baby

warghh

jurnal, terkonang 2 Comments »

Semenjak dua menjak tiga menjak ni…tetiba aku terasa nak beli TOYS. Aaa…mungkin ada yg tatau, tapi aku agak berminat dengan action figure ni terutama karakter-karakter dari movie yang aku minat seperti STAR WARS, SHREK (!!!!) BTTF, SPIDERMAN, X-FILES. Tapi tadelah hardcore sangat. (sebab masih waras memikirkan priority dalam spending the money) Setakat ni dalam koleksi, ada la…Light saber sebijik, Helmet darth vader, kereta DeLorean (BBTF 2), DeLorean RC (comel je..my bro beli kat universal studios japan), Mulder, Scully, Donkey , Fiona dan 2 pack Shrek 2. Tapi most of it dalam kotak pasal my wife tak tahan berabuk bila on display.

But since aku dah mula terminat ngan IRON MAN (Tony Stark..my new idol..haha), aku start looking for the 12″ punya model tapi lom jumpa. So aku carik-carik kat net semalam dan berjumpa dengan a few online store. Aku yang mula-mula dok carik IRON MAN..tetiba teringat Shrek pakai Helmet and sword masa lawan dengan dragon. Carik2..sekali jumpa…huhuhu…nak beliii…lagi mahal sket dari Iron Man 12″ tu.. Sekrang tengah belah bagi..nak angkat apa dulu…

Oh ya…nak buat pengumuman sket..sekarang ni toys kat malaysia diserang ngan toy transformer..selepas Transformer the movie..datang pulak Transformer Animated. Ramai yang seusia dengan aku (heh) sangat la gila ngan Transformer ni. Sampai Optimus Prime tu, sampai berjenis-jenis. Tapi bila aku cakap aku tak minat Transformer…ramai yang heran..Well…sebabnya simple jer…

I grew up in Johor. Back in those days, around the year 1990, Johor punya sistem adalah cuti pada hari jumaat. So hari Ahad kitorang kena sekolah. I remember once aku masuk ke Pusat Sumber and switched on the TV to watch transformer which were aired on Sunday morning! But secara totalnya I never had the chance to enjoy the show which led me to not become a fan

However dont get me started on those show waktu petang. Eh..nak cerita gak..

KICKERS-anime pasal seorang budak yang main bola dengan pasukan underdog dan lawan satu pasukan hebat yang ketuanya adalah abang kepada gadis yang budak ni minat.
GABAN– aku suka lukis naga gaban masa kecik-kecik
SATRIA BAJA HITAM – menyebabkan aku berangan basikal aku adalah belalang tempur! hahaha
THUNDERCATS – subjek yang selalu aku lukis. Terutama kereta dan istana dia tu (lupa lak nama)

Tapi cakap pasal lukis-lukis ni. Masa kecik-kecik aku suka lukis Harjit Sigh dan logo RTM..terutamanya DUNIA JAM SEPULUH…(dulu mana ada astro ceria cam bebudak sekarang).

Ada sekali tu, kerana nak menonton KICKERS, aku menyorok dari Pakcik Beca yang angkat aku pi sekolah agama. Sekolah agama kul 3 sampai 6. Kickers kul 4.30. Nak tak nak terpaksa nyorok. Pakcik tu datang kring kring loceng beca dia depan rumah, aku senyap jer nyorok. Bapak aku tade time tu, mak aku lak mengajar sesi petang. Sebenarnya bukan sekali..banyak kali..haha..

Berbalik cerita TOYS tadi. Walaupun aku tak minat Transformer, tapi satu scene yang bagi aku sangat gempak ialah time “BARRICADE” sebuah robot team jahat yang buat sliding sebelum melonjak ke depan dan bertukar menjadi kereta polis. So..aku terasa nak beli Transformer yang seko ni jer..

Maka samaada IRON MAN, TRANSFORMER “barricade”, atau SHREK (shrek ni nak kena order dari oversea..sapa ada PAYPAL?).

