Sabtu lepas, aku dan isteri ke rumah Pak Ndak di Kulai kerana perkahwinan sepupu aku. Meriah majlisnya. Tapi yang lagi meriah pada aku pasal aku dah lama tak balik ke JB dan jumpa ramai sedara-sedara. Biasanya bila ada wedding atau hari raya barulah semua sekali adik beradik Mak aku berkumpul. Time tu la jumpa sepupu-sepapat. Yang besar..yang kecik..
Dulu tiap-tiap tahun beraya di JB. Tapi sejak dah ada cucu, abah n mama aku beraya di Muar je. (walaupun kengkadang cucu tak balik raya..hehe)
Jadinya last time berkumpul ramai-ramai ialah masa wedding aku tahun lepas. Tapi pasal bz ngan wedding sendiri tak sempat la beramah mesra sangat dengan sepupu-sepupu yg lain. Kiranya lepas kahwin pun, aku hanya pergi rumah Pak Teh dan jumpa atuk jer. Belum bawak isteri jumpa yang lain-lain. Jadiknya, walaupun bz ngan dateline, aku gagahkan jugak dari KL ke Kulai untuk wedding ni. Pak Ndak dan Mak Ndak dulu duduk di Larkin tapi sekarang sudah berpindah ke Kulai.
Tapi yang kantoi bila ada sepupu yang aku lupa nama.. tapi still selamba bergurau senda. Pehtu ada yang sepupu yang kecik-kecik dah jadi besar sampai aku tak perasan. Muka cam ada iras-iras sedara. Hehe..Dan jugak ada yang kecik-kecik tu tak kenal aku. Apa nak wat.. besar jugak la family belah mak aku. Adik beradik mak aku semua sekali 9 orang. Aku try tangkap gambar2 makcik2 aku supaya isteri aku bley hafal muka diorang.. heh!
Dulu-dulu kalau ada wedding camni, aku selalu port jaga air jer. Hehe..Cuci cawan. Kalau dah panas-panas tu senang nak minum air pasal kita yang jaga air. Tapi sekarang ni semua budaya catering. Senang cerita. Pak-pak sedara melepak jer borak-borak.
Satu budaya yang best kat Johor ni ialah penjaga-penjaga tol sebelum naik pelamin tu. Ini antara muka-muka kegirangan sepupu aku yg bukak booth tol sendiri. So kepada sesapa yang nak kawin orang Johor tu (noted: Fatul) siaplah-siaplah duit tol tu..hehe..
Apappun.. tahniah kepada “Che Nor” dan suaminya, Suhaimi. Minggu depan di Branang tak dapat hantar pasal aku nak gi KELANTAN. Reunion MRSM PC batch 9697.
my parents anniversary
my wife birthday…
juga kepada Tok Ketua Kg Belulang…happy birthday..semoga terus berkarya!
Selamat Hari Raya kepada semua…Kami suami isteri mohon ampun dan maaf kalau ada tersilap, terkasar bahasa.
Sedeynya ramadhan akan berlalu. Semoga kita berjumpa lagi insya-allah..
Rasa cam tak raya jer…adik beradik tak balik, keje tak settle lagi… Tapi bagi aku, raya ni cam best..pasal dapat beraya dengan isteri ( sebelum2 ni, aku ajer yang kena wat air bila tetamu datang sampai orang panggil “anak dara”. Tahun ni ada la orang yang ganti..kui kui kui…
Steve Jobs motivational speech. Really inspiring.
I love what I do.
Pagi ni patutnya aku kena start wat job yang dah lama bertangguh. Tapi terasa nak update blog. Mampuihlah tak siap job aku karang. Patutnya wat keje tu malam tadi. Tapi baru warm up nak wat keje lepas berbuka, dapat call dari client. Job yg dah setel minggu lepas, nak kena ubah sikit. Pastu nak kena hantar malam tadi jugak ke Taman Tun. Lepas ubah n render sepantas mungkin…aku pun gerak ke Taman Tun. Try ajak fatul lepak tapi dia letih plak..(asyik letihh jer…merbahaya ni..ehehe) . Last-last ajak ex-roomate aku encik zonan n encik lan melepak. Lawak gak la budak berdua ni. haha.
Kat taman tun tu, aku pegi studio sebuah company milik pengarah muda yg tengah meletup sekarang ni. Sempoi gak studionya. (bersepah tak hingat..haha) Tapi biasalah..orang keje production ni. Baru beberapa minggu lepas aku tengok studio tu dalam Trek Selebriti. Tapi pengarah tu tadelah..editor jer ada. Dan aku baru perasan, taman tun tu selain menjadi tempat golongan melayu yang berada , banyak jugak studio-studio filem melayu kat situ. Kenapa yek?
Hmm..sebenarnya, 2 minggu lepas, wife aku demam. Betul la kata sorang sahabat, ujian yang paling susah ialah bila yang tersayang diuji. Aku pun tatau camna nak wat. Doalah jugak biarlah diri ini yang menanggungnya..haha..last2 betul2 aku lak yang demam. Bila sendiri demam, baru padan muka. Puasa tade masalah, tapi bila berbuka dan bersahur, tatau nak makan apa. Semua benda masuk tekak rasa lain macam. Aduhh..
Satu lagi update..nak ucapkan tahniah dan laungan takbir (Allahuakbar!) kepada bayi-bayi yang lahir dekat2 ramadhan ini. Mula-mula Eida. Baby baru 8 bulan tapi kerana problem terpaksa dibedah. Semoga semua selamat. Habih dia potong tang corner..baby yang tengah menunggu giliran melihat dunia. Antaranya anak Anuat. Wan Akhil Hayy bin Wan Anuar. Kena bayar zakat bertiga la tahun ni..hehhe
Last but not least..puteri kedua Nina, Elyssa Ayu binti Yuhasnor Affandy. Semoga mereka semua membesar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah..insya-allah.
Minggu lepas balik Muar jap. Mak aku suruh buang sarang kerengga belakang rumah. Satu pokok dekat 4 5 bijik sarang dia. Berperang jap..hiyarhhh…
Time-time camni, aku teringat satu lagu kanak-kanak daripada buku siap kaset masa aku kecik-kecik dulu.
sekecil-kecil sang semut, dapat kalahkah sang gajah,
sekecil-kecil sang semut, bersatu menjadi gagahhhh..
Recent Comments