baby

TAK BLEY TIDO LA PLAK

jurnal, w.i.p No Comments »

aku pun tatau apa “masalah problem”nya. Tapi mata tak mo nak lelap..kepala dok ligat berfikir..macam-macam. Hakikatnya hari semalam adalah hari yg memenatkan. Sebabnya, aku temankan abang Ngah aku ke Mines, kemudian ke Pertama Kompleks kerana mencari kasut motor idamannya. Hehe. Nak memandu ke Pertama tapi jalan ditutup kerana Le Tour De langkawi..Jadinya dengan sesak-sesak, kami parking di PWTC kemudian naik LRT ke stesen Bandaraya. Carik kasut di Pertama, tak de size. Kemudian ke Campbell Complex. Jumpa kasut yg sama di kedai pakistan gamaknya. Memang smart kasut tu.. Ada gaya2 cicakman punya kasut..hehe..Jalan2 di Jalan TAR dan ngah belanja ice blended mocca. Ini suspek utama aku kenapa aku tokley tido malam ni. Then gi puchong, pehtu gi “uptown serdang”, pehtu jalan2 kat kedai di equine, then hantar Ngah balik jap, aku kuar gi jumpa Zizi. Lepas jumpa Zizi, ambik wife kat rumah Jojet. Balik umah, burnkan software untuk Adi. Layan appreantice jap. Bila tido..tokley nak lelap..last2 kul 3..aku bangun.. on pc..chat ngan fatul yg keje malam..hehe. Sambil2 tu..aku memodel character ni..tadaa… tak siap lagi..

nyet

Saya mahu air seratus!

jurnal No Comments »

Suatu tengahari di kedai makan di sebelah 7-E Tmn Equine. Seorang lelaki cina berumur dalam lingkungan 40 tahun berperwatakan garang masuk ke kedai dan membuat pesanan.

Lelaki: Bagi air seratus!
Makcik kedai: Apa dia? (dengan muka blur)
Lelaki: Air seratusss laaa, (dgn nada marah)
Makcik kedai: Ooo. Air seratus( cam baru paham sambil tergelak kecil)

Makcik berlalu sambil lelaki tadi buat muka tak puas hati.
Beberapa saat kemudian makcik tadi kembali dengan membawa air ‘hundred plus’. Adakah pujian perlu diberi kepada lelaki tersebut kerana cuba memartabatkan bahasa melayu?

*kejadian benar.

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in