gambar dicilok dari tokeikedai.net
Ujang. Anda kenal Ujang? Bukan majalah Ujang, bukan filem Ujang lakonan malek noor, bukan Ujang Exist dan definitely tade kena mengena ngan penyanyi lagu ‘apo kono jang’. Ujang yg aku nak ceritakan ialah ialah kartunis Ujang atau nama sebenarnya Ibrahim Anon. Kartunis tersohor Malaysia yang bermula pada tahun 1980-an dan mencapai puncak kegemilangan dengan majalah Ujang dan banyak mencipta hype di dalam industri seperti rekod penjualan majalah paling dasat dan Ujanglah pada aku yang merancakkan industri animasi tempatan dengan Usop Sontorian.
Nape tetiba aku bercerita tentang Ujang ni? Selama ni aku sering tertanya-tanya kemanakah menghilangnya kartunis berbakat ini. Malam ini ketika melayari sifoo.. aku tersesat ke blog sifu pts. Dalam membaca-baca komen2 di blog tersebut, aku terpandang satu komen dari THE DERHAKA STUDENT, satu nama yg selalu digunakan Ujang. dari satu laman ke satu laman, akhirnya aku berjaya berjumpa dengan beberapa laman yang daripadanya dapat aku ikuti perkembangan terbaru Ujang. yeh!
Sebagai “anak-anak 80’an”, nama Ujang memang tak bley dipisahkan dalam hidup aku. Aku berani mengaku betapa besarnya pengaruh karya-karyanya cam AKU BUDAK MINANG, ACA, ATUK, novel JIBAM, novel FIONA (yang tidak bersambung) dan juga novel CINTA TERAKHIR. Duit sekolah yang sepatutnya digunakan untuk menabung demi masa depan, aku habiskan untuk membeli Majalah Gila-Gila. Apabila Ujang keluar dari Gila-Gila dan menubuhkan majalah Ujang, aku beralih pula ke majalah Ujang. Bila Ujang tiada di dalam Ujang, terasa benar kehambarannya. Bila Ujang membuka Varia Lawak, majalah itu pula yg aku ikuti. Seterusnya Varia Lawak bertukar kepada Lanun dan tetiba pada satu ketika, tiba-tiba majalah itu hilang di pasaran. Maka hilanglah satu sumber hiburan aku.
Ujang buat aku percaya yg seni boleh bagi ko hidup. Namun aku tak terfikir nak jadik kartunis kerana walaupun ada sedikit bakat melukis dalam diri ini, mak aku marah melukis time belajar. Jadi, time belajar aku belajar. Rasanya kalo aku asah bakat melukis kartun atau komik, mungkin..entahlah. Tapi dalam masa yg sama aku ditakutkan oleh Ujang dengan propaganda “ingat buat kartun ini macam buat lempeng ke?”.
Ujang pernah menceritakan yang memang menjadi cita-cita dia untuk menghasilkan animasi. Apabila diusulkan kepada Gila-Gila, pengurusan mengatakan yang kita belum bersedia. Jadi apabila saudara Kam Ismail menawarkan peluang menghasilkan Usop Sontorian, Ujang tidak berfikir panjang. Aku pernah menjalani praktikal training di LENSA FILM. Dato Sean, pemilik Lensa menceritakan bahawa LENSA-lah yang telah melabur melatih animator-animator tempatan ke Jepun. Mula-mula Lensa menghantar mereka ke Jepun tetapi cara yang lebih menjimatkan ialah dengan membawa tenaga pengajar Jepun itu pula ke Malaysia. Animator-animator dari Lensa ini kemudiannya berkhidmat dengan pelbagai company lain dan merancakkan animasi tempatan. Opss.. melalut pula ke kisah animasi Malaysia.
Aku tak tau kisah sebenar pergolakan kartunis-kartunis di Malaysia kerana aku hanyalah peminat biasa. Namun aku bertuah berpeluang bertemu dengan beberapa orang sahabat yang sudi bercerita. Ada yang memuji-muji Ujang. Ada yang membawa kisah sedih Ujang dan ada juga yang membawa kisah buruk Ujang. Sebagai peminat sejak kecil, aku semacam tak boleh menerima kisah-kisah buruk itu. Hanya mendengar sambil tersenyum tawar.
to be continue
Recent Comments