baby

PM

jurnal 2 Comments »

Semalam, kira-kira pukul 11 pagi, aku menuju ke arah gombak sambil mendengar radio. Malam sebelumnya, aku membuat kerja sambil mendengar radio Sinar FM. Banyak lagu-lagu 80-an dan 90-an dimainkan sehingga terasa sayu plak..teringat zaman budak-budak..hehe. SINAR ni selalu dicop radio untuk orang-orang tua. Bila aku terasa layan jer dengar radio ni..nampaknya ni tanda-tanda dah tua ni..huhu.
Berbalik cerita dalam kereta tadi, aku mencari-cari stesen SINAR pasal biasanya aku dengar ERA jerk. Tetiba terdengar berita. Stesen Radio 24. Aku pun layan la dengar berita kejap. Tetiba…

DJ : Hari ini, Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri ANWAR IBRAHIMmm….terdiam

(terkedu kejap)

Aku pun cam tak percaya. Biar betul! Hahaha…Pehtu DJ tu baca semula dan menyebut nama PM, Dato Seri Abdullah, dan melaporkan berita pasal Pak Lah wat lawatan mengejut ke stesen komuter.

Apo la..camtu pun bley silap. Kalo Nana DJ ErA kena hentam pasal tersebut nama angkawasan malaysia ialah Dato Seri Jamaludin Jarjis, tatau la apa nasib DJ Berita 24 tu..haha..

Esoknya (hari ni) Aku tersengih melihat tajuk akhbar.

pm tak puas hati

Banyak benda terlintas kat fikiran aku bila tengok berita tu.

A) Mungkin ini cam respon PM kepada kejadian DJ silap sebut tu.

B) Pak Lah tak puas hati? Selalu budak-budak akan respon..”apa? tak puas hati? nak gaduh?”

C) Tengok gambar tu. Pak Lah tak puas hati pasal orang tak bagi dia duduk ke? Hehe

D)Tapi kalo kita berbicara tentang pengangkutan awam, respon aku pulak..

“KITORANG LAGIIIII LAAA LAMAAA TAK PUASS HATIII!”

STOLEN!!

jurnal 3 Comments »

sandal

Well..it’s no biggie actually. But i couldn’t help rasa sakit hati yang amat sangat. Aku mengaku yang aku ni mat selipar atau mat sandal. Lagi selesa ber-sandal jer gi mana-mana kecuali jumpa client. Pernah member aku tegur..tapi aku peduli apa. Yang penting aku selesa. Lagipun masa aku kecik-kecik aku suka main game baling selipar sehingga cuba dijadikan animation lak.

Biasanya sandal biasa-biasa jer yang jadi pilihan. Tapi apa ntah angin beberapa minggu lalu terasa nak beli sandal mahal sket. Tak tahu kenapa..aku masuk jer satu kedai ni, terus nampak satu sandal yg aku berkenan. Agak sporty sket. Terus beli..

Tapi yang boring pakai sandal mahal sket ni (mahal sket jer..bukan mahal banyak) kita cam selalu bimbang kena curik, lebih-lebih lagi kalo pegi solat kat surau public. So, bila time jumaat jer..aku tukar pakai selipar bodo jer. But, ada satu jumaat tu, aku terlupa nak bawak selipar. Dah sampai masjid baru terperasan aku pakai sandal baru aku ni. Risau la pulak kena rembat. Maka, aku pun mempraktikkan satu ilmu bapak aku ajar. Caranya..letak sebelah sandal kat satu tempat dan sebelah lagi kat tempat yang berjauhan..hehe..Alhamdulillah..lepas solat masih selamat sandal aku tak kena curik.

Tapi kalau tuhan kata bukan rezeki kita nak wat camna. dah dekat 3 tahun aku duduk kat apartment aku ni, selamba jer aku letak sandal/selipar kat luar rumah, tak pernah kena curik. Tapi hari tu, bila wife aku bukak jer pintu, dia heran tengok sandal sporty aku dah bertukar menjadik sandal buruk.
Cilakak punya pencurik selipar!!

p/s sejak dua menjak ni, aku asyik perati jer selipar/sandal orang-orang yang tinggal kat building aku ni. Kalo ditakdirkan jumpa…seriously aku nak tegur!
p/s ada idea tak nak buat apa dengan selipar buruk durjana kepunyaan pencurik tak guna ni? Bakar? Gunting? Simbah asid? hantar makmal DNA?

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in