urusan. penyokong emosi dan financially (tq dude!) merangkap pemegang bunga manggar utama!
Rahmanraof- pengapit specially utk mengelap peluh yang berjurai2..hehe. juga runner yang cekap.
Zonan – Videographer yang selamba. Nasib baik ada dia.. Kalo tak..aku ambik gambo video sendiri la jawabnya
Badd – tak sangka jalan jejauh dari perak dan stay sepanjang majlis. tq “brader”..wakaka..merangkap pemegang bunga manggar..hehe..
Kakda – Penjaga adat dan juga penggubah hantaran. Mostly kawan-kawan ni la yang jaga adat, tu yg kengkadang rasa cam main kawin2 jer..hehe
Jojet– cameragirl yg merakam setiap detik perjalanan majlis walaupun sering dihurung oleh anak2 sedara aku yg tak makan saman. sabo jer la jet.
Idd – cameragirl yg juga menghadapi pelbagai halangan dan dugaan daripada mulut2 laser dan juga org2 yg main langgar jer..
Eida – pengikat tudung yang menyelamatkan marani daripada fesyen indon..hehe
Hawa – sengih aje dia. IT support. kasik pinjam laptop utk simpan gambo dari digital camera.
Farhan – antara yg sampai awal ke majlis muar- merangkap pemegang bunga manggar. hehe
Cheah – sampai awal ngan farhan tapi tunggu sampai pengantin sampai. Pemegang bunga manggar.. semua org heran budak cina angkat bunga manggar..hehe..selamba jer Che Ah..hehe
tak lupa jugak
Albad– cameraman yg pantas ngan idea. Nasib baik ko bagi idea shoot awal pagi untuk outdoor tu..
Manggis – Aku tak tengok lagi hasil keje diorang tapi aku pasti sure best. Family aku seronok tengok cara keje diorang yg profesional. Suka betul diorang sebut “manggis..manggis”, “oh..inilah manggis”
Gambar-gambar masih lagi dalam proses tapisan. So belum dapat diupload lagi. Tapi for sneek preview, bley check JOJET’S atau di ALBAD’s
SUKA-SUKA DUKA
Ayat di atas adalah salah satu nasihat mak aku yang sentiasa aku ingat. Ramai yg ngusik kata aku lama tak online kerana sibuk “honeymoon”..hehe.. Actually kadang-kadang kita diuji setelah diberi nikmat olehNYA. Ceritanya camni. Selepas berlangsungnya majlis walimah di Muar. PC aku yg aku sayangi, yang aku bergantung hidup kepadanya..buat hal plak. Tetiba jer tanak hidup. Kak Atie (kakak ipar) aku kata..dia merajuk..pasal tuan dia kahwin..hehe.. tapi setelah dianalisis 2 HDD aku kong..satu 150 gig..satu lagi 250 gig… habih la segala data dan juga beberapa data projek yang aku tengah wat sekarang ni. Memula memang la meraung..tapi fikir2 balik tak guna. So..right now..aku tengah buat damage control.. dan try to move on.. Tengah nak install balik PC…monitor plak wat hal… lalu terpaksa la aku yang baru nak memulakan idup rumahtangga ni…keluar beli monitor baru.. Kerana rasa cam tak best jer nak tukar monitor kerana rasa belum sampai masanya… aku angkat monitor widescreen..kasik rasa seronok sket tukar monitor..Pn Marani bersabo jer la..hehe.. Sambil2 tu.. kami tengah busy nak mengupgrade rumah…dari status rumah bujang..ke rumah orang dah kahwin..cewah…
Tapi minggu ni..kena gi bentong lak…Eida kahwin.. tulun dia plak..setelah dia tulun kitorang ari tu… So..kepada yang nak tengok album..sabo la..lambat sket la siap album kahwin kitorang.
SELAMAT HARI JADI “OSMAN”
hehe..di kesempatan ini juga..kami mengucapkan selamat panjang umur, murah rezeki dan cepat2 la kahwin..jgn bermain2 di tangga kepada encik abdul rahman raof. Seorang pereka negara yang amat disegani. Seorang pereka berbakat yang rajin dan tak banyak songeh yang sepatutnya dapat memberi manfaat besar kepada industri tetapi beliau memilih untuk mencurahkan bakti kepada kerajaan di bawah jabatan yang ada “rimau melompat” di pintu pagar.
