Salam 2008.
Selamat tukar kalendar…
Aaa…boring lak kalo balik2 nak cakap tengah bz…tade cerita lain ke?
Dah lama tak update pasal work…khat pun tade yg baru..walau ramai yg dah request… (mintak hampunn…)
Ada beberapa isu serious nak dilontarkan dalam ni, tapi idea2 tu sekadar menjadi luahan suara yang terpaksa didengar oleh isteri ketika memandu atau makan nasik tapi tidak di-transformer-kan menjadi tulisan lantaran bila mana saya mengadap pc ni, mouse harus diklik-kan kepada short-cut bertulis MAYA atau After Effect atau Photoshop. YM diclick tapi diletakkan dalam mode halimunan agar tidak dikatakan tidak mesra alam apabila tidak mereply sapaan kengkawan.
Contengan di atas adalah contengan ketika bermalam di rumah mertua. sambil menonton tv tu…memikirkan planning2 2008. Ijinkan saya menamakan “budget 2008” saya sebagai “dunia baru, peluang kedua, melaksanakan rencana” hehe…takkan budget PM jer ada nama…budget saya suka pun teringin juga. Dari segi peribadi, insya-allah akan melangkah ke dunia baru keibu-bapaan plak.. Bersedia? Hmm..hehe (gelak nervous)
Peluang kedua plak…Hmm..belum boleh cerita lebih lanjut lagi. Tapi ini merupakan satu peluang yg di-offer oleh seorang sahabat yang saya amat ber-terima kaseyyy atas kepercayaan beliau.. 3 tahun dulu, saya pernah cuba sesuatu. Tapi benda tu gagal di atas beberapa pemfaktoran. 3 tahun saya memilih jalan sendiri sambil berfikir, menimbang dan mencari iktibar atas kesilapan itu. Dendam membuat semangat saya kuat. Saya cuba membuktikan sikap la merupakan faktor utama. Dalam tahun-tahun itu juga saya menyaksikan semakin rancak dunia yg ingin saya ceburi itu, digembar-gemburkan oleh golongan yang setengahnya serious namun masih terumbang ambing dan setengahnya pula sekadar mencari untung. Bak kata kawan saya, mereka bukan serious player. Insya-allah peluang kedua ini akan digunakan sebaik-baiknya. Sebenarnya ada 2 offer. Terima kasih kepada offer yang satu lagi. Terus terang berat nak memilih. Tapi yang ini lebih memberikan ruang untuk saya melakukan benda-benda berkepentingan lain terutamanya urusan bisnes keluarga. Family business bak kata omputih. Family bisnes ni tak pernah lagi diceritakan di sini. Insya-allah kalo menjadi serious…akan dihebahkan..
Kalo tengok kat contengan kat atas tu. ada gambar ayam ngan gambar bomba. Bukan apa. Itu sekadar work yang saya sedang buat sekarang ni. Signifikannya pada saya ialah kerana Bomba itu dibuat menggunakan satu software yang pernah saya gunakan dengan aktif suatu ketika dulu. Moho namanya. Sekarang dah tukar nama software tersebut. Seronok gak kembali menggunakan software tersebut. Ada tarikan tersendiri. Ayam tu plak lukis manual dan dikaler dengan photoshop, Sebabnya sekarang ini sedang menyiapkan animasi untuk rancangan kanak-kanak. Kalo menggunakan 3d maka letihlah saya memodel banyak item. Jadi saya mengambil keputusan melukis sahaja. Kalo dulu encik rahman akan sedia menolong. Tapi sekarang ni beliau bz menjadi artis. kejap berlakon..kejap menyanyi. Sukar mendapatkan khidmat beliau. Heheh..
Cuak juga melukis tangan ni. Maklum ler…client aku ni plak otai2 dalam 2d animasi. haha…Diorang lukis satu character 2 minit jer…aku lukis campur kaler..mau masuk dekat 1 hari..aduiii la.. Tapi tatper…kalo berjaya..ini 1st time drawing tangan aku masuk tv..hahha..
2007 bley dikatakan zaman yg mencabar kerana banyak client yang banyak kerenah…
Namun satu pendekatan yang telah dilakukan tahun lepas ialah…rancang masa dengan betul…kalo nak pegi mana-mana..Pegi jer..alhamdulillah banyak gak aku merayau tahun lepas…Kedah -Sarawak – Kelantan. JB-Muar-Melaka.. tu jangan cerita la..Oversea belum lagi..insya-allah tahun depan.
Dengan itu semoga 2008 menjanjikan masa depan yang lebih bermakna kepada kita semua..insya-allahh..
Recent Comments