Tapi tetiba…dapat email new product dari online store…R2D2 Interactive Astromech Droid. Warghhh….menariknyaa

NAK BELIIII…………………

  • tapi takut Cik Marani maghahhh
  • Khat:Majlis Tahlil dan Maulud

    artwork, jurnal, khat No Comments »

    aqiqah

    Khat untuk Kad jemputan Tahlil dan Maulud di rumah parents aku. Sempena dengan aqiqah Zufar dan jugak sepupunya Aliah..
    (design sangat tak lawa…khat pun tak berapa…keje nak cepat..)

    Hj Zainal Abidin b. Omar & Hjh Huda bte. Abdul Latiff

    dengan segala hormatnya mempersilakan

    Tuan/Puan _______________________________________
    suami isteri ke rumah kami beralamat;

    No 27, Jln Murni, Taman Putra Murni,
    Off Jalan Salleh, Parit Setongkat, Muar Johor

    pada hari Sabtu 28hb Jun 2008
    Bersamaan 23 Jamadil Akhir 1429 Hijrah

    kerana MAJLIS TAHLIL DAN MAULUD

    Harap dipersudikan jua, terima kasih

    ATURCARA MAJLIS:

    Perempuan – 2.00 Petang
    Lelaki- Selepas solat fardhu maghrib

    Turut mengundang: Seisi keluarga

    Meh la turun Muar kengkawann..

    wedding@Rawang

    jurnal No Comments »

    rawang

    -Kak Nurul sampai awal dan balik awal, tak sempat jumpa kengkawan yang lain.
    -Aku jadik cameraman, 1st time bertugas ngan rafique from geraniumstudio..cekal tul rafique ni..Tapi baju aku lak yang over lencun..(maybe pasal dia pakai baju itam kot)
    -Dulu, masa abang Fatul kawin, artis jemputan ialah UNIC. Kali ni lak Far East..tapi kesian lak diorang, nak nyanyi jer..ada benda kacau.. Tak dilupakan juga beberapa orang bintang RTM yang turut menyumbangkan suara.
    -Aku dengki ngan bunga Ropol P. Ramlee kat sampin fatul tu..Time aku dulu..”pak andam” aku tak reti buat..ceh..
    -Aku paksa Fatul ambik gambar outdoor walaupun outdoor sekadar di perkarangan dewan..ha ha..tapi aku rasa shot Rafique sgt best..nanti2 la upload gambonye..

    Cerita-cerita pasal “tol”. Ni ada artikel tentang adat wedding kat Johor. KLIK SINI

    Satu yang tak disebut, biasanya lepas kenduri pengantin lelaki kena cuci periuk. hehe..dengar cerita patah pinggang encik fatul..hehe..

    Welkam to the club!!

    jurnal 2 Comments »

    31hb Mei. Aku dah janji dengan Fatul untuk datang ke majlis pernikahan dia di Pontian. Tapi tup2 3 hari sebelum tu, Amir sms aku “Ko datang tak? Call tak dapat2” Heran lak aku. datang mana? Setelah call, baru ler aku tau amir punya majlis pada 31hb sabtu. Apalah…lagi 3 hari nak majlis baru nak beritahu. Setelah diskas2 dengan Marani serta Zufar yang buat-buat paham..akhirnya wat keputusan tak dapat pegi majlis nikah fatul, hanya pergi pada keesokkannya, majlis sanding. Kena bahagi2 la..

    amer

    Zufar yang cemik setiap kali dengar suara DJ kat majlis Amir tu..haha

    fatul

    1- Rombongan Fatul dah sampai rumah sanggar. Tapi mak andam tak sampai lagi. Rombongan suh makan dulu. Fatul pun join makan dengan pakai t-shirt rock jer. Tengah ambik nasik tu..aku tanya fatul ” sapa kahwin ni dude?” “entah…aku pun tak tau..haha”
    2-Yeahh..ready nak serbu
    3-Walaupun Sammy Vellu bukan lagi menteri, Tol tetap ada..siap ada kayu tuu…
    4-Zapin..seronot jer tengok bebudak ni menari
    5-Zufar dan ibu enterframe..