Persahabatan kami bermula sejak Encik rahman menjalani praktikal di Red Duck. Seorang yg sangat suka belajar benda baru sampai terlupa benda lama..wakaka.. Dalam menempuh alam “kesusahan”, encik rahman lah yang banyak membantu dalam banyak projek selampitz kerana itu beliau dilantik sebagai Art Director tak bergaji di Selampitz Studios..hehe.. Kami mengucapkan selamat maju jaya di Jabatan Rimau Melompat. Sorry banyak nyusahkan ko. Anyway..selamat hari tua..(bila nak insaf? hehe)
Kepada yang ingin berkenalan dengan beliau…sila layari blog beliau. Beliau memang tak mengira kawan. Lelaki, pompuan malah “nyah” sekalipun dia berminat! (setiap kali nampak golongan tersebut..beliau akan sengih secara tiba2)
December 8th, 2006 at 7:55 am
SELAMAT PENGANTIN BARU SIFOO!!!! Moga berbahagia ke anak cucu..rupa-rupanye tugas sebagai seorg pengapit adalah tugas yg sgt mencabar..pengapit bidan terjun la katakan..hihih…tp alhamdulillah majlis berjalan dgn lancar..
Terima kasih kerana ingat bday aku…makin lama makin tua aku ni…patutnye aku yang patut byak ucap terimakasih kt ko…ko byk tolong aku..ape2 pn..Selamat menempuh hidup baru dgn Pn. Marani..hihihi..
December 11th, 2006 at 11:05 am
Salam Zahir…
Tahniah pada kedua-dua pengantin baru… ceeewaaah! dah beso ye adik akak sorang nih… selamat menempuh alam ‘rumah bertangga’ ye.. hati2 naik turun tangga tu… kalau tergelincir patah kaki lak.. Moga kekal ke syurga dan dapat melahirkan ramai ummat Muhammad di muka bumi ini… Kata pi bentong… ish! kalau dah pi bentong tu dekat sgt dah umah akak, sila la ke umah nak jumpa adik ipaq ghazalian sorg tu…
December 13th, 2006 at 10:09 am
ya rabbi…lupa betul kak nurul duk kat bentong. tengah-tengah boring kat majlis tu..terfikir gak nak melarikan diri ke kuantan ke..jumpa lutfi n isteri..tapi memang tak berkesempatan pun. maklum ler, ‘adik ipaq’ tu..jadik pengapit..bz memanjang. saya plak dok shooting video..so kena follow semua acara..huhu..pehtu plak..lepas nikah (petang sabtu) ada kematian salah sorang ahli rombongan pengantin lelaki kat hospital bentong tu.. atas niat nak belajar, saya join mandikan, kapankan mayat..insaf betul.. innalillahh.. malam ahad tu…lepas majlis…konon nak round bandar bentong..haha..tade apa…pi buat pusingan tepi hospital tu..pastu balik… majlis kat bukit piatu…kak nurul kat mana?
December 23rd, 2006 at 8:25 am
tahniah..!!!amacam, best tak dah kawin…? hehehehe…semoga dikurniakan anak2 yg soleh/solehah..sorry tak dpt pi kawin hang sbb abg ipar aku pun kawin time tu kat SP kedah….
ok, all the best…!semoga apa yg diimpikan menjadi kenyataan…u r going thru great experience….!aku tak taula apa yg ko buat skang, tp rasa2 nya mcm yg ko angan2kan masa sekolah dulu…btul tak…?hehehehhe….aku tgh dlm proses nak jd pakar…amik masa plg minimum 4 thn….arghhhh!!!!hardwork..!
take care…kemslm kat marani ek..
December 24th, 2006 at 5:07 pm
tima kaseyy.. bestttttttttttttttttt!! wakaka. Hmm…ingatkan kad tak sampai. It’s okay..family first..bak kata iklan.
haiii…aku rasa antara kawan-kawan aku, hang adalah antara orang yang berjaya capai cita-cita. cayalah Doc!
great experience? i rather called it suffering yet meaningful. thank to you. my journey started the day u gave me Unitele punya iklan kat paper..hehe. Tapi angan-angan aku lom tercapai lagi. Masih jauh. yeahh…hardwork!