baby

MIMPI

jurnal No Comments »

rekaan

Amir : So what? Einstein pun mimpikan formulanya
XX RAY 2

Last week kalo tak silap aku, aku tido lepas asar kerana mengantuk yang amat sangat. Dalam peniduran aku itu, aku telah termimpi satu rekaan permainan untuk bebudak, remaja yg konon-konon extreme la gitu. Natang yang aku lukis tu, sebenarnya material dia terdiri daripada getah campur plastik yang boleh melantun-lantun macam bola. Jadi, sesiapa yang berminat untuk mencuba boleh masuk dan duduk dalam bola tersebut, kemudian akan dilepaskan oleh satu pelancar ke udara. Kemudian bola tersebut akan jatuh ke bawah dan melantun-lantun. So, apa pendapat korang? Rasa-rasanya logik tak rekaan yang aku mimpi ni?

Tapi dalam mimpi tu, eksiden telah berlaku…2 orang budak cedera..hehe

KHAT: Mohd Ali & NurAzmi

artwork, khat 10 Comments »

kakda parents
Nama Pasangan : Mohd Ali & NurAzmi
Konsep : Bahtera

Khat ini dibuat untuk Kak Da’s parents. Dah lama sebenarnya khat ni, masa aku kat MMU lagi. Tengah godeh-godeh pc, tetiba terjumpa file lama. So..touch up sket, then masukkan kat sini.

UJANG & JIBAM

artwork, jurnal 7 Comments »

27 April 2007, hari Jumaat, Pembukaan Pesta Buku Antarabangsa 2007 di pwtc. Satu sejarah peribadi tercatat dalam idupku. ewaahhh.. cam tulis diari la plak.
Akceli, memang sejarah pun. Sebab, for the 1st time selepas dah idup 27 tahun…aku jumpa dengan idola yg aku kagum, respek,saspek,kerepek, minat sangat dari kecik iaitu the one and only Kartunis Ujang. Dia memang peramah dan kelakar. Rasanya pengalaman sukar hidup dia tak sedikit pun mengurangkan senses of humour dalam diri dia. Kartun beliau Aku Budak Minang adalah antara pendorong utama aku nak belajar membaca masa aku kecik. Mana tidaknya, aku suh abang aku bacakan, kena urut dia la, kena ‘keruk’ (scratching his back) la, kena pijak dia la…Tu pasal la aku nak belajar membaca sendiri. Sapa kata majalah kartun hanya melalaikan?

Dalam pembualan ringkas kami, apabila aku cakap aku make 3d for a living, dia terus cakap, wat la 3d jibam untuk dia. Aku dengan gembira dan pantasnya bersetuju. Satu offer yg memang aku nanti-nantikan. Tapi aku kata lepas 18 Mei la..pasal aku tengah busy ngan job and he is okay with that. Tapi bila balik jer rumah., tak sabo2 plak aku nak wat..hehe..so inilah hasilnya..

next entry, aku akan cite detail pertemuan aku dengan Ujang dan geng2 blog jibam yg best2 belaka..

Kitaran Kerja

jurnal 3 Comments »

Aku pun tatau apasal cam slow sgt wat keje sekarang ni. Maybe kerana wat kerja dalam ketidaktentuan ko..aduh..somak kepala..

PAGI
“hmm..wat keje lepas lunch la”

LEPAS LUNCH
“hmm..wat keje petang sket la..”

PETANG
“hmm..wat keje malam la..lepas maghrib”

LEPAS MAGHRIB
“hmm..wat keje kul 12 karang..straight sampai pagi..yeahhh”

KUL 12 MALAM
“hmm..tido la..esok pagi la keje..start fresh..”

PAGI
“hmm..wat keje lepas lunch la..”

***

p/s perangai ini hanya bley dilakukan apabila anda keje sendiri..kalo keje ngan orang..tak bley..unless anda memang jenis suka nyusahkan orang!

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in