Sekarang ni jam 1.42 pagi…
Hari ni agak memenatkan..tapi penat jenis lain..Bukan penat dok depan pc macam biasa. Tapi penat bercakap..terasa sengal plak rahang mulut aku ni..haha.. Cik Marani ada di Melaka, tapi aku balik KL sengsorang pasal ada beberapa urusan yang perlu disetelkan. Semalam, ada amendment satu job. Tapi sebaik sampai KL dan berjumpa ngan member pasal amendment job tu, dia ajak lunch dan kemudian terjadilah diskusi tentang filem, art direction dan beberapa isu perancangan masa depan. Sangat menarik sampai lama gak melepak di Kedai Makan Jalwa. Nasib baik mengenangkan ada keje nak buat, kalo tak mau berlanjutan sampai ke dinner.
Malamnya, aku gi ke JJ. Beli gadjet terbaru untuk tahun ni..hehe.. Yang kelakarnya pharmacist kat Watson JJ Equine tu sgt peramah, comel dan kelakar. Siap buat demo berserta sound efx dari mulut beliau sendiri…Sapa2 singgah di JJ equine pegilah berkenalan ngan pharmacist tu..hehe
Tapi yg aku tensen…bila balik umah…Thermometer ni tak mo off… Bengong tul. Last2 aku cabut bateri dia..dan plan nak gi jumpa balik pharmacist tu esok (hari ni).
Pagi Jumaat tadi lak…berjumpa ngan team baru..best2..hope for the best. Kira satu hari la..aku dok bercakappp jer…topik around animation la..cam aku cakap tadi…lenguh mulut.. Terbayang sorang kawan pompuan aku yang dok bercakapp jer..tak letih ke dia? Hehe
Petangnya, aku ke Bandar Bukit Raja rumah Aida…ambik barang. Masa nak masuk simpang rumah dia, aku terlepas. Plan nak buat U-turn. Tapi kan depan ada simpang ke Bandar Bukit Raja gak. Aku masuk la simpang tu. Rupanya itu jalan belah belakang taman tu yang tade sambungan ke bahagian depan. Tensi tul! Berpusing2 dekat 20 minit. Last2 jumpa gak rumahnya.
On the way balik ke rumah, ingat nak singgah JJ, tanya pasal thermometer ni. Aku dari Shah Alam guna lebuhraya ke KLIA. Keluar kat Putrajaya. Sekali nampak lebuhraya baru PUTRAJAYA-KL. Aku terperasan cam ada simpang lebuhraya ni depan JJ equine. Ingatkan ada tembus situ. Aku pun masuk lebuhraya tu…sekali memang tade exit ke Equine..mampus aku terlajak sampai ke Bukit Jalil. Tu la konon-konon nak explore jalan baru. Tak pasal-pasal kena tempuh jammed untuk balik ke Equine.
Bila sampai Equine semula, aku singgah la Watson tu..
aku: Cik, thermometer ni tak bley off la.. Semalam, saya beli kul 8 mlm, saya bawak balik rumah, dah kul 11 malam dia tak off lagi..
pharmacist: Ye ke? jap ek..patutnya dia off automatic kalo biar lama2.. Jap ek..
Dia biarkan thermometer tu kejap, and pegi layan customer…pehtu dia datang balik
Pharmacist : yeh yeh…dia dah off dah…saya sukaaaa…(sambil tepuk2 tangan)
Aku : Ye ke?
Pharmacist : Kita test lagi sekali.
Lepas biarkan beberapa minit..
Pharmacist : Yeh yeh yeh……dah off….
Aku: Oook…tq (angkut thermometer tu dan sambil tersengih jalan keluar)
Pastu lak, aku bergerak ke PJ, jumpa Ibnukaduk ngan Along lak..Pas bincang projek sket2, membawa ke sessi borak lagi…Sampai dekat kul 11.30 malam baru aku balik rumah. Cik marani pesan esok subuh2 kena balik Melaka. Kitorang borak kat Old town coffee…aku belasah minum white coffee..Ini yang tak bley nak tido ni…Update blog la kejap..
Hmmm..ni satu lagi gadjet baru untuk tahun ni…Khas untuk anakanda yang bakal lahir..hehe…untuk bapak dia sebenarnya..haha..Reward diri sendiri pas tensi tensi..
Aku bukan gamers sgt pun..tapi memang hobi aku suka main game bola dari kecik daripada Micro Genius, membawak ke PC, membawa ke PS2, dan kini..hehe.
Tapi tak terer pun..tak yah la nak ajak celen..
Dulu member aku suh beli PS2. Jangan letak game dalam PC. PC jadik tempat wat kerja sahaja. Aku ikut nasihat tu. Tapi aku jadik malas nak pasang PS2. Lagipun TV dok wat layan Astro jer. PSP ni bley la layan main sambil tunggu PC render..
Recent Comments