Hmm..lama gak tak jumpa si anuat sejak dia kahwin ni..busy apa pun tatau..hehe
apapun aku dan marani wish ko dan Ra happy selalu.. kitakan satu “bangsa” sekarang..hehe
Hmm..lama gak tak jumpa si anuat sejak dia kahwin ni..busy apa pun tatau..hehe
apapun aku dan marani wish ko dan Ra happy selalu.. kitakan satu “bangsa” sekarang..hehe
As far as i’m concern, agak lama gak aku tak demam. Hmm…
Setelah penat bekerja dalam tahun 2006 dan menyelesaikan urusan paling penting dalam hidup (get married) dan menyiapkan projek untuk client, kerja-kerja untuk kengkawan dan jugak family, aku melalui musim tade project wat masa ni.
Hm…rasanya sekarang masa sesuai untuk aku demam.
..dan aku pun demam.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
p/s bestnya demam ada isteri jaga.. :p
en fatul memegang panji diraja sambil mata melilau menjaga keselamatan
29.01.07, bersamaan 10 muharam adalah hari asyura dan jugak birthday one of my bestest friend- Encik Fathullah Musa. Kami dah berkawan sejak 1996, masa memula masuk MRSM PC. Mamat ni la yg duduk sebelah aku dalam kelas. Masa kat asrama pun aku selalu lepak bilik dia dari bilik sendiri. Banyak benda-benda yang hanya kitorang jer yang paham seperti “makan berat”, “buat keja!”, “aku mampu!”, “terpeleot” dll. All because we shared the same sense of humour. Hehe.
Dia jugak banyak tulung aku time susah. Satu lagi susah nak tengok dia ni marah. Tapi ada beberapa perkara jer yg boleh buat dia jadik hijau..hehe.. Masa aku kawin ari tu pun banyak pertolongan yang telah diberi. Tq dude. Insya-allah tahun ni dia kawin plak. Selamat dude!
Abah,
Kami mengucapkan selamat ulang tahun ke-63, semoga panjang umur dan diberi kebahagian dan kesihatan yang berpanjangan.
Abah saya dilahirkan pada 24 Januari 1944 di Muar. Membesar di JB di mana beliau berjiran dan berkawan dengan Mama saya. I would decribe him as seorang yang tegas, mementingkan ilmu dan kuat membaca. Minat beliau berubah-ubah tapi jika beliau mula minat melakukan sesuatu, he will be really into it. Alhamdulillah mama sentiasa bersabar di sampingnya. hehe.
Abah berbakat dalam lukisan dan juga penulisan, bakat yang tidak dapat dikembangkan atas tuntutan masa dan keadaan. Beliau pernah berkata, lukisan dulu statik camtu sahaja, sekarang lukisan dah bergerak-gerak (animasi la tu). I have to admit that i dont really inherit his talent that he didn’t believe me when i decided to drop all my science subjects and further my studies in animation. But now he is my number one fan (more like a critic to me..hehe) I haven’t able to give him and my mother a good and wealthy life but i believe my animation work serves as an entertainment for him. Semoga abah dan mama sentiasa ceria dan bahagia! Amin.
MY NEW BABY…
hehe..jgn terkejut…bukan pasal baby yang tu..tapi baby ni.. PC baru..yeh yeh..
Sebelum apa-apa, nak wish selamat tahun baru. Personally tahun 2006 adalah tahun yang paling mencabar tapi bermakna dalam hidup aku. Alhamdulillah banyak gak pencapaian peribadi. Sedar-sedar tak sedar dah setahun lebih aku jadik self-employed. Project personal dan project Selampitz jugak makin bertambah. Kira makin bertambah la portfolio. Itu yang penting. Namun kepuasan peribadi dalam kerja-kerja yang dijalankan belum mencapai tahap maksima. Maklum la keje sorang2 dan dateline yang sangat tight. Selampitz telah masuk 3 tahun walaupun belum ber-ofis. Awal tahun lalu, kalau orang tanya apa target Selampitz, aku kata, target utama syarikat ialah…
“mengahwinkan director-director Selampitz”. .
Hehe..So..kiranya target awal Selampitz untuk 2006 telah tercapai!!! Tepuk tepuk tepuk…
Awal 2007 datang dengan cabaran tersendiri. Seperti yang aku ceritakan, pc lama aku buat hal. Sebelum kahwin, aku telah siapkan 3 episodes (22 minutes per-episode) untuk Kelembai Studios. Walaupun dah siap, tapi masih perlu menunggu amendment. Maka, apabila HDD aku kong,one whole episode telah burn bersama-sama HDD tu. Mujurlah file raw (file maya) terselamat. Lepas wedding ari tu dan setelah habis shooting wedding aida (arramak..tak edit lagi! ceh..video wedding sendiri pun tak bersentuh..) Selampitz lak tetiba dapat projek UPM. Urgent projek.. first preview adalah pada 3 Jan 2007. Raya haji 31hb Disember. PC aku plak sah m/board rosak.
So..petang raya haji, balik KL. Esoknya…1 Januari 2007..pegi low yat beli PC baru…yeh yeh. So dengan pc baru yang disetup. Aku ambik masa 2 hari utk siapkan video 15 minutes. Lepas tu plak..tetiba amendment animasi lak datang. Aku kena render balik one whole episode dan edit semula. It tooks me around 3-4 days. Segala puji bagi Allah sekali lagi…kerana dengan pc baru ni..keje-keje render makin laju (core 2 duo nih…jgn jelesss). Kiranya dengan kerja rush awal January ni, ke-power-an PC baru ku ini telah teruji. Hehe.
Apapun, aku takkan melupakan jasa pc lama aku ni. Aku bukan jenis orang yg suka bagi nama pada pc, kereta..so pc aku tak bernama..hehe. Mungkin dah sampai masanya dia berehat wat seketika. Seketika jer! pasal kalau ada duit nanti nak ganti m/board..kasik idup balik.. Kalo tak silap aku beli pc ni dalam tahun 2003. Awal tahun jugak. Pasal aku ingat sangat..time tu..1 Jan. KL lengang. Maybe org masih tidur pasal berembun sambut tahun baru.
Catatan ringkas KEJE-KEJE GILE 2006
-perkara paling utama – Aku dah sah bernikah dengan Puan Marani. (eh..ni bukan keje gile..ini peristiwa penting)
-interview ASTRO utk montage AF4. Diorang dah panggil suh start april. Tapi kerana aku ada job dan tanak terikat (kena buat keje kat Astro), aku bagi alasan macam2 kat astro time diorang tepon.
-terkunci diri sendiri kat luar rumah. ada job nak siapkan.. Man balik kampung…cik marani pun balik melaka. Terpaksa panggil tukang kunci. Bayo mamat tu rm50. Taperla pujuk diri sendiri. Kalau tak siap job tu, lagi la rugi.
-ada sekali tu..kejar skuad avanza ERA. ntah apa giler.. saje take part..kena buat aksi big m-omma h-ouse 2.. dapat tiket free..tapi tak pegi pasal banyak keje.
-Pegi ambik PAC selepas lulus exam dengan sekali test sahaja, parents paksa. Time lari semput gila, dalam hati dok cakap..apsal la family aku dera aku camni..wakaka..Tapi penangan bergaul ngan orang kerajaan utk 3 hari tu..aku rasa lain macam…terasa nak pakai smart…pastu suka menegur orang..dan beramah mesra.. Tapi kejap jer la..pehtu jadik perangai lama balik.
-try approach satu group nasyid. Propose wat video klip. Diorang dah minat tapi suh buat sample dulu. Selamba janji siap dalam masa sebulan tapi tak buat pasal bz keje lain
Recent Comments