tempahan dibuka..email me mohdzahirza[a]gmail.com
copek copek..sementara tengah tak busy nih..(t&c applied)
antara fav picture Zufar time raya. Maghah kena pakai songkok Abah
Selamat Hari Raya.
2nd time raya as a husband
1st time raya as a father
1st time raya kat rumah mertua
Sejak 4, 5 tahun ni, hari raya aku tak pernah lengkap. Kadang-kadang Akak aku tak balik, kadang-kadang abang aku tak balik. Biasalah semua dah berkeluarga. Abang Ngah aku lak jarang balik pasal dia duduk di Sarawak. Pernah jugak sekali tu, aku sorang jer ada kat rumah time raya with parents aku. Bila orang datang, aku yang buat air sampai digelar ‘anak dara” lak.
Tahun ni pelik sikit. Semua adik-beradik aku beraya di Muar. Tambah best lagi, Atuk aku pun raya kat rumah kitorang tahun ni. Tapi…aku lak yang tade pasal giliran beraya umah isteri lak. Arrhh…taper..kira aku balas dendam la pasal selama ni aku jer terpacak kat rumah Muar tu..hehe…uhhuuu.
Haa…dah seronot dah plak…Request by Mr Fuchi..maksud fuchi ialah..err…ntah..nanti aku tanya
Eh? Kenapa tetiba walimah ni? Aku nak kahwin lagi ke?
Pagi tadi semasa aku tengah sibuk nak e-mail stuff kat client, tetiba sorang classmate aku dulu (nama dirahsiakan) MMS aku. Mula-mula aku tak bukak MMS tu pasal bz, tetiba dia call. Member ni suh aku check, dia tanya betul ke idak benda yang dia buat. Aku bukak la MMS tu; sejenis khat kufi. Aku try baca, tak dapek..So aku sms kat dia kata tak dapat baca. Rupa-rupanya kawan kita ni tengah nak design kad kawin dia, dan telah menghasilkan khat kufi dengan ayat WALIMAH URUS. Lepas dia cakap tu, baru aku dapat baca. Cuma aku rasa susunan dia tak berapa betul sebab kepala atau huruf pertama dia terletak kat tengah-tengah n a few more yang menyebabkan kesukaran nak baca khat tu.
Frankly aku bukanlah pakar sangat dalam khat terutama khat kufi. Tapi tiba-tiba aku teruja nak try khat ni. So dengan menggunakan table dalam microsoft word, aku try la wat. Konsep aku start dari kanan..pusing clockwise sehingga ke centre. Member-member tegur..”wa…WORD pun bley buat khat.” hhaha..
Lepas dapat design-nya, aku transfer lak ke dalam 3d. So inilah hasilnya. Kalo sapa-sapa berkenan dengan design ni, sila inform yer..tak baik ambik design orang tanpa izin. Kalo tak caya..cuba baca apa kata sifoo pts..
hehe…sejak dua menjak ni ramai lak orang guna perkataan snippet…tu yg nak pakai gak ni..
1. Muhammad Zufar Hadif. Tengah donlod apa tu?
2. Aku makin giler e-bay. Nasib baik lom wat pay-pal lagi…Kalo tidakkk….Hehehe. Deco untuk workstation aku…yeh yeh.. dua-dua boleh bukak jadik tempat simpan barang / container / jar
3. Aku ni memang banyak benda bertangguh. Autograf Ujang…dah setahun baru diframe-kan.
4. Sekarang ni tengah busy siapkan animation pasal Muamalat lak. Karakter baru aku bernama Cikgu Miskun. Inspired by my Seni Khat teacher. Cikgu ni nampak garang tapi kelakar sebenarnya.
5. Pada 30 Ogos ari tu, bersama ketua rombongan Cik Jojet…pegi bbq kat pantai kelanang. 1st picnic Zufar! Rafiq bawak seafood macam nak berniaga ikan.
6. Salam ramadhan semua. semoga ibadah dapat ditingkatkan. Insya-allah!
Semalam, kira-kira pukul 11 pagi, aku menuju ke arah gombak sambil mendengar radio. Malam sebelumnya, aku membuat kerja sambil mendengar radio Sinar FM. Banyak lagu-lagu 80-an dan 90-an dimainkan sehingga terasa sayu plak..teringat zaman budak-budak..hehe. SINAR ni selalu dicop radio untuk orang-orang tua. Bila aku terasa layan jer dengar radio ni..nampaknya ni tanda-tanda dah tua ni..huhu.
