Orang kata kalau mimpi jumpa Arwah tetapi arwah bercakap itu mainan syaitan.. Namun…tetap terdetik rasa gembira.
Mulanya mimpi tu dengan perasaan ‘nak balik’.
Aku sampai ke sebuah rumah yang macam banglo setingkat dengan perasaan inilah rumahnya walaupun aku tak pernah tengok rumah tu. Aku masuk dan dapati rumah tu macam sedang renovation. Aku nampak Abah baring dalam bilik yang tak tertutup pintunya. Abah macam perasan dan panggil ke bilik. Aku masuk ke bilik dan Abah seperti baru bangun tidur dan tersilap memanggil nama aku ‘Zurin’.
Rambutnya hitam lebat tersisir rapi serta misai hitam. Rupa dan badannya kurus seperti wajahnya semasa muda.
Tapi terdetik hati aku yang Abah kurus kerana sakit. Abah tanya apa khabar?
Aku tak terjawab kerana tiba-tiba sebak dan cuba memalingkan muka. Aku cuba bercerita masalah hidup. Abah mendepakan sebelah tangan seperti mengisyaratkan supaya memeluknya. Perkara yang jarang dia lakukan. Aku segera mahu memeluknya tetapi dia kembali berbaring dan dapat aku rasakan badannya basah. Ketika aku aku tersedar yang arwah dah tiada dan aku terjaga.
Dah lama aku tak mimpi beliau. Gembiranya lain macam…
Al-fatihah..
Recent Comments