    Apapun..Nasik minyak kat pontian tu sedap ya amattt…Sesuai selera johor aku kot..Tapi makan sket jer pasal kena dukung Zufar..huhu

    deja vu ke ape?

    terfikir No Comments »

    Deja Vu.
    Aku mula faham betul-betul konsep deja vu masa menonton THE MATRIX.
    Tidak boleh tidak, aku tak dapat nafikan aku sendiri pernah mengalami beberapa kali kejadian deja vu ni. Tapi aku bukan nak cerita pasal deja vu. Aku nak cerita pasal benda yang selalu jadi kat aku. Not really important but saje je nak share.

    Sejak aku kecik lagi, aku selalu mengalami satu peristiwa di mana kalau aku belajar satu benda. Soon after that, aku akan keep on jumpa benda tu. Paham ke?
    Sebagai contoh (contoh yang aku ingat wat masa ni..) Dulu masa awal sekolah, aku pernah terdengar perkataan “pathetic”. Masa tu aku tak pedulikan maksud perkataan tu. But then, aku keep jumpa perkataan tu. Dalam movie, dalam buku, dalam perbualan. Soon, aku pun paham makna perkataan tu. Ada banyak lagi. Kadang-kadang aku jumpa maklumat ni kat satu tempat. Then bila berbual ngan someone, akan ada orang come out with the topic.

    Satu lagi. Ada sorang kenalan ni, dia kata dia kenal someone nama “Zahir” jugak duduk dekat area rumah aku. Dia kata mamat ni gunakan nick X (bukan nick sebenar). Sebelum tu pulak aku pernah terbaca pasal X ni dalam satu forum. Dalam forum tu X ni cakap dia ada buat satu program Y (bukan program sebenar). Kemudian beberapa hari kemudian, budak ofis aku tunjuk kat aku satu sms. Sms dalam phone dia tu dari someone nama “Zahir” which he thought dari aku. Sms tu tulis “jemput datang ke pelancaran program Y”. Dengan selamba aku cakap kat budak ofis aku ni. Ni bukan aku. Ni dari mamat yang pakai nick X tu. Budak ofis aku ni pun heran. Macam mana pulak aku kenal X tu. Well, aku sengih jer.

    Dan just now. Aku ternampak satu custom message kat YM tertulis “invention is the mother of necessity”. Aku terfikir. Rasa cam tak logik. Sebab..necessity yang lahirkan invention. Keperluan yang melahirkan ciptaan. Tapi aku fikir camtu jer la..malas nak tegur member yang buat custom message tu. Kemudian masa aku tengah baca2 blog sapa2 ntah, terjumpa plak ayat “necessity is the mother of invention”. Haa..kan dah kata, kadang-kadang satu-satu benda tu keep coming to me.

    Mungkin anugerah. Wallahualam..

    Pendapat dan Pendapatan..

    jurnal, terfikir No Comments »

    Bapak aku kata..
    Pekerjaan paling senang dalam dunia ni ialah memberi cadangan. Dan sesungguhnya orang Melayu sangatlah terer bab ni.

    Contohnya..kalau di kampung tu, ko cubalah buat sesuatu kerja di laman rumah. Maka setiap orang yang lalu akan memberi 1001 cadangan untuk dilakukan. Cam satu cerita ni, lepas SPM aku dengan semangat wajanya, konon-konon cuba la menebas semak samun di belakang rumah. Untuk membuktikan susahnya tugas tu..aku give up. Namun Abah aku sambung. Dan ketika menebas tu..adalah orang yang lalu memberi cadangan..
    “Upah indon la..”
    “Pakai Mesin potong rumput la”
    “Asah tajam-tajam la parang tu”

    Dalam kebun belakang rumah aku ni, ada beberapa perigi buta. My Abah decided to turn that perigi buta to a kolam ikan. So, dia pun besarkan perigi tu dengan cangkul. Then, tengah-tengah buat kerja tu…datanglah few cadangan from bijak pandai yang lalu lalang..
    “Pakailah jengkaut”
    “Keluarkanlah air tu dulu”

    So, my abah always says “there are things that no need to be discussed, sebab ia hanya akan melambatkan proses”

    Tidak dinafikan memberi pendapat itu baik. Memberi cadangan itu bagus. Tapi nilailah cadangan yang dikemukan itu sebelum dikeluarkan. Apakah cadangan itu betul-betul memberi manfaat atau akan lebih menyusahkan.

    Dalam bicarakan pengalaman peribadi plak, benda-benda macam ni banyak kali aku tempuh lebih-lebih lagi bila buat job video dengan orang kerajaan. Normally..or should i say it a must for them to have a committee to handle certain job. So bila kita buat video untuk committee ni, semua orang nak bagi pendapat. I guess to give an opinion make them look active, intelligent or simply put “buat keja”. So, bila macam-macam pendapat dikeluarkan maka jadi cacamarbalah sesuatu job tu apabila kita sebagai designer yang pada asalnya dah plan elok-elok work kita tu terpaksa membuat perbagai perubahan yang kadang-kadang merepek untuk memuaskan nafsu-nafsu pemberi cadangan.

    Namun begitu, tuan-tuan dan puan-puan sekelian. Yang paling herannya, sebanyak mana pun cadangan mereka, se-extreme mana pun idea mereka, mereka ni akan pastikan yang idea mereka ni semua mesti selari dengan idea ketua mereka terutamanya menteri-menteri. So..kalo menteri cakap A..maka semua pun bernada A. Kalau mereka tak setuju..mereka diammm jer. Takut dikata tidak paham arahan pulak.

    Tapi ada satu lagi gejala dalam mencadang-cadang ni.
    Kadang-kadang…
    Kita cakap la pasal satu cadangan ni..
    “camni…mula-mula hitam lepas tu biru..lepas tu hijau..”
    Semua pun diam.
    Berfikir.
    Pastu adalah sorang ni…tiba-tiba bangun.
    Dengan semangat seolah-olah dialah pemberi penyelesaian. Dia pun berkata,
    “Ala…senang macam ni la…Apa la korang ni, itu pun tak bley nak fikir.” Seolah-olah memperkecilkan fikiran orang lain.
    “Macam ni jer penyelesaian dia.Mula-mula hitam, lepas tu biru, lepas tu hijau…haaa..senang jer..”

    La..sama jer la..aduhhh

    Minum Teh

    jurnal No Comments »

    Are you drinking the right tea?

    1. People who use their “brain” to work or students who study hard day and night.
    — should drink more chrysanthemum Tea.

    2. People who need a lot of body energy to work or those people that do a lot of exercise everyday.
    — should drink Wu Loong Tea.

    3. People who travel on a bike or work in dirty and polluted places.
    — should drink Green Tea.

    4. For people who likes to sit down all day long and not doing anything even exercising
    — must drink Green Tea and Flower Tea.

    5. People who smoke and drink a lot of alcoholic drinks.
    — should drink more Green Tea.

    6. Carnnivore ( those people who must eat meat at least once a day, or feel sick or not
    feeling well)
    — try to drink some Wu Loong Tea.
    iMo iMo: 7. People who go to the washroom too often or too less.
    — should drink more Honey Tea

    8. People with high cholesterol and high blood pressure.
    — Wu Loong Tea, Green Tea.

    9. Those who work with computers everyday.
    — need to drink a Lot of Tea (any tea will do).

    Whenever you are working with the computer, you should make some tea, drink it when you are free.

    Drinking Tea is healthy, it can protect and prevent the harmful Ultraviolet light from harming us (when using computer).

    Furthermore, it can also cure us when we are tired and help making our body feel fresh again.

    Khat : Ahmad Nurfuadi & Siti Hafshah

    artwork, khat No Comments »

    hafsah puadi

    adik cik siti hawa

    REUNION KELAS G MRSM PC 9697

    jurnal 5 Comments »

    gathering


    err..laporan bakal menyusul

    Khat : Zakiyah & Ariffin

    khat 4 Comments »

    zakiyah

    WP Theme & Icons by N.Design Studio
    Entries RSS Comments RSS Log in