Last weekend, aku dan isteri balik ke Muar. Walaupun kitorang dah kenal dekat 7 8 tahun, dan dah berkahwin dekat 8 bulan tapi aku tak pernah bawak dia pergi tengok rumah tempat aku dibesarkan. Bukan malu, tapi betul-betul tade kesempatan. Sekarang family aku dah berpindah ke Parit Setongkat. Inilah rumah favourite aku dalam dunia walaupun sekadar rumah papan. Yang best sebab di belakang rumah ada kebun yang menjadi tempat aku camping masa kecik-kecik. Tempat aku panjat pokok rambutan, pokok rambai, pokok manggis, ambik pokok buluh untuk projek pengakap, makan buah koko atau carik kelapa muda dan jugak halau ayam masuk reban.
Rumah yang beralamat 136-5 ini terletak di Lorong Isnin, atau bak kata kawan aku; Lorong Monday. Terletak di Parit Kadzi (parit yang boleh nikahkan orang) , di sinilah juga tempat asal penyanyi NASH. Rumah parents dia tak jauh dari rumah aku.
Hampir 20 tahun aku hidup kat sini. Bumbung rumah aku tu, selalu jadik tempat mainan aku. Tapi masa parents aku tade rumahlah. Aku suka lepak atas bumbung rumah ni sambil tengok Gunung Ledang dan meng-usha budak2 sekolah convent atau budak sekolah agama yang lalu depan rumah. Dari atas bumbung jugaklah aku dapat tengok kalo kereta Abah aku dah balik, so bley la cepat-cepat aku turun.
Kami hanya melihat dari luar sahaja kerana tidak membawa kunci dan tambahan pula sebahagian rumah ini telah disewakan. Di dinding rumah depan rumah ini, masih terdapat khat yang aku tulis atas arahan Abah.
Di dinding depan rumah ini juga tergantung Khat dengan ayat yang membawa maksud
Dan carilah kebahagian di negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu di dunia
klik gambar untuk resolusi lebih besar
Yang pastinya Rumah Lorong Isnin ini selalu menjadi subjek untuk aku melukis masa kecik-kecik. Aku pun tak tahu kenapa aku suka sangat lukis rumah ini. Lukisan di atas ini aku lukis masa aku form 1. Ini gambaran asal rumah tersebut masa aku kecik. Sayu jugak mengenangkan zaman bebudak di Rumah Lorong Isnin..Apatah lagi melihatkan keadaan sekeliling rumah yang jauh dah berubah. There’s no longer familiar faces. Kawan-kawan sekampung dah meninggalkan kampung, pakcik-pakcik dan makcik-makcik pula ada yang dah meninggal dunia. Lorong Isnin yang dahulunya tenang kini semakin sempit dengan rumah-rumah orang kaya yang besar sehingga memakan jalan. Rumah aku belajar mengaji telah roboh dan tapaknya kini menjadi tapak perusahaan membela burung. Kebun tempat aku bermain kini menjadi semak-samun yang tidak terurus.
Sesungguhnya tiada yang kekal kecuali-NYA. Waallahualam..
hehe
July 14th, 2007 at 3:30 pm
aku tau rumah ni sbb gi masa akak ko kawin.tapi tak tau umah baru ko..
rumah besar kat traffic lite tu umah sapa?ayah aku ckp tu ketua kg ek?yeke?
July 14th, 2007 at 7:04 pm
traffic lite mana satu? yg dekat stadium/sekolah agama pt kadzi tu? kalo yg tu memang ketua kampung. Tapi taraf tinggi penghulu la..
July 18th, 2007 at 11:04 pm
naper ko sebut parit kadzi? bukan parit kadhi ke? hehe macam Abu Dhabi.. Rupanya sebutan yg betul dia, Abu Dzabi .. Parit setongkat kat mana?
July 19th, 2007 at 2:44 pm
memang parit kadzi aa… alamat kat ic aku pun tulis camtu… parit setongkat kat area hospital muar tu..Lorong Isnin tu..kalo ikut ic aku…dia tulis lorong ithnin…baru ada feel 50-an camtu…hehe
September 30th, 2007 at 10:30 am
eleh saje nak promote ler tu…eleh mcm tatau..
October 3rd, 2007 at 11:11 am
promote apa? rumah?
ha ah…memang saja nak promote
ada sapa2 nak sewa?
November 20th, 2009 at 12:17 pm
salam..
hai orang kampung, aku pun warga lorong isnin, alamat rumah aku 134-9 kepunyaan ibuku maznah adam (mak nah) dan allahyarham Sharif Sarim..bila aku tgk rumah kau tu aku terus teringat ownernya pakcik zali..
sekarang memang org2 lama ramai yg dh takde..bapak kepada rockers lorong isnin pun dh lama takde..infact dgn rumah2 sekali dh roboh..
apa yg aku tahu duduk kat lorong isnin memang best..bila musim hujan boleh mandi swimming pool dpn rumah..kita berjiran dgn tanah hutan kecil kat blakang rumah kita..yg paling aku ingat ialah pokok yg paling tinggi kat lorong isnin atas tanah tu..itulah landmark lrg isnin sebab dari jauh dh leh nampak..tp pokok tu dh kene tebang akhirnya..
sekarang aku pun dh pindah..rumah pun terbiar..
apa2 pun jgn lah lupa mana asal usul kita..adios
November 20th, 2009 at 12:21 pm
dan kemungkinan kita pun berjiran di serdang..kau bukan kawan lama abg aku ke amin?
rumah aku sekarang kat taman equine..tmn pinggiran putra..
heh..
November 20th, 2009 at 11:25 pm
Salamm…
Bila tengok nama ‘sharif’ jer…aku dah teringat akan pak sharif..hehe…Abang kau Aminuddin Sharif ke? Memang member sekelas…tapi tak ingat lak dia ada adik..maybe time tu ko kecik sgt lagi..
Abang ko di mana? Rumah tu…bapak aku punya..Pak Jenal la.. apo lak pakcik zali…
December 7th, 2009 at 6:54 pm
sori2..aku tersilap..rumah pakcik zainal..aku adik amin,
masa tu aku pun kecik lagi..mgkn darjah satu..
amin keje kat melaka..dekat je..selalu gak dia balik..
October 27th, 2015 at 5:01 pm
Lorong Ithnin tu sempena nama Pak Nin, atuk aku.Dia yang mula2 tinggal situ. Rumah dia sebelah rumah Nash. 134-2. sekarang yang tinggal rumah tu anak dia Ramlah, suami dia Mohd Syah. Sebelah rumah dia rumah mak aku. Rindu pulak nak balik kampung emak aku.