Berbalik cerita dalam kereta tadi, aku mencari-cari stesen SINAR pasal biasanya aku dengar ERA jerk. Tetiba terdengar berita. Stesen Radio 24. Aku pun layan la dengar berita kejap. Tetiba…
DJ : Hari ini, Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri ANWAR IBRAHIMmm….terdiam
(terkedu kejap)
Aku pun cam tak percaya. Biar betul! Hahaha…Pehtu DJ tu baca semula dan menyebut nama PM, Dato Seri Abdullah, dan melaporkan berita pasal Pak Lah wat lawatan mengejut ke stesen komuter.
Apo la..camtu pun bley silap. Kalo Nana DJ ErA kena hentam pasal tersebut nama angkawasan malaysia ialah Dato Seri Jamaludin Jarjis, tatau la apa nasib DJ Berita 24 tu..haha..
Esoknya (hari ni) Aku tersengih melihat tajuk akhbar.
Banyak benda terlintas kat fikiran aku bila tengok berita tu.
A) Mungkin ini cam respon PM kepada kejadian DJ silap sebut tu.
B) Pak Lah tak puas hati? Selalu budak-budak akan respon..”apa? tak puas hati? nak gaduh?”
C) Tengok gambar tu. Pak Lah tak puas hati pasal orang tak bagi dia duduk ke? Hehe
D)Tapi kalo kita berbicara tentang pengangkutan awam, respon aku pulak..
“KITORANG LAGIIIII LAAA LAMAAA TAK PUASS HATIII!”
Well..it’s no biggie actually. But i couldn’t help rasa sakit hati yang amat sangat. Aku mengaku yang aku ni mat selipar atau mat sandal. Lagi selesa ber-sandal jer gi mana-mana kecuali jumpa client. Pernah member aku tegur..tapi aku peduli apa. Yang penting aku selesa. Lagipun masa aku kecik-kecik aku suka main game baling selipar sehingga cuba dijadikan animation lak.
Biasanya sandal biasa-biasa jer yang jadi pilihan. Tapi apa ntah angin beberapa minggu lalu terasa nak beli sandal mahal sket. Tak tahu kenapa..aku masuk jer satu kedai ni, terus nampak satu sandal yg aku berkenan. Agak sporty sket. Terus beli..
Tapi yang boring pakai sandal mahal sket ni (mahal sket jer..bukan mahal banyak) kita cam selalu bimbang kena curik, lebih-lebih lagi kalo pegi solat kat surau public. So, bila time jumaat jer..aku tukar pakai selipar bodo jer. But, ada satu jumaat tu, aku terlupa nak bawak selipar. Dah sampai masjid baru terperasan aku pakai sandal baru aku ni. Risau la pulak kena rembat. Maka, aku pun mempraktikkan satu ilmu bapak aku ajar. Caranya..letak sebelah sandal kat satu tempat dan sebelah lagi kat tempat yang berjauhan..hehe..Alhamdulillah..lepas solat masih selamat sandal aku tak kena curik.
Tapi kalau tuhan kata bukan rezeki kita nak wat camna. dah dekat 3 tahun aku duduk kat apartment aku ni, selamba jer aku letak sandal/selipar kat luar rumah, tak pernah kena curik. Tapi hari tu, bila wife aku bukak jer pintu, dia heran tengok sandal sporty aku dah bertukar menjadik sandal buruk.
Cilakak punya pencurik selipar!!
p/s sejak dua menjak ni, aku asyik perati jer selipar/sandal orang-orang yang tinggal kat building aku ni. Kalo ditakdirkan jumpa…seriously aku nak tegur!
p/s ada idea tak nak buat apa dengan selipar buruk durjana kepunyaan pencurik tak guna ni? Bakar? Gunting? Simbah asid? hantar makmal DNA?
Sekarang kul 3.30 pagi. Lokasi, rumah di Seri Kembangan.
28 Jun lalu. Majlis Aqiqah Zufar dan Aliah selamat dijalankan. Alhamdulillah. Pictures will be uploaded later pasal camera kat kampung lagi. My wife n kid pun kat kampung mertua di Melaka.
Semalam, 30 July. Hari Isnin.
Lepas Subuh – aku n marani cukur botak kepala Zufar. Sian plak tengok anak aku meronta-ronta dan kesian pulak tengok kepalanya yg tak berapa nak licin pasal tak cekap mencukur.
10 pagi- bawak Zufar ke klinik pulak. Suntikan bulan kelima. Nasib baik tak ramai orang.
12 tghari- aku balik sorang ke KL. Handphone aku pulak dari semalam tak boleh nak charge. ntah apa masalahnya. aku tercakap kat marani, di Muar masih ada dijual hp Nokia *** (hp idaman) walaupun hp tu dah tak kuar production dah. Bila wife aku tengok hp aku macam nak rosak, dia tanya nak beli ke? Aku sekadar he he he.
2 ptg- Sampai KL terus ke ofis. Buat kerja dan sediakan preparation pasal malam ni nak record VO.
7 mlm- Pegi Mines sorang diri. Try nak check HP. hati aku kuat rasa HP aku ni problem dia bateri. Alhamdulillah jumpa sorang salesman Cina yang sanggup tolong nak test HP aku samaada masalahnya bateri atau pun charger. Tinggalkan hp kat kedai dia utk test charging sementara aku pi maghrib. Lastly terbukti tade problem. Hati gembira HP tak rosak. tapi cam musnah lak impian nak tukar HP…hehe
9 mlm- Balik ofis dan kemudian gerak pulak ke Ara Damansara untuk record VO.
10.30 mlm- Record VO. Talent yang dulu bawak watak Tok Ki dalam animation agama aku tak available. Terpaksa aku ganti. Menyumpah diri sendiri yang tulis skrip..haha..susahnya nak baca/sebut ayat-ayat yang aku tulis.
1.30 pagi- Hantar boss balik ke kajang.
3.00 pagi- Sampai rumah. Sedih plak tengok rumah kosong.. Selalunya kalo balik lewat pun, walau wife n kid dah tido, seronot tengok dua beranak tu berguling2 atas katil..hahaha..
Toys? Aaa…biasanya kalau nak gempak sikit orang cakap “action figure”. Tapi tidak boleh tidak this stuff tergolong dalam golongan toys. Lantak la.
Okies..last entry ada cerita tetiba bernafsu nak beli toys ni. For the time being, aku target beli Iron Man dulu. Kenapa? Aaa..aku bukanlah peminat iron man. Baca komik atau tengok animation dia memang tak pernah. But aku pegi tengok movie iron man and aku terus jadi minat. Kenapa? Basically bukanlah kuasa Iron Man tu yg best sangat. Walaupun tak dinafikan design suit yang latest ni sangat best. Tapi aku sebenarnya tertarik pada character Tony Stark (iron man alter ego) dan macam mana dia jadik Iron Man. Mamat ni sangat genius dan terer bab-bab engineering sehingga dia develop berjenis-jenis weapon untuk digunakan oleh tentera US. One day bila dia buat demo kat Afganistan (safe ur sentiment, hollywood memang sentiasa bikin musuh yang sesuai dgn keadaan semasa) Tony Stark kena capture dan dipaksa untuk bina weapon untuk pihak pemberontak ni. Somehow dengan peralatan yang dia ada, Tony Stark bikin satu suit besi untuk lepaskan diri. Once dia selamat balik, dia terus develop suit tu dan gunakan untuk kebaikan. Aku suka karakter ni pasal walaupun dia dah kaya raya camtu pun, dia still buat kerja dia iaitu inventing! Bukan macam sesetengah bos yang langsung tak nak ambik tau apa yang pekerja dia buat. Tu pasal aku angkat Tony Stark jadi idola aku sekarang..hehe..
Iron man ni gak mengajar tentang “necessity is the mother of invention”. Walaupun peralatan tak seberapa masa dalam tawanan tu, Tony Stark mampu buat something yang gempak. Sangat elok untuk direlatekan dalam dunia animasi malaysia sekarang ni. Takkan kita nak mengeluh ajer, we must being creative to survive and change the situation. heh!
So, last weekend, aku bawak family jenjalan ke Damansara Cineleisure sambil-sambil memantau ke beberapa kedai Toys kat situ. Hampa. Even one kedai tu claim yang diorang dah order tapi tak sampai-sampai lagi.
zufar ikut abah carik iron man(kiri). zufar pun buat style nak kuarkan repulsor(kanan)
Lastly, pasal geram sangat, balik ajer rumah, aku bukak internet, daftar ebay. Dan terus carik. Jumpa satu member yang offer “Buy It now”. Aku pun terus beli. Malas nak carik-carik lagi. Lagipun harga berpatutan. Sama ngan kat kedai. So inilah..inspirasi baru.hehe
BTW..check out my friend punya iron man 3d KLIK
Recent